Vous êtes sur la page 1sur 21

Nurul Farhana Nadia Binti Mohamad (880509115758001)

ABSC3103

KOMUNIKASI PENDEKATAN ISLAM

JANUARI 2018

NAMA : NURUL FARHANA NADIA BT MOHAMAD


NO. MATRIK : 880509115758001
NO. KAD PENGENALAN : 880509-11-5758
NO. H/P : 0112 5547607
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM, KUALA TERENGGANU

1|Page
Nurul Farhana Nadia Binti Mohamad (880509115758001)

ISI KANDUNGAN HALAMAN

1.0 PENGENALAN 3

2.0 MENILAI UNSUR HUMOR DALAM CERAMAH DAKWAH 6

3.0 MENGEMUKAN CONTOH PENDAKWAH AGAMA YANG MENGGUNAKAN


HUMOR DALAM DAKWAH MEREKA 8

3.1 Ustaz Azhar Idrus (UIA) 8


3.2 Ustaz Hasni (Ustaz Bollywood) 10
3.3 Ustaz Kazim Elias 12
3.4 Ustaz Syamsul Jebat 14

4.0 MENGESAN KESAN HUMOR DALAM DAKWAH DARI SEGI KEBERKESANAN


KOMUNIKASI 15

4.1 KEFAHAMAN 16
4.2 KESERONOKAN 16
4.3 PENGARUH KE ATAS SIKAP 17
4.4 PERHUBUNGAN YANG BAIK 18
4.5 TINDAKAN POSITIF DALAM KALANGAN KHALAYAK SASARAN 18

5.0 KESIMPULAN 19

RUJUKAN

2|Page
Nurul Farhana Nadia Binti Mohamad (880509115758001)

1.0 PENGENALAN

Humor dapat didefinisikan sebagai sesuatu yang menggelikan hati atau menimbulkan kelucuan
dalam sesuatu perbuatan atau percakapan. Perkataan humor juga dikatakan sebagai suatu jenis
penulisan yang utama bertujuan untuk menimbulkan kelucuan atau menarik minat seseorang ke
arah keadaan atau suasana yang menimbulkan kelucuan (Kamus Dewan Edisi ke-4).
Penyampaian humor dalam ceramah-ceramah dakwah dapat menarik minat semua golongan
tanpa mengira usia untuk mendekatkan diri dengan ilmu yang berkaitan khususnya ilmu agama
islam. Bagi ustaz-ustaz yang menggunakan pendekatan humor dalam ceramah mereka, ianya
amat berkesan dan memberikan impak yang positif kepada semua glongan masyarakat di negara
kita terutamanya untuk mendekatkan diri dengan ajaran agama islam.

Selain itu, penyampaian humor dalam ceramah juga menimbulkan kelucuan serta menghiburkan
hati pendengar dengan ucapan ceramah yang disampaikan. Penggunaan humor sememangnya
bertujuan untuk menimbulkan kelucuan kepada khalayak dalam sesuatu penyampaian. Humor
sangat penting terutamanya dalam menyampaikan maklumat yang berunsur nasihat kepada
masyarakat yang membuatkan diri seseorang individu itu mudah untuk menerima sebarang
teguran yang diberikan tanpa berkecil hati. Ia juga mampu memupuk sikap positif dalam diri
individu kerana mampu menyampaikan sesuatu maklumat yang berguna dengan memasukkan
humor dalam kaedah penyampaian ilmunya. Sikap yang positif dalam diri individu dapat
dilahirkan melalui humor yang disampaikan dan tidaak dengan cara keterlaluan.

Oleh hal yang demikian, humor akan mentebabkan seseorang itu ketawa dengan kelucuan yang
ditimbulkan akan melahirkan nilai positif seperti gembira, ceria dan berfikiran terbuka. Di
samping itu, usaha untuk melakukan unsur humor dalam komunikasi juga amat sukar dilakukan
apabila tidak mempunyai kepakaran dalam pengaplikasiannya. Oleh sebab itu, seseorang yang
berjaya menyampaikan humor akan dilihat berbakat serta hebat dalam penyampaiannya terutama
berkaitan dengan ilmu agama atau dakwah.

3|Page
Nurul Farhana Nadia Binti Mohamad (880509115758001)

Unsur humor yang digunakan dalam menyampaikan dakwah bukanlah semata-mata bercakap
perkara yang dianggap sia-sia tetapi menimbulkan unsur pengajaran dan nili-nilai murni kepada
masyarakat. Pengajaran yang dilakukan sebeginilah menyebabkan ramai anak muda tertarik
dengan kaedah penyampaian yang dilakukan oleh sesetengan ilmuan agama. Ianya mampu
melahirkan masyarakat yang lebih mendekati dan mencintai ilmu agama serta mampu membina
sahsiah yang baik kepada masyarakat pada masa kini.

Menurut Abdullah Hassan (2007) bahawa bahasa yang dilafazkan merupakan gambaran kepada
individu berkenaan. Kenyataan tersebut mengisyaratkan bahawa aktiviti berkomunikasi bukanlah
hanya menuturkan perkataan secara spontan sahaja, malah ia memerlukan kepada kefahaman,
makna dan mesej yang tersirat sekaligus tidak mendatangkan konflik kepada semua individu
yang terlibat. Sementara itu, dalam konteks komunikasi dakwah, menurut Zulkefli dan
S.Salahudin (2012) terdapat beberpa prinsip ketika berkomunikasi, antaranya ialah memulakan
bicara dengan pengucapan yang baik seperti basmalah, salam dan sebagainya. Zawiyah (2009)
menjelaskan ungkapan salam berperanan dalam komunikasi kerana ia sebagai lafaz doa kepada
seseorang tanpa mengira keadaan dan masa.

Kemunculan para pendakwah yang semaakin ramai menjadikan usaha dakwah lebih efektif serta
mudah untuk diperluaskan memandangkan pelbagai jaringan usaha sama dapat dilaksanakan
ketika ini. Namun begitu, di sebalik kemunculan pelbagai program dakwah serta aktiviti
perlaksanaanya, masih terdapat kekangan dan halangan dalam berdakwah. Ini dapat dilihat
melalui perbahasan Ab. Aziz et al (2007) iaitu metode penyampaian menjadi masalah dalam
pelaksanaan aktiviti dakwah di malaysia. Perbincangan dikhususkan lagi dengan aspek
kefahaman, isi kandungan dan komunikasi para pendakwah.

Hal ini tidak dapat dinafikan apabila munculnya penceramah agama bebas yang dikenali sebagai
Ustaz Azhar Idrus (UIA) dalam kalangan masyarakat yang telah banyak menggunakan unsur
humor dalam penyampaian ilmu agama beliau jika dibandingkan dengan penceramah-
penceramah agama bebas yang lain. Kelainan dalam penyampaian beliau dapat memberi
ceramah agama mampu menarik masyarakat untuk mendengarnya. Antara unsur-unsur humor

4|Page
Nurul Farhana Nadia Binti Mohamad (880509115758001)

yang telah digunakan oleh UIA dapat kita libat melalui majlis-majlis ilmu yang banyak
dilakukan oleh beliau terutamanya melalui laman sosial seperti Facebook dan juga Youtube.

Manakala, pendakwah bebas, Datuk Kazim Elias dan Haslin Baharim berpendapat unsur jenaka
dan nyanyian boleh diselitkan dalam ceramah agama ini bagi menarik perhatian pendengan
khususnya golongan muda, asalkan kena pada khalayak dan tempatnya serta tidak keterlaluan.
Malah, kata mereka lagi, kandungan jenaka dan lirik lagu yang disampaikan semasa ceramah
mampu menerbitkan keinsafan di hati pendengar sehingga mereka kembali mengamalkan ajaran
islam. “Rasulullah S.A.W berpesan berdakwahlah sesuai dengan pemikiran masyarakat pada
zaman itu. Ramai anak muda jauh disebabkan hiburan yang tersasar, jadi tidak salah ustaz
sesuaikan dengan keperluan mereka yang cenderung kepada hiburan”.

5|Page
Nurul Farhana Nadia Binti Mohamad (880509115758001)

2.0 MENILAI UNSUR HUMOR DALAM CERAMAH DAKWAH

Unsur humor digunakan terutamnya untuk menarik minat mereka yang baru berjinak-jinak untuk
menuntut ilmu agama. Antara unsur-unsur humor yang terdapat dalam ceramah dan dakwah
ialah :

2.1 Unsur Nasihat Dan Pengajaran


Penyampaian humor dalam dakwah yang mempunyai unsur nasihat dan pengajaran dapat dikenal
pasti berdasarkan beberapa jenis kajian. Jika persoalan menyentuh mengenai perkaitan hukum
dalam agama yang melibatkan situasi unsur humor juga diselitkan dengan bijak dan persoalan
juga dijawab dengan jawapan yang bertepatan dengan syarak.

Ustaz Azhar Idrus sentiasa menggunakan humor dalam penyampaian dakwahnya. Apabila
terdapat pendengar mengajukan soalan berkenaan dengan jodoh, jawapan yang beliau berikan
sangat ringkas dan bermakna. Beliau menyatakan tempoh yang diambil oleh beliau semasa
mencari perempuan untuk dijadikan isteri adalah singkat dan urusannya sangat mudah.

Seterusnya, jawapan yang diberikan oleh pendakwah mestilah tepat dan logik berdasarkan
persoalan yang ditimbulkan. “Serulah ke jalan TuhanMu (wahai Muhammad) dengan hikmah
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara
yang lebih baik, sesungguhnya TuhanMu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang
sesat dari jalan-Nya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat
petunjuk”.

6|Page
Nurul Farhana Nadia Binti Mohamad (880509115758001)

2.2 Unsur Teladan


Sasaran dakwah adalah manusia itu sendiri yang menerima seruan dakwah, sama ada sebagai
individu mahupun sebagai kelompok masyarakat, sama ada yang beragama Islam mahupun tidak
atau dengan kata lain, dakwah ditujukan kepada seluruh manusia. Sasaran dakwah merupakan
unsur penting dalam sistem dakwah yang tidak kurang peranannya dibandingkan dengan unsur-
unsur dakwah yang lain.

Manusia pada hakikatnya hidup di tengah-tengah rumitnya sistem kemasyarakatan, ditambahlagi


hidup dengan lingkungan komunitinya, maka agar tujuan dakwah dapat dicapai seorang dai
harus mempelajari dan menyelidiki keadaan umat yang bersangkutan. Sebab sebagaimana
dikatakan oleh Hazmah Ya‟kub, dakwah akan gagal dan sekurang-kurangnya kecil
kemungkinannya untuk berjaya jika dakwah itu dilaksanakan tanpa mempelajari keadaan sosio
masyarakat yang akan dihadapi

2.3 Unsur Perli


Dakwah yang berkesan memerlukan kepada suatu pendekatan yang bersesuaian dengan sasaran.
Asas kepada keperluan ini merujuk kepada dua komponen utama dalam dakwah islamiyah iaitu
isi atau pengajaran yang hendak disampaikan kepada sasaran dan cara untuk menyampaikan
pengajaran tersebut.

Pendekatan adalah satu perkara yang penting dalam dakwah kerana ia merupakan cara
bagaimana pengajaran yang disampaikan itu dapat mempengaruhi sasaran untuk menerimanya.
Sesetengah pendakwah agama, menggunakan unsur perli semasa menyampaikan dakwahnya.
Mereka menyelitkan humor unsur perli bagi memberi kefahaman yang mendalam kepada
masyarakat. Justeru itu, pendekatan dakwah yang digunakan oleh pendakwah hendaklah
mengikut cara dakwah oleh Nabi Muhammad SAW.

7|Page
Nurul Farhana Nadia Binti Mohamad (880509115758001)

3.0 MENGEMUKAN CONTOH PENDAKWAH AGAMA YANG MENGGUNAKAN


HUMOR DALAM DAKWAH MEREKA

3.1 Ustaz Azhar Idrus (UIA)

Contoh pendakwah agama yang menggunakan humor dalam dakwah mereka ialah Ustaz Azhar
Idrus (UIA). Nama beliau tidak asing lagi di kalangan masyrakat kita. Beliau ialah guru, daie,
ustaz dan juga Ulama. Beliau ialah mu’allim kepada muta’allim. Penyampaian ilmu agamanya
sentiasa dekat di hati khalayak ramai dan tidak mengenal usia. Media utama seperti tv, radio,
surat khabar arus perdana mungkin ‘tidak mesra’ dengan beliau, namun sinonim dengan media
baru melalui internet, youtube, facebook, blog dan twitter, ia mampu menyerlahkan nama beliau.

Fenomena Ustaz Azhar Idrus juga cepat tersebar di serata tempat dalam negara kita yang
menunjukkan betapa minatnya masyarakat terhadap beliau berkaitan dengan ajaran yang
disampaikan melalui ceramah-ceramah yang diadakan oleh beliau termasuklah melalui laman
sosial seperti Facebook yang banyak digunakan oleh masyarakat sebagai medium perhubungan
untuk bersoal-jawab berkaitan dengan masalah agama.

8|Page
Nurul Farhana Nadia Binti Mohamad (880509115758001)

Unsur kelucuan dalam soal jawab dan ilmu agama yang disampaikan oleh Ustaz Azhar melalui
lama sosial Facebook beliau menyebabkan masyarakat berminat untuk terus berhubung dengan
beliau. Hal ini kerana jawapan humor yang diberikan oleh UIA berkaitan dengan soalan yang
ditanya oleh masyarakat menghiburkan dan dapat diterima dengan hati terbuka oleh masyarakat.
Walau bagaimanapun, terdapat juga unsur humor yang bersifat memperli yang diberikan oleh
UIA kepada masyarakat secara terbuka.

Contohnya, soal jawab yang berkaitan dengan cara untuk menghilangkan rasa mengantuk mata
telah dijawab oleh beliau dengan baik pada permulaannya iaitu dengan melakukan amalan
bacaan ta’awwuz serta diselitkan juga unsur perli seperti meletakkan minyak angin di atas
kelopak mata bagi menghilangkan rasa mengantuk yang mana menimbulkan humor di sini.
Beliau dilihat santai, humor dan bersahaja sebaliknya apabila berbicara akan hukum, ilmunya
cukup mendalam menyampaikan kebenaran. Atas sebab itu, majlis ilmunya selalu mendapat
perhatian dan tarikan. Sambutan ceramah agamanya sering penuh di Masjid, dewan dan juga
padang.

Ustaz yang berasal daripada Terengganu ini cukup mesra dan mudah tersenyum apabila disapa.
Beliau juga tidak kekok dalam menjayakan program ceramah bersama pemimpin agama, ahli
politik dan juga selebriti. Beliau mengisi acara yang santai ilmiah di samping menawan hati anak
muda dan remaja pada hari ini.

9|Page
Nurul Farhana Nadia Binti Mohamad (880509115758001)

3.2 Ustaz Haslin (Ustaz Bolywood)

Ustaz Haslin yang terkenal dengan panggilan Ustaz Bollywood, merupakan seorang lagi
pendakwah agama yang menggunakan humor dalam penyampaian dakwah agamanya. Beliau
berpendapat pendekatan dakwah moden zaman ini tidak dapat lari daripada unsur berbentuk
hiburan seperti nyanyian dan jenaka asalkan tidak melampau. Malah, kata beliau, kaedah
berdakwah perlu disesuaikan dengan kumpulan sasaran atau madu khususnya untuk menarik
golongan muda menghadiri majlis ilmu.

Kata beliau lagi, “Saya bukan nak kata saya hebat, malah saya tidak minta diberi gelaran Ustaz
Bollywood”. Rasulullah SAW berpesan, berdakwahlah sesuai dengan pemikiran masyarakat
pada zaman itu. Ramai anak muda jauh disebabkan hiburan yang tersasar, jadi tidak salah ustaz
sesuaikan dengan keperluan mereka yang cenderung kepada hiburan. Jelas di sini, hiburan
digarap dalam teknik dakwah dengan memberikan pengisian yang bermanfaat. Tidak dinafikan
ada segelintir yang berpandangan berdakwah perlu serius, tapi timbul juga persoalan sejauh
mana pendekatan itu berkesan.

10 | P a g e
Nurul Farhana Nadia Binti Mohamad (880509115758001)

Pendekatan humor yang digunakan dalam penyampaian dakwahnya menyebabkan ramai


golongan muda minat untuk mendengar apa yang ingin beliau sampaikan. Beliau juga
mengadakan program dakwah santai bersama golongan busker di tepi jambatan Sultan Yahya
Petra, Kota Bharu. Mengulas mengenai lawak menjadi bahan ulangan yang disebut-sebut
berbanding isi dan kandungan ceramah pendakwah, Beliau berkata, terserah kepada kumpulan
sasar untuk menerima ilmu yang disampaikan dan untuk seseorang itu berubah, ia adalah hak
Allah SWT. Berdasarkan pengalaman serta maklum balas yang diterima, pendekatan diterapkan
dalam kaedah dakwahnya dapat diterima baik oleh mereka yang mendengar, mala hade yang
mengaku menerima manfaat daripada apa yang disampaikan olehnya.

Beliau berkongsi satu kisah, ada seseorang yang mengakui bahawa dirinya telah murtad tetapi
setelah mendengar ceramah Ustaz Bollywood di YouTube, dia kembali kepada islam dan
bertaubat. Beliau bersyukur kerana ada segelintir masyarakat yang menerima caranya
berdakwah. Ibu bapa juga memberitahu selepas mendengar ceramah dari Ustaz, anak mereka
terbuka hati untuk menutup aurat. Oleh yang demikian, penyampaian dakwah agama yang
menyelitkan humor berjaya menjadi titik perubahan kepada orang-orang yang tertentu.

Oleh itu, tidak sepatutnya ada kerisauan pihak yang tertentu kerana pendakwah tahu
tanggungjawab mereka dan tidak sekali-kali akan menyesatkan masyarakat sebaliknya berusaha
mencari pendekatan-pendekatan yang boleh menarik mereka kepada ajaran islam yang sebenar
dan membimbing mereka ke Syurga Allah SWT.

11 | P a g e
Nurul Farhana Nadia Binti Mohamad (880509115758001)

3.3 Ustaz Kazim Elias

Menerusi pendekatan dakwah yang betul, intipati yang ingin disalurkan oleh pendakwah dapat
diserap dan dijadikan panduan hidup di duni mahupun akhirat. Sesuai dengan kemunculan
beberapa stesen televisyen islamik tempatan, fenomena penyampaian dakwah juga turut
diketengahkan menerusi pelbagai cara yang cukup berbeza. Sambutan yang diberikan oleh
penonton sangat menggalakkan. Ia berikutan pelbagai tema yang diketengahkan program-
program yang diterbitkan.

Mengulas mengenai kerancakan penerbitan program televisyen yang berunsurkan dakwah serta
penerimaan memberangsangkan daripada penonton, penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias
berpendapat, fenomena tersebut berlaku ekoran kesediaan masyarakat islam untuk menerima
program ilmiah yang berbentuk demikian. Penyampaian dakwah agama yang diselitkan dengan
unsur humor lucu menyumbang kepada keterbukaan penonton dan masyarakat menerima apa
yang disampaikan.

Jika dilihat masyarakat pada hari ini lebih cenderung untuk mendalami ilmu agama. Apabila
kesedaran itu muncul, maka keinginan untuk mempelajari selok belok agama turut datang ke

12 | P a g e
Nurul Farhana Nadia Binti Mohamad (880509115758001)

majlis-majlis agama. Beliau berpendapat, ikon atau penceramah itu sendiri yang menjadikan
sesebuah penyampaian itu menarik dan mudah diterima.

Pada hari ini, program-program dakwah yang disampaikan cukup berbeza dengan penyampaian
dakwah 20 atau 30 tahun yang lalu. Ia sememangnya cukup berbeza dengan program-program
sekarang. Ini adalah kerana, selain penceramah yang lebih dikenali, kandungan serta cara
penyampaiannya juga begitu santai dan amat mudah difahami.

Tambahnya lagi, selingan seperti nyanyian dan lawak jenaka turut memudahkan orang ramai
untuk memahami apa yang cuba disampaikan. Sesuai dengan konsep santai yang cuba beliau
ketengahkan, pendekatan seperti menyanyi dan berjenaka turut memberikan kelainan dalam
konteks dakwah Rasulullah SAW juga turut menggunakan pendekatan berjenaka dalam majlis
agama yang dikendalikannya.

Beliau juga menyatakan betapa luasnya makna dakwah. Perkara yang paling unik sepanjang
kariernya sebagai penceramah bebas adalah majlis ceramahnya yang berunsurkan humor yang
disiarkan di kaca TV “Kalau Dah Jodoh” turut ditonton oleh individu bukan beragama islam. Ini
terbukti ketika beliau berada di Kuala Terengganu bagi memenuhi undangan ceramah, Beliau
telah disapa oleh seorang lelaki yang berketurunan India yang mengaku gemar menonton
rancangan kendaliannya.

Bukan itu sahaja, ketika berada di Ipoh, Perak saya dibelanja berbuka puasa oleh sebuah
keluarga berketurunan Cina kerana minat mereka terhadap program yang sama. Ini kerana ianya
boleh ditonton oleh segenap lapisan masyarakat. Program “Kalau Dah Jodoh” bersifat umum dan
topik yang dikupas adalah berkaitan dengan masalah kekeluargaan. Kelas-kelas kendalian Beliau
tidak bersifat resis dan langsung tidak menyebut sensitiviti agama. Secara amnya, apabila
ceramah yang dikendalikanya ditonton dan didengari oleh kaum yang bukan beragam islam, ia
merupakan satu perkembangan yang sangat sihat.

13 | P a g e
Nurul Farhana Nadia Binti Mohamad (880509115758001)

3.4 Ustaz Syamsul Debat

Gelagat Pakar Motivasi, Syamsul Amri Ismail yang bersahaja dan mencuit hati menyampaikan
ceramah-ceramah berunsur agama serta nasihat semakin mendapat tempat dalam kalangan
audien tanah air. Syamsul atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat cukup sinonim
menggunakan dialek Negeri Sembilan dalam penyampaian ceramahnya. Bahkan humor yang
diselitkan semasa berceramah menjadikan lelaki kelahiran Jempol, Negeri Sembilan ini menjadi
pilihan penonton. Keistimewaan yang dimiliki Beliau mendapat kepercayaan TV Al Hijrah
apabila bakal mengemudi sebuah program dakwah baharu yang berjudul ‘Sejuta Rahsia’ yang
dijngka akan bersiaran pada awal tahun depan. Program dakwah terbaru itu akan mengupas
maksud peribahasa Melayu yang jarang didengari serta dikaitkan dengan situasi masyarakat
untuk memberi pendekatan berbeza kepada tontonan khalayak.

Ketua Pegawai Eksekutif Tv Al Hijrah, Izelan Basar berkata, Program Sejuta Rahsia itu akan
mencungkil maksud peribahasa Melayu yang jarang-jarang digunakan di khalayak. Program
seumpama ini tidak pernah lagi disiarkan di Stesen Televisyen kerana bukan sahaja akan
mengupas peribahasa Melayu tetapi juga mengaitkan dengan situasi masyarakat. Para penonton
akan mendapat manfaat daripada kupasan peribahasa tersebut yang akan diselangi ndengan hadis
Al-Quran. Penglibatan Syamsul Debat dengan ceramah yang bersahaja dan humor diharap dapat
menarik penonton dari segenap lapisan masyarakat terutam golongan muda agar sentiasa
menghargai khazanah bahasa. Penyampaian ceramah beliau memiliki elemen humor dalam
membincangkan peribahasa-peribahasa pilihan sekaligus akan membuatkan para penonton tidak

14 | P a g e
Nurul Farhana Nadia Binti Mohamad (880509115758001)

kering gusi sambil menimba ilmu baharu. Beliau yang juga mempunyai gaya yang bersahaja
memudahkan masyarakat memahami kupasan yang disampaikan kepada mereka.

4.0 MENGESAN KESAN HUMOR DALAM DAKWAH DARI SEGI KEBERKESANAN


KOMUNIKASI
Dakwah ialah usaha menyampai, mengajak atau menyeru manusia kepada mengenali islam,
menerima dan menghayatinya yang dilaksanakan menerusi kaedah, cara dan pendekatan.yang
tertentu. Antaranya ialah m,enyelitkan humor dalam penyampaian dakwah.
Firman Allah S.W.T :

‘Dan hendaklah ada di kalangan kamu yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan
(mengembangkan islam), dan menyuruh berbuat segala perkara baik, serta melarang segala
perbuatan yang salah (buruk dan keji). Mereka yang bersifat demikian itulah orang-orang yang
berjaya. (Al-imran : 104)

4.1 KEFAHAMAN
Berdakwah merupakan salah satu cara yang dapat dilakukan pada masa kini untuk menarik
golongan yang sedia ada iaitu orang islam sendiri agar lebih mendekati islam dan bukannya
hanya pada sekadar nama tetapi pada zahir dan batin juga. Walaupun begitu, proses
pendakwahan ini bukanlah satu perkara yang mudah dan ringan kerana setiap sesuatu itu pasti
ada kesan sampingannya tidak kiralah positif mahupun negatif. Salah satu kesan menyelitkan
humor dalam penyampaian dakwah ialah menguatkan lagi kefahaman masyarakat terhadap
agama. Hal ini kerana, dengan berdakwah para pendakwah ini akan menerangkan serta
menambahkan lagi ilmu tentang perkara-perkara yang kurang pasti dan acap kali menimbulkan
pertanyaan. Contohnya seperti isu hukum hudud yang telah menimbulkan bantahan dari
golongan masyarakat di Malaysia seperti Cina, India dan Melayu bagi sesetengahnya kerana

15 | P a g e
Nurul Farhana Nadia Binti Mohamad (880509115758001)

golongan ini tidak tahu apakah itu hudud serta seluruh sistemnya. Oleh itu golongan yang
berilmu perlulah menerangkan tentang hudud kepada mereka secara terperinci dan dengan jelas
agar tidak menimbulkan salah faham serta bantahan bagi golongan yang tidak terlibat.
4.2 KESERONOKAN

Penggunaan humor sememangnya bertujuan untuk menimbulkan kelucuan kepada khalayak


dalam sesuatu peyampaian. Hal ini, humor sangat penting terutamnya dalam menyampaikan
ilmu agama dan dakwah yang berunsur nasihat kepada masyarakat yang membuatkan diri
seseorang individu itu mudah untuk menerima sebarang teguran yang diberikan tanpa berkecil
hati.

Contohnya, unsur humor dalam soal-jawab yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus (UIA)
melalui laman sosial Facebook beliau juga menyebabkan masyarakat berminat untuk terus
berhubung dengan beliau. Hal ini kerana jawapan humor yang diberikan oleh UIA yang
berkaitan dengan soalan yang ditanya oleh masyarakat menghiburkan dan memberikan
keseronokan pendengar untuk terus menadah ilmu agama yang dicurahkan oleh beliau. Bukan itu
sahaja, terdapat juga unsur humor memperli yang diberikan oleh beliau secara terbuka.

4.3 PENGARUH KE ATAS SIKAP

Selain Itu, kesan yang boleh didapati dari penyampaian dakwah ini ialah dapat mengubah sikap
masyarakat ke arah keperibadian yang mulia. Berdakwah dengan hikmah mampu mempengaruhi
keperibadian masyarakat ke arah kebaikan. Misalnya dari adab, pendakwah boleh memberi
pengetahuan kepada masyarakat dan memberi contoh serta teladan yang baik merujuk kepada
sunnah Rasulullah SAW.

Seterusnya, ia boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia juga boleh membuatkan
masyarakat mendekatkan diri kepada pencipta yakni Allah SWT. Menyeru masyarakat pergi ke
Masjid, membaca Al-Quran dan membuat ceramah-ceramah agama mengenai dakwah

16 | P a g e
Nurul Farhana Nadia Binti Mohamad (880509115758001)

Rasulullah SAW dan para sahabat ia mungkin mampu menarik minat masyarakat untuk
mengenali dan mendalami islam dan ia merupakan satu kesan yang amat positif.

Pengurangan gejala sosial juga dapat terjadi dengan berdakwah. Pendekatan dakwah dalam
gejala sosial juga mampu mengurangkan gejala sosial yang berlaku terutamanya dalam kalangan
remaja. Pendakwah boleh memberi pengetahuan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab
menegakkan yang makruf dan membasmi yang mungkar di kalangan masyarakat.

Contohnya seperti pergaulan bebas, pengambilan arak, berzina dan pelbagai lagi yang berlaku
dapat dikurangkan. Seterusnya ia dapat meningkatkan lagi tahap ketakwaan para pendengar
kepada Allah SWT. Apabila berdakwah, pendakwah perlulah menggunakan pendekatan yang
halus serta menyelitkan sedikit humor agar dapat menyentuh hati para pendengar dan secara
tidak langsung akan dapat meningkatkan ketakwaan masyarakat terhadap Allah SWT.

4.4 PERHUBUNGAN YANG BAIK

Justeru itu juga, pendakwah memainkan peranan yang besar dalam menyebarkan islam serta
mengembangkan lagi islam di dunia. Hal ini juga dapat menguatkan ukhwah sesama islam dan
mengeratkan hubungan silaturrahim diantara masyarakat. Untuk menarik minat golongan muda
untuk mendekai agama, perlulah digunakan cara yang dapat menghiburkan mereka agar lebih
minat untuk turut serta dalam majlis agama yang diadakan.

Kesan dakwah juga boleh membuatkan masyarakat dapat mendekatkan diri kepada Sang
Pencipta yakni Allah SWT. Menyeru masyarakat pergi ke Masjid, membaca Al-Quran dan
membuat ceramah-ceramah agama mengenai dakwah Rasulullah SAW dan para sahabat ia
mungkin mampu menarik minat masyarakat untuk mengenal dan mendalami islam dan ia
merupakan satu kesan yang amat positif.

17 | P a g e
Nurul Farhana Nadia Binti Mohamad (880509115758001)

4.5 TINDAKAN POSITIF DALAM KALANGAN KHALAYAK SASARAN

Banyak kajian mendapati gaya humor dalam penyampaian ilmu agama atau dakwah boleh
menjadi sesuatu yang positif dalam khalayak. Mereka yang memulakan ucapan dengan berjenaka
dapat menarik kecenderungan masyarakat. Tidak dapat dinafikan seseorang pendakwah perlu
mempunyai gaya tersendiri untuk menarik masyarakat ketika menyampaikan dakwah.

Namun begitu, pendakwah perlulah mempunyai pengetahuan mengenai humor yang sesuai untuk
digunakan di dalam dakwah mereka. Namun begitu, pendakwah mestilah beringat dan lebih
menumpukan perhatian terhadap isi dakwah yang ingin disampaikan dan hanya menyelitkan
unsur humor apabila diperlukan. Ia itu apabila melihat pendengar-pendengar mula mengantuk
dan bersembang semasa dakwah disampaikan.

18 | P a g e
Nurul Farhana Nadia Binti Mohamad (880509115758001)

5.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, humor sangat penting dalam kehidupan masyarakat terutamanya dalam
menyampaikan sesuatu ilmu yang bermanfaat yang boleh diaplikasikan oleh seseorang yang
mahir untuk berhumor seperti Ustaz Azhar Idrus (UIA). Hal ini adalah kerana, apabila terdapat
kesalahan semasa berhumor, seseorang individu boleh memandang serong dan berfikiran negatif
terhadap pendakwah tersebut.

Oleh yang demikian, humor juga m,ampu menarik minat seseorang untuk terus mendekati
individu yang pandai berhumor serta boleh mempengaruhi seseorang individu itu bersemangat
untuk mendengar apa yang diperkatakan oleh penceramah atau pendakwah. Sebagai contoh,
hayatil;ah tindak tanduk junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW semasa baginda
berdakwah. Baginda Rasulullah SAW adalah sebaik-baiknya teladan bagi umat manusia. Dalam
berdakwah, Baginda sentiasa mengajak umatnya dengan cara yang lembut, sopan, bijaksana,
kasih sayang dan penuh dengan keteladanan.

Walhal dengan yahudi sekalipun Baginda SAW tidak pernah berkasar. Berdasarkan fakta-fakta
yang berhubung dengan pendekatan dakwah yang merangkumi pendekatan Al-Quran dan Al
Sunnah, maka ia dikenal pasti sebagai pendekatan utama pendakwah sepanjang zaman. Akan
tetapi, dari sudut komparatifnya adalah bentuk dan cara pelaksaannya sahaja yang berbeza
disebabkan berlainan zaman dan golongan sasaran. Di samping itu, alasan logik berkaitan
penggunaan pendekatan fitrah juga merupakan sesuatu yang menarik untuk dikembangkan dan
dipraktikkan. Pada masa kini, selain hiburan masih juga terdapat banyak unsur dalam acuan yang
betul menurut perspektif syarak’. Maka ia akan dapat menghasilkan suatu implikasi yang positif
kepada kejayaan dakwah.

19 | P a g e
Nurul Farhana Nadia Binti Mohamad (880509115758001)

RUJUKAN

1. Amran, A. (2015). Dakwah dan perubahan sosial. HIKMAH: Jurnal Ilmu Dakwah dan
Komunikasi Islam, 6(1), 68-86.

2. Muis, A. (2001). Komunikasi Islam. Remaja Rosdakarya.

3. Pimay, A. (2005). Paradigma dakwah humanis: strategi dan metode dakwah Prof. KH
Saifuddin Zuhri. RaSAIL.

4. Siti Rugayah Tibek. 2011. Profesionalisme Dakwah: Harapan & Cabaran. Jurnal al-
Hikmah. Vol. 3. hlm. 167-173.

5. Syofia Ulfah, Zamri Mahamud, Jamaludin Badusah dan Hamidah Yamat. 2012. Amalan
Komunikasi Interpersonal Direktif Guru Bahasa Indonesia Ketika Memulakan
Pengajaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 2. hlm: 71-83.

6. Zawiyah Mohammad Yusof. 2009. Kemahiran Komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

7. Zulkefli Aini & S. Salahudin Suyurno. 2014. Hubungan Antara Pendakwah dengan
Mad’u dalam Komunikasi Insan. Kertas Kerja Persidangan Antarabangsa Kelestarian
Insan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor.Hlm. 1-13.

20 | P a g e
Nurul Farhana Nadia Binti Mohamad (880509115758001)

8. Zulkefli Aini & S. Salahudin Suyurno. 2012. Asas Komunikasi Dakwah. Bangi: Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

21 | P a g e

Vous aimerez peut-être aussi