Vous êtes sur la page 1sur 4

PROGRAM CERIA CAKNA

ABSTRAK

Prestasi akademik SK Kampung Shukor yang sering kali turun dan naik amat
bergantung kepada keupayaan murid semasa murid. Jumlah murid yang sedikit tidak
banyak membantu guru untuk meningkatkan prestasi murid dan sekolah. Murid yang
mendapat perhatian ibubapa atau penjaga tentang kepentingan sekolah sahaja yang
memberi komitmen berada di sekolah. Ini berlaku kerana kurangnya fokus, motivasi
dan disiplin kebanyakan murid semasa hadir ke sekolah. Penekanan disiplin ketat
adalah penting dalam peringkat permulaan membentuk murid yang cemerlang.
Pelbagai program, aktiviti, pendekatan dan apa jua cara perlu di laksanakan. Agar
dapat membantu murid mencapai kejayaan.

PENGENALAN

Program Ceria Cakna dijalankan untuk mengatasi sikap murid tidak bersedia dari
segi mental sebelum kelas bermula. Prestasi kurikulum yang kurang
memberansangkan terutama dalam keputusan UPSR memerlukan cara pendekatan
disiplin. Pendekatan cakna bermula waktu pagi amat penting terutama kepada murid.
Ini akan membentuk fokus murid terhadap tujuan murid ke sekolah. Pendekatan rohani
digunakan agar dapat membentuk hati yang telus menerima segala ilmu dan tunjuk ajar
guru. Sesi persekolah yang bermula jam 8 pagi merupakan kelebihan kepada SK
Kampung Shukor unutk melaksanakan program ini.

MATLAMAT

- Menjana fokus murid sebelum bermula sesi pembelajaran


- Menekan aspek displin dari segi fizikal dan mental
- Penekanan aspek kerohanian murid

KUMPULAN SASARAN

- Murid SK Kampung Shukor


KAEDAH PELAKSANAAN

1. Bacaan ayat lazim (Ad Dhuha – Al Fatihah)// Bacaan Yasin (khamis)

2. Asma ul Husna
3. Semak kehadiran

4. Pemeriksaan pakaian,kuku dll.


Penutup

Harapan dan usaha semua guru yang tidak berbelah bagi dalam menjalankan Program
Cakna Ceria dapat menjayakan dan mencapai objektif program terutama sekali dalam
kecemerlangan akademik sekolah. Segala perubahan yang positif dalam menjalankan
program ini. Dengan komitmen dan tenaga guru dapat melancarkan perjalanan program
ini.

Vous aimerez peut-être aussi