Vous êtes sur la page 1sur 18

MODUL 7

Konsep dan Asas Penggunaan Layer

Konsep dan Asas Penggunaan Layer

1. Di dalam Adobe Photoshop, anda boleh memisahkan bahagian-bahagian yang ada


pada satu imej kepada layer-layer yang berasingan. Dengan lain perkataan, imej tersebut
akan terhasil dari tindanan beberapa layer yang mana setiap satu layer akan mengandungi
sebahagian daripada imej tersebut. Imej-imej yang disimpan dalam setiap layer yang
berasingan ini juga membolehkan ianya diubahsuai mengikut keperluan masing-masing
dengan lebih mudah dan berkesan.

2. Sebelum kita meninjau lebih lanjut mengenai penggunaan layer, berikut


diterangkan secara ringkas mengenai ciri-ciri layer bagi sesebuah fail imej.

Paparan pada tetingkap palet Layers

1
madita@myjaring.net
Layer Background Layer teks : Selamat Bercuti Layer 1

a. Layer Selamat Bercuti mengandungi teks. Ini dapat dikesan berdasarkan


kehadiran huruf T di sebelah kirinya. Layer ini merupakan layer yang sedang
aktif dan ianya dapat dilihat berdasarkan ikon berus yang kelihatan di sebelah
ikon mata. Ia juga dipaparkan dengan warna yang lebih gelap (biru) berbanding
dengan layer-layer yang lain yang lebih cerah.

b. Layer 1 pula mengandungi grafik yang berbentuk kotak berwarna agak


cerah (sebagai latarbelakang bagi teks dalam layer Selamat Bercuti).

c. Layer Background pula mengandungi imej yang berfungsi sebagai latar


belakang keseluruhan paparan. Layer Background biasanya mempunyai ikon
berbentuk kunci di sebelah kanannya. Ikon kunci ini memberitahu pengguna
bahawa layer Background telah dikunci dari sebarang proses pengubahsuaian.

2
madita@myjaring.net
Paparan di sebelah menunjukkan
tetingkap palet Layers beserta
penerangan ringkas mengenai
setiap ikon atau kemudahan yang
disediakan olehnya.

Berikutnya pula merupakan pilihan


menu yang berkaitan dengannya :
Add a layer
style

Add a mask

Create new fill or


adjusment layer

Create a new set

Create a new layer

Delete layer

Bekerja dengan Tetingkap Layers

3. Seperti mana yang telah diterangkan, konsep layer ini amat penting di dalam
menghasilkan paparan visual yang kompleks dengan lebih mudah dan berkesan. Ikuti
latihan kerja yang seterusnya, bagi melihat bagaimana tetingkap Layers dapat digunakan
bagi tujuan yang dinyatakan.

Membuka dan Memaparkan Fail dengan Layer

4. Buka fail dengan nama KonsepLayer.psd. Fail tersebut merupakan satu fail yang
telah disediakan dengan tiga elemen utama di dalamnya iaitu teks, kotak dan imej
latarbelakang yang menampilkan panorama Universiti Teknologi Malaysia, cawangan
Skudai dari udara.

3
madita@myjaring.net
5. Ketiga-tiga elemen yang dinyatakan diletakkan kepada 3 layer yang berbeza
seperti mana yang dipaparkan berikutnya :

Tetingkap Layers dengan 3 layer utama yang membentuk paparan imej


yang lengkap

6. Latihan kerja yang seterusnya akan membimbing anda dalam menggunakan


tetingkap palet Layers.

Mengaktifkan Layer dan Melakukan Pemindaan Elemen pada Layer

7. Pastikan tetingkap palet Layers telah sedia diaktifkan. Sekiranya ia tiada di skrin,
gunakan arahan Window>Layers bagi memaparkannya kembali.

4
madita@myjaring.net
8. Perhatikan bahawa terdapat 3 layer yang setiap
satunya mengandungi elemen-elemen yang telah
diterangkan sebelum ini.

9. Bagi membolehkan sebarang proses


pengubahsuaian dilakukan pada elemen tersebut, layeri di
mana ianya berada perlu diaktifkan terlebih dahulu.

10. Klik pada layer yang dilabelkan sebagai “T : Universiti Tekno….”

11. Apabila diklik, layer tersebut akan bertukar menjadi biru menandakan ianya telah
diaktifkan.

12. Tanda berus di kotak sebelah kiri layer tersebut juga menunjukkan ianya sedang
aktif dan telah sedia untuk menerima sebarang pemindaan yang bersesuaian dengan
keperluan.

13. Seterusnya, kembali ke paparan imej fail KonsepLayer.psd. Klik pada teks yang
bertulis “Universiti Teknologi Malaysia” dan heretkannya ke arahan bawah skrin kerja.

14. Perhatikan bahawa hanya teks sahaja yang bergerak sedangkan kotak
dibelakangnya serta imej latarbelakang kekal tidak berubah.

Ini adalah kerana, layer teks telah diaktifkan maka hanya elemen yang berada
pada layer tersebut sahaja (yang mengandungi teks “Universiti Teknologi
Malaysia” yang akan menerima sebarang perubahan.

5
madita@myjaring.net
15. Selain dari mengaktifkan layer menerusi tetingkap palet Layers, anda juga boleh
memilih serta mengaktifkan elemen tertentu pada mana-mana layer dengan cara yang
berikut :

Letakkan penunjuk tetikus di lokasi atau elemen yang ingin diaktifkan.


Seterusnya, klik butang kanan tetikus dan apabila pilihan elemen atau layer
dipaparkan, buat pilihan anda mengikut keperluan.

16. Seterusnya, aktifkan pula layer yang dilabelkan “Layer 1”. Layer ini
mengandungi imej kotak yang bertindak sebagai latarbelakang bagi teks “Universiti
Teknologi Malaysia”.

17. Gerakkan pula imej kotak yang dinyatakan agar menjadi seperti yang berikutnya :

6
madita@myjaring.net
Memaparkan dan Menyembunyikan Elemen pada Layer

18. Perhatikan pada tetingkap palet Layers dan anda pastinya dapat mengesan
kewujudan ikon seperti mata yang diletakkan di sebelah kiri tetingkap tersebut.

19. Ikon ini berperanan untuk memapar atau


menyembunyikan paparan pada layer tersebut pada
skrin kerja. Kehadiran tanda mata tersebut bermakna
sebarang elemen pada layer tersebut akan dipaparkan
di skrin kerja. Ketiadaan ikon mata tersebut pula
menandakan sebarang elemen pada layer tersebut
akan disembunyikan dari paparan skrin.

Ketiadaan ikon mata pada layer Teks

Kesannya : teks “Universiti Teknologi Malaysia” disembunyikan dari paparan skrin

7
madita@myjaring.net
Meminda Opacity Imej di dalam Layer

20. Tetingkap Layers juga menyediakan beberapa kemudahan yang membolehkan


anda meminda spesifikasi imej di dalamnya. Antara spesifikasi yang boleh dipinda ialah
dari aspek pencahayaan atau ketelusan imej (Opacity).

a. Klik pada Layer 1 untuk mengaktifkannya. Seterusnya klik pada medan


Opacity. Seterusnya, anda boleh mengheret penunjuk pada medan tersebut
ataupun memasukkan nilai peratusan Opacity baru yang dikehendaki.

b. Dalam contoh ini, nilai Opacity 75 % digunakan dan perhatikan kesannya


pada paparan kotak pada Layer 1.

8
madita@myjaring.net
Memindahkan Imej dari Fail Lain

21. Setiap fail biasanya mempunyai layer yang tersendiri. Apabila sesuatu imej dari
fail lain dipindah atau disalinkan ke dalam satu fail yang lain, biasanya satu layer yang
baru akan terbentuk.

a. Buka fail komputer.jpg yang disediakan di dalam satu direktori yang sama
di mana fail KonsepLayer.psd berada.

b. Buat pilihan kawasan agar hanya imej komputer sahaja yang dipilih (tanpa
latarbelakang).

c. Dalam contoh ini, kami


menggunakan ikon Magic Wand
dengan nilai Tolerance 5 untuk
memilih imej latarbelakang yang
berwarna putih. Seterusnya, arahan
Select>Inverse digunakan bagi
mendapatkan kawasan pilihan pada
imej komputer yang diperlukan.

d. Bagi memastikan kawasan


pilihan yang dihasilkan kelak lebih
serasi, arahan Select>Feather dengan
nilai Radius bersamaan dengan 1 piksel
turut digunakan. Fail Komputer.jpg

e. Klik pada ikon Move dan seterusnya klik pada imej komputer yang telah
dipilih tadi. Heretkan imej tersebut ke atas fail KonsepLayer.psd.

f. Hasilnya adalah seperti yang berikut. Perhatikan juga imej komputer


tersebut menutupi teks dan juga kotak.

9
madita@myjaring.net
g. Perhatikan juga terdapat satu layer baru yang secara automatik terbentuk
pada tetingkap palet Layers. Layer baru ini dilabelkan sebagai Layer 2.

h. Ini menunjukkan susunan layer pada tetingkap Layers akan


mempengaruhi kedudukan elemennya pada skrin paparan. Layer yang berada
paling atas pada tetingkap Layers akan kelihatan paling hadapan pada skrin
paparan imej.

i. Kedudukan atau susun atur layer baru yang terbentuk pada tetingkap
Layers ditentukan oleh kedudukan layer yang sedang aktif apabila proses
penyalinan atau pemindahan imej dilakukan.

j. Misalnya, apabila layer teks sedang aktif semasa proses penyalinan imej
dibuat, maka layer yang baru akan terhasil di atas layer teks tersebut seperti mana
yang kelihatan dalam contoh yang dipaparkan tadi.

k. Sekiranya, layer Background


sedang aktif semasa proses penyalinan
imej dibuat, maka layer yang baru akan
terhasil di atas layer Background tersebut
seperti mana yang kelihatan dalam contoh
yang berikutnya pula.

l. Kesannya, paparan imej komputer


akan berada di belakang imej kotak dan
teks tetapi masih di hadapan imej
latarbelakang.

10
madita@myjaring.net
Meminda Susun atur Layer

22. Kedudukan atau susun atur layer pada tetingkap palet Layers boleh dipinda agar
ianya menepati keperluan. Proses pemindaan kedudukan atau susun atur layer boleh
dilakukan dengan hanya mengheret ianya pada kedudukan yang baru dengan
menggunakan tetikus.

a. Klik pada layer yang ingin dipinda kedudukan atau susun aturnya. Dalam
contoh ini, layer yang baru terbentuk (Layer 2) akan dipindahkan agar ianya tidak
menutupi teks dan kotak pada skrin paparan.

b. Heret layer tersebut ke arah bawah dan lepaskan ianya pada garisan
pemisah di antara layer Background dengan Layer 1.

11
madita@myjaring.net
c. Kesannya, layer tersebut (Layer 2) dipindahkan kepada susun atur yang
baru seperti yang berikut :

d. Perhatikan bahawa sebarang perubahan kedudukan atau susun atur layer


pada tetingkap Layers akan secara automatik mempengaruhi susunan imej pada
skrin kerja.

e. Cuba pinda kedudukan layer-layer yang lain dan perhatikan kesannya


pada paparan imej di skrin paparan.

12
madita@myjaring.net
Meminda Mod Paparan pada Layer

23. Tetingkap Layers juga menyediakan pelbagai pilihan mod paparan bagi elemen
yang berada pada setiap layer. Mod paparan ini mempengaruhi warna dan juga
pencahayaan imej pada layer tersebut.

a. Aktifkan Layer 2 iaitu layer yang


mengandungi imej komputer di dalamnya.

b. Seterusnya pilih mod paparan yang


disediakan menerusi pilihan menu yang
disediakan.

c. Terdapat lebih daripada 20 mod paparan


yang disediakan. Mod paparan yang biasa
digunakan ialah mod paparan Normal.

d. Berikutnya merupakan beberapa contoh


paparan yang terhasil apabila mod paparan yang
berbeza digunakan :

Dissolve Lighten

13
madita@myjaring.net
Pin Light Hard Light

Menambahkan Kesan Khas ke atas Layer

23. Tetingkap palet Layers turut menyediakan satu kemudahan yang dikenali sebagai
Layer Style. Ianya juga ada kalanya dikenali sebagai Blending Modes. Kemudahan ini
membolehkan anda menambahkan kesan khas seperti bayang-bayang, kesan 3D (bevel)
dan sebagainya pada sebarang elemen yang dikehendaki.

a. Aktifkan layer teks : Universiti


Teknologi Malaysia pada tetingkap palet
Layers dan klik pada butang Add a layer style.

Butang Add a layer style (diwakili oleh


huruf f) yang berada di bahagian bawah
tetingkap tersebut.

b. Paparan pilihan menu seperti yang


berikutnya akan dipaparkan.

c. Anda boleh terus memilih kesan khas


yang disediakan seperti Drop Shadow, Inner
Shadow dan sebagainya menerusi pilihan yang
disediakan.

d. Dalam contoh ini, kesan Drop Shadow


telah dipilih.

14
madita@myjaring.net
e. Seterusnya, satu paparan tetingkap dialog seperti yang berikutnya akan
dipaparkan pula. Ianya menawarkan penetapan spesifikasi bagi pilihan kesan khas
atau layer style yang telah dipilih tadi.

Tetingkap dialog Layer Style dengan pilihan spesifikasi bagi Drop Shadow

Tetingkap dialog Layer Style dengan pilihan spesifikasi bagi Bevel and Emboss

15
madita@myjaring.net
f. Anda juga boleh memilih kesan khas yang lain dengan mengklik pada
petak di sebelah kiri agar ianya bertanda .

g. Dalam contoh ini, kesan Drop Shadow dan Outer Glow akan digunakan.

h. Kemudian klik pada butang OK. Kesannya, teks asal telah ditambahkan
kesan khas jenis Drop Shadow dan juga Outer Glow seperti yang berikutnya.

i. Perhatikan juga apa yang berlaku pada tetingkap Layers. Kelihatan kesan
khas atau layer style yang digunakan akan dipaparkan bersama dengan layer teks
yang berkaitan dengannya.

j. Anda boleh menghilangkan kesan khas yang digunakan dengan cara


mengah-aktifkan ikon mata bagi kesan khas yang tidak diperlukan lagi.

Layer Style yang sedang aktif Layer Style dingah-aktifkan

16
madita@myjaring.net
Menghubungkan Satu Layer dengan Layer yang Lain

24. Salah satu bekerja dengan layer agar lebih efektif ialah dengan menghubungkan
dua atau lebih layer supaya ianya dirantaikan bersama. Ini akan membantu dalam banyak
operasi yang berkaitan dengan imej-imej tersebut.

25. Di dalam latihan seterusnya anda akan menghubungkan dua layer agar ianya
bersatu dan ini seterusnya membolehkan ianya dipindah atau diubahsuai dari pelbagai
aspek (seperti saiz, kedudukan dan sebagainya) dengan lebih berkesan.

a. Aktifkan layer yang mengandungi teks “Universiti Teknologi Malaysia”


pada tetingkap palet Layers.

b. Dalam keadaan layer tersebut masih aktif, klik pada kotak kecil di sebelah
ikon mata bagi Layer 1.

c. Perhatikan, satu ikon yang berupa rantai yang dikenali sebagai ikon
rantaian atau link muncul di dalam kotak kecil tersebut. Ikon link ini menandakan
anda telah menghubungkan layer teks dengan Layer 1.

d. Perhatikan juga bahawa layer yang sedang aktif iaitu layer teks tidak
mengandungi ikon link seperti mana Layer 1. Ini adalah kerana, anda mahu
merantaikan Layer 1 kepada layer teks dan bukannya sebaliknya.

Seterusnya anda akan meminda kedudukan imej teks dengan menggunakan ikon
Move.

17
madita@myjaring.net
e. Klik pada ikon Move di Toolbox. Seterusnya heret paparan teks “Universiti
Teknologi Malaysia” di skrin kerja ke arah atas skrin. Di dapati paparan teks dan
imej segiempat tepat atau kotak dibelakangnya akan turut bergerak sama.

Sekiranya digerakkan, kedua-dua elemen (teks dan kotak) akan bergerak seiringan

Sekiranya dipinda dari aspek struktur atau saiz, kedua-dua elemen (teks dan
kotak) akan turut berubah secara sekata

f. Ini terjadi kerana, Layer 1 yang mengandungi imej kotak tersebut telah
dirantaikan atau dihubungkan dengan layer teks. Ini akan menyebabkan sebarang
perubahan orientasi atau kedudukan pada teks dalam layer teks akan
mempengaruhi juga kedudukan imej kotak dalam Layer 1.

g. Sekiranya hubungan atau rantaian antara Layer 1 dengan layer teks ingin
dibatalkan, apa yang perlu dilakukan ialah dengan mengah-aktifkan ikon link
tersebut dengan cara klik padanya dengan menggunakan tetikus. Untuk latihan ini
jangan putuskan hubungan kedua layer itu.

18
madita@myjaring.net

Vous aimerez peut-être aussi