Vous êtes sur la page 1sur 2

Tulis catatan harian berhubung cara-cara kamu menghabiskan cuti hujung minggu.

Ahad,
30 Jun 2022

7.22 pagi
Seperti biasa, aku bangun agak lewat daripada biasa kerana hari ini ialah Hari Ahad.
Selepasmencuci muka aku bersiap memakai pakaian joging. Sudah menjadi resam bagi keluarga
akuuntuk berjoging bersama pada setiap awal pagi Ahad.

7.40 pagi

Kami tiba di Tasik Perdana. Setelah membuat aktiviti memanaskan badan, kami
berjogingmengelilingi tasik sebanyak dua pusingan.
Ketika inilah kami berbual-bual dan bergurausenda.

9.00 pagi
Pada pagi yang istimewa ini ayah mengajak kami bersarapan di Restoran Mamak. Hanyasetiap
pagi Ahad, aku berpeluang menikmati nasi lemak daun pisang kegemaranku. Saiztubuhku yang
agak montel menyebabkan ibu tidak membenarkan aku menikmatinya selalu.

10.30 pagi
Setelah kenyang makan, kami balik ke rumah untuk aktiviti bergotong-royong
membersihkankawasan rumah. Seperti biasa aku dan kakak ditugaskan untuk mencuci kereta
manakalaayah dan ibu membersihkan pasu bunga, longkang dan halaman rumah.

12.30 tengah hari

Hari ini, masakan ibu lebih istimewa daripada yang biasa. Bau ikan panggang, ayam percikdan
nasi kerabu membuat kami terpaksa mempercepat tugas-tugas kami.
Kami berasaseronok dapat makan bersama.

3.00 petang
Selepas menyiapkan semua kerja rumah yang diberi oleh guru, aku mengemaskan begsekolah
dan membuat ulang kaji. Setelah penat mengulang kaji, aku menggosok pakaianseragam
sekolahku sendiri.

Tulis sebuah catatan harian kamu tentangaktiviti kamu dalam sehari semasa
cuti sekolahpersekolahan.

Rangka karanganPendahuluan:
- bangun tidur - mengemas dan membersihkanbilik

Isi-isi
- menolong ibu memasak – bersarapan bersama keluarga
- membantu ibu menyidai pakaian – mengemas rumah
- membuat kerja sekolah yang diberi oleh guru
- menyiram pokok bunga - halaman rumah

Penutup
- makan malam
– menonton televisyen bersama keluarga – tidur
Cara-cara membalas jasa ibu bapa.

Soalan: Ibu bapa merupakan insan yang banyak berjasa kepada kita.
Tuliskan sebuah karangan tentang cara-cara membalas jasa ibu bapa.

Sejak dilahirkan lagi, kita dijaga oleh ibu bapa dengan penuh kasih sayang, bagai menatang
minyak yang penuh. Oleh yang demikian, sebagai anak, kita sewajarnya membalas jasa kedua-
dua ibu bapa kita. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk membalas jasa mereka.

Antaranya, kita perlu belajar bersungguh-sungguh. Kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran
sudah tentu mampu menggembirakan ibu bapa yang bersusah payah menyekolahkan kita.
Sesungguhnya setiap ibu bapa inginkan anaknya berjaya dalam pelajaran kerana pelajaran boleh
menentukan masa depan kita.

Sebagai anak yang baik, kita juga sewajarnya mempamerkan tingkah laku yang mulia. Segala
nasihat mereka perlu didengar dengan teliti dan diikuti sebagai pedoman hidup. Apabila bertutur
dengan ibu bapa, elakkan bercakap kasar agar tidak menyinggung perasaan mereka.

Kita juga haruslah bersikap tangan terbuka membantu mereka. Penat lelah mereka mencari
nafkah menanggung kita sekeluarga dapat dikurangkan apabila kita membantu mereka. Kita
boleh membantu mereka mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga dan sebagainya.

Satu lagi cara untuk membalas jasa kedua ibu bapa ialah sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu
bapa di dunia dan di akhirat. Kita boleh memohon doa kepada tuhan agar ibu bapa diberi
kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan diampunkan segala dosa. Doa boleh diamalkan
pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi selepas solat.

Sesungguhnya, pengorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Segala perit jerih
mereka membesarkan kita seharusnya dihargai. Oleh itu, kita perlu sedaya upaya berusaha untuk
membalas jasa dan pengorbanan mereka.

Vous aimerez peut-être aussi