Vous êtes sur la page 1sur 5

SEKOLAH AGAMA MENENGAH TANJONG KARANG, TANJONG

KARANG,

45500 SELANGOR

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

2017

KOMPOSISI PENDUDUK DI TAMAN DESA MAWAR, TANJONG


KARANG

SERTA KAITANNYA DENGAN JENIS PENDUDUK

Nama Murid: ……………………………………………………………………………………………………

Tingkatan: ………………………………………………………………………………………………………..

Nama Guru: ……………………………………………………………………………………………………..

………………………… ………………………

T. Tangan Murid T. Tangan Guru


Senarai Kandungan

TAJUK MUKA SURAT

Penghargaan

Pendahuluan

Objektif Kajian

Kawasan Kajian

Hasil Kajian

Rumusan

Rujukan
Penghargaan

Saya menghadapi cabaran untuk melaksanakan kajian ini dengan baik. Namun
demikian, saya dapat melaksanakannya dengan sempurna dengan bantuan dan
kerjasama daripada beberapa pihak.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Sekolah Agama
Menengah Tanjong Karang, Puan Rosnah yang telah memberikan kebenaran
kepada saya untuk menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan. Saya juga
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Kamarulzaman, guru
Geografi Tingkatan 2 Barakah, Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang,
Tanjong Karang , Selangor. Beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar dan
bimbingan kepada saya .Terima kasih kepada ayah dan ibu yang memberikan
dorongan dan galakan kepada saya semasa menjalankan kajian ini. Ayah dan ibu
jugalah yang telah membawa saya dan Amzar ke Majlis Perbandaran Tanjong
Karang untuk menemu bual pegawai di situ.
Selain itu, ucapan terima kasih ini saya tujukan kepada ahli kumpulan
saya,Amzar yang telah bersama-sama menjalankan kajian ini serta kepada
penduduk Taman Desa Mawar,Tanjong karang yang telah memberikan kerjasama
kepada kami semasa sesi temu bual. Tidak ketingalan juga ribuan terima kasih
saya ucapkan kepada Encik Kamaruddin, pegawai di Majlis Perbandaran Tanjong
Karang yang memberikan maklumat tentang kawasan Taman Desa Mawar.
Pendahuluan

Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Geografi, murid Tingkatan 2


diwajibkan menjalankan kerja amali di lapangan. Kajian ini dijalankan selepas
waktu sekolah. Murid-murid diberi peluang untuk memilih tema kajian masing-
masing. Kajian ini adalah berdasarkan tema-tema yang dipelajari di Tingkatan 2.
Saya dan Amzar telah memilih tajuk Komposisi Penduduk di Taman Desa
Mawar serta Kaitannya dengan Jenis Penduduk. Kami menyiapkan kajian ini
dalam masa lapan minggu. Kemudian, saya pun menulis laporan lengkap tentang
kajian ini secara berasingan atau secara individu seperti yang disyaratkan.

Objektif Kajian

Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif yang berikut:

(a) Memerhatikan dan mengkaji komposisi penduduk di kawasan kajian.


(b) Mengkaji jenis-jenis penduduk di kawasan kajian.
(c) Menyatakan kaitan antara komposisi penduduk dengan jenis penduduk di
kawasan kajian.
Kawasan Kajian

Taman Desa Mawar terletak di negeri Selangor, iaitu di Tanjong Karang.

Vous aimerez peut-être aussi