Vous êtes sur la page 1sur 1

Hari guru disambut pada tarikh 16 Mei setiap tahun bagi mengenang jasa dan

pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak bangsa. Dengan


pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah warga negara yang berjaya
dalam hidup dan seterusnya mampu membangunkan Negara Malaysia yang
berjaya ini bertepatan dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu “Guru Pembina
Negara Bangsa”. Kerjaya suci dan murni seorang guru sememangnya tiada
tandingan dan tidak dapat dijual beli dengan apa jua sekalipun.

1. Menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan guru dalam mendidik


anak-anak ke arah menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, fizikal,
rohani dan emosi.

2. Meraikan guru-guru sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2017.

3. Mengenang dan membalas jasa guru-guru yang mencurahkan bakti


mendidik murid-murid sekolah.

4. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

5. Mengeratkan dan merapatkan hubungan silaturahim antara guru,


kakitangan dan murid-murid.

6. Mewujudkan sikap kerjasama antara guru.

Vous aimerez peut-être aussi