Vous êtes sur la page 1sur 4

APRESIASI KARYA

Lukisan merupakan salah satu daripada elemen yang terdapat di dalam bidang
menggambar. Justeru, di bawah kerangka tugasan kerja kursus Lukisan dan
Penyuburan Diri, satu karya lukisan menggunakan teknik lorekan dan gosokan
yang diberi nama ‘73’ telah dihasilkan. Karya ’73’ ini merujuk kepada jumlah
manfaat dan khasiat yang boleh didapati pada sesebuah tomato. Hal ini demikian
kerana, tomato merupakan sebuah sayuran yang memiliki khasiat yang banyak dan
sering digunakan pada masa kini. Oleh hal yang sedemikian, karya lukisan ‘73’ ini
akan dihurai dan dinilai satu persatu dengan menggunakan teori Feldman.

1. DISKRIPSI
Karya lukisan ‘73’ merupakan sebuah karya yang menggambarkan beberapa buah
tomato segar yang disusun secara rawak. Pada zahirnya, karya ini memperlihakan
sebuah tomato besar yang dikelilingi oleh beberapa buah tomato kecil. Terdapat
juga beberapa percikan dan renjisan air yang menampakkan kesegaran buah pada
karya yang dihasilkan. Tambahan lagi, jika diperhatikan, hanya buah utama di
bahagian hadapan sahaja yang diberikan penekanan dan kelihatan menonjol
berbanding buah yang lain. Karya ini menggunakan latar belakang yang bewarna
hitam. Pada keseluruhannya, karya ini merupakan sebuah karya yang dihasilkan
dengan menggunakan media kering iaitu pensel warna dan juga pastel lembut.
Teknik yang digunakan ialah lorekan dan gosokan. Karya yang berukuran 90cm x
60cm ini menampakkan teknik pencahayaan dan penggunaan warna panas iaitu
jingga dan merah yang mendominasi karya selain daripada warna hijau.

2. ANALISIS
Dari aspek analisis pula, terdapat beberapa elemen unsur seni dan juga prinsip
rekaan yang diterapkan dan diaplikasikan sepanjang proses penghasilannya.
Unsur garisan dapat dilihat dengan jelas pada garisan luar yang melingkari buah
tomato utama. Garisan halus bewarna putih ini digunakan bagi memberikan
penegasan dan bertindak sebagai pemisah di antara buah tomato yang ada di
dalam karya. Garisan selari juga dapat dilihat menerusi ‘stroke’ atau kesan lorekan
pensel warna. Terdapat jug beberapa jenis garisan lain yang dihasilkan pada
tangkai buah tomato yang menampakkan jalinan daunnya. Rupa yang digunakan
kebanyakkannya adalah rupa organik iaitu bulat. Hal ini demikian kerana, bentuk
fizikal tomato adalah aslinya bulat dan sedikit leper. Menyentuh aspek bentuk pula,
bentuk yang digunakan ialah bentuk ilusi disebabkan oleh karya ini berbentuk 2
dimensi yang akhirnya akan menghasilkan jalinan tampak pada karya buah tomato.
Ruang yang ingin diwujudkan di dalam karya adalah menerusi gabungan buah-
buah tomato dan ruang yang ini merupakan ruang ilusi yang hanya wujud di dalam
karya sahaja. Seterusnya, warna yang digunakan adalah lebih kepada warna
warna panas yang menggabungkan warna jingga, merah dan juga kuning. terdapat
juga penggunaan warna hitam dan putih serta warna hijau pada tangkai buah
tomato.
Beralih kepada elemen prinsip rekaan pula, pada keseluruhannya, karya
yang dihasilkan ini menampakkan elemen harmoni yang sangat nyata dari aspek
penggunaan warna. Gabungan warna panas dan hijau telah menjadikan karya ini
harmoni tetapi warna-warna yang digunakan ini bersifat kontra dengan warna
latar yang digunakan. Karya ini merupakan karya yang mempunyai imbangan
yang tidak seimbang. Hal ini demikian kerana, pemberatan pada karya lebih
banyak dilihat pada sebelah kiri. Dalam erti kata lain, bahagian kiri karya
menampakkan imej buah yang besar berbanding dengan imej pada sebelah
kanan karya. Prinsip pergerakan wujud pada titisan air yang dihasilkan pada
karya. Percikan dan titisan air ditampakkan seolah olah ingin bergerak dan
mengalir membasahi tomato. Seterusnya, prinsp penegasan wujud pada buah
tomato utama yang ingin diketengahkan. Buah tomato ini menjadi fokus dan titik
pandangan utama ketika audiens melihat karya. Hal ini demikian kerana, buah
tomato di bahagian tengah ini dizahirkan dengan lebih jelas dari aspek
perinciannya berbanding buah tomato lain yang ada di belakang. Secara
keseluruhannya, karya ini menunjukkan prinsip kesatuan yang terlahir menerusi
kombinasi dan campuran imej yang tidak bercanggah di antara satu sama lain.
REFLEKSI

NAMA: NURUL FATINI BINTI AHMAD AFPANDI


NO. K/P: 951227-10-5792

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat
saya menyelesaikan dan menjalankan tugasan amali bagi kursus Lukisan dan
Penyuburan Diri (PSV3123) ini pada masa dan tempoh yang telah ditetapkan.
Menerusi tugasan ini, saya dikehendaki untuk menyiapkan sebuah folio yang
merangkumi pengenalan, sumber ilham, lakaran sumber idea, penzahiran idea,
pemilihan teknik serta pendokumentasian proses penghasilan beserta hasil karya
lukisan secara individu. Sejujurnya, pada awal sesi pengedaran kertas soalan
tugasan amali ini, saya berasa agak kurang faham dan berasa kurang yakin akan
kemampuan diri dalam menghasilkan sebuah karya yang mampu menepati
kehendak soalan dan menepati aras minima pemarkahan yang telah ditetapkan.

Hal ini demikian kerana, karya lukisan ini merupakan satu karya yang
mencabar saya dari aspek fizikal dan mental. Namun, setelah mendengar taklimat
yang berkesan, percambahan idea melalui proses olahan, serta perbincangan
yang berterusan dengan rakan-rakan, saya akhirnya memahami dan berjaya
melaksanakan tugasan amali ini dengan lancar dan berhasil mencapai objektif
tugasan yang telah disasarkan. Untuk pengetahuan umum, karya lukisan
menerusi teknik lorekan menggunakan media pensel warna memerlukan
kesungguhan dan ketahanan yang tinggi dari aspek mental dan jasmani. Hal ini
demikian kerana, proses penghasilan karya sebesar A1 iaitu bersamaan dengan
90cm x 60cm dengan hanya menggunakan pensel warna merupakan satu aktiviti
yang rumit dan agak sukar untuk dilaksanakan. Namun perkara ini saya anggap
sebagai satu cabaran yang positif dalam mendepani cabaran yang lebih sukar
apabila bergelar guru kelak. Sejujurnya, banyak pengalaman yang dapat ditimba
sepanjang proses penghasilan karya lukisan ini. Terdapat banyak kekuatan dan
kelemahan yang jelas dapat diperhatikan terutamanya dari aspek penguasaan
kemahiran dan ketekunan. Proses penghasilan karya lukisan menggunakan
pensel warna ini memerlukan ketepatan, kemahiran dan ketelitian yang sangat
baik terhadap bahan yang digunakan. Hal ini kerana, kesan lorekan yang berbeza-
beza akan menghasilkan pelbagai jenis jalinan yang mudah dilihat dengan mata
kasar. Justeru, proses ini perlu dilakukan dengan berhati-hati dan teliti.
Namun, proses ini dianggap sebagai satu kekuatan untuk diri saya kerana
sebelum ini saya sudah pernah dan berkali-kali mengaplikasikan kemahiran
mewarna daripada kecil sehinggalah ke hari ini.

Kekuatan yang ada ini saya ambil sebagai satu perkara yang positif yang
membantu saya untuk memperkemaskan lagi teknik dan kemahiran yang ada
supaya karya yang dihasilkan ini sentiasa menjadi lebih baik daripada yang
sebelumnya. Tambahan pula, menerusi produk berfungsi kali ini saya berani
mencabar diri sendiri dengan memilih ‘subject matter’ tomato. Pada mulanya, saya
akui memang agak sukar untuk menyiapkan sebuah tomato dengan sendirinya,
namun kekurangan yang saya hadapi ini, saya jadikan sebagai satu cabaran
dalam diri yang dapat menjadikan saya lebih bersemangat untuk menghasilkan
sebuah karya yang mampu dibanggakan. Kekuatan lain yang dirasakan ketara
ialah dari aspek pengurusan masa. Oleh kerana tugasan amali ini bukanlah
tugasan amali saya yang pertama, maka segala kerja buat yang saya lakukan
berjalan dengan lancar dan pengurusan masa dalam menyediakan folio serta hasil
karya berlaku dengan efisyen. Oleh sebab itu, benarlah kata pepatah ‘alah bisa,
tegal biasa’. Sesuatu pekerjaan yang sering dilakukan akan menjadi satu
kebiasaan yang tekal dan akan menjadi lancar pada masa akan datang.

Malahan, pada masa akan datang, saya perlu lebih banyak membuat sesi
eksperimentasi alat dan bahan bagi menghasilkan variasi agar dapat menerapkan
elemen kreativiti yang tinggi di dalam penghasilan karya. Tugasan ini secara
jujurnya, menjadikan saya lebih bersemangat untuk mempelajari lebih banyak
kemahiran dan pengetahuan daripada pensyarah-pensyarah yang mempunyai
banyak pengalaman di institut ini dan juga menjadikan saya lebih rajin dan terbuka
untuk mencari maklumat yang tepat daripada sumber yang pelbagai serta
meneroka lebih banyak alat dan bahan yang dapat menghasilkan satu inovasi
baharu pada masa akan datang. Hal ini sekali lagi mendorong saya untuk menjadi
seorang guru yang berkualiti serta mampu menjadikan setiap pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan sentiasa berkesan. Semua yang telah saya fahami
dan pelajari ini akan saya ingat dan dipraktikkan apabila menjadi guru kelak.
Insyaallah.

Vous aimerez peut-être aussi