Vous êtes sur la page 1sur 2

PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI FIZIKAL

DAN TAHAP KECERGASAN DI KALANGAN


MURID LUAR BANDAR DI MELAKA

Noor Azmah Adenan


Azmah1971@gmail.com
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

Mohd Radzani Abdul Razak


jingga@ukm.edu.my
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

Abstrak

Aktiviti fizikal dan kecergasan memainkan peranan penting dalam


pembangunan murid yang berkualiti dan berdaya saing. Tujuan kajian ini
adalah untuk mengkaji tahap penglibatan dalam aktiviti fizikal dan tahap
kecergasan murid di luar bandar di Melaka. Sampel kajian adalah 111
orang lelaki dan 93 orang perempuan yang terdiri daripada murid
tingkatan 1 luar bandar di Negeri Melaka. Kajian ini adalah berbentuk
tinjauan melalui borang soal selidik dan ujian kecergasan. Kajian ini
menggunakan adalah Physical Activity Questionnaire for Children (PAQ-C)
dan ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah
Malaysia (SEGAK). Dapatan kajian menunjukkan Indeks Jisim Tubuh
murid di luar bandar berada di tahap normal atau ideal iaitu 61%. Aktiviti
paling dominan yang dilakukan oleh murid adalah berbasikal (M=2.68,
SD=1.47). murid lelaki lebih dominan melakukan aktiviti berbasikal
(M=3.12, SD=1.53) dan murid perempuan lebih dominan melakukan
aktiviti berjalan dengan pantas (M=2.80, SD=1.41). Tahap kecergasan
murid menunjukkan bahawa murid berada pada tahap kecergasan yang
tinggi iaitu 50% (M=2.52, SD=.608). Hubungan antara IJT dengan tahap
kecergasan adalah tidak terdapat hubungan yang signifikan iaitu (r=.133,
p>0.05). Kajian boleh dijadikan panduan kepada semua pihak dalam
membentuk murid yang sihat, cergas dan mengamalkan gaya hidup yang
sihat untuk melahirkan murid yang berwawasan dan mencapai hasrat
kerajaan dalam Transformasi Nasional 50 (TN50).
Kata Kunci : Aktiviti Fizikal, Kecergasan Fizikal, Physical Activity Questionnaire for
Children (PAQ-C), SEGAK

Vous aimerez peut-être aussi