Vous êtes sur la page 1sur 1

Avant Garde

Feldman(1992) dalam bukunya Varieties Of Visual Experience menjelaskan seni wujud seiring
dengan kesan sejarah dan ketamadunan manusia yang masih berkembang seiring dengan
pembangunan dan kemajuan manusia berserta zamannya. Ini jelas bahawa sesuatu
kebudayaan itu bermula dengan satu pembangunan serta berasaskan perkembangan perasaan
peribadi seseorang individu dan seterusnya dengan kelompok sosial dan keagamaan kerana
manusia mempunyai keperluan biologis, sosial dan spiritual. Oleh itu, pembangunan tersebut
berterusan dengan menggunakan seni sebagai satu instrumennya.

‘Avant Garde’ secara umumnya bermaksud gerakan kumpulan pakar atau kelompok
manusia yang mahir dalam bidang tertentu seperti kemahiran tinggi terhadap seni tampak atau
visual, bahasa ataupun seni muzik di mana individu di dalam kumpulan ini tidak dipengaruhi
oleh aliran, kaedah dan pemikiran konvensional atau radikal yang terdahulu.
Seni moden ini secara umumnya merangkumi karya-karya artistik yang dihasilkan sepanjang
tempoh dari tahun 1860-an hingga 1970-an dan menunjukkan gaya dan falsafah dari seni yang
dihasilkan pada zaman itu. Istilah seni moden biasanya berkaitan dengan seni di mana tradisi
dan kaedah masa lalu telah dibuang menerusi penemuan baru atau eksperimentasi yang
berulang. Oleh yang demikian, seniman atau artis moden melakukan eksperimen dengan
kaedah dan cara baru bagi melihat serta mencipta idea-idea baru tentang sifat, bahan dan
fungsi seni. Sesuatu kecenderungan secara abstrak ini adalah merupakan antara ciri-ciri seni
moden yang sering disebut sebagai seni kontemporari atau seni postmodern.

Dari skop sejarah, Avant Garde berasal daripada dalam perkataan Perancis yang
bererti barisan hadapan yang merujuk kepada sekumpulan manusia yang melakukan aktiviti
bersendirian dan hasil kerja yang terhasil adalah menerusi eksperimen baru yang berkaitan
dengan seni, budaya dan politik. Ia begitu ketara melewati batas-batas norma yang biasa
ditemui pada definisi seni, budaya dan realiti. Hasil dari penerapan di Perancis, ia telah bermula
pada 17hb Mei 1863 sebagai refleksi dan reaksi kepada pembukaan Salon des Refuses di
Paris. Sekumpulan pelukis tempatan telah mengetuai gerakan seni ini ekoran daripada hasil
karya seni mereka yang ditolak oleh masyarakat terdahulu.
Terdapat beberapa tingkat aliran seni Avant Garde di Eropah. Antaranya adalah
Konstruktivisme di Rusia, Cubism dan Futurisme di Itali, Dada di Switzerland, Bauhaus di
Jerman dan De Stijl di Belanda.

Vous aimerez peut-être aussi