Vous êtes sur la page 1sur 32

KAEDAH KAWALAN MINDA

SEPATAH KATA DARIPADA PENTERJEMAH

Anugerah Allah s.w.t kepada manusia yang paling besar sekali ialah Akal yang membezakannya daripada
makhlukNya yang lain. Memiliki akal sahaja tanpa tahu bagaimana memenafaatkannya dengan sebaik
mungkin adalah satu kerugian.Ilmu untuk memenafaatkan akal itu perlulah mudah dan sistematik agar
dapat menjimatkan wang, masa dan tenaga tetapi membuahkan hasil yang setepat dan semaksima
mungkin.

Semua ini ada di dalam Kaedah Kawalan Minda Silva. Saya mula berkenalan dengan Kaedah Kawalan
Minda Silva ini sekitar tahun 1986 dahulu . Kawan saya telah pergi menghadiri Siri Syarahan Asas dan
mengajarkan beberapa teknik kepada saya yang saya menafaatkan sebaik mungkin di dalam pengajian
saya di UUM ketika itu. Sejak daripada itu saya mula berjinak- jinak dengan ilmu berkaitan minda dan
Minda Separa Sedar melalui pembacaan. Saya mula memberikan perhatian yang serius terhadap
perkara ini pada tahun ini dengan menghadiri sendiri Siri Syarahan Asas pada bulan Mei yang lalu.

Saya merasa lega kerana mendapat bimbingan dan tunjuk-ajar yang secukupnya untuk mengamal dan
mengembangkan ilmu ini. Sejak daripada itu saya mula mengendalikan kelas kecil- kecilan bersama-
sama dengan pelajar- pelajar saya di Pusat Matrikulasi Universiti Utara Malaysia. Masalah yang timbul
ketika itu ialah rujukan di dalam Bahasa Malaysia yang teramat kurang sekali tentang ilmu ini secara am
dan Kaedah Kawalan Minda Silva khususnya. Saya mengambil inisiatif menterjemahkan buku ini yang
tajuk asalnya ialah “For Parents Only:The Silva Method Mind Control”.

Kandungannya saya ubahsuai agar menepati kandungan modul Siri Syarahan Asas. Buku asalnya adalah
ditujukan kepada Ibubapa tetapi saya mengubahsuainya dengan pendekatan lakukan sendiri. Saya
mempunyai cita- cita dan harapan yang tinggi terhadap ilmu ini dari segi menggunakannya dan
memperkembangkannya dan saya berharap bahawa langkah menterjemahkan buku ini adalah langkah
pertama kepada ribuan lagi langkah yang akan saya atur di dalam bidang ini, InsyaAllah. Saya mengakui
bahawa banyak kelemahan dari segi terjemahan dan bahasa di dalam buku kecil ini , tetapi saya
berharap ini akan diperbaiki dari masa ke masa. Semoga usaha sekecil ini memberikan menafaat kepada
pembaca dan sumbangan kecil kepada khazanah terjemahan di dalam Bahasa Malaysia.

SELAMAT MENCUBA, SELAMAT BERJAYA, SELAMAT

MENYEBARKANNYA LEBIH BAIK ,


BERTAMBAH BAIK

Azaman Muhammad

Pusat Matrikulasi Universiti Utara Malaysia

06010 Sintok Jitra , Kedah Darulaman

14 November 1996

e.mail: azaman1310@hotmail.com

muka hadapan:

http://members.tripod.com/manmat/azamanindex.html

KAEDAH KAWALAN MINDA

TEKNIK 3 – 1

Minda atau akal adalah anugerah Allah s.w.t yang paling agung kepada manusia. adalah amat rugi jika
tidak kita menafaatkan pemberian Allah s.w.t. yang paling tinggi nilainya itu. Masalah yang sering timbul
ialah bagaimana cara untuk kita menggunakannya dengan cara yang paling baik melalui teknik yang
paling mudah dan Insyaallah membuahkan pula hasil yang terbaik ?

Inilah yang akan kita lihat sepintas lalu. Apabila bercakap tentang Minda, sering kali kita mendengar
perkataan ‘ Otak Kanan / Hemisfera Otak kanan’ dan ‘Gelombang Alfa’. Secara ringkasnya dapat kita
katakan bahawa otak kanan itu adalah bahagian otak yang paling kurang dimenafaatkan dan menjadi
satu kerugian besar tidak memenafaatkannya dengan sebaik mungkin. Ini adalah kerana bahagian inilah
yang mengawal kreativiti dan penyelesaian masalah. Manakala Gelombang Alfa pula merujuk kepada
getaran sesaat otak kita sebagaimana getaran jantung kita. Getaran ini diukur dengan menggunakan
sejenis alat yang memberikan ukuran 7 – 14 kitaran sesaat. Bagaimana menggunakan bahagian otak
yang paling kreatif pada saat dan ketika yang paling baik?

Minda kita boleh bergetar dalam gelombang Alfa ketika kita berada di dalam rehat atau tenang fizikal
dan mental. Ia dapat dicapai sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Kita mungkin mencapai
gelombang Alfa ketika bersembahyang , mandi, membaca bacaan ringan atau mendengar lagu-lagu
syahdu…… Bolehkah kita menjadikan gelombang Alfa ini satu tabiat supaya dapat otak kanan kita
berfungsi dengan baik pada saat dan ketika yang amat kita perlukan ? Jawabnya BOLEH!!! Bagaimana ?

Begini…..

1. Cari satu tempat dan keadaan yang bebas daripada gangguan bau, bunyi, pandangan dan rasa yang
tidak enak atau tidak elok.

2. Duduk dalam keadaan tegak, kaki memijak lantai/ bumi, tulang belakang lurus, kepala tegak dan mata
tertutup rapat. Tapak tangan diletakkan di atas peha.

3. Tarik nafas panjang perlahan- lahan dan hembuskan juga perlahan –lahan

4. Tarik nafas perlahan-lahan dan ketika menghembuskannya perlahan- lahan , bayangkan angka/
nombor tiga sebanyak tiga kali ( 3 3 3 )

5. Tarik nafas dan hembus serta bayangkan nombor dua sebanyak tiga kali ( 2 2 2 )

6. Tarik nafas dan hembus serta bayangkan nombor satu sebanyak tiga kali ( 1 1 1 )

7. Katakan kepada diri anda bahawa anda akan merasa tenang rehat dan semakin tenang dan semakin
rehat setaip kali anda menghembuskan nafas

8. Ingatkan diri anda , jika berlaku sesuatu perkara yang memerlukan anda membuka mata maka buka
mata dan anda akan merasa tenang dan rehat seperti biasa.
9. Bayangkan anda berada di suatu tempat yang merehatkan, mungkin di tepi pantai, di atas puncak
bukit di taman bunga dan seumpamanya. Bayangkan pemandangan , warna , bau , rasa dan bunyi yang
mungkin kelihatan , kedengaran dan dapat anda rasakan. Bayangkan dengan terperinci dan cuba
rasakan seolah- olah anda sedang berada di sana.

10. Selepas berada di dalam keadaan yang merehatkan itu untuk beberapa ketika anda boleh keluar
dengan mengingatkan diri anda bahawa anda akan keluar dengan kiraan lima. Tarik dan hembus nafas
satu persatu hingga lima kali dan pada kali ketiga ingatkan diri anda bahawa anda akan keluar pada
kiraan lima dan rasa sihat dan segar seperti sediakala. Buka mata dan cuba rasakan anda berasa lebih
sihat dan segar daripada biasa.

KAEDAH KAWALAN MINDA

PEMBERSIHAN MENTAL

Visualisasi dan imaginasi di dalam dimensi Alfa adalah kunci kepada kejayaan pemprograman semula
dan penyelesaian masalah. Kita perlu sedar betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh sikap dan
pemikiran positif. Ini penting kerana ia bukan sahaja memberi kesan terhadap diri kita sendiri tetapi juga
kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kita seperti ahli keluarga dan
rakan sekerja. Semua yang diterangkan di dalam buku ini akan menjadi sia- sia belaka sekiranya anda
bersikap dan berfikiran negatif di dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Jika kita merasakan bahawa kita akan gagal menyelesaikan sesuatu masalah, maka sudah pasti kita tidak
akan dapat menyelesaikannya. Di dalam Kaedah kawalan Minda Silva kita menggunakan satu teknik
yang dinamakan Teknik Pembersihan Mental. Apabila terlintas sahaja di dalam fikiran kita sesuatu yang
negatif kita akan mengatakan “Batal!” dengansegera. Ini diikuti dengan menggantikannya dengan
pernyataan atau perkataan dan pemikiran yang positif. Sebagai contohnya sering kita mengatakan :”
Tidak boleh !.” Cuba gantikannya dengan “Boleh!.”

Apabila seseorang itu mengatakan boleh, sebenarnya beliau sudah mengambil langkah bijak ke arah
mencapai matlamatnya ataupun menyelesaikan masalahnya. Sebaliknya orang yang mengatakan tidak
boleh, sebenarnya telah melawan arus Tujuannya dan sukar untuk mencapai matlamatnya ataupun
menyelesaikan masalahnya. Perkataan negatif lain yang biasa digunakan ialah :”Cuba!.” “ Saya telah
mencuba itu dan ini tetapi masih gagal!.” Pernahkah anda mencuba untuk mengutip duit syiling yang
jatuh ? Sudah tentu tidak. Anda terus mengambilnya. Lebih baik jika anda mengatakan : “Saya akan
lakukannya,” dan terus melakukan perkara yang perlu untuk menjamin kejayaan sesuatu kerja atau
tugas itu.
Bagaimana dengan perkataan- perkataan negatif yang lain seperti :”Bencinya…”, “ Meluat saya…”, “
Terlupalah ..”, “Risaulah..”, “ Rasa macam nak mati…”; dan berbagai lagi perkataan negatif lain yang kita
gunakan saban hari dan saban masa. Sebagai contohnya, setiap kali bertemu dengan seseorang yang
anda benci anda akan berkata :” Sakit hati saya apabila memandang mukanya!.“ Ia benar- benar
membuat anda merasa sakit hati, benci , geram dan marah. Inilah yang dipanggil sebagai Pemprograman
Negatif yang Berkesan.

Proses ini sebenarnya berlaku dalam tempoh yang panjang kesan daripada pengulangan yang dilakukan
tanpa disedari. Apa yang anda sedar ialah apabila bertemu dengan orang itu anda akan secara
automatik berasa geram, marah dan benci terhadapnya. Apa yang telah dan sedang berlaku itu ialah
Pemprograman Negatif yang berkesan sedang beroperasi. Bukankah baik jika kita terbalikkan proses itu
dan memperoleh menafaat yang sebaik- baik dan sebanyak- banyaknya ? Pernahkah anda melihat atau
bertemu dengan kanak- kanak yang menjadi mangsa sikap dan sifat negatif ibubapanya di rumah? “Bila
terkena hujan, ibu kata kepala saya akan pening.” “Jangan bermain di dalam gelap nanti ditangkap
hantu!”

Berapa banyakkah ‘ sampah’ yang telah kita sumbat ke dalam minda anak- anak kita di dalam sehari ?
Sering kita gelar anak- anak kita sebagai ‘bodoh’, ‘setan’, ‘hantu’ dan seumpamanya. Semua ini akan
tertanam di dalam sel minda mereka dan akan kekal di situ sepanjang hayat mereka. Ada pengkaji yang
mengatakan bahawa sehingga usia seseorang kanak- kanak itu empat tahun, beliau telah mempelajari
hampir 75 % daripada apa yang akan mereka gunakan di sepanjang hayat mereka. Bayangkan apakah
jenis pemprograman yang telah dimasukkan ke dalam kepada anak- anak kita sejak usianya empat tahun
dahulu ?

Pemprograman lain yang sering kita lakukan terhadap anak- anak ialah tegahan atau larangan
melakukan sesuatu perkara. Sering kita katakan kepada mereka :”Jangan buat itu, nanti….”. Apakah
yang berlaku ? Mereka akan terus melakukannya lagi dan lagi biar berapa kalipun kita ulangi dan kita
ingatkan mereka.Mengapa tidak kita hanya katakan kepada mereka:” Pergi main di tempat lain. Di sini
panas!” Setiap kali kita menjerit dan marah serta mendenda dan memukul anak- anak kerana
melakukan sesuatu kesalahan, ia seolah- olah satu pemprograman yang semakin kuat kesannya apabila
dimarahi dan dipukul serta dijerit- jeritkan.Hanya beritahu sahaja agar jangan melakukan sesuatu
perkara dengan nada yang lembut.

Mengingatkan perkataan “Batal” apabila perlu akan memberi kesan yang mendalam keatas pemikiran
tindakan dan hasil yang akan anda dapat lihat kesannya terhadap kesihatan, pencapaian kendiri, imej
diri yang lebih baik, lebih berkeyakinan , lebih terkawal dan dapat memberikan contoh dan teladan yang
baik kepada anak- anak dan rakan sekeliling. Ini dapat dilakukan dengan membersihkan mental anda.
Apabila ditanya:”Apa khabar ?”. Dengan yakin jawablah :” Bertambah baik!”. Pengulangan yang
berterusan akan memberi kesan yang baik untuk anda menjadi bertambah baik di dalam segenap bidang
setiap hari.

KAEDAH KAWALAN MINDA

MENANAMKAN BENIH PEMIKIRAN

Kita sering memandang rendah kepada kemampuan minda kita. Apabila berhadapan dengan sesuatu
yang baru atau sesuatu yang belum pernah kita dengar sebelum ini kita akan beranggapan bahawa lebih
banyak ruang dan peluang yang kita perlukan untuk memahami atau memurnikan ilmu yang baru itu ke
dalam minda kita. Sebenarnya tidak.

Apa sahaja yang kita alami melalui indera kita akan direkodkan ke atas sel otak. Selepas sesuatu sesi
ceramah atau perbincangan kita berasa dengan pasti bahawa semuanya telah direkodkan seperti benih
yang telah ditanamkan di dalam tanah. Apa yang penting ialah peneguhan. Sekali kita melakukan
sesuatu perkara yang baru dan berjaya, ia akan membuahkan kejayaan yang berikutnya. Begitulah juga
halnya apabila kita gagal melakukan sesuatu yang baru maka kegagalan itu akan membuahkan
kegagalan yang berikutnya pada masa hadapan. Oleh itu ikutilah arahan dan langkah- langkah yang telah
digariskan agar tidak berlaku kesilapan dan kejayaan menggunakansesuatu teknik itu akan lebih
meyakinkan kita untuk menggunakan teknik yang sama pada masa hadapan.

KUASA MINDA

Minda kita mempunyai kuasa dan boleh diarahkan kepada apa jua kegunaan mengikut kehendak kita. Ini
adalah satu kenyataan yang telahpun dibuktikan secara saintifik. Apa yang perlu kita lakukan ialah
memahami hakikat bahawa kita semua mempunyai keupayaan untuk melakukan apa sahaja dengan
minda kita walaupun kelihatannya seolah- olah sesuatu yang mustahil. Sesuatu yang kelihatannya
mustahil pada mulanya apabila telah berjaya dilakukan maka minda kita akan meyakini bahawa ia boleh
diulangi.

Salah satu cara untuk melihat fenomena kuasa minda ialah dengan membengkokkan sudu. Dapatkan
sebatang sudu dan gosokkan sudu itu dengan menggunakan ibu dan jari telunjuk perlahan- lahan di
kawasan leher sudu itu. Bayangkan ia adalah sejalur mee yang basah. Apabila kita turun ke tahap asas
kita untuk tujuan membengkokkan sudu ini arahkan kuasa minda kita melalui visualisasi dan imaginasi.
Dalam kes kanak- kanak yang mengikuti program ini biasanya sekitar dua puluh minit , sembilan puluh
lima peratus akan berjaya melakukannya. Bakinya akan berjaya dengan latihan yang berterusan.
Proses membengkokkan sudu ini adalah satu pemprograman terhadap benda. Minda manusia dengan
bantuan kebijaksanaan manusia adalah satu- satunya kebijaksanaan yang dapat melakukan
pemprograman sedemikian rupa dalam mengubah bentuk benda. Ini dapat difahami bahawa semuanya
berpunca daipada kuasa minda kita. Kebijaksanaan Ini menghampirkan diri kita kepada peringkat genius
kerana genius ialah orang yang menggunakan dengan lebih banyak keupayaan mindanya dengan cara
yang tersendiri.

EVOLUSI MINDA

Hampir sembilan puluh peratus kanak- kanak terlupa bagaimana untuk memenafaatkan keupayaan
genius mereka apabila meningkat dewasa. Ini berlaku kerana kurangnya penekanan dan peneguhan ke
atas penggunaan daya visualisasi dan imaginasi mereka. Ini berlaku ketika kanak- kanak menghampiri
usia akil baligh apabila minda mereka lebih menumpukan kepada fizikal dan timbulnya keinginan kepada
jantina yang berlawanan.

Perkembangan yang mendadak dari segi fizikal yang menjurus ke arah itu menambahkan lagi keinginan
kepada jantina yang berlawanan. Dalam keadaan ini amat penting melakukan latihan mental untuk
menguatkan minda dan mengujudkan keseimbangan yang harmonis di antara fizikal dan mental.
Sewaktu kita di alam rahim lagi, janin telah mengeluarkan gelombang delta. Gelombang minda ini
terhasil daripada tenaga elektrik yang dihasilkan oleh minda.

Tenaga ini tergolong kepada beberapa pola atau ritma. Delta adalah gelombang minda yang paling
lemah di antara 0.5 hingga 4 kitaran sesaat. Ini berterusan sehingga empat tahun usia seseorang kanak-
kanak itu. Pada tahap ini bayi/kanak-kanak ini mula belajar menggunakan pancainderanya. Indera yang
pertama yang digunakan oleh kanak- kanak ialah sentuhan diikuti oleh rasaan, hiduan kemudian
pendengaran dan penglihatan.Apabila usia kanak- kanak itu meningkat empat tahun mindanya akan
bergetar dalam frekuensi Theta.

Ada dikatakan bahawa pada ketika ini seseorang kanak- kanak itu telah merakamkan tujuh puluh lima
peratus pengetahuan ke atas sel otaknya untuk digunakan sepanjang hidupnya. Frekuensi Alfa terhasil
ketika usia kanak- kanak itu di antara tujuh hingga empat belas tahun. Frekuensi yang lain masih
digunakan tetapi lebih banyak menggunakan frekuensi yang sejajar dengan usianya.

Di dalam gelombang Alfa seseorang kanak- kanak itu mula menggunakan maklumat yang telah
dirakamkan di atas sel otak dan cuba menyesuaikannya dengan maklumat- maklumat baru yang telah
diterima. Kanak – kanak itu akan mencipta ide yang baru dan mengkagumkan, penyelesaian kepada
masalah dan ciptaan yang berbagai. Teman sepermainan yang dibayangkannya Kelihatan seperti benar-
benar ujud. Dia menunjukkan kelebihan yang sama seperti yang Dilalui oleh pengamal Kaedah silva.
Dengan menggunakan kaedah ini kita belajar untuk berfungsi sama seperti ketika kita kecil dahulu
dengan kembali mempelajari bagaimana untuk berfungsi dan mengawal minda ketika di dalam frekuensi
alfa.

Selepas atau ketika usia 14 tahun , kanak- kanak mula melalui zaman akil baligh. Dia mula memberikan
fokus kepada keadaan sekelilingnya dan dengan itu lebih banyak menggunakan frekuensi Beta. Dia
menjadi lebih logik, dan banyak menggunakan taakulan dan analatikal. Dia telah membenamkan
pengalamannya berfungsi di dalam frekuensi Alfa, Delta dan Thetanya ke dalam dimensi luarsedar.
Akhirnya beliau melupakan kekuatan dan kepakaran menggunakan kebolehannya yang asli. Kanak-
kanak perlu diajar agar mengekalkan keupayaan mentalnya melalui visualisasi dan imaginasi pada
frekuensi Alfa.

Ilham adalah hasil daripada tindakan berfungsi pada frekuensi Alfa. Ia amat diperlukan di dalam segenap
lapisan kehidupan. Jika kebolehan ini diperkemaskan/dimurnikan ini akan dapat membantunya menjadi
seorang penyelesai masalah yang berjaya. Apabila minda berfungsi pada frekuensi Beta ia akan
menyelinap masuk ke frekuensi Alfa 30 kali seminit untuk ukuran masa dalam mikrosaat. Ketika inilah
ilham akan muncul.

Orang yang mempunyai tahap ilham yang tinggi mencapai ketepatan 4 daripada 5 ataupun 80 %. Dia
akan menjadi lebih sihat kerana ilham muncul dalam frekuensi Alfa dan ketika itulah badan akan
mengubati dirinya sendiri secara automatik. Dia akan kurang terlibat dengan kemalangan kerana berada
di satu tempat pada satu ketika yang tepat, Ini juga bererti bahawa dia akan bernasib lebih baik daripada
yang lain. Orang yang mempunyai tahap ilham yang tinggi akan menyelesaikan lebih banyak Masalah
kerana dia mendapat jawaban ketika keadaan kelihatannya seolah- olah mustahil Untuk mendapatkan
sebarang jawaban. Jawaban datang melalui tekaan atau pun Mengikuti rasahati yang kesemuanya
digolongkan sebagai ilham.

KAEDAH KAWALAN MINDA

LIMA LANGKAH UNTUK MEMASTIKAN TEKNIK KAWALAN MINDA BERKESAN

1. Kenalpasti masalah yang dihadapi

2. Tetapkan matlamat yang ingin dicapai


3. Tentukan kaedah yang akan digunakan untuk mengatasi masalah tersebut

4. Lakukan apa sahaja yang perlu untuk memastikan matlamat anda itu tercapai

5. Sentiasa mengakui seolah- olah matlamat anda itu sudah tercapai

TEKNIK KAWALAN TIDUR

Bagi mereka yang mengalami masalah susah melelapkan mata (Insomnia), berikut adalah teknik yang
boleh digunakan untuk mengatasi masalah tersebut:

1. Rehatkan diri dengan Kaedah 3-1

2. Bayangkan papan hitam / papan putih

3. Bayangkan sebelah tangan anda memegang pen/ kapur dan sebelah lagi memegang pemadam

4. Bayangkan anda melukiskan satu bulatan besar di atas papan hitam itu

5. Bayangkan anda melukiskan huruf X yang besar didalam bulatan itu

6. Bayangkan anda memadam huruf X itu dengan perlahan-lahan dan berhati- hati tanpa memadamkan
bulatan itu

7. Apabila anda telah memadam huruf X itu tuliskan disebelah kanan bulatan itu RELAX

8. Tuliskan angka 100 dan kemudian padamkannya perlahan- lahan dan kemudian perhatikan perkataan
RELAX dan cuba rasakan anda semakin relax setiap kali anda memadam angka dan melihat perkataan
RELAX
9. Ulangi dengan angka 99 dan seterusnya 98 …….. sehinggalah anda tertidur

10.Jangan lupa ingatkan diri anda : sekiranya berlaku sesuatu kecemasan atau keadaan memerlukan
anda akan membuka mata dan bangun dengan rasa sihat dan segar.

TEKNIK BANGUN TIDUR

1. Rehatkan diri anda dengan Kaedah 3 – 1

2. Bayangkan jam loceng. Bayangkan anda menetapkan jam anda ingin tersedar daripada tidur.

3. Katakan kepada diri anda :” Inilah waktunya saya mahu tersedar, inilah waktunya saya akan tersedar”

4. Teruskanlah tidur dan InsyAllah anda akan tersedar pada waktu yang anda ingini itu.

TEKNIK MENGELAKKAN DARIPADA MENGANTUK

Jika anda merasa mengantuk tetapi anda ingin terus berjaga kerana sesuatu perkara, anda boleh
gunakan teknik ini:

1. Rehatkan diri anda dengan Kaedah 3 – 1

2. Katakan kepada diri anda :” Saya merasa mengantuk, saya tidak mahu merasa mengantuk, saya mahu
terus berjaga, merasa sihat dan segar”

3. Katakan kepada diri anda :” Saya akan membilang daripada 1 – 5. Pada kiraan 5 saya akan membuka
mata, tidak mengantuk, merasa sihat dan segar. Saya tidak akan merasa mengantuk, saya akan terus
berjaga.”
4. Kira perlahan -lahan 1, 2, 3 ingatkan diri anda :” pada kiraan 5 saya akan membuka mata , terus
berjaga dan merasa sihat dan segar.”

5. Kira 4 dan 5 dan pada kiraan 5 dengan mata terbuka ingatkan diri anda”:” Saya terus berjaga, berasa
sihat dan segar lebih daripada biasa:”

KAEDAH KAWALAN MINDA

KAWALAN SAKIT KEPALA

Doktor mendapati bahawa 90% daripada sakit kepala adalah disebabkan oleh ketekanan/ stress.
Selebihnya adalah disebabkan oleh punca- punca lain di dalam badan manusia. Sekiranya anda
mengalami masalah sakit kepala kerana berpunca daripada stress maka kaedah yang akan dibincangkan
nanti boleh digunakan untuk menghilangkannya. Tetapi sekiranya sakit kepala anda timbul pada masa
yang tertentu maka sakit kepala itu mungkin disebabkan oleh masalah organ di dalam badan dan anda
perlu mendapatkan rawatan daripada doktor perubatan.

Anda digalakkan menggunakan kaedah ini pada peringkat awal sakit kepala itu mula menyerang atau
mendatang. Jika anda mengalami masalah untuk ke tahap Alfa di tengah tengah kesibukan tugas dan
kedaan maka anda boleh pergi ke tandas untuk enggunakan teknik ini atau ke tempat lain seperti surau
dan bilik rehat yang membolehkan anda menggunakan kaedah ini tanpa sebarang gangguan.

Anda perlu melalui lima tahap seperti yang telah dibincangkan di dalam teknik- teknik sebelumnya iaitu
pertama menyatakan masalah, kedua menyatakan matlamat, ketiga menyediakan rancangan untuk
mencapai matkamat yang telah anda tetapkan , keempat melaksanakan rancangan anda itu dan akhir
sekali mengaanggap bahawa matlamat anda itu sudahpun tercapai atau terlaksana. Ingatlah bahawa
semua ini hanya berlaku dan berkesan ketika anda berada pada tahap Alfa dan anda boleh juga
menggunakan taknik ini untuk penyakit yang lebih serius seperti gila babi, sawan atau ketika anda
berhadapan dengan keadaan yang tidak menyenangkan.

KAEDAH KAWALAN SAKIT KEPALA

SAKIT KEPALA BERPUNCA DARIPADA STRESS


Turun ke tahap Alfa dengan Kaedah 3 – 1. Apabila berada pada Tahap 1 katakan kepada diri anda : “
Saya mengalami sakit kepala.; saya merasa sakit kepala; saya tidak mahu sakit kepala.; saya tidak mahu
merasa sakit kepala”. “Saya akan mengira 1 – 5 dan pada kiraan 5, saya akan membuka mata, sedar
semula, merasa segar dan di dalam kesihatan yang sempurna. Saya tidak akan sakit kepala. Saya tidak
akan merasa sakit kepala lagi .”

Kemudian kira perlahan- lahan dari 1, 2 dan 3; pada pada kiraan 3 ingatkan diri anda “ pada kiraan 5
saya akan membuka mata, sedar semula, merasa segar dan di dalam kesihatan yang sempurna; tidak
ada lagi rasa tidak selesa di dalam kepala. saya; saya tidak lagi merasa tidak selesa di dalam kepala
saya.”

Perhatikan bahawa kita telah membuat perubahan pada tahap 3 daripada sakit kepada tidak selesa. Kita
tinggalkan sakit itu di belakang. Sambung kembali kiraan perlahan- lahan kepada 4, kemudian 5, dan
pada kiraan 5 dengan mata terbuka katakan kepada diri anda. “ Saya telah sedar, merasa segar dan di
dalam kesihatan yang sempurna. Tidak ada lagi rasa tidak selesa di dalam kepala saya. Saya tidak lagi
merasa tidak selesa di dalam kepala saya “.

SAKIT KEPALA BERPUNCA DARIPADA MIGRAIN

Untuk sakit kepala yang berpunca daripada migrain , gunakan kaedah seperti di atas tetapi lakukan tiga
kali dengan jarak masa 5 minit setiap satu. Pada kali yang pertama anda akan dapat rasakan kesakitan
itu menurun sedikit dan kali yang berikutnya akan mengurangkan kesakitan sedikit demi sedikit. Pada
kali yang ketiga sepatutnya sakit kepala anda akan hilang semuanya.

Apabila kesakitan anda datang lagi sepatutnya sekali sahaja akan dapat menghilangkan semua kesakitan
di dalam kepala anda. Ini akan mengurangkan pergantungan anda kepada dadah yang tertentu dan sakit
anda akan terubat dengan sendirinya apabila badan anda melupakan punca kepada kesakitan di dalam
kepala anda. Walaubagaimanapun jangan merasa segan untuk mengulanginya beberapa kali sehingga
anda mendapatkan kesan yang anda harapkan. Tidak rugi mencuba teknik yang tidak memerlukan
bayaran daripada menghabiskan wang membeli ubat. Untuk sakit kepala yang berpunca daripada
keadaan di dalam anggota badan yang lain sila berjumpa dengan doktor yang pakar.

KAEDAH KAWALAN MINDA

KAWALAN MIMPI
Tahap Alfa adalah tahap kita bermimpi sama ada bermimpi pada malam ataupun pada siang hari. Adalah
sesuatu yang amat menguntungkan sekiranya kita dapat mempelajari dengan lebih lanjut tentang tahap
Alfa dan mempunyai kawalan yang lebih di dalam dimensi tersebut. Ahli sains mendapati bahawa semua
orang bermimpi walaupun tidak semua orang mengingati mimpi- mimpi mereka.

Ada beberapa sebab mengapa mimpi tidak dapat diingati. Mungkin mimpi yang buruk amat menakutkan
untuk diingati kembali atau mungkin ada seseorang memanggil- manggil di dalam mimpi dan panggilan
tersebut tidak mahu didengari dan diingati maka hasilnya mimpi tidak dapat diingati. Kaedah yang akan
diterangkan nanti akan membolehkan anda mengingati mimpi- mimpi anda dan ingatlah bahawa lebih
baik bermula dengan perlahan- lahan dengan mengingati satu mimpi setiap malam sebelum mengingati
beberapa mimpi yang dialami pada satu malam.

Setiap daripada kita mempunyai pengalaman yang unik dan mempunyai satu pola simbolik yang unik
untuk menggambarkan peristiwa – peristiwa di dalam kehidupan kita. Ini dapat dilihat sekiranya anda
mempunyai diari mimpi yang mencatatkan peristiwa yang berlaku di dalam mimpi anda. Sekiranya anda
tersedar dengan satu mimpi, tuliskan secara ringkas tentangnya. Pada sebelah paginya cuba untuk
mendapatkan gambaran yang lebih jelas dengan masuk ke dalam tahap Alfa anda.

Pastikan anda mencatatkannya sebaik sahaja anda mengingatinya, jika tidak ia akan hilang begitu
sahaja. Selepas menuliskan kembali mimpi- mimpi anda masuk kembali ke dalam tahap Alfa dan
tanyakan kepada diri anda :” Apakah kaitan mimpi ini dengan apa yang berlakau di dalam hidup saya ?”
Ini akan dapat membantu anda memahami simbolik- simbolik di dalam impi dari masa ke masa dan
menterjemahkannya dengan cepat dan tepat. Mendapatkan tdur dan pusingan mimpi yang yang
sepatutnya amat baik kerama ia memberikan kita maklumat yang banyak dan peluang untuk menilai
sesuatu perkara daripada dimensi yang lain selain daripada dimensi fizikal kita. Diantara faedah yang
diperolehi daripada penggunaan teknik ini ialah kita akan hanya bermimpi dengan mimpi- mimpi yang
kita ingini sahaja disamping mengimbas kembali mimpi-mimpi kita dan mendapatkan jawaban bagi
menyelesaikan masalah yang kita adapi.

Sekiranya anda mengalami mimpi- mimpi ngeri anda boleh memadamkannya dengan memberikan
arahan seperti berikut sewaktu anda berada di Tahap alfa.: “ Saya mengalami mimpi ngeri ini, saya tidak
ukakannya, saya tidak mahu ia berulang lagi..” dan yang seumpamanya . Kajian menunjukkan setiap
daripada kita mengalami sekurang- urangnya 4 pusingan tidur dan mimpi di dalam semalaman. Setiap
pusingan mengambil masa sekitar 90 minit.

Mimpi pada peringkat awal tidur lebih mendalam dan singkat. Mimpi peringkat berikutnya lebih ringan
dan mempunyai kitaran yang lama. Sekiranya anda terbangun terlalu awal maka tidak ada mimpi. Tetapi
sekiranya anda terbangun di tengah- tengah mimpi anda akan merasa keliru. Sekiranya anda terbangun i
akhir mimpi maka anda akan mengingati dan memahaminya
KAEDAH KAWALAN MIMPI

1. Sebelum tidur masuk ke tahap Alfa dengan Kaedah 3 – 1 . Apabila berada pada tahap tersebut
ingatkan diri anda. “ saya ingin mengingati mimpi saya, saya akan mengingingati mimpi saya”. Kemudian
terus tidur. Anda mungkin akan terbangun pada sebelah malam atau paginya dengan koleksi mimpi
anda pada malam itu. Sediakan kertas dan pen untuk menuliskannya. Setalah anda berpusa hati dengan
pencapaian anda dengan kaedah ini barulah anda teruskan dengan kaedah berikutnya.

2. Sebelum masuk tidur masuk ke tahap Alfa dengan Kaedah 3- 1. Ketika pada Tahap alfa ingatkan diri
anda:” saya ingin mengingati mimpi- mimpi saya, saya akan mengingati mimpi- mimpi saya”. Teruskan
tidur. Anda akan terbangun beberapa kali pada sebelah malam dan pada sebelah pagi dengan koleksi
mimpi anda. Tuliskan semua mimpi- mimpi itu dan beralih kepada kaedah berikutnya setalah anda
berpuas hati.

3. Bagaimana mengunakan mimpi untuk diingati, difahami dan membantu di dalam penyelesaian
masalah. Masuk ke Tahap Alfa dengan Kaedah 3- 1 dan sewaktu pada tahap Alfa ingatkan diri anda : “
Saya inginkan mimpi yang mengandungi maklumat untuk menyelesaikan masalah yang ada di dalam
minda saya.” Nyatakan masalah anda dan tambahkan lagi :” Saya akan mendapat mimpi itu,
mengingatinya dan memahaminya.” Teruskan tidur. Anda akan terbangun pada tengah malam atau
pada paginya dengan koleksi mimpi yang akan anda ingati dan fahami dan dapat membantu anda
menyelesaikan masalah yang anda hadapi.

MELENYAPKAN RAKSAKSA / HANTU

Kanak- kanak begitu kreatif dan imaginatif. Sering kita dengar bagaimana kanak- kanak bermain dengan
‘kawan- kawannya’ yang tidak dapat kita lihat. Peranan media cetak dan elektronik menambahkan lagi
kesukaran kita memahami kanak- kanak dengan daya imaginasi mereka yang kadang- kadang
keterlaluan. Bagi setengah kanak- kanak raksaksa/ hantu ada di mana sahaja; di sebalik tabir, belakang
pintu, di bawah katil dan yang hairannya mereka dapat menerangkan dengan terperinci tentang hantu
atau raksaksa itu.

Apabila kanak- kanak melaporkan mereka bertemu dengan hantu ibubapa akan memasang lampu atau
pergi ke tempat yang dikatakan berhantu itu dan menerangkan kepada kanak- kanak itu bahawa tidak
ada hantu di situ. kepada ibubapa dengan tindakan mereka akan melegakan kanak- kanak itu , tetapi
sebenarnya tidak. Mereka tetap dapat melihatnya di dalam minda mereka.
Walaupun ibubap begitu berhati- hati untuk tidak mengujudkan suasana yang enakutkan terhadap anak-
anak mereka tetapi ia masih terus berlaku. Antara puncanya ialah pembantu rumah dan penjaga kanka-
kanak tersebut yang sering menakut- nakutkan mereka aabila kanak- kank itu enggan menurut perintah
mereka. Mereka akan menggaru- garu dinding dan lantai sehingga mengeluarkan bunyi yang
menakutkan kanak- kanak tersebut atau menceritakan cerita yang menakutkan agar kanak- kanak itu
mendengar perintah dan duduk diam. Jika kanak- kanak itu dapat diyakinkan bahawa tidak ada hantu
maka program berikutnya akan gagal kerana mereka telah meyakinkan minda mereka bahwa tidak ada
hantu.

Untuk memusnahkan hantu atau raksaksa ini kanak- kanak atau kita sendiri perlu turun ke tahap asas
dan lakukan pemprograman pada tahap itu dengan menyatakan bahawa jika kita bertemu atau melihat
hantu kita akan menunjuknya dengan jari telunjuk kita dan hantu atau raksaksa itu akan menjadi
semakin kecil sehingga boleh dipegang dan dibuat ainan. Ia juga boleh diletakkan di atas tapak tangan
dan apabila ditepuk ia akan hilang.

KAEDAH KAWALAN MINDA

KONSEP LAYAR MENTAL

Untuk menentukan letak Layar Mental anda perlu turun ke tahap asas dengan Kaedah 3 – 1. Apabila
berada di sana jeling sedikit mata anda ke atas kadar 20 darjah. Bayangkan sebuah layar seperti layar di
panggung wayang. Letakkannya di luar dan jauh daripada badan anda. Imej yang anda gambarkan di
dalam visualisasi hendaklah dipancarkan ke layar mental tersebut sama seperti halnya gambar
dipancarkan daripada projektor ke layar perak. Jangan jadikan kelopak mata anda sebagai layar
sebaliknya bayangkan seolah- olah gambar terpancar daripada dahi anda ke luar dan jauh daripada
badan anda.

Kes- kes yang biasa diselesaikan dengan teknik ini ialah masalah Matematik dan mengingatkan kembali
apa yang telah dibaca. Apa yang perlu dilakukan ialah menggambarkan formula atau sifir sehingga
seakan- akan ternampak sifir atau formula itu seperti menonton filem. Begitu juga halnya untuk dengan
pembacaan. jadikan apa yang telah anda baca sebagai sebuah cerita filem dan tayangkannya di layar
mental anda ketika anda memerlukannya.

Untuk mendapatkan kesan yang terbaik jadikan imej yang dibayangkan itu bergerak dan berwarna –
warni dan mempunyai bentuk yang pelik dan melucukan . Ini akan banyak membantu anda menguatkan
keupayaan dan kebolehan menyelesaikan masalah, visualisasi dan imaginasi dan lebih baik, ingatan yang
lebih banyak dan jelas, kreativiti yang bertambah dan perkembangan hemisfera otak kanan yang
menjadikan anda semakin genius dari hari kehari.
KAWALAN MEMORI

Untuk memperbaiki memori diketengahkan Sistem yang dipopularkan oleh Bruno Furst yang amat
menekankan tentang pembentukan imajan di atas Layar Mental.Sistem ini menggunakan angka Arab
dan konsonan. Bunyi vowel ( a,e,i,o,u) tidak mempunyai nilai dan konsonan/ abjad yang mempunyai
bunyi yang seakan- akan sama akan mempunyai nilai yang sama . Contohnya B dan P.

1T 8F

2N 9B

3M 10 S

4R

5L

6J

7K

1 2 3 4 5 6789 0

TeN MoRe LoJiK FiBS

Untuk mengingati senarai yang panjang bayangkan perkara yang pelik dan ganjil dengan menggunakan
gambar di dalam minda anda dan kaitkannya dengan peg di atas. Jika perkara pertama yang ingin anda
ingati ialah susu maka bayangkan TEH SUSU yang membuak- buak seperti gunung berapai yang meletus
apabila ditarik.
Jika perkara kedua yang anda ingati ialah basikal, bayangkan binatang yang di dalam bahtera Nabi Nuh
semuanya menunggang basikal seperti di dalam pertunjukan sarkas dan seumpamanya.

KAEDAH KAWALAN MINDA

MENGAWAL KEMARAHAN

Kemarahan adalah sifat semulajadi manusia yang ada baiknya jika digunakan pada tempat dan keadaan
yang sesuai, kita orang dewasa akan berhadapan dengan banyak masalahsekiranya menunjukkan
kemarahan kepada keadaan, orang dan tempat yang salah. Tidak seperti kanak- kanak, mereka boleh
bermain dengan orang yang mereka marahi atau yang menimbulkan kemarahan mereka dalam masa
yang singkat seolah- olah perkara itu tidak pernah berlaku antara mereka.

Apabila marah ujud walau apapun puncanya, jantung akan berdegup dengan lebih pantas, tekanan
darah akan semakin tinggi dan kimia di dalam badanpun berubah. Ini boleh membawa kesan kepada
badan contohnya sakit kepala. Ia juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan di dalam cecair gastrik di
dalam perut dan boleh menyebabkan berlakunya barah di dalam perut. Semakin tinggi kefahaman kita
tentang punca stres semakin baik taraf kesihatan kita.

Apabila kita berada di dalam keadaan marah pergi ke tahap anda dengan Teknik 3 – 1 dan apabila
berada di sana bayangkan punca kemarahan anda sama ada ia orang, keadaan atau benda dan
bayangkan bahawa anda dapat menanganinya dengan baik. Bayangkan anda kelihatan gembira kerana
berjaya menanganinya dan kemudian keluar dengan Teknik 1 – 5.

TEKNIK TIGA JARI

Teknik ini dapat digunakan dengan mempertemukan hujung tiga jari pertama kedua- dua belah tangan (
jari- jari ibu, telunjuk dan hantu ). Teknik ini berkesan untuk pergi ke tahap minda yang lebih dalam
untuk pemprograman semula tanpa menggunakan Teknik 3 -1 . Ia akan memudahkan untuk mengingat
semula maklumat dan menajamkan memori.

Untuk menggunakan teknik ini anda perlu ke tahap anda dengan menggunakan Kaedah 3 1. Apabila
selesai ingatkan diri anda bahawa anda akan mengira satu hingga tiga dan pada kiraan tiga anda akan
membuka mata dan membaca buku. tambahkan:” Kebisingan tidak akan mengganggu saya . Saya akan
mempunyai kefahaman dan kensentrasi yang tinggi. ” Kemudian kira satu, dua dan tiga dan buka mata
sertakan mulakan pembacaan. Setelah selesai membaca, turun ke tahap anda dengan Kaedah 3 – 1 .
apabila berada di sana katakan kepada diri anda :” Pelajaran yang baru sahaja saya baca sebentar tadi (
nyatakan nyatakan tajuk dan perkara ) akan mudah saya ingat kembali bila- bila masa pada masa
hadapan dengan Teknik Tiga Jari saya.”

Sekiranya anda mendengar ceramah atau syarahan , pergi ke tahap anda dengan Kaedah 3 – 1. Apabila
berada di sana ingatkan diri anda bahawa anda akan mendengar syarahan, ceramah ataupun kuliah.
Nyatakan Tajuk perkara dan nama pensyarah. Katakan kepada diri anda :”Saya akan menggunakan
Teknik Tiga Jari dan dengan mata terbuka sepanjang syarahan ini. Kebisingan tidak akan mengganggu
saya. Saya akan mempunyai konsetrasi dan kefahaman yang tinggi. Saya akan mengingati syarahan ini (
sebutkan tajuk, perkara dan nama pensyarah) pada bila- bila masa pada masa hadapan dengan
menggunakan Teknik Tiga Jari.”

Dengan menggunakan teknik ini anda akan mudah mengingati semula sebarang perkara. Dengan teknik
ini maklumat dilabelkan, diindekskan dan difailkan ke atas sel otak dengan teratur dan tersusun. Teknik
ini akan memudahkan minda mencapai tahap berfungsi yang lebih dalam, fizikal dan minda anda akan
berasa lebih rehat. Apabila minda berada dalam keadaan rehat pemikiran akan bergerak dengan lebih
bebas dan lancar. Tentu anda pernah berhadapan dengan soalan yang anda tahu jawabannya tetapi
terlupa walaupun anda mencuba dengan sepenuh upaya untuk mengingatinya. Tetapi apabila anda
pulang ke rumah sambil berehat dan menonton tv, ketika itulah jawaban itu muncul dengan tiba- tiba.
Mengapa ? Kerana minda anda berada dalam keadaan yang tenang adi pemikiran anda lebih lancar dan
anda dapat mengingat dengan lebih mudah.

TEKNIK TIGA JARI DAN PEPERIKSAAN

Sebelum memulakan jawaban cubalah untuk merehatkan diri anda dengan menarik nafas dengan
mendalam beberapa kali. Ini akan membantu anda mengawal keadaan dan pemikiran anda. Anda juga
boleh mengingatkan sesuatu perkara yang melucukan untuk merehatkan pemikiran anda. Berikut
adalah tiga langkah yang boleh anda ambil untuk memastikan anda menjawab dengan baik dan
berkesan.

Langkah Pertama Baca soalan seperti biasa dan jangan terlalu lama bagi setiap soalan. Sekiranya anda
mempunyai jawaban, tuliskan dengan ringkas. Sekiranya tidak ada jawaban yang anda ingati, teruskan
dengan soalan berikutnya Langkah Kedua Gunakan langkah yang pertama tetapi pada kali ini dengan
menggunakan Teknik Tiga Jari dan tunggu lama sedikit bagi soalan yang tidak diketahui jawabannya.
Sekiranya jawaban tiba-tiba muncul, tuliskannya. Sekiranya masih tidak ada jawaban pergi ke soalan
berikutnya
Langkah Ketiga Gunakan Teknik Tiga Jari dan baca soalan yang masih belum berjawab, pejamkan mata
dan jeling ke atas sedikit dan bayangkan pensyarah anda di atas Layar Mental. Tanyakan jawaban
daripada beliau dan kemudian tenangkan fikiran dan kembali berfikir untuk mendapatkan jawaban.
Jawaban yang akan muncul adalah jawaban daripada pensyarah itu secara mentalnya. Jika ini berlaku
tuliskannya dan jangan sekali- kali menghantarkan kertas kosong.

Sentiasa ingat tentang konsep Pembersihan Mental. Mengatakan :” Saya lupa” tidak akan membantu
untuk mengingati semula maklumat. Ingatkan kembali tentang keadaan apabila anda ditanyakan soalan
dan anda menjawab ,: ‘Saya terlupa!,” adakah dapat anda mengingati semula jawabannya.? Sudah tentu
tidak !. Sebaliknya ingatkan kembali keadaan apabila anda ditanya dan anda menjawab:” Baru sebentar
tadi saya ingat ! Tidak mengapa , sekejap lagi saya akan mengingatinya kembali .” Tidak lama kemudian
anda akan mengingatinya kembali . Mengapa ? Ini adalah kerana minda anda terus mencari maklumat
tersebut. Apabila anda mengatakan “Saya terlupa”, minda anda tidak akan berbuat apa- apa untuk
mengingatinya kembali.

Konsep Layar Mental juga boleh digunakan di dalam menjawab peperiksaan. Jadikan gambaran mental
apa sahaja yang anda baca sama seperti klip video atau wayang gambar dan mainkannya semula untuk
mengingati kembali apa yang telah anda baca untuk menjawab soalan. Kegunaan lain Teknik Tiga Jari
ialah untuk mengawal emosi yang negatif. Apabila berhadapan dengan emosi yang negatif apa yang
perlu anda lakukan ialah temukan tiga jari anda di kedua- dua belah tangan dan menarik tiga kali nafas
dalam- dalam dan anda akan dapat mengawal atau mengubahnya menjadi yang lebih positif.

Dalam Teknik Tiga Jari kita menggunakan jari -jari ibu, telunjuk dan tengah/hantu kerana di hujungnya
apabila ditemukan akan menutup kitaran tenga daripada terlepas keluar dan kekal di dalam badan
untuk apa jua pemprograman diri yang lebih baik. sebab yang lain ialah tiga itu mengingatkan kita
kepada keinginan, keyakinan dan harapan yang merupakan kunci terpenting untuk memastikan proses
pemprograman semula dapat berjalan dengan berjaya dan berkesan. Ibu jari mewakili keinginan,
telunjuk mewakili keyakinan dan jari tengah/hantu mewakili harapan. Teknik ini telah terbukti berkesan
untuk tujuan mengingati semula maklumat, relax , kawalan dan pemprograman semula. Anda akan
merasai faedahnya jika mengunakannya berulang- ulang.

KAEDAH KAWALAN MINDA

TEKNIK TANGAN TERAPUNG

Teknik ini berasal daripada teknik Dr . Milton Erikson, seorang pakar hipno-analis yang menggunakan
teknik ini untuk membantu pesakitnya berada pada tahap relax yang mendalam. Dalam teknik ini
pesakit diarahkan supaya menumpukan sepenuh erhatiannya kepada salah satu daripada tangannya dan
merasakan tangannya itu begitu ringan dan terangkat sehingga belakang tangannya menyentuh pipinya
dan kembali ke tempat salnya di atas peha.

Ketika itulah Dr. Erikson menggunakan sepenuh masa yang singkat itu untuk mengubati pesakitnya.
Kadangkala ia mengambil masa sehinga satu setengah jam. Dalam Kaedah kawalan Minda Silva, versi ini
telah dimurnikan sehingga proses itu mengambil masa yang singkat sahaja. Apabila tangan menyentuh
muka dan kembali ke tempat asalnya kita akan merasa relax yang mendalam. Ini adalah satu cara lain
untuk sampai ke tahap asas. Telah dibincangkan sebelum ini Kaedah 3 – 1 , Teknik Tiga Jari dan sekarang
ini Tekik Tangan Terapung. Teknik ini mudah dan berkesan.

Untuk menggunakan teknik ini, duduk dengan selesa dan tumpukan sepenuh perhatian kepada tangan
yang paling biasa digunakan. Jangan mengalihkan pandangan daripadanya. Tangan kita mungkin akan
kelihatan ganjil atau berlainan. memang egitulah halnya kepada apa jua benda yang diperhatikan
dengan lama akan menjadi ganjil dan berlainan. Bilang 10 hingga satu perlahan – lahan dan rasakan
tangan anda menjadi begitu ringan dan sensitif sehingga salah satu daripada jari anda digerakkan .
Bayangkan jari itu bergerak dan membawa kepada tangan anda pula terangkat daripada peha ada.
Apabila menghampiri satu rasakan tangan anda terangkat dan belakang tangan anda menyentuh pipi
anda. Apabila tangan menyentuh sahaja pipi anda maka anda akan menutup mata, menarik nafas
dalam-dalam dan sewaktu menghembuskannya tangan anda akan kembali ke tempat asalanya. Katakan
kepada diri anda bahawa anda akan berada di dalam tahap minda yang lebih dalam dan menyegarkan.
Sewaktu membilang itu anda boleh meyakinkan diri anda bahawa belon sedang mengapungkan tangan
anda ataupun tangan anda akan merasa ringan seringan bulu.

Saranan ini akan membantu tangan anda merasa ringan dan terangkat dengan epat. Ini adalah salah
satu cara untuk mencapai tahap asas dan gunakanlah agar dapat anda rasakan perbezaannya dengan
teknik- teknik yang lain.

TEKNIK SARUNG TANGAN KEBAS ( STK)

Teknik STK ini ialah perasaan yang dibentuk ke atas tangan yang kurang biasa digunakan untuk
mengawal kesakitan fizikal dan dalam kebanyakan kes ialah pendarahan. Perasaan yang terbentuk ialah
perasaan selain daripada perasaan yang biasa dialami seperti sejuk , panas . Untuk mengunakan teknik
ini duduk dengan tegak dan turun ke tahap Asas dengan Kaedah 3 – 1.

Sebaik sahaja berada di sana bayangkan anda mencelupkan tangan anda yang biasa digunakan ke dalam
timba yang berisi air panas yang berada di sebelah anda. Air itu panas tetapi tidaklah sampai ke tahap
kepanasan yang tidak dapat ditanggung. Ingatkan kembali pengalaman masa lalu ketika tangan anda
terendam atau tersimbah dengan air panas sehingga dapat anda rasakan pengalaman itu seperti sedang
berlaku. Rasakan bagaimana panasnya di celah- celah jari anda. Angkat tangan anda dan rehatkannya di
atas peha anda.

Bayangkan pula anda mencelupkan tangan anda yang kurang biasa digunakan ke dalam bekas berisi
pecahan air batu. Bayangkan pengalaman lalu ketika tangan anda terendam atau memegang air batu
sehingga dapat anda rasakan sejuknya air batu itu sekarang ini. Cuba rasakan bagaimanan sejuknya air
batu itu di celah – celah jari anda. Angkat tangan anda daripada bekas berisi airbatu itu sehingga berada
di belakang kepala anda tetapi tidak menyentuhnya. Keringkan ia dalam kedudukan ini selama yang
anda mahu. Kemudian rehatkan tangan anda di atas riba anda dan cuba uji dengan cara mencubit atau
menepuknya.

Untuk menghilangkan rasa selain daripada yang biasa anda boleh menghilangkannya dengan
menggosokkannya daripada pergelangan hingga ke jari – jemari tiga kali dan tangan anda akan kembali
normal. Untuk keluar gunakan Kaedah 1- 5. Apabila anda telah pernah mengalami teknik ini anda boleh
memindahkannya ke tangan yang lain. Anda juga boleh memindahkannya ke mana- mana bahagian
badan yang anda ingini. Untuk menggunakannya anda hanya perlu meletakkan salah satu tangan anda
ke bahagian badan yang sakit dan katakan :”HILANG!”, ketidakselesaan itu akan hilang.

Sehubungan dengan ini juga ada satu lagi latihan yang ringkas untuk menguji sejauhmanakah kuasa kita
dipancarkan melalui telapak tangan. Caranya ialah gosokkkan kedua- dua belah tapak tangan dengan
kuat dan pantas sehingga anda merasa epanasan. Selepas itu berdiri saling berhadapan dengan
pasanagan anda yang telah melakukan latihan yang sama dalam jarak tiga kaki. Pejamkan mata dan cuba
bergerak perlahan- lahan dengan mengangkat kedua belah tapak tangan ke hadapan agar saling
erhadapan dengan kedua belah tapak tangan pasangan anda. Apabila anda dapat rasakan kuasa tapak
tangan pasangan anda berhenti , buka mata dan perhatikan jarak di antara anda berdua. Latihan ini
cuba membuktikan bahawa tengan boleh diarahkan kepada orang lain dengan keinginan untuk
mengubati atau menyembuhkan orang lain.

Untuk menggunakan kedua – dua teknik STK dan menggosokkan tangan anda tidak perlu turun ke tahap
asas. Memadai meletakkan tangan anda ke tempat yang sakit atau tidak selesa dan perhatikan
kesannya. Latihan yang lalu telah meneguhkan perasaan sama seperti ketika berada di tahap asas.
Menggunakan teknik- teknik ini membuktikan kepada kita bahawa kita boleh mengawal ketidak
selesaan yang ujud di dalam badan kita dan boleh memberhentikan pendarahan. Jika terluka letakkan
tangan and di tempat yang luka an tumpukan konsentrasi untuk menghentikan pendarahan. Jika ia
begitu serius lakukan tindakan yang sama sementara anda dikejarkan ke hospital.

Cubaan yang berjaya walaupun sekali akan meneguhkan keyakinan untuk menggunakannya lagi pada
masa hadapan. ni juga boleh dilakukan keatas ketidakselesaan di dalam badan yang lain seumpama sakit
gigi. Teknik Kawalan Sakit Kepala juga boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan di dalam badan.
Walaubagaimanapun ada kemungkinannya ketidak selesaan itu akan berulang dan teknik ini bukanlah
bertujuan untuk mengambil alih tugas doktor. Ia membantu mengurangkan kesakitan disamping
menambahkan lagi keberkesanan kerja para doktor. Dapatkan nasihat dan rawatan yang yang sebaik
mungkin daripada pakar untuk memastikan ketidakselesaan itu tidak berulang ataupun jika ia
bertambah serius.

KAEDAH KAWALAN MINDA

TEKNIK KAWALAN BERAT BADAN DAN TABIAT BURUK

Masalah berat badan yang berlebihan atau obesiti merupakan satu fenomena biasa kebelakangan ini. Ia
bukan lagi merupakan masalah kesihatan semata- mata tetapi telah menjangkau lebih jauh kerana
menimbulkan pelbagai masalah sosial dan komunikasi.

Orang yang gemuk sering menjadi bahan ketawa orang lain dan sering merasa tersisih an dan disisihkan
oleh rakan- rakan. Obesiti atau kegemukan mungkin berpunca daripada tabiat makan yang keterlaluan.
Tabiat pula merupakan satu perasaan yang begitu lama dan mendalam tertanam di dalam inda. Ketika
bayi menangis, perasaan yang pertama terlintas di dalam hati kita ialah dia merasa lapar dan kita
berikannya susu. Ini berlaku berulang kali dan bayi itu berhenti menangis apabila disuapkan susu.
Apabila bayi itu menangis yang kita tahu ialah berikannya susu dan dia akan diam.

Apa yang berlaku ketika kanak- kanak dahulu kita terluka dan dilukakan fizikal dan perasaan kita ?
Bagaimana ibubapa kita menenangkan kita ? Adakah dengan emberikan kita makanan yang kita gemari
? Apakah yang diberikan oleh ibubapa kita apabila kita melakukan sesuatu yang membanggakan atau
menggembirakan mereka ? Adakah kita akan diberikan makanan yang kita gemari juga ? Mungkin inilah
punca masalah obesiti yang kita alami sekarang ini. Sesuatu yang dilakukan berulang- ulang sehingga
makanan menjadi punca atau jalan penyelesaian kepada masalah dan stres yang kita hadapi.

Untuk mengatasi masalah ini ialah dengan pergi ke tahap asas dengan Kaedah 3 – 1. ada tahap asas cuba
bayangkan makanan yang menjadi punca kepada masalah obesiti kita itu. Bayangkan kita menanda
pangkah berwarna merah ke atas setiap item yang menjadi unca kepada masalah obesiti kita.
Programkan diri kita bahawa sebiji buah- buahan boleh menghilangkan keinginan kita kepada makanan
yang bukan pada masanya. Bayangkan anda menolak atau meninggalkan makanan yang boleh
membawa kepada kegemukan di dalam pinggan .

Boleh juga menggunakan Teknik Cermin Minda dengan meletakkan tanda berat badan ng diinginI di
penjuru cermin berbingkai putih itu dan saiz pakaian yang ingin dipakai di penjuru yang lain. Programkan
diri dengan ukuran dan berat badan yang dingini di dalam tahap asas setiap malam sebelum tidur. Pada
setiap kali hendak makan bayangkan keinginan anda di sebelah kiri Layar Mental. Teknik yang sebaliknya
boleh digunakan untuk mereka yang mengalami masalah kekurangan berat badan dan inign menambah
selera makan dan berat badan.

Disamping itu jangan lupa untuk melihat rekod kesihatan keluarga anda. Mungkin ia adalah masalah
keturunan. Jangan paksa diri anda untuk menurunkan berat badan dengan banyak dalam masa yang
singkat. Lakukan perlahan – lahan dan selalulah berhubung dengan pakar kesihatan jika perlu.

KAEDAH KAWALAN MINDA

ESP

Jose Silva mendapati melalui kajiannya bahawa manusia boleh mendapatkan maklumat dengan
memanipulasi keupayaan naluri subjektif mereka. Ia mempunyai kaitan yang rapat dengan deria -deria
manusia secara fizikal tetapi tidak mempunyai had dari segi masa dan tempat. Dengan menggunakan
keupayaan ini ketika berada pada tahap alfa akan dapat membantu manusia untuk menyelesaikan
masalah mereka.

Ahli Psikik mendapatkan malumat dengan menggunakan cara ini sama seperti yang digunakan di dalam
Kaedah Silva. Apa yang membezakan diantara psikik yang biasa dengan psikik yang terlatih ialah psikik
biasa boleh berfungsi dengan baik ketika di dalam dimensi Alfa . Psikik yang terlatih pula boleh
menggunakan keupayaannya pada bila- bila masa yang diperlukannya. Apa yang penting ialah bukan
mendapatkan maklumat tetapi mendapatkan maklumat yang kita ingini. Disinilah timbulnya istilah
Keefisienan berbanding dengan istilah tambahan yang biasa digunakan .

DUNIA KEBENDAAN

Di dalam sesi latihan biasa apa yang cuba diujudkan ialah rujukan secara subjektif tentang benda pada
tahap kesedaran yang berbeza. Barangan logam digunakan dalam latihan adalah daripada jenis yang
biasa seperti besi, tembaga. Ia samalah seperti halnya seorang bayi yang baru cuba mengenali
persekitarannya. Pengalaman- pengalaman baru bayi itu akan dapat membantunya untuk menjalani
kehidupannya dengan lebih baik pada masa hadapan. Rujukan secara subjektif akan memeprkembagkan
lagi penggunakan otak kanan kita dan menjadikan kita lebih genius kerana menggunakan keupayaan
minda kita dengan cara yang unik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Di dalam kehidupan seharian kita sentiasa dikelilingi oleh benda. Mereka tidak mempunyai sel dan
kebijaksanaan. Untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan enda maka terlebih dahulu kita mesti
mempunyai maklumat yang mencukupi tentang benda itu sendiri. Sebagai latihan dapatkan beberapa
benda yang diperbuat daripada logam yang berbeza. Cuba perhatikannya daripada jarak sehasta
kemudian bawakannya hampir ke mata anda. Cuba rasakan beratnya, baunya dan kemudian
sentuhkannya ke dahi anda. Lakukan terhadap empat item. Kemudian turun ketahap asas anda dengan
Kaedah 3 – 1.

Ketika berada di sana cuba ingatkan semula setiap satu item. Pilih satu item kemudian bayangkan anda
memandangnya daripada jarak sehasta dan kemudian jarak yang lebih hampir lagi sehingga menyentuh
dahi anda. Jalankan empat ujian bagi setiap benda satu persatu iaitu ujian cahaya, isipadu dan warna.
Kemudian uji suhunya, Ketiga uji baunya dan akhir sekali uji bunyinya apabila diketuk. Lakukan empat
ujian ini terhadap keempat-empat enis logam itu dan kemudian anda boleh keluar dengan Teknik 1 – 5.

Latihan ini penting untuk membekalkan maklumat asas kepada minda anda untuk membantu anda
menyelesaikan masalah yang melibatkan logam- logam tersebut. Ia akan membantu anda mengesan
kerosakan, menjimatkan masa dan kos untuk memperbaiki peralatan yang rosak. Tetapi ini tidak sampai
mengambil alih tugas orang yang pakar di dalam bidang tersebut. Ia sekadar menyediakan akar sebagai
ganti kepada rotan.

DUNIA BENDA BERNYAWA

Latihan lain untuk mengujudkan rujukan secara subjektif perlu diteruskan kepada benda yang bernyawa
iaitu tumbuh – tumbuhan. Sebagai latihan dapatkan dua helai daun daripada jenis yang berbeza.
Lakukan pemerhatian secara fizikal terlebih dahulu ebelum pergi membuat pemerhatian secara subjektif
dengan Kaedah 3 – 1 . Lakukan empat ujian sama seperti di atas dan keluar dengan Teknik 1- 5. Ini dapat
membantu kita menyelesaikan masalah yang timbul diantara kita dengan tumbuh- tumbuhan pada
masa akan datang.

DUNIA HAIWAN

Pilih binatang yang biasa menjadi peliharaan kita dan perhatikan setiap bahagian binatang itu secarz
fizikal. Setelah itu turun ke tahap alfa dengan Kaedah 3 – 1 dan bayangkan anda memegang binatang itu
dan memerhatikannya daripada jarak sehasta an kemudian bayangkan anda membawanya semakin
hampir.
Perhatikan fizikal binatang tu satu persatu secara subjektif. Setelah itu dengan kiraan tiga cuba
bayangkan anda masuk kedalam tengkorak binatang itu dan bayangkan anda memerhatikannya
daripada segenap udut pandangan. Dalam kiraan tiga berikutnya masuk kedalam tisu otak pula. Cuba
gunakan maklumat yang lalu seolah- olah anda melihat keadaan yang sebenar lengkap dengan bentuk,
bau dan warnanya. Kemudian masuk kedalam rangka badan dan erhatikan segala tulang dengan kiraan
tiga. Selepas itu dengan kiraan tiga perhatikan organ- organ dalam satu persatu.

Selepas selesai anda boleh keluar semula dengan Teknik 1- 5. Pengalaman- pengalaman ini akan
membantu kita untuk menyelesaikan masalah yang berhubung dengan binatang pada masa hadapan.

KAEDAH KAWALAN MINDA

MAKMAL DAN KAUNSELOR

Kita memerlukan tempat yang khas untuk sesuatu benda sama ada sebagai tempat simpanan ataupun
tempat melakukan sesuatu kerja yang khusus. Begitulah juga halnya dengan dunia roh atau subjektif,
kita juga memerlukan tempat khas untuk melakukan kerja- kerja kita secara subjektif. Untuk
mengadakan makmal secara subjektif turun ke tahap Alfa dengan Kaedah 3 – 1 .

Apabila sampai di sana kira mengundur dari 10 -1 untuk ke dimensi kreatif. Ketika berada di sana
katakan kepada diri anda pada kiraan 3 anda akan membentuk sebuah bilik . Kira perlahan- lahan satu
dua dan tiga. Apabila sebut sahaja tiga anda sudah membentuksebuah bilik yang mempunyai saiz warna
dan bentuk yang anda ingini. Di dalam makmal tersebut adakan apa sahaja benda yang anda fikirkan
perlu dan letakkannya di mana- mana sahaja yang anda suka di dalam bilik itu. kecuali di dindiong
sebelah selatan ( ia adalah untuk Layar Mental).

Dalam kiraan tiga perlahan- lahan bentuk sebuah kerusi malas, meja, jam, kalendar, kabinet dengan
maklumat tentang mengatasi masalah lelaki dan wanita, bahan- bahan dan peralatan, ubat dan cecair
kimia untuk menyelesaikan masalah ddengan lebih berkesan. Setelah selesi membentuk makmal dan
peralatan yang berkaitan anda boleh keluar dengan kiran 1 – 10 kemudian keluar dengan Teknik 1 – 5.

Kita sering berhdapan dengan rakan dan teman yang bermasalah secara fizikal dan mosi. Dalam
kebanyakan kes kita sering terpanggil untuk membantu mereka. Maka dengan sebab itu kita perlukan
pembantu yang pakar. Kita boleh memilih dua orang dari jabtina yang berbeza untuk menjadi kaunselor
kita apabila mengendalikan kes- kes subjektif kita. Bayangkan kedua- dua mereka muncul daripada
dinding sebelah selatan yang bertindak sebagai Layar mental kita. Bayangkan ada lif di sana dan
pintunya akan terbuka ke awah perlahan- lahan mendedahkan kaunselor kita. Punat untuk mengawal
pinti lif itu ada di lengan kerusi malas kita.

Tentukan siapakah yang akan menjadi kaunselor kita dari kalangan yang orang yang kita kenali sebagai
pakar di dalam bidang pengubatan rohani. Setelah itu masuk ke tahap Asas anda dengan Kaedah 3 -1 .
Apabila berada di sana turun ke dimensi makmal anda dengan kiraan 10 – 1. Pada kiraaan perlahan
sebanyak tiga anda akan membentu layar Mental di dinding sebelah selatan makmal anda. Pada kiraan
perlahan tiga anda akan membentuk lif yang akan membawa kaunselor anda masuk ke dalam makmal.
Bayangkan pintu lif tertutup dan anda mengawalnya dengan punat di engan kerusi malas anda.
Bayangkan pintu itu terbuka dengan tenggelam ke lantai perlahan-lahan beberapa inci setiap saat.
Gunakan daya imaginasi anda untuk menggambarkan keadaan ini seperti benar- benar berlaku.

Pada kiraan perlahan tiga keseluruhan pintu akan tenggelam ke dalam lantai dan mendedahkan kauselor
lelaki anda. Bayangkan kaunselor anda itu hidup dan bergerak masuk ke dalam makmal anda .
Bayangkan anda mengenalkan diri dan cuba berkenalan dengan kaunselor anda. Tutup kembali pintu lif
tadi dan ulang kembali proses yang sama untuk membawa masuk kaunselor wanita anda. Yakinkan diri
anda bahaw kedua- dua mereka adalah pakar dan boleh membantu anda menyelesaikan sebarang
masalah .

Mulai sekarang apabila anda masuk sahaja ke dalam makmal anda , kedua- dua kaunselor anda akan
sedia menanti untuk membantu anda menyelesaikan apa jua masalah. Apabila anda menyelesaikan
masalah lelaki, kaunselor lelaki akan berada di belakan tangan yang biasa anda gunakan dan akan
membantu anda menggunakan tangan anda itu. Apabila anda cuba menyelesaikan masalah wanita,
kaunselor wanita pula yang akan berada di belakan tangan yang biasa anda gunakan dan membantu
anda untuk mengerakkannya.

Rutin yang perlu dilakukan untuk tiba ke tahap ini ialah dengan menutup mata menggunakan Kaedah 3 -
1 dan bilangan menurun 10 – 1 untuk ke tahap makmal anda. Apabila berada di sana anda akan
berjumpa dengnkaunselor- kaunselor anda dan eriucap selamat atau menyebutkan kalimat yang positif
bersama- sama dan ini adalah masa yang sesuai untuk bertindak sebagai Psikik. Jika anda telah
menyelesaikan sesuatu kes dan berjaya seratus peratus, jangan lupa untuk meningatinya kembali
sebagai titik rujukan dan ini akan membantu anda mendapatkan ketepatan yang sama dan
mengendalikan kes- kes berikutnya. Setelah menyelesaikan sesuaut kes jangan lupa mengucapkan
terima kasih dan ucap selamat kepada mereka dan keluar dengan mengira 1 – 10 dan 1 – 3 . Pada keika
itu petik jari anda perlahan- lahan dan katakan di dalam hati : “ Betul- betul sedar, berasa segar dan
sihat sempurna .”

JASAD DAN PERASAAN MANUSIA


Mengujudkan titik rujukan adalah penting sama pentingnya dengan mengujudkan titik rujukan terhadap
benda dan haiwan. Ini dapat membantu kita menyelesaikan masalah ang ujud di dalam badan dan
perasaan manusia. Bagi mendapatkan keadaan ini anda perlu ke tahap asas denga Kaedah 3 – 1.
Kemudian kira menurun 10 – 1 untuk ke tahap makmal anda. Ucapkan selamat atau ungkapan positif
kepada kaunselor anda.

Selepas kiraan perlahan tiga anda akan membayangkan seseorang yang amat anda kenali dan
bayangkannya di atas Layar Mental anda yang terletak di dinding sebelah selatan makmal anda. Dalam
kiraan tiga- tiga bayangkan anda membawa orang itu semakin hampir kepada anda sehingga dapat anda
menyentuh dan meneliti mukanya. selepas mengkaji mukanya secara mental masuk kedalam tengkorak
dan otak, rangka, organ bahagian dalam badan, kulit ,untuk mengesan penyakit atau jangkitan otak
secara mental belah tengkorak orang itu dan cuba perbaiki masalah yang timbul disana.

Apabila anda dapat mengesan sebarang masalah sedarlah bahawa anda dapat memperbaikinya. Walau
bagaimana serius sekalipun penyakit orang itu anda tidak akan terkena jangkitannya. Untuk
membesarkan saiz atau emndapatkan bantuan menyelesaikan masalah anda hanya perlu memetik jari
disebalah kanan dan ia akan terjadi seperti yang anda ingini. Begitu juga halnya untuk mengecilkan saiz.
Mengesan penyakit fizikal dan emosi secara subjektif sama seperti anda menonton proses pembedahan
yang dilakukan oleh para doktor.

Jika anda bekerja berpasangan berikut adalah Arahan kepada Orientologis ( Pemandu )

1. Masuk ke makmal anda dengan Kaedah – kaedah 3 – 1 dan 10 – 1

2. Jika anda pernah menjalani latihan sebelum ini ulang kembali kes yang berjaya anda kendalikam
dengan tepat sebelum mengendalikan kes yang baru.

3. Beritahu saya apabila anda sudah beredia ( Jika sudah bersedia boleh mulakan )

4. Sekarang saya akan membilang dari 10 ke 1 untuk membenarkan minda anda mendapatkan tahap
yang spesifik untuk membolehkan anda mengendalikan kes ini dengan tepat untuk menyelesaikan
masalah yang akan saya bentangkan kepada anda nanti. 10-9-8-7-6-5-4-3-2–1. Minda anda sekarangh
telah berada di tahap yang tertentu dimana anda akan menyelesaikan dengan betul dan tepat masalah
yang akan saya kemukakan kepada anda nanti.
5. Pada kiraan 3 , imej badan ( nama, umur, alamat dan jantina) akan berada di layar anda .

6. 1-2-3 (petik jari ). Imej badan (nama,umur,alamat dan jantina) sekarang berada di layar anda

7. Rasakan kehadirannya, (diam), bayangkannya (diam), ujudkannya (diam) ketahui bahawa dia disitu
(diam) anggap sahaja dia berada disitu.

8. Lakukan imbasan dengan kebijaksanaan anda dari kepala ke kaki beberapa kali dengan cepat.

9. Sewaktu mengimbas itu izinkan kebijaksanaan anda secara tidak langsung memilih tiga kawsan yang
mempunyai tarikan yang kuat ( diam)

10.Kekalkan kadar imbasan dari kepala ke kaki sekali sesaat dan beritahu saya kawasan tarikan apabila ia
muncul

11.Ini adalah sesi latihan, sekarang biarkan pengalaman anda yang bekerja. Ketepatan ankan datang
melalui latihan.

12.Anda akan merasakan seolah- olah anda mengadakan cerita, beritahu saya apa sahaja yang terlintas
di dalam minda anda.

13. Sekarang pergi ke tiga kawasan yang mempunyai tarikan yang lebih dan pada kadar satu imbasan
sesaaat pilih kawasan yang memberikan tarikan yang lebih kepada anda Apabila telah terpilih, teruskan )

14. Besarkan kawasan yang anda pilih itu dengan memetik jari kanan anda perlahan – lahan dan izinkan
kemungkinan berlakunya kesakitan atau kerosakan di kawasan ini dikesan oleh minda anda. Ingat!
Apabila dapat sahaja dikesan anda akan dapat memulihkannya.

15. Teruskan bercakap sewaku mememriksa, terangkan kepada saya apa sahaja yang ingin anda
ucapkan, anda akan merasakan seolah-olah membuat- buat cerita, inilah perasaan yang sebenar,
terangkan kepada saya sama ada anda memikirnya betul ataupun salah.
(Orientologis : Pastikan maklumat dituliskan padaawal sesi. Pada mulanya galakkan supaya pasangan
anda bercerita semuanya. Jangan beritahu betul atau salah sehingga akhir sesi. kemudian nilaikan
maklumat yang diberikan dan terngakkan maklumat yang telah diberikannya dengan betul sebelum
keluar ke tahap asas untuk menjadikannya sebagai titik rujukan. Bagi maklumat yang salah katakan:”
Saya tidak mempunyai maklumat tentang itu, mungkin ia betul!” Jika semuanya salah, mungkin pasngan
anda mengkaji orang yang lain. Suruh pasangan anda mengingati kembali kes lalu yang telah berjaya
diselesaikannya dengan tepat.. Pastikan pasangan anda membetulkan kesilapan yang berlaku sebelume
keluar dengan berkata :”Pastikan orang di dalam minda anda seorang yang sihat dan gembira dan
sampaikan pemikiran itu kepadanya.” Katakan ini denga keras ketika hampir selesai.)

16. “Setiap kali anda memamsuki dimensi ni dengan keinginan yang ikhlas untuk membantu
kemanusiaan, seperti yang anda lakukan sekarng, anda menolong diri anda sendiri; bakat anda akan
terserlah dan anda akan bertambah tepat setiap kali. inilah yang berlaku”.

17. Terima kasih. Anda boleh keluar 1- 10, 1- 3 , dengan sihat sempurna.

18. Bincangkan dengan ringkas kes ini bersama- sama.

PERHATIAN

1. Kita tidak melakukan diagnosa. Hanya orang yang pakar dalam bidang perubatan sahaj yang layang m
emelakukannya untuk tujuan mengubat. Kita melakukan penyiastan secara psikik untuk mengesan dan
membetulkan masalah pada tahap psikik dari jarak jauh.

2. Kes tidak dilakukan ke atas orang yang hadir dalam majlis itu.

3. Kita tidak menjadikan diri kita sebagai kes sewaktu kita hadir di sana

4. Kita mengelakkan ikatan atau hubungan yang boleh menghalang keupayaan kita untuk berfungsi

5.. Kita tidak mengujudkan masalah tetapi menyelesaikannya.


6. Jangan bercakap tentang perkara yang negatif ketika seseorang itu berada pada tahap yang lebih
dalam.

7. Lakukan terhadap manusia dahulu sebelum melakukannya trhdap benda dan binatang kerana
manusia lebih penting. dalah disyorkan anda melakukannya terhadp ahli keluarga anda pada sebeah
malam sebelum melelapkan mata.

TEKNIK IBUJARI DI DAHI

Teknik ini biasanya digunakan kepada kanak- kanak selepas menjalani latihan mental sekurang-
kurangnya lima jam keseluruhan. Ia diprogramkan sebelum kanak- kanak itu keluar daripada tahap asas.
Apa yang perlu dilakukan ialah apabila kanak- kanak itu mengalami kecederaan atau bantuan katakan
kepadanya:” Bila anda perlukan bantuan saya untuk ke tahap minda yang lebih dalam dan menyihatkan,
apa yang perlu saya lakukan ialah letakkan ibujari ke atas dahi anda seperti yang akan saya lakukan
nanti. Sekarang saya akan meletakkan ibujari saya ke atas dahi anda. ( Letakkan ibujari anda ke atas
dahinya dan ulangi arahan).

Bila sahaja anda mahukan saya membantu anda memasuki tahap minda yang lebih dalam dan
menyihatkan, apa yang perlu saya lakukan ialah meletakkan ibujari saya ke atas dahi anda seperti yang
saya lakukan sekarang ini.” Pada ketika itu anda akan memejam mata dan menarik nafas dalam – dalam
dan sementara menghembuskannya perlahan-lahan anda akan memasuki tahap minda yang lebih dalam
dan menyihatkan daripada tahap sekarang ini.” Selepas pemprograman ini kanak- kanak itu boleh keluar
dengan Teknik 1- 5.

Pada masa hadapan sekiranya anak anda perlukan bantuan untuk memasuki tahap asasnya apa yang
perlu anda lakukan ialah arahkannya supaya duduk dengan selesa dan letakkan ibujari anda di dahinya
untuk mengunakan teknik ini. Apabila berada di tahap asas anda bolehlah memnggunakannya untuk
program yang tertentu seperti menghilangkan kesakitan , menghentikan pendarahan , mengawal
kemarahan dan lain- lain yang dirasakan perlu. Teknik ini telah diamalkan di seluruh dunia dengan
keputusan yang memberangsangkan. Keluarga anda tidak terkecuali di dalam hal ini. Amalkanlah!.
om pelajari 5 tanda kita gagal menguasai minda:

1. KITA TIDAK PERNAH SERONOK DENGAN APA YANG DILAKUKAN.

Perkara ini sering kita lihat pada mereka yang sentiasa tertekan apabila melakukan sesuatu. Apabila kita
tidak menyukai perkara yang kita lakukan maka ini bermaksud kita telah dikawal oleh minda.

2.KITA MUDAH MENGALAH KITA AKAN MUDAH MENGALAH APABILA MENGHADAPI SEBARANG
MASAALAH .

Situasi ini dapat dilihat apabila kita mudah membuat keputusan untuk berundur terlampau awal apabila
berhadapan dengan cabaran dan rintangan.

3. KITA SENTIASA FOKUS PADA MASALAH MINDA YANG LEMAH

juga memperlihatkan kita sentiasa fokus pada masalah dimana kita tidak pernah sesekali terfikir untuk
mencari jalan penyelesaiannya kalau kita mencari penyelesaiannya mungkin sudah lama kita jumpa
penyelesaiannya tetapi kita tidak mencari penyelesaian masalah tersebut bahkan hanya memikirkan
penyesalan akan masalah yang dihadapi. Apabila minda kita sentiasa fokus pada masalah, maka ia akan
membawa kepada sifat-sifat negatif yang melibatkan emosi, persekitaran dan sebagainya.

4. KITA TIDAK PERNAH KELUAR DARIPADA PERSEKITARAN NEGATIF APABILA KITA GAGAL MENGUASAI
MINDA,

maka secara tidak sedar kita telah membiarkan persekitaran negatif memasuki minda kita. Ini juga dapat
dilihat jika kita sentiasa menilai sesuatu perkara dari sudut yang negatif atau dengan kata lainnya mudah
bersangka buruk pada apa yang terjadi.

5. KITA SUKAR MENUMPUKAN PERHATIAN TERHADAP SESUATU PERKARA

Adakah kita seringkali mengalami masalah untuk fokus terhadap sesuatu perkara? Jika perkara
sedemikian berlaku pada diri kita maka jelas sekali kita perlu mempertajamkan lagi minda kita kerana
ciri-ciri mereka yang mudah hilang fokus adalah disebabkan penguasaan minda yang lemah. Jika ada
diantara kelima-lima ciri ini bersangkut paut dengan diri kita, ia tidak bermakna kita perlu mengalah dan
berserah kepada takdir. Tindakan yang perlu kita lakukan ialah mencipta perubahan dimana aspek
penting yang perlu dinilai ialah memperkasakan minda kita terlebih dahulu dengan ilmu pengetahuan
dan dengan cara beribadah dan hindari perkara dosa sebab ini adalah cara terbaik untuk mencuci hati
dan minda. Dengan berbuat demikian, anda akan sedar bahawa perubahan positif yang ketara akan
berlaku pada diri kita dari semasa ke semasa. ada matlamat? ada impian? ada hajat? ingat segala doa
dan hajat kita mesti disusuli dengan berberapa langkah dan usaha Dibawah ini adalah satu pendedahan
rahsia besar dari saya iatu 5 teknik menggunakan kuasa minda bawah sedar,tahu tak kursus-kursus
latihan seperti ini sangat mahal yuran penyertaan untuk belajarnya bahkan ada yang mencecah ribuan
ringgit untuk menghadiri seminar seperti ini,tetapi saya dedahkan secara percuma sepagai tanda
penghargaan saya kepada sesiapa yang ingin benar mencari ilmu. (saya pon masih belum mahir
mengunakannya jaz nak share)

5 TEKNIK MENGGUNAKAN KUASA MINDA BAWAH SEDAR:

(alternatif mencapai impian) Kosongkan fikiran dan biarkan diri dalam keadaan tenang. Berikan kata
semangat pada diri sendiri(dalam hati) seperti aku hebat,aku kaya,cantik,hensem dan
sebagainya(rekalah dialognya sendiri yang berkaitan dengan hajat) bayangkan apa yang kita impikan itu
akan dapat(dalam berberapa saat)sedang dapatnya(dalam berberapa saat)sudah pun mendapatkan apa
yang di idamkan tersebut( dalam berberapa saat juga) Tarik nafas selama dalam kiraan 8 saat,tahan
seketika dalam 8 saat kemudian lepaskan dalam 8 saat juga.(ulang sebanyak 3 kali/5 kali/7 kali/9 kali or
(11 kali terbaik) Pejam mata (seeloknya 5 teknik ini cuba lakukan dengan serentak dalam satu masa)
kemudian buka mata dengan senyuman seolah-olah memang benda yang diidamkan itu sudah berada
didepan mata. sekurang-kurang tempoh latihan ini selama 15 minit sehari dan sebaiknya 1 jam 15 minit
dalam sehari kalau nak cepat merasakan hasilnya dan semalas-malas pon seminggu sekali jangan
tinggalkan melebihi 1 minggu kerana teknik ini seperti mengecas beteri dalam otak kita jika di tinggalkan
lebih pada tempoh tersebut tenaganya akan jadi lemah semula. mudahkan tak perlu keluar modal hanya
menggunakan fikiran tapi ingat apa yang saya pesan mesti disusuli dengan usaha insyallah SELAMAT
MENCUBA

Vous aimerez peut-être aussi