Vous êtes sur la page 1sur 2

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP KEMELAH

MINIT MESYUARAT PANITIA TMK BIL 2/(2018)

Tarikh : 15 April 2018

Masa : 2.00 petang

Tempat : Bilik RBT

Pengerusi : En. Zainuan Bin Ismail

Kehadiran(Bilangan) : 1. En. Zainuan Bin Ismail


2. Pn. Masniah Binti Suwardi
3. Pn. Hashmah Binti Hashim

Turut Hadir (Jika ada) : tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang dan ucapan terima kasih kepada
semua ahli mesyuarat kerana dapat hadir pada mesyuarat kali ini.
1.2 Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi membuat penyelarasan borang
pelaporan serta menyediakan set soalan peperiksaan pertengahan tahun.
2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Masniah Binti Suwardi
Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Hashmah Binti Hashim

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1. Tiada

4 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT


4.1. tiada

Tindakan:
4.2. Pelaporan Bilik Darjah

4.2.1 Guru perlu memuat naik borang pelaporan bilik darjah dari sumber
pendidikan.
4.2.2 Guru perlu mengisi dan melengkapkan borang pelaporan serta
meletakkannya bersama buru rekod mengajar.
4.2.3 Guru perlu mentafsir pencapaian pelajar selepas sesi PdPc dan guru
perlu telus dalam membuat pentaksiran.
4.3. Penyediaan Kertas Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun

4.3.1 Guru perlu menghabiskan sukatan pelajaran berdasarkan kepada RPT


yang telah dirancang.
4.3.2 Pembinaan soalan perlu standard dan menepati JSI. Guru perlu teliti
dalam menyediakan soalan agar ia mampu mengukur tahap kefahaman
murid yang sebenar.
4.3.3 Guru boleh berbincang atau merujuk ketua panitia untuk
membangunkan soalan.
4.4.4 Soalan yang telah siap dihasilkan perlu disemak dan disahkan sebelum
diperbanyakkan.

Tindakan: Guru TMK

5 HAL-HAL LAIN
5.1. Penggunaan bilik RBT perlu direkodkan di dalam buku penggunaan yang
telah disediakan.
5.2. Guru perlu kreatif dan bersemangat dalam menyampaikan isi pembelajaran
agar murid memperoleh pengetahuan yang optimum.

Tindakan: Guru TMK

6 PENUTUP
6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan
tarikh mesyuarat yang berikutnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang

Disediakan oleh,

.............................................................
(Hashmah Binti Hashim )
Setiausaha,
Panitia TMK
SK LKTP Kemelah

Tarikh : (15 April 2018)

Vous aimerez peut-être aussi