Vous êtes sur la page 1sur 6

Tugasan 2

Pelbagai teori berkaitan pengurusan - konteks pendidikan


Senaraikan beberapa teori yang tersenarai di bawah 5 kelompok di atas:

Teori Pembelajaran

1. Teori Belajar Humanistik


2. Teori Belajar Behavioristik
3. Teori Pembelajaran Sosial (Teori Perilaku (Bandura) )
4. Teori Belajar Kognitif (Ausubel : Teori Belajar Bermakna )

Teori Keperluan/Motivasi

1. Teori Hirarki Keperluan ( Abraham Maslow )


2. Teori Dua Faktor (Motivation-Hygiene) ( Frederick Herzberg )
3. Teori X Dan Teori Y ( Douglas Mcgregor )
4. Teori Erg (Clayton Alderfer )
5. Teori Keperluan ( David Mcclelland )
6. Teori Pengukuhan ( B.F Skinner )
7. Teori Ekuiti ( J. Stacy Adams )
8. Teori Keadilan ( Greenberg )
9. Teori Harapan (Expectancy Theory) (Victor Vroom )

Teori Kepimpinan

Teori Tradisional

• Tret

• Tingkah Laku

• Situasi

Teori Semasa

• Moral

• Transformasi
LEADERSHIP THEORIES/TEORI KEPIMPINAN

 Robbins (2001) dan Greenberg & Barron (1995) telah membahagikan teori
kepimpinan kepada 3 peringkat.

1. Teori Sifat/ Traits Theory

2. Teori Perilaku/ Behavioral Theory

3. Teori Kontingensi/ Contingency Theory

TEORI Tujuan

TEORI SIFAT Cuba mencari sifat-sifat sahsiah (personaliti ) sejagat. Andaian


bahawa pemimpin mempunyai sifat-sifat yg tidak dipunyai oleh bukan
(TRAITS ) pemimpin.

TEORI Cuba menghuraikan kepimpinan melalui perilaku orang yg


PERILAKU memimpin.
(BEHAVIORAL
MODELS)

TEORI Mencadangkan model kontingensi utk mengatasi kelemahan


KONTINGENSI pendekatan terdahulu dan mengambil kira penemuan penyelidikan.
Teori Pentadbiran

Menurut Kimbrough dan Nunnery (1983), teori – teori dalam pentadbiran pendidikan
dibahagikan kepada tiga bahagian berasaskan perkembangan teori-teori tersebut.
Pembahagian teori-teori adalah seperti berikut:-

1. Teori – teori Tradisional (Traditional Theory) / Analisis Kerja

(a) Teori Pengurusan Saintifik (Frederick Taylor).

(b) Teori yang perihalkan Fungsi Pentadbiran (Henri Fayol, Chester Barnard, dan
Gullick).

2. Teori – teori Peralihan

Teori-teori ini lebih kepada tingkah laku pekerja, berhubung dengan perhubungan
interpersonal dan dinamik kumpulan. Antaranya adalah seperti berikut:-

(a) Pendekatan hubungan manusia (Elton Mayo, Mary Parker Follett).

(b) Teori sistem sosial (Jacob Getzels, Edgar Guba).

(c) Pendekatan Kontinjensi antaranya (Filder) dan Path Goal Theory (House).

3. Teori – teori Sistem (Systems Theory)

Teori ini dikenali teori moden. Ia berbentuk penganalisisan yang saintifik. Antaranya
adalah seperti berikut:-

(a) Analisa Sistem.

(b) Analisa Input – Output.

(b) Analisa PPBS (Planning Programming and Budgeting System).

(c) Analisa Network


Teori Kontingensi

Fred E. Fiedler (1967) menjelaskan bahawa kepimpinan:

- Proses seseorang pemimpin menggunapakai pengaruhnya sama ada di dalam situasi


tugasan berkumpulan (group task situastion), gaya dan keperibadian kepimpinannya serta
pendekatan yang disesuaikan dengan kumpulan tersebut.

- Seseorang itu menjadi pemimpin bukan disebabkan oleh sifat keperibadian


semata-mata namun berdasarkan terdapat faktor situasi: (interaksi antara pemimpin dengan
situasi tersebut).

Fit: Perhubungan antara faktor konteks – struktur organisasi dengan kesan


persembahan/ prestasi.
Tokoh Lain dalam Teori Kontigensi

1. Lawrence and Lorsch (1967) membahaskan bahawa sekiranya perspektif


sistem yang terbuka diaplikasikan, maka perspektif yang rasional akan
mengenalpasti berbagai-bagai jenis organisasi setelah disesuaikan dalam
persekitaran yang berbeza-beza.
2. Menurut Carlisle (1976) teori kontijensi adalah kajian mengenai pembolehubah-
pembolehubah dalam pengurusan. Teori ini dapat membantu seseorang
menganalisa sesuatu situasi dan juga pembolehubah yang perlu dipilih dalam
membuat sesuatu keputusan.
3. James Thompson (1967) menyatakan bahawa teknologi merupakan faktor
penting dalam teori kontijensi. Beliau berpendapat bahawa jenis teknologi yang
digunapakai menentukan keberkesanan struktur dalam sesebuah organisasi .

Seorang pemimpin yang baik menurut teori ini harus mampu membawakan perilakunya
sesuai dengan situasi, mampu memperlakukan bawahan sesuai dengan keperluan dan
motif yang berbeza.Teori kepemimpinan kontingensi atau situasi adalah seperti berikut :

Perilaku kepemimpinan cenderung dan sesuai dengan situasi dan bergantung dengan
keupayaan orang bawahan.

a. Pemimpin/Arahan : Seorang pemimpin yang cenderung mengutamakan perintah


dan petunjuk (pengawasan).

b. Konsultatif : Seorang pemimpin cenderung melakukan komunikasi 2 hala

c. Partisipatif : pemimpin mendengar secara intensif kepada orang bawahan serta


menciptakan komunikasi 2 arah yang baik

d. Delegatif : pemimpin memberikan tugasan kepada bawahan untuk


menyelesaikan tugas-tugas yang tugasan kerana menganggap tugas orang bawahan

4. Dari sudut keberhasilan

Untuk mengetahui adakah seorang pemimpin mampu melaksanakan tugas dan


fungsinya atau peranannya. Ada beberapa ciri:

Mengurus organisasi

Pengaruh atau kewibawaan pemimpin

Sikap bawahan kepada atasan


5. Kemampuan teknik kepemimpinan

Untuk mewujudkan fungsi kepemimpinan seorang itu memerlukan ada tiga cirri
dibawah:

Komunikasi adalah bertujuan untuk memberikan pengaruh kepada seluruh


anggota organisasi ianya kerana mereka memahami misi dalam rangka mencapai
tujuan organisasi

Motivasi suatu usaha untuk memberikan pengaruh perilaku seseorang supaya


tercapainya tujuan organsiasi

Pengambilan keputusan ; adalah suatu proses pemilihan diantara tindakan-tindakan


alternatif yang ada. Sifat mengambilan keputusan dapat dikategorikan dalam tiga ciri :

Keputusan perseorangan

Keputusan konsultatif

Keputusan kelompok

Vous aimerez peut-être aussi