Vous êtes sur la page 1sur 2

SEKOLAH KEBANGSAAN RANCANGAN BIAH

PETI SURAT 63, 89007 KENINGAU


SABAH, MALAYSIA
‫سکوله کبڠساءن رانچڠن بياه‬
‫کنيڠاو سابه ماليسيا‬

Tel: 087-304200
Ruj :
Tarikh : 25 Januari 2018
PN.JUMIATI IBRAHIM

SK RANCANGAN BIAH

Tuan/Puan ,

SURAT LANTIKAN PENTAKSIRAN PBS TAHUN 1 HINGGA 6 2018

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa tuan/puan telah dilantik sebagai PENTAKSIR SEKOLAH untuk melaksanakan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) SK Rancangan Biah berkuatkuasa mulai Januari 2018 hingga Disember 2018 bagi mata pelajaran KSSR
Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6/2018 dan kelas berikut : -

2.1 Kelas 1B,2B,3B,4B,5B,6B mata pelajaran SAINS

2.2 Kelas 1 BESTARI mata pelajaran PJPK

2.3 Kelas 5 BESTARI mata pelajaran RBT

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan/puan untuk menjalankan segala prosedur kerja yang berkaitan dengan pentaksiran bagi
memastikan kurikulum ini berjalan dengan lancar. Perlu diingat bahawa bagi KSSR Tahun 1 (Semakan )dan Tahun 2( semakan),
tuan/puan perlu menyimpan segala eviden-eviden yang telah dilaksanakan oleh murid di dalam Fail Perkembangan Murid yang telah
disediakan.

3. Jadual Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah seperti berikut: -

Perkara Tarikh

Perlaksanaan PBS – Membina instrumens/eviden mengikut Dokumen Standard Sepanjang tahun


Prestasi Serta Dokumen Standard Kurikulum Prestasi.

Mengumpul dan memastikan skor dan tahap pencapaian murid direkodkan ke dalam Sepanjang tahun
Borang Rekod Offline dan seterusnnya dimasukkan ke dalam Fail Pelaporan yang
telah disediakan.

Diharapkan dengan perlantikan ini, tuan/puan dapat melaksanakan tugas tersebut dengan sebaiknya dan penuh dedikasi serta tanggung
jawab mengikut panduan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

………………………...

(EN.ANTHONY AMIN)

Guru Besar

SK RANCANGAN BIAH KENINGAU.

Vous aimerez peut-être aussi