Vous êtes sur la page 1sur 3

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

Yang beruasaha Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru


Penolong Kanan HEM, En. Jalaludin b. Salleh, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum, En. Mohd Asri b. Shuib, yang dihormati dan dikasihi
guru-guru dan seterusnya, rakan-rakan sekalian.

Sidang hadirin yang dihormati,

Tanpa kita sedari, masa berlalu dengan begitu pantas. Tempoh


enam tahun dirasakan umpama semalam sahaja. Kini, kita sudah
berada pada penghujung tahun terakhir di sekolah rendah, iaitu
tahun enam. Maka, minggu ini merupakan minggu terakhir kita
menuntut ilmu di Sekolah Kebangsaan Tok Mat Salleh yang hebat ini.
Begitu berat rasanya untuk meninggalkan sekolah yang tercinta ini.

Begitu hiba rasanya untuk kita berpisah dengan guru-guru yang amat
dedikasi dan prihatin untuk mendidik serta mengasuh kita. Namun
demikian, apalaah daya kita untuk menghalang waktu untuk terus
berlalu, lantaran setiap pertemuan pastinya akan berakhir dengan
perpisahan. Justeru itu, walaupun berat hati untuk berpisah,
kenyataannya perpisahan itu pasti akan hadir.

Guru-guru yang dikasihi dan dihormati,

Jasa dan bakti guru-guru terlalu besar buat kami semua. Tidak
akan terbalas dengan wang ringgit dan harta benda untuk segala
bakti yang kalian curahkan kepada kami. Pastinya akan kami kenang
selama-lamanya selagi jantung dan nadi ini masih berdengup dan
berdenyut. Pada kesempatan ini, saya mewakili rakan-rakan ingin
menyusun sepuluh jari untuk memohon kemaafan dari hujung
rambut sampai ke hujung kaki kepada guru-guru yang dikasihi.
Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa dan bakti yang
telah guru-guru abadikan kepada kami.

Maka dengan ini sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang
telah mendidik dan membimbing kami selama ini dan maafkanlah
segala kesilapan dan kesalahan kami. Kepada rakan-rakan pula,
selamat menempuh alam sekolah menengah yang tentu jauh
bezanya dengan budaya di sekolah rendah.

Semoga kita akan terus membina kecemerlangan dan terus berbakti


kepada ibu bapa kita serta masyarakat dan negara. Gunakanlah
segala ilmu yang telah guru-guru kita curahkan untuk melayari alam
remaja dan seterusnya dewasa dengan penuh ketabahan, keimanan
dan ketakwaan.

Pulau pandan jauh ke tengah

Gunung Daik bercabang tiga

Hancur badan dikandung tanah

Budi yang baik dikenang juga.


Sekian, terima kasih.

Vous aimerez peut-être aussi