Vous êtes sur la page 1sur 20

TUGASAN 1

(PROJEK)

(RBTS 3152) Page 1


1.0 PROPOSAL PROJEK INOVASI

KERTAS CADANGAN INOVASI DIGITAL DALAM PENGEJARAN DAN


PEMBELAJARAN

1. Tajuk:

Perisian Interaktif “Mari Mengenal Alatan Memasak”

Projek yang dilaksanakan adalah modul pembelajaran multimedia interaktif yang


bertajuk “Mari Mengenal Alatan Tangan” yang dibina khusus kepada murid tahun 5.
Pembinaan perisian ini mengandungi nota, latihan dan permainan untuk kegunaan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Pendahuluan:
Peningkatan mutu pendidikan adalah perkara yang penting dan mampu mencorak
masa depan yang cerah. Sebaliknya, kemerosotan mutu pendidikan akan mendatangkan
kesan yang negatif terhadap pembangunan sesebuah negara. Transformasi pendidikan
telah dipalu oleh YAB Menteri Pelajaran Malaysia dalam usaha memastikan pendidikan
negara kita sentiasa relevan dan diterima di peringkat antarabangsa. Pelaksanaan
perubahan perlu dilakukan dengan segera sama ada dalam pengurusan, pengajaran mahu
juga pembelajaran. Justeru, guru mempunyai peranan yang amat berat dalam usaha
mempertingkat pencapaian murid-murid di dalam bilik darjah. Ini dapat diterjemahkan
melalui perubahan yang berpaksikan kepada penerimaan murid khususnya dalam
pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan dalam pengajaran. Ledakan teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) adalah seiring dengan perkembangan dunia pendidikan
pada masa kini.
Pengintegrasian teknologi dalam pengajaran, khususnya mata pelajaran Reka
Bentuk Dan Teknologi akan menjadi lebih menarik, bermakna dan produktif dengan
penggabungjalinan penggunaan multimedia. Menurut Zamri dan Mohamed Amin (2008),
multimedia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat dan mampu
menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Hal ini
demikian kerana bahan teknologi maklumat biasanya menggabungkan teknik suara, bunyi,
gambar, video serta teks yang pelbagai untuk mewujudkan persekitaran yang baharu di
samping kaya dengan maklumat bahasa. Sehubungan itu, murid-murid yang menggunakan
multimedia interaktif sebagai medium menguasai kemahiran membaca lebih fleksibel dan
lebih bebas untuk mencari ilmu pengetahuan. Manakala menurut Doyle (2007), komputer
membantu murid untuk meningkatkan pencapaian bahasa menerusi penggunaan teknik
yang sistematik dan berpusatkan murid.

(RBTS 3152) Page 2


3. Rasional

Projek inovasi ini dijalankan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam dan luar kelas. Projek ini dihasilkan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap
aplikasi dan seterusnya memberi pengetahuan tentang subjek Reka Bentuk dan Teknologi
(RBT). Melalui projek ini murid dapat belajar sambil bermain dengan menggunakan perisian
multimedia interaktif. Projek ini juga dapat mempelbagaikan teknik PdPc yang boleh
digunakan oleh guru-guru di dalam kelas. Rasional penghasilan projek ini adalah supaya
dapat menarik minat murid kerana media interaktif ini mengandungi video, gambar dan
bunyi yang dapat memberi rangsangan kepada deria murid. Menurut Azizi (2009),
pembelajaran menggunakan multimedia lebih berkesan dan sesuai diaplikasikan dalam
mana-mana mata pelajaran malah amat mudah digunakan untuk menerangkan suatu
pembelajaran. Oleh hal itu penghasilan projek ini telah dipilih dan dirancang melalui
perbincangan bersama rakan guru bagi membantu guru meningkatkan lagi keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran.

4. Matlamat

Projek inovasi multimedia interaktif perisian “Mari Belajar Alatan Memasak” adalah bertujuan
untuk:

i. Menarik minat murid untuk belajar mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
terutama dalam mengenal alatan dan fungsinya.
ii. Memudahkan pengajaran guru di dalam kelas untuk memberi penerangan yang jelas
dan mudah difahami murid
iii. Memberi pendedahan kepada murid belajar dengan penggunaan teknologi maklumat
dan komunikasi.
iv. Mempelbagaikan kaedah pengajaran guru di dalam kelas untuk menarik minat murid
belajar
v. Memudahkan penyampaian guru dan melatih murid pembelajaran kendiri
menggunakan perisian multimedia interaktif.

(RBTS 3152) Page 3


5. Objektif Projek

Objektif projek inovasi in ialah:

i. Menarik minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran


ii. Meningkatkan pengetahuan murid mengenal nama dan fungsi alatan memasak
dengan menggunakan perisian “Multimedia Interaktif” dalam topik alatan memasak.
iii. Meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam topik alatan memasak tahun lima
dengan menggunakan perisian multimedia interaktif.

6. Senarai Nama Ahli Kumpulan Dan Rakan Yang Berkolaborasi

Ahli Kumpulan

i. Nurfaten Nabilah Binti Adanan

Rakan kolaborasi

i. Mohd Haziq Hilmi Bin Hasbi


ii. Muhammad Hasri Bin Idris
iii. Mohamad Afiq Ikhwan Bin Abdullah
iv. Husni Naeem Bin Gani
v. Mohd Naim Bin Mohtar

7. Keperluan Alatan/Perisian
i. Laptop/ Komputer
ii. Projektor
iii. Internet
iv. Pembesar Suara
v. Slaid Interaktif (Microsoft Power Point)
vi. Classtool.net

(RBTS 3152) Page 4


8. Anggaran Kos Projek

BIL PERKARA BILANGAN KOS


1 Laptop 1 Sedia ada
2 Projektor 1 Sedia ada
3 Perisian PowerPoint Sumber terbuka
4. Perisian classtool.net Sumber terbuka
5. Kertas A4 (80gsm) 1 RM 9.90
6. Ink Printer 1 RM 35.00
7. Plastik Laminate 1 RM 20.00
JUMLAH Rm 64.90
8.1 Belanjawan

9. Carta Gantt

Bil Tindakan FEB MAC APRIL

1. Pengenalan x

2. Penjanaan idea x x

3. Taklimat kerja kursus x x

4. Pembentangan proposal x x

5. Penyediaan dan x x x
membangunkan inovasi
6. Pelaksanaan Projek x x
inovasi
7. Penilaian projek inovasi x

Jadual 9.1 Carta Gantt proses pembinaan inovasi digital

10. Langkah-Langkah Pembinaan Bahan Inovasi

Langkah 1 (Penyataan Masalah)


Permulaan saya mengenal pasti masalah yang dihadapi murid tahun 5 Zuhrah SK
Bukit Panau semasa proses pengajaran dan pemudah cara (PdPc) mata pelajaran
RBT. Hasil dari pemerhatian didapati murid bermasalah untuk mengingat dan nama
dan fungsi alatan tangan dan kurang tertarik dengan pengajaran guru. Kemudian
perbincangan dilakukan oleh rakan kumpulan berserta rakan kolaborasi untuk
mencari kaedah yang sesuai bagi mengatasi masalah ini dan akhirnya telah memilih
perisian multimedia interaktif untuk mengatasi masalah seterusnya menjadi projek
animasi digital.

(RBTS 3152) Page 5


Langkah 2 (Pemilihan Idea)
Kemudian saya mula mencari maklumat-maklumat yang berkaitan seperti perisian-
perisian yang sesuai untuk digunakan untuk menghasilkan multimedia interaktif.
Saya berkolaborasi dengan rakan untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian
untuk menghasilkan projek ini. Setelah mendapat kata putus akhirnya saya memilih
perisian Microsoft Power Point dan Classtool.net sebagai medium penghasilan
projek inovasi digital.

Langkah 3 (Penghasilan Projek)


Setelah memilih perisian PowerPoint dan aplikasi Classtool.net saya mula membina
perisian multimedia interaktif menggunakan PowerPoint:
i. Kandungan pembelajaran seperti nota nama dan alatan dimasukkan di dalam
perisian ini.
ii. Kemudian memasukkan unsur multimedia seperti grafik, audio, dan video ke
dalam perisian ini.
iii. Seterunya perisian ini menggunakan hyperlink untuk memudahkan pengguna
berinteraksi dan menggunakan perisian ini.

Kemudian bagi pengukuhan kepada murid aplikasi Classtool.net untuk


menghasilkan soalan dan permainan kepada murid. Saya menggunakan crossword
game, dustbin, dan arcade generator.

Langkah 4 (Pelaksanaan)

Setelah projek disiapkan, projek diuji kepada murid darjah 5 sekolah rendah untuk
menguji keberkesanannya. Hasil ujian akan dibuat laporan untuk melihat
keberkesanan projek inovasi digital ini. Kemudian analisis dilakukan untuk melihat
keberkesanan dan cadangan penambahbaikan kepada projek ini untuk
meningkatkan lagi keupayaan aplikasi ini.

(RBTS 3152) Page 6


11. Penutup

Perkembangan penggunaan multimedia interaktif sebagai bahan bantu mengajar dalam


pengajaran Reka Bentuk Dan Teknologi dilihat sebagai suatu perkembangan yang baik.
Dalam era multimedia ini adalah lebih penting bagi kita untuk melihat kepada cara-cara
penggunaan multimedia. Ini bukan sahaja memberi pengetahuan yang lebih tetapi juga
menggerakkan minda murid-murid. Keadaan ini akan mencetuskan idea baharu yang akan
memberi pengetahuan baharu kepada mereka. Keseluruhannya, projek ini menunjukkan
bahawa penggunaan multimedia interaktif dalam menarik minat murid dan dapat memberi
kesan yang positif. Penggunaan multimedia interaktif yang sesuai dengan tahap
pembelajaran murid-murid dapat meningkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran.

12. Rujukan
Arsat M. & Khalip H. (2011). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru-guru Teknikal.
Universiti Teknologi Malaysia.

Doyle. (2007). Learning language through information technology. Educational Technology, 30 (7).

Ishak, A. Kasa, Z. Selamat, M. H. & Abu Samah, B. . (2009). Jurnal Teknologi Maklumat. 5: 79 -89.

Kim.I. (2010). Researching Computers and Learning: CALRG 30th Anniversary Issue. Journal of
Interactive Media in Education.

Rozinah. (2005). Multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.

Zamri Mohammod & Mohamed Amin. (2008). Teknologi maklumat dan komunikasi dalam. Shah
Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd.

Zamri Mohammod & Mohamed Amin. (2008). Teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Publications Sdn. Bhd.

(RBTS 3152) Page 7


2.0 DOKUMENTASI PRODUK INOVASI

Perisian Multimedia Interaktif “Mari Mengenal Alatan Memasak” telah dihasilkan untuk
mengatasi masalah yang dihadapi iaitu murid kurang berminat dengan pengajaran dan
murid sukar mengenal nama dan fungsi alatan memasak. Produk inovasi ini, mengandungi
nota pengajaran, audio, grafik, video, kuiz dan permainan. Multimedia yang dihasilkan
dilengkapi dengan kemudahan button untuk memudah pengguna mengawal perisian.

Rajah 2.1 Menunjukkan menu utama perisian multimedia interaktif

Rajah 2.2 Panduan Button pengguna

(RBTS 3152) Page 8


Rajah 2.3 Isi pengajaran mengandungi grafik yang jelas

(RBTS 3152) Page 9


Rajah 2.4 Kuiz untuk menguji pengetahuan dan pemahaman murid.

Rajah 2.5 Video alatan memasak

(RBTS 3152) Page 10


Rajah 2.6 Permainan pembelajaran menggunakan Classtools.net

(RBTS 3152) Page 11


3.0 Proses Uji Lari Perisian “Mari Mengenal Alatan Memasak”

Setiap projek yang dihasilkan mestilah mempunyai kekuatan dan kelemahannya. Oleh itu,
untuk mengetahui kekuatan dan kelemahannya proses uji lari harus dilakukan untuk menguji
keberkesanannya. Bagi pemilihan peserta uji lari dipilih secara rawak iaitu murid tahun lima
di kawasan persekitaran Jitra. Ujian uji lari dilakukan kepada murid ini secara individu untuk
melihat keberkesanan perisian ini. Bagi permulaan ujian ini, murid terlebih dahulu diberikan
penerangan tentang cara penggunaan perisian ini. Mereka diterangkan dengan jelas
berkaitan penggunaan perisian ini. Saya membuat pemerhatian sebelum, semasa, dan
selepas proses uji lari untuk melihat keberkesanan perisian ini.

Kemudian murid diberikan perisian yang dibangunkan untuk proses uji lari secara
individu tanpa bimbingan. Hasil dari pemerhatian menunjukkan murid teruja mencuba
perisian yang diberikan. Mereka memberikan maklum balas yang positif berkaitan perisian
ini. Maklum balas yang diberikan oleh mereka sangat positif. Mereka memuji perisian ini
sangat menarik dan mudah dikendalikan. Mereka juga menyatakan permainan yang
terdapat dalam perisian sangat menarik dan membantu mereka belajar dengan lebih
menyeronokkan. Mereka juga menyatakan nota, grafik, audio dan video yang digunakan
oleh aplikasi mudah difahami dan menarik.

Selepas melakukan uji lari perisian ini murid kemudian disoal lisan untuk mengetahui
pengetahuan dan kefahaman tajuk yang dipelajari. Hasil soalan sangat positif di mana
mereka dapat menjawab soalan dan memberi penerangan dengan baik. Menurut mereka
perisian yang diberikan membantu mereka meningkatkan kefahaman mereka mengenai
nama dan fungsi alatan memasak. Oleh demikian, hal ini menunjukkan bahawa produk
inovasi yang dihasilkan mendatangkan maklum balas positif dari pengguna.

(RBTS 3152) Page 12


Berikut merupakan proses uji lari yang dilaksanakan

(RBTS 3152) Page 13


(RBTS 3152) Page 14
4. PROMOSI PRODUK PERISIAN MARI MENGENAL ALATAN MEMASAK

Untuk tujuan promosi produk inovasi digital saya menggunakan poster bagi mempromosikan
produk saya.

POSTER INOVASI DIGITAL

(RBTS 3152) Page 15


(RBTS 3152) Page 16
TUGASAN 2
(LAPORAN
PROJEK)

(RBTS 3152) Page 17


TUGASAN 2: LAPORAN PROJEK

Produk inovasi yang telah dihasilkan dari kolaborasi dari ahli kumpulan dan rakan-rakan
sesungguhnya telah mencapai teori pembelajaran trialogikal dan proses uji lari dilaksanakan
bagi mendapatkan keberkesanan produk yang telah dihasilkan mendatangkan pelbagai
impak yang positif yang membolehkan produk yang dihasilkan dapat dikomersialkan. Hasil
dari proses uji lari dapat diperhatikan dengan maklum balas yang diberikan oleh sangat
positif dan banyak input-input positif dan negatif yang dapat diperoleh menjadikan tonggak
kepada penambahbaikan produk inovasi yang dihasilkan agar lebih baik. Perbincangan
kumpulan dalam menghasilkan produk ini, saya dan ahli kumpulan memilih tajuk alatan
memasak dan menggunakan kaedah pengajaran dan produk yang berbeza diuji kepada
murid-murid. Hasil perbincangan pemilihan tajuk ini adalah disebabkan murid sukar untuk
memahami dan mengingat nama dan alatan memasak. Selain itu juga murid kurang
berminat dengan kaedah pengajaran sedia iaitu kaedah chalk and talk semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.

Bagi hasil inovasi digital yang saya telah dibangunkan, saya mengambil kira pelbagai
aspek. Salah satunya adalah mesra pengguna dimana produk yang dihasilkan mudah
dikendalikan oleh pengguna terutamanya murid. Selain itu pemilihan perisian juga diambil
berat kerana pelbagai komputer mempunyai perisian yang berbeza. Oleh itu, saya memilih
Microsoft PowerPoint kerana penggunaanya meluas dan boleh dikatakan setiap komputer
menggunakan perisian ini. Hal ini memudahkan perisian ini untuk berfungsi dengan baik
tanpa ganguan. Selain itu juga, perisian ini juga diajar kepada murid sekolah rendah dalam
mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan hal ini memudahkan murid
untuk memahami cara penggunaan perisian ini. Dengan ini guru tidak lagi perlu mengajar
asas penggunaan perisian ini jika hendak digunakan keatas murid.

Seterusnya aspek yang saya tekankan untuk produk ini adalah kemudahcapaian
diamna pemilihan perisian Microsoft Office merupakan perisian built-in didalam setiap
komputer dan tidak memerlukan pengguna untuk memasang perisian ini sendiri dan juga
tidak memerlukan capaian internet untuk mengaksesnya. Bagi produk saya saya
menggunakan juga capaian internet untuk permainan dan kuiz. Namun begitu saya juga
menyediakan kuiz melalui Power Point dan murid tidak perlu risau jika kuiz menggunakan
aplikasi Classtools.net tidak dapat berfungsi dengan baik seperti tiada capaian internet.
Namun demikian penggunaan, Classtools.net penting bagi perisian ini supaya memudahkan
kuiz dan permainan yang lebih mencabar pemikiran murid agar murid lebih mengingati dan
memahami apa yang dipelajari.

(RBTS 3152) Page 18


Berdasarkan proses uji lari yang dilaksanakan kepada murid-murid, beberapa
masalah timbul dengan penggunaan perisian yang telah dihasilakan. salah satu masalah
yang timbul ialah penggunaan internet yang agak kurang memusakan. Malaysia merupakan
sebuah negara mebangun dengan teknologi pesat, namun tetapi penggunaan internet di
Malaysia masih lagi mempunyai kekurangan. Hal ini dapat dilihat apabila saya menjalankan
proses uji lari terdapat ganguan internet yang menyebabkan murid sukar menjawab kuiz dan
permainan interaktif melaui Classtools.net. Hal ini menyebabkan murid menjadi bosan
menunggu internet kembali pulih dan momentum pembelajaran menjadi kurang. Oleh hal
demikian, bagi pandangan saya penambahbaikan dan penyelesaian alternatif ialah saya
perlu menghasilkan kuiz interaktif yang tidak menggunakan internet dan setanding dengan
aplikasi tersebut. Hal ini membolehkan murid dapat belajar dengan lancar tanpa ganggun
yang tidak sepatutnya. Selain itu saya juga perlu menyediakan altenatif lain seperti
memastikan capaian internet sesuai atau tidak untuk menggunakan perisian iaitu dengan
mencari kawasan yang bagus atau menyadiakan internet yang bagus kepada murid.

Masalah yang seterusnya ialah kekurangan maklumat dan capaian bagi


mendapatkan sumber dalam Bahasa Melayu. Hal ini kerana banyak maklumat yang
diperoleh berasal dari Indonesia dan Bahasa Inggeris terutama untuk video. Hal ini
menyebabkan murid sukar memahami tayangan video jika tiada penterjemahan oleh guru.
Oleh itu, bagi altenatif yang baru saya menghasilakan video sendiri yang sesuai dengan
tahap murid. Selain itu, penggunaan video yang sesuai dengan pengajaran juga sukar
didapati kerana sesebuah video tidak memaparkan spesifik tujuan yang diperlukan daripada
video oleh itu saya akan mengunakan altenatif seperti membuat video animasi sendiri
berdasarkan pengalaman yang dipelajari dari semester lepas dan menghasilkan video yang
betul-betul diperlukan sahaja untuk proses pengajaran.

(RBTS 3152) Page 19


BERIKUT MERUPAKA CD PERISIAN INOVASI DIGITAL MARI MENGENAL ALATAN
MEMASAK

(RBTS 3152) Page 20

Vous aimerez peut-être aussi