Vous êtes sur la page 1sur 1

Berdasarkan artikel karya Stephen M.

Walt (2009), unipolar dunia di dalam politik


antarabangsa bermaksud suatu sistem yang mengikut pengedaran kuasa di mana satu negara
meluaskan sebahagian daripada pengaruhnya melalui aspek budaya, ekonomi, dan ketenteraan.
Perikatan didefinisikan sebagai suatu bentuk kerjasama keselamatan di antara dua atau lebih
negara yang bertujuan untuk meluaskan kuasa setiap anggota, keselamatan dan pengaruh.
Sistem unipolar sekarang merupakan hasil daripada empat dekad persaingan tanpa henti di
antara antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet. Namun begitu, kewujudan sistem unipolar
dunia juga tidak membawa kepada pengakhiran keselamatan di antara kuasa besar tersebut. Hal
ini kerana, sistem unipolar telah mula menunjukkan kelemahannya selepas tercetusnya Perang
Dingin yang melibatkan pertegangan di antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet. Kesan
peperangan tersebut telah menyebabkan Amerika Syarikat kehilangan status kekuasaan sebagai
salah satu negara yang terhebat apabila berlakunya penukaran sistem unipolar kepada sistem
bipolar dan mula di ambil alih oleh China.

Seterusnya, artikel ini melalui konsep kesusasteraan pula menyatakan bahawa pakatan
sebagai suatu respons kepada ancaman luar yang perlu diseimbangkan. Sistem unipolar
merupakan suatu sistem di mana satu negara mengawal ketidakseimbangan hak terhadap
sumber sistem politik yang relevan. Tambahan lagi, unipolariti juga menyatakan bahawa kuasa
besar tunggal tidak akan menghadapi sebarang persaingan yang berbentuk perbezaan ideologi,
status dan pengaruh yang sama walaupun alternatif ideologi wujud. Selain itu, terdapat juga
penulis lain yang menyatakan pendapat beliau mengenai unipolar iaitu Wohlforth yang menyebut
mengenai bahawa "unipolar threshold" mampu dicapai apabila sesuatu negara begitu kuat
sehingga berkemungkinan tiada sebarang bentuk penyelewengan pakatan berlaku. Pakatan juga
menyeabkan wujudnya beberapa buah negara yang membentuk kerjasama untuk menjaga
keselamatan dan pengkongsian ketenteraan. Contohnya, Rusia dan China melalui Perjanjian
Shanghai pelbagai hala dan Pertubuhan Kerjasama (Cooperation Organition) yang disertai Rusia,
China, Kazaktan dan Tajikstan pada tahun 2001 untuk mengukuhkan kepercayaan Bersama yang
baik antara negara anggota.

Kesimpulannya, pakatan yang diwujudkan adalah bertujuan untuk mengembangkan


kuasa, melindungi hak serta memastikan kelangsungan terhadap sesebuah negara. Unipolar
merupakan fenomena baru dalam politik dunia dan tidak menghairankan apabila ciri penting
unipolar baru mula difahami oleh policy makers di dunia.

Vous aimerez peut-être aussi