Vous êtes sur la page 1sur 29

AGENSI PEMBIAYAAN KEUSAHAWANAN

1) INSKEN.

Ditubuhkan pada 12 Januari 2005, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Kementerian


Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah dilancarkan secara rasmi oleh Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak pada 22 Mei 2006.

INSKEN bertanggungjawab dalam melaksanakan program latihan dan bimbingan keusahawanan


untuk meningkat dan mengukuhkan ilmu pengetahuan dan kemahiran para usahawan serta bakal
usahawan. Ini sekaligus menyokong strategi pelaksanaan MITI bagi mencapai matlamat mewujudkan
Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera yang berdaya maju, berdaya tahan dan
berdaya saing. Pelaksanaan program INSKEN merangkumi pelbagai peringkat bermula dari peringkat
pembudayaan keusahawanan, peringkat asas keusahawanan, peringkat peningkatan dan peringkat
pengembangan jaringan perniagaan. Di samping itu, khidmat nasihat dan bimbingan turut
disediakan kepada usahawan dan bakal usahawan.

Objektif

Menjadi pusat kecemerlangan pembangunan keusahawanan negara melalui latihan, bimbingan,


jaringan dan pengembangan ke arah meningkatkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputera (MPPB).

2)AGRO BANK

Skim Belia Niaga (SBN), Skim Belia Tani-I (SBT) Agrobank terbuka kepada belia yang menjalankan
pelbagai aktiviti perniagtaan dalam sektor pertanian dan industri asas tani.

Kelayakan:

- Berumur di bawah 40 tahun


- Individu / usahawan yang menjalankan perniagaan berbentuk perkongsian yang terhad kepada 2
ahli sahaja
- Mendapat syor bertulis dan sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan
- Memiliki modal tetap dan modal pusingan
Amaun pembiayaan

- Minimum RM5, 000 sehingga RM50, 000

Tempoh pembayaran balik

- Maksimum 7 tahun

Dokumen yang diperlukan

- Salinan kad pengenalan


- Salinan hakmilik tanah
- Kertas kerja
- Jumlah pinjaman: RM5,000 – RM15,000 (tidak memerlukan penjamin)
- Jumlah pinjaman RM15,001 – RM50,000 (memerlukan penjamin dengan pendapatan tetap
sekurang-kurangnya RM800 sebulan)
- Cagaran boleh diterima oleh Agrobank

Terma & Syarat

- Jaminan yang boleh diterima oleh Agrobank adalah deposit tetap, aset tetap (tanah / bangunan)
dan lain-lain
- Terma-terma dan syarat-syarat pembiayaan akan mengikut jenis produk dan projek / perniagaan

3)SME BANK

Dalam zaman yang serba maju ini kita memerlukan sumber kewangan untuk menjalankan pelbagai
aktiviti. Tidak kiralah apa juga aktiviti yang bakal anda ceburinya, semuanya memerlukan kos yang
tinggi. Untuk menjadikan impian anda satu kenyataan, SME Bank atau Bank Perusahaan Kecil &
Sederhana Malaysia Berhad telah menyediakan pelbagai kemudahan. Antara kemudahan yang
disediakan adalah kemudahan skim pinjaman.

SME Bank memulakan operasi pada 3 Oktober 2005, beribu pejabat di Kuala Lumpur dan
mempunyai 19 cawangan di seluruh negara. Berfungsi sebagai sebuah institusi kewangan khusus
bagi membimbing dan memenuhi permintaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Untuk
makluman anda, bank ini sangat terkenal sebagai sebuah pusat sehenti yang bergiat aktif untuk
memenuhi permintaan bantuan kewangan.

Jika anda ingin tahu, bank ini ditubuhkan dengan fungsi utamanya sebagai pusat sehenti kewangan
dan pembangunan perniagaan yang diharapkan dapat membantu usahawan kecil diluar sana. Ramai
diantara kita mempunyai kemahiran di dalam bidang tertentu tetapi tidak mempunyai sumber
kewangan yang mencukupi. Mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk anda di luar sana cuba
menikmati skim pembiayaan yang ditawarkan oleh SME Bank ini.
Jika kita sudah memohon pinjaman dari mana-mana bank, perkara pertama yang sentiasa
menghantui diri adalah lulus atau tidak pinjaman yang dibuat? Berapa lama lagi kah kita harus
menunggu kelulusan pinjaman tersebut? Di SME Bank, anda tidak perlu risau lagi kerana bank ini
memberi jaminan untuk menyegerakan proses pinjaman bagi memenuhi keperluan kewangan anda.
Bank ini juga menyokong penuh kehendak pembangunan perniagaan melalui persediaan khidmat
nasihat yang tepat pada masanya.

Perkara utama yang akan dilakukan oleh SME Bank adalah menawarkan tempoh bayaran balik
pinjaman yang lebih panjang kepada pemohon dengan kadar faedah yang lebih rendah berbanding
bank-bank yang lain. Bank ini juga bersedia memberikan program khidmat nasihat perniagaan
kepada pemohon yang berkelayakan.

Terdapat dua jenis klasifikasi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang ditawarkan oleh SME Bank
iaitu Perniagaan Mikro, Perniagaan Kecil dan Perniagaan Sederhana.

A. Pembiayaan Perniagaan Mikro

Bagi anda yang baru menceburi bidang perniagaan awal, skim pembiayaan mikro amat sesuai untuk
dipilih. Perniagaan mikro ini bermaksud perniagaan awalan yang kecil. SME Bank menawarkan
pembiayaan serta memberi sokongan dan bimbingan perniagaan kepada anda yang bercadang
untuk memulakan dan menjalankan perniagaan kecil dan memerlukan modal kerja.

Kementerian dan agensi kerajaan telah mewujudkan skim khas bagi mempromosikan bidang
keusahawanan yang dijangka dapat menjadi sektor utama. Sekiranya SME Bank tidak mempunyai
program atau dana yang bersesuaian dengan keperluan anda, SME Bank akan berusaha untuk
memperkenalkan anda kepada rakan kongsi strategik bagi memastikan anda mendapat nasihat yang
menyeluruh mengenai cara untuk memperluaskan perniagaan mikro yang anda pilih.

B. Pembiayaan Perniagaan Kecil dan Sederhana

Mungkin ramai di antara kita yang tidak tahu bagaimana untuk memulakan sesuatu perniagaan. Bagi
yang ingin memulakan perniagaan kecil, SME Bank menawarkan pembiayaan serta keperluan
pembangunan perniagaan seperti berikut:

Kelulusan yang cepat bagi pinjaman di bawah RM250,000.

Pinjaman boleh diperoleh dari serendah RM20,000 bagi program khusus

Kadar faedah (atau marjin keuntungan bagi produk Syariah) di antara 3.75 % dan 7.5% bergantung
kepasa sumber dana

Marjin pembiayaan yang menguntungkan sehingga 90% (bergantung kepada jenis kemudahan dan
aset yang dibiayai)

Tempoh pinjaman yang lebih panjang

Konsep Pembiayaan

Selepas berjaya memperoleh skim pinjaman yang ditawarkan oleh SME Bank sudah pasti anda ingin
mengetahui tentang konsep pembiayaan yang ditawarkan. Sebagai pelanggan sudah pasti keperluan
anda menjadi keutamaan. Terdapat dua jenis konsep pembiayaan iaitu pembiayaan pra-pelaksanaan
dan pembiayaan pasca-siap.

Apa yang pasti kedua-dua konsep pembiayaan ini memudahkan anda untuk berurusan dengan pihak
bank. Pembiayaan pra-pelaksanaan adalah konsep yang dipersetujui dan telah diberi jaminan seperti
yang telah ditetapkan di dalam kontrak. Anda digalakkan membaca dan memahami terlebih dahulu
isi kandungan sesebuah kontrak yang diberikan oleh pihak bank kepada anda. Manakala konsep
pembiayaan pasca-siap pula adalah pembiayaan berdasarkan invois yang yang dikeluarkan oleh
pihak bank kepada pihak pemberi kontrak.

1. Pinjaman Perniagaan

Sebelum anda memulakan langkah membuka perniagaan sendiri dengan mendapat pembiayaan
penuh SME Bank, anda harus tahu bahawa terdapat dua jenis aktiviti yang layak dan yang tidak layak
untuk dibiayai.

Antara aktiviti yang layak mendapat pembiayaan adalah sektor pembuatan, sektor pengangkutan,
sektor pelancongan dan sektor teknologi. Manakala aktiviti yang tidak layak menerima pembiayaan
adalah proses asas tani, pemaju perumahan, projek yang menyalahi undang-undang dan moral serta
pusat perjudian. Syarikat kewangan dan perlombongan kecuali kuari juga tidak layak menerima skim
pinjaman ini.

SME Bank juga menawarkan pelbagai kemudahan buat anda yang layak memohon skim pinjaman ini.
Antara kemudahan yang disediakan termasuklah kemudahan pembayaran jangka panjang, sewa
pajak, sewa beli perindustrian, modal kerja tetap, modal kerja berputar, jaminan bank dan juga surat
sokongan yang pastinya dapat membantu dan memudahkan anda untuk memulakan operasi
perniagaan.

Antara tujuan kemudahan ini disediakan adalah untuk memudahkan proses menyediakan segala
keperluan serta kelengkapan asas sebelum memulakan perniagaan. Semua kemudahan yang
disediakan sememangnya dapat membantu anda dan tugas anda hanya memulakan perniagaan
menggunakan modal yang diberikan dengan penuh yakin dan bersungguh-sungguh.

2. Pembiayaan Kontrak

Sekiranya anda merupakan seorang kontraktor yang berpengalaman, ini adalah masa yang sesuai
untuk anda ‘merebut’ peluang yang disediakan oleh SME Bank. Skim ini menawarkan pembiayaan
kepada pelanggan yang menjadi Kontraktor Utama atau Sub-kontraktor yang telah diberi
tanggungjawab menjalankan kontrak-kontrak dari kementerian, agensi-agensi atau jabatan-jabatan
kerajaan.

Pembiayaan jenis ini adalah untuk memudahkan pelaksanaan kontrak sehingga selesai sepenuhnya.
Anda tidak perlu risau tentang cara pembayarannya kerana pihak bank akan membuat pembayaran
terus kepada pihak yang memberikan kontrak. Pembiayaannya pula ditawarkan berdasarkan sejauh
mana pra pelaksanaan projek itu mampu dibuat.

Bagi anda yang ingin memohon pembiayaan jenis kontrak, syaratnya anda haruslah merupakan
seorang Kontraktor Utama atau Sub-kontraktor yang dilantik sahaja. Pemohon juga perlulah
berdaftar dengan salah satu badan seperti Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Pusat Khidmat
Kontraktor (PKK), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Badan-badan pelesenan
atau pendaftaran lain yang berkaitan.

Jenis-jenis kontrak terdiri daripada kontrak bekalan langsung atau dengan penambahan nilai di
dalam bentuk pemasangan, pengujian, pentauliahan dan latihan. Kontrak projek pembinaan dan
infrastruktur termasuklah kerja-kerja awam, mekanikal, elektrik dan teknologi informasi &
komunikasi. Akhir sekali adalah kontrak perkhidmatan bagi perniagaan yang lain termasuklah
penyediaan perkhidmatan dan penyelenggaraan.

3. Tabung Pembangunan Pengangkutan Awam (TPPA)

Bagi anda di luar sana yang mempunyai kenderaan seperti bas atau teksi, dana khusus ini adalah
untuk kegunaan anda. Dana ini digunakan untuk menampung kos pembelian kenderaan dan
peningkatan kualiti perkhidmatan termasuklah individu sebagai pengusaha, syarikat, koperasi atau
firma.

Objektif program ini adalah untuk menyediakan satu kemudahan pembiayaan khusus kepada
pengusaha-pengusaha perkhidmatan pengangkutan awam bas komersil dan teksi di seluruh
Malaysia dengan syarat-syarat yang lebih fleksibel dan kadar bayaran balik yang kompetitif. Selain
itu program ini juga diadakan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi di dalam industri
kenderaan pengangkutan awam dan perusahaan yang berkaitan dengannya di samping
menyumbang ke atas pembangunan sosio-ekonomi negara dan meningkatkan kualiti perkhidmatan
pengangkutan awam negara. Skim ini diharapkan akan dapat membantu usahawan perkhidmatan
pengangkutan awam bas dan teksi meningkatkan daya saing dan kualiti perkhidmatan yang tinggi.

4. Skim Pembiayaan Premis Perniagaan

Skim yang keempat, adalah skim untuk membiayai rumah kedai atau kilang yang dijadualkan masih
di dalam rangka pembinaan. Syarikat yang bertaraf Sdn Bhd dan firma profesional dibenarkan untuk
memohon skim ini. Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya tiga tahun akaun beraudit dan
berprestasi baik. Tempoh maksimum yang diberikan adalah selama 20 tahun dengan jumlah
pembiayaan bermula dari RM 100,111 hingga RM 5.0 juta.

Tiga jenis kemudahan yang disediakan di bawah skim ini adalah Bai’ Bithaman Ajil / Bai’ Istisna’ yang
khusus untuk pembiayaan Islam. Bai’ Bithaman Ajil yang mengkhususkan kepada pembiayaan harta
tetap bangunan dan premis yang telah siap. Akhir sekali, Bai’ Istisna’, khusus untuk pembiayaan
harta tetap bangunan dan premis yang masih dalam pembinaan. Ketiga-tiga kemudahan ini sudah
semestinya dapat membantu meringankan beban anda sebagai pemohon.

5. i-Cash

Skim i-Cash yang ditawarkan di SME Bank merupakan skim yang sentiasa mendapat maklum balas
yang baik daripada pelanggan di luar sana. Skim ini menawarkan pembiayaan sehinggaRM250, 000
dengan kadar keuntungan serendah 3.99%. Tempoh bayaran balik yang dikenakan adalah sehingga
20 tahun, tidak perlu penjamin, ansuran rendah dan tiada yuran pemprosesan. Skim ini nampaknya
mampu memberi peluang kepada anda untuk menguruskan peluang perniagaan dengan lebih
sistematik dan berdaya saing.

Bagi anda yang berpendapatan minima RM1,000 sebulan termasuk elaun tetap layak untuk
memohon pembiayaan ini. Perlindungan Takaful Hayat dan Permohonan Wasiat oleh Amanah Raya
Berhad akan diberikan mengikut keperluan. Manakala kaedah bayaran balik adalah melalui
potongan gaji oleh Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA) ataupun melalui pihak berkuasa yang lain
yang dipersetujui oleh pihak bank.

6. Tabung Usahawan Siswazah (TUS)

Bagi para graduan yang berpotensi membina perniagaan sendiri selepas tamat pengajian, ini adalah
masa yang sesuai untuk anda merebut peluang yang ada! Dana yang diberikan ini merupakan
pembiayaan mudah untuk memulakan perniagaan dalam apa jua sektor yang anda gemari.
Kemudahan ini ditawarkan khas buat graduan di dalam Rancangan Malaysia ke – 9 untuk Tabung
Usahawan Siswazah. Peruntukan tambahan sebanyak RM 25 juta telah diberikan oleh kerajaan bagi
memastikan graduan di institusi pengajian dapat memulakan perniagaan menggunakan kemahiran
yang mereka pelajari semasa di universiti. Antara syarat kelayakan untuk memohon pembiayaan ini
adalah anda perlu memiliki sekurang-kurangnya diploma yang diiktiraf oleh MQA dan berjaya
menamatkan pembelajaran tidak melebihi 15 tahun. Terbuka kepada warganegara Malaysia dan
berumur tidak melebihi 40 tahun.

Jadi apa tunggu lagi? Jika anda merupakan seorang individu yang berkelayakan dan mempunyai
potensi kerja seperti yang diharapkan silalah berkunjung di cawangan SME Bank terdekat untuk
mendapat maklumat lengkap tentang skim pinjaman yang ditawarkan.

_________________________________________________________________________________

4)BANK PEMBANGUNAN

KUALA LUMPUR 4 Dis. Bank Pembangunan Malaysia Bhd. (Bank Pembangunan) tidak mempunyai
sebarang halangan untuk menawarkan pinjaman kewangan kepada usahawan tani pada masa
depan.

Bagaimanapun, kata Presiden dan Pengarah Urusan Bank Pembangunan, Datuk Abdul Rahim Mohd.
Zin, kesediaan bank tertakluk kepada perubahan polisi yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan.

“Kita tidak ada masalah, kita sentiasa bersedia sekiranya menerima arahan daripada
kerajaan,― katanya semasa ditemui selepas merasmikan Program Latihan Pembangunan
Kewangan dan Analisis Kredit di Afrika anjuran bersama Program Pembangunan Bangsa-Bangsa
Bersatu dan Bank Pembangunan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi baru-baru ini terhadap sikap bank di negara ini yang masih keberatan membantu
usahawan tani mendapatkan pinjaman kewangan bagi menggerakkan sektor itu dengan lebih
pantas.

Perdana Menteri berkata, walaupun terdapat Bank Pertanian yang khusus untuk membantu
pengusaha pertanian, namun penglibatan bank-bank lain masih diperlukan.

Berikutan itu, Abdullah Ahmad menyarankan bank-bank seperti Bank Pembangunan dan Bank
Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia supaya turut membiayai pinjaman kewangan untuk
membantu memajukan usahawan tani.

Menjawab pertanyaan pemberita, Abdul Rahim berkata, setakat ini bank itu tidak menawarkan
pembiayaan khusus untuk sektor pertanian.

“Kita hanya menawarkan perkhidmatan pembiayaan bagi produk hiliran untuk sektor pertanian.

“Contohnya pembiayaan kewangan bagi industri pembungkusan dan pemprosesan makanan,


tetapi kalau khusus untuk sektor pertanian tidak ada tambahnya.

Selain itu, katanya, Bank Pembangunan menyediakan perkhidmatan pembiayaan kewangan kepada
sektor maritim dan teknologi tinggi serta semua sektor melalui anak syarikatnya,

_________________________________________________________________________________

5)TABUNG EKONOMI MALAYSIA

Tabung Ekonomi Belia memainkan peranan sebagai badan penyelaras program pembangunan
ekonomi belia dalam menyokong Dasar Pembangunan Belia Negara dan Wawasan 2020. Selain itu
juga berperanan dalam meningkatkan peluang kepada masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti
keusahawanan yang memberikan manfaat dari aspek pembangunan perniagaan, perpaduan dan
sosio ekonomi. Terdapat dua jenis skim dalam Tabung Ekonomi Belia iaitu Skim Belia Negara (SBN)
dan Skim Belia Tani (SBT). SBN menyediakan pembiayaan untuk perkhidmatan pembuatan dan
Francais yang disokong oleh Bank Negara Malaysia. Sementara SBT pula menyediakan pembiayaan
pengeluaran tanaman jangka pendek, ternakan haiwan, perikanan, industri asas tani dan
perkhidmatan tani. SBT pula disokong oleh Bank Pertanian Malaysia, iaitu Agro Bank. Had pinjaman
bagi Tabung Ekonomi Belia adalah serendah RM 5000.00 hingga RM 50,000.00 dan tempoh bayaran
balik bagi kedua-dua skim ini adalah sehingga tujuh tahun. Bayaran balik boleh dilakukan menerusi
institusi kewangan yang dilantik.

Antara syarat-syarat permohonan, pemohon yang berminat mestilah terdiri daripada warganegara
Malaysia berumur 18 – 40 tahun. Pemohon mestilah mendaftar sebagai pemohon dan lulus saringan
seperti ujian minat kerjaya dan kecenderungan keusahawanan. Pemohon juga mesti lulus kursus
bimbingan rancangan perniagaan. Tujuan pemohon menyuarakan pemohonan adalah untuk
memulakan dan mengembangkan perniagaan sepenuh masa. Selain itu, pemohon mesti
menyediakan dua orang penjamin yang mempunyai pendapatan kasar tidak kurang RM 1000.00
sebulan dan tidak mempunyai rekod tindakan hutang dan penjamin juga boleh terdiri daripada ahli
keluarga.

Setiap agensi ini mempunyai peranan dan tanggungjawab yang berbeza mengikut keperluan, jumlah
wang, jenis perniagaan, skim dan sebagainya. Selain itu, setiap agensi ini juga dikawal oleh badan-
badan kerajaan yang terpilih. Namun, matlamat kesemua agensi ini adalah sama iaitu untuk
membantu kaum Bumiputera memulakan perniagaan dan menstabilkan kewangan pada masa
hadapan. Hanya pemohon yang layak dan terpilih sahaja berpeluang memulakan perniagaan setelah
melalui beberapa ujian kelayakan. Selain itu, syarat-syarat yang dikenakan turut mempengaruhi
kadar kredibiliti pemohon yang memohon agar modal yang dilaburkan tidak lebur begitu sahaja.

Tidak semua pemohon layak menerima pembiayaan daripada agensi yang dipohon. Mereka terlebih
dahulu akan disiasat dan diperiksa kesahihan perniagaannya. Kerana setiap agensi ini mempunyai
prosedur yang perlu dipatuhi bagi melayakkan pemohon mendapat pembiayaan yang diminta.
Setiap syarat yang dikenakan mesti dipenuhi sebaiknya. Jika tidak, kemungkinan wang pembiayaan
yang disalurkan akan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Disitu akan berlaku
pembaziran pula. Pembayaran balik wang pembiayaan perlu dilakukan apabila permohonan yang
telah ditandatangani disahkan mengikut tempoh masa yang dipersetujui. Maka, setiap pihak akan
sentiasa beringat dan berwaspada dengan setiap sen yang dilaburkan.

Kesimpulannya, jika ingin memulakan sesebuah perniagaan, kita mesti merujuk kepada agensi yang
sah dan dipercayai untuk mendapatkan pembiayaan. Kemudian, permohonan itu akan diteliti
terlebih dahulu untuk memastikan pengaliran wang pembiayaan yang betul dilaksanakan oleh
pemohon. Setelah menerima pembiayaan, pembayaran balik mesti dibuat mengikut tempoh yang
telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang terlibat. Maka, kedua-dua pihak akan beroleh
keuntungan dan manfaat.

_______________________________________________________________________

6)PUNB
Perbadanan Usahawan Nasioanal Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1991 dan merupakan milik
penuh Yayasan Pelaburan Bumiputera yang merupakan sebuah badan penyelaras bagi aktiviti
pelaburan untuk agensi kerajaan, syarikat dan individu Bumiputera. Fokus utama PUNB adalah untuk
membangun usahawan Bumiputera dalam perniagaan strategik dan berpotensi tinggi selaras dengan
Dasar Pembangunan Negara untuk melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian
Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan dan progresif. Pakej pembangunan keusahawanan
bersepadu adalah untuk membantu usahawan Bumiputera dalam bidang peruncitan dan
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pakej-pakej ini dirangka untuk membantu usahawan
Bumiputera memantapkan perniagaan, mengekalkan keuntungan dan membentuk perniagaan yang
lebih baik.

Antara syarat-syarat permohonan adalah pemohon mesti kaum Bumiputera yang mempunyai hasrat
untuk memiliki dan menjalankan perniagaan seperti jujur, berkeyakinan, berdaya tahan, berfikiran
positif, kreatif dan berdisiplin selain mempunyai kemahiran dalam komunikasi dan pengurusan.
Seterusnya, pemohon mesti menyediakan sekurang-kurangnya 20% dari jumlah pembiyaan dari dari
sumber sendiri sekiranya PUNB adalah pembiaya tunggal dalam perniagaan yang dirancang. Selain
itu, produk atau perkhidmatan mestilah sedia untuk dipasarkan dan pemohon mesti mempunyai hak
pemilikan terhadap pembuatan barang atau perkhidmatan tersebut. Pemohon juga perlu
menyediakan model perniagaan dan strategi perlaksanaan yang baik. Pemohon juga perlu
merancang strategi keluar yang mantap seperti tebus balik pinjaman, belian balik ekuiti,
penggabungan dan pengambil-alihan, penyenaraian awam dan banyak lagi.

Sebagai permulaan, pemohon dikehendaki menyediakan pelan perniagaan yang ringkas atau kertas
kerja yang menerangkan perniagaan itu secara keseluruhan. Pelan perniagaan itu perlu disertakan
dengan memberi fokus kepada beberapa perkara seperti ringkasan eksekutif, peluang perniagaan,
strategi perniagaan dan petunjuk pencapaian, pelan pemasaran, pelan operasi, pengurusan
kakitangan dan unjuran kewangan. Selain itu, permohonan dalam talian juga boleh didapati dengan
melayari laman web rasmi PUNB dengan memilih butang e-borang.

________________________________________________________________________

7) TEKUN
Sejarah Penubuhan TEKUN Nasional

TEKUN Nasional atau nama lainnya Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga adalah merupakan salah
satu badan di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani. Sejarah penubuhan TEKUN
Nasional bermula hasil daripada Konvensyen Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang pada 1994 yang
bertujuan untuk memperuntukkan bantuan berupa modal tambahan bagi usahawan kecil
Bumiputera dalam membangunkan perniagaan dengan lebih mudah dan cepat. TEKUN menjadi lebih
luas apabila pada tahun 1995, Universiti Sains Malaysia menjalankan projek perintis Tabung Ekonomi
Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di Pulau Pinang dan seterusnya projek tersebut dilaksanakan pula di
daerah Jeli di Kelantan pada 1996 dan Besut Terengganu pada 1997. Melihat kepada kejayaan
TEKUN dalam projek-projek yang dijalankan, maka pihak kerajaan telah sebulat suara memutuskan
bahawa TEKUN akan diperluaskan di seluruh negara atas tujuan membantu usahawan-usahawan
kecil Bumiputera. Bagi memastikan usaha TEKUN dapat diteruskan, Yayasan TEKUN Nasional telah
ditubuhkan lantas diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
pada 9 November 1998 dan mula menjalankan operasi seawal 1 Febuari 1999.

Bermula daripada tarikh ini, TEKUN dapat berdiri dengan teguh dan mendapat sokongan penuh
daripada pihak kerajaan. Penambahbaikkan TEKUN terus dilakukan apabila pada 12 Febuari 2008,
Yayasan TEKUN telah diberi nama baru iaitu TEKUN Nasional yang berfungsi dalam aspek
pembangunan keusahawanan dan memberi perkhidmatan sokongan selain terus menjadi agensi
yang memberi pembiayaan kepada usahawan-usahawan kecil Bumiputera. Akhir sekali, tanggal 1
April 2009 kerajaan telah meletakkan TEKUN Nasional di bawah tanggungjawab Kementerian
Pertanian & Asas Tani. Apa yang pasti, sehingga kini TEKUN telah banyak membantu mana-mana
usahawan Bumiputera yang ingin membina perniagaan masing-masing.

Fungsi dan Matlamat TEKUN Nasional

TEKUN Nasional secara umumnya berperanan untuk menyalurkan bantuan berupa pembiayaan
modal bagi memulakan perniagaan. Akan tetapi, fungsi TEKUN tidak hanya terhad setakat itu sahaja,
TEKUN juga mempunyai beberapa peranan yang lain seperti berikut :

Menyediakan maklumat-maklumat berkaitan keusahawanan serta peluang-peluang perniagaan yang


sedia ada.

Memberi khidmat bimbingan dan sokongan kepada semua para usahawan yang menyertai TEKUN.

Memastikan komuniti usahawan TEKUN mempunyai daya usaha yang tinggi, inovatif, dan progresif
serta jaringan perniagaan.

Menanam budaya keusahawanan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Menggalakkan budaya menabung dalam kalangan usahawan TEKUN.


Bagi tahun 2011, TEKUN Nasional telah menetapkan 7 matlamat utama yang perlu dilaksanakan
dengan sebaiknya pada tahun ini.

Memastikan dana TEKUN disalurkan kepada peminjam dan Perniagaan Tulen dan yang harus diberi
keutamaan dengan kaedah yang lebih berkesan.

Mempertingkatkan bayaran balik pinjaman serta memperhebatkan usaha-usaha untuk mengutip


hutang dengan pendekatan yang lebih berkesan dan agresif.

Membangunkan modal insan bagi melahirkan warga kerja TEKUN Nasional yang berintegriti, cekap
dan produktif.

Memajukan usahawan TEKUN, menjalin hubungan lebih erat di antara pegawai TEKUN dengan
usahawan serta menubuhkan Kelab Komuniti Usahawan TEKUN.

Memantapkan system penyampaian, struktur dan prosedur operasi TEKUN Nasional serta
mengamalkan tadbir urus koprat yang terbaik.

Membangunkan sumber dana TEKUN dan mewujudkan Tabung Amanah Pembangunan Ekonomi
Rakyat 1Malaysia.

Mewujudkan jalinan strategic di antara TEKUN dengan jabatan, agensi, institusi & NGO yang lain
serta syarikat korporat untuk kepentingan bersama.

Ketujuh-tujuh matlamat yang disasarkan oleh TEKUN ini adalah bagi memastikan segala operasi dan
persediaan untuk membantu para usahawan dapat diteruskan dan dijalankan dengan lebih baik dan
berkesan untuk jangka masa akan datang.

TEKUN Nasional turut menyediakan beberapa kemudahan lain untuk mempertingkatkan lagi taraf
keusahawanan di negara kita. Antara langkah yang diambil oleh TEKUN ialah menubuhkan Pusat
Pembangunan Usahawan. Boleh dikatakan bahawa Pusat Pembangunan Usahawan ini berada di
seluruh negara dengan terdapat lebih kurang 11 buah pusat sahaja yang dibina. Tujuannya adalah
untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan cekap kepada rakyat khususnya kepada
masyarakat Bumiputera. Antara objektif lain Pusat Pembangunan Usahawan ialah:

Memberikan maklumat mengenaim peranan yang dimainkan dan perkhidmatan yang disediakan
oleh pihak kementerian serta agensi-agensi di bawahnya dalam misi melahir dan memajukan
usahawan di Malaysia serta memupuk semangat dan budaya keusahawanan dalam kalangan rakyat
di negara ini.

Memberikan maklumat tentang peluang-peluang perniagaan yang ada dan penjanaan pendapatan
yang boleh diceburi oleh masyarakat Bumiputera dari kawasan sekitarnya.

Menjadi pusat rujukan, perkhidmatan, dan sokongan kepada para usahawan dan bakal-bakal
usahawan.

Menjadi pusat untuk mewujudkan jaringan dalam kalangan para usahawan yang sedia ada di
kawasan sekitarnya.
Menjadi pusat untuk bermacam-macam aktiviti dan kegiatan dalam bidang keusahawanan dan
pembangunan usahawan setempat.

Pusat Pembangunan Usahawan mula ditubihkan sekitar tahun 2008 di lokasi-lokasi yang strategic
supaya mudah untuk di kunjungi oleh para usahawan yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dan
info-info keusahawanan yang ditawarkan di Pusat Pembangunan Usahawan. Lokasi-lokasi Pusat
Pembangunan Usahawan adalah di Bandar Tasik Selatan sebagai ibu pejabat, Tasek Gelugor (Pulau
Pinang), Kota Kinabalu (Sabah), Pertama Kompleks (Wilayah Persekutuan), dan Kluang (Johor), Ipoh
(Perak), Johor Bahru (Johor), Kuching (Sarawak), Temerloh (Pahang), dan Kota Baharu (Kelantan).

Syarat-Syarat dan Prosedur Pinjaman

Daripada aspek pembiayaan pula, TEKUN Nasional telah menggariskan beberapa syarat yang mesti
dipatuhi oleh semua para peminjam. Jumlah pinjaman yang dibenarkan oleh TEKUN adalah dari
RM500.00 hingga ke RM50,000.00 dan konsep pembiayaan yang diperkenalkan oleh TEKUN adalah
dalam bentuk pembiayaan mudah. Tempoh selama 1 bulan sehingga 5 tahun ditetapkan oleh TEKUN
sebagai tempoh pembayaran semula pinjaman yang dilakukan. Namun, TEKIUN Nasional
mengenakan caj bagi perkhidmatannya sebanyak 4 peratus.

Selain itu, pihak TEKUN Nasional turut menetapkan bidang-bidang perniagaan yang tertentu bagi
para peminjam. Antaranya ialah dalam sektor:

Peruncitan & Perniagaan

Perkhidmatan

Pertanian

Penternakan dan Akuakultur

Pembuatan

Pendidikan

Pengangkutan

Pelancongan dan rekreasi

Pemborongan

Pembinaan kecil

Hanya usahawan-usahawan bagi bidang-bidang yang disenaraikan ini sahaja yang dibenarkan untuk
membuat pinjaman dengan TEKUN Nasional. Selain daripada bidang-bidang ini tidak dibenarkan dan
sektor-sektor tersebut juga merupakan antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh para
usahawan.

Setelah permohonan untuk pembiayaan dilakukan, beberapa proses dan prosedur bagi meneliti
permohonan tersebut dilakukan oleh pihak TEKUN Nasional.
Permohonan diproses dan disahkan oleh Pejabat Kawasan sebelum dihantar terus ke Ibu Pejabat
untuk kelulusan.

Bagi permohonan dari Skim Rakan Niaga, boleh dihantar terus ke Ibu Pejabat atau Pejabat Kawasan
untuk kelulusan.

Proses kelulusan mengambil masa selama 14 hari bekerja.

Usia peminjam mestilah diantara 18 hingga 65 tahun sahaja.

Semua pembiayaan tidak memerlukan kepada penjamin.

Lebih daripada seorang dalam satu isi rumah boleh mendapat pembiayaan dengan syarat berlainan
jenis perniagaan.

Pemohon yang mempunyai pembiayaan sedia ada dengan agensi kerajaan atau institusi kewangan
yang lain yang melebihi RM50,000.00 adalah tidak layak.

Pembiayaan dibawah RM5,000.00 tidak perlu mengemukakan daftar perniagaan, kecuali yang
berniaga di bawah kawasan PBT yang memerlukan permit.

Pembiayaan di bawah RM5,000.00 boleh dipertimbangkan bagi pemohon yang berniaga secara
sambilan.

Sekiranya mana-mana ketetapan yang dinyatakan oleh pihak TEKUN Nasional ini tidak ditepati oleh
para pemohon, maka proses untuk kelulusan permohonan pembiayaan akan sedikit terganggu.

Kemudahan yang disediakan TEKUN Nasional

Bagi memudahkan lagi masyarakat yang ingin membuat pinjaman dengan TEKUN Nasional,
perkhidmatan Permohonan Pinjaman TEKUN Atas Talian diperkenalkan. Para peminjam dikehendaki
melengkapkan beberapa butir yang perlu dalam borang permohonan dan had pinjaman yang
dibenarkan melalui permohonan atas talian adalah seperti biasa iaitu daripada RM500.00 ke
RM50,000.00. Melalui perkhidmatan permohonan atas talian yang disediakan, prosedur untuk
melakukan pinjaman dengan TEKUN Nasional dapat menjadi lebih cepat dan mudah.

Selain itu, TEKUN Nasional turut menyediakan satu perkhidmatan lain iaitu TEKUN Mobile. TEKUN
Mobile bertujuan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian info-info berkaitan melalui cara
turun padang dan mesra usahawan. Matlamat TEKUN Mobile dilihat selaras hasrat kerajaan untuk
memberi perkhidmatan yang lebih baik dan cekap kepada masyarakat awam khususnya Bumiputera.
Beberapa peranan dan objektif TEKUN Mobile, iaitu:

Membantu golongan pertengahan yang mengalami kesukaran ke Pejabat Kawasan Parlimen TEKUN.

Memudahkan urusan dan memantapkan lagi sistem penyampaian terutama bagi para usahawan.

Merupakan perkhidmatan mesra usahawan dengan memfokuskan kepada mana-mana lokasi yang
sering menjadi tumpuan masyarakat.

Memberi khidmat bimbingan, sokongan dan jaringan perniagaan.


Menyelaras maklumat yang diterima daripada pelanggan dan mencadangkan penambahbaikan
kepada sistem penyampaian TEKUN Nasional.

Menjalankan aktiviti turun padang untuk menggalakkan usahawan dan bakal usahawan menerima
maklumat yang lebih terpeinci.

Memberi penerangan dan mempromosikan produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan agensi-agensi dibawahnya serta sentiasa
mengemaskini maklumat-maklumat yang terkini.

TEKUN Nasional telah mempunyai 8 unit TEKUN Mobile sehingga 31 November 2010 dan
menjalankan operasi di Ibu Pejabat, Selangor, Kedah, Perak, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh pihak TEKUN Nasional nyata begitu memperlihatkan
kesungguhan mereka untuk membantu golongan usahawan Bumiputera di Malaysia.

Pihak TEKUN Nasional turut menyediakan Jadual Bayaran Balik Pinjaman bagi memudahkan para
usahawan untuk melakukan pembayaran semula kepada TEKUN. Dalam jadual tersebut, TEKUN
menyediakan sebanyak 10 skim pembayaran semula mengikut tempoh bayaran semula pinjaman.
Contoh, Skim 1 adalah untuuk pembayaran semula yang perlu dilakukan dalam tempoh enam bulan,
skim-skim yang lain adalah seperti berikut:

Skim 1 : 6 bulan

Skim 2 : 12 bulan

Skim 3 : 18 bulan

Skim 4 : 24 bulan

Skim 5 : 30 bulan

Skim 6 : 36 bulan

Skim 7 : 42 bulan

Skim 8 : 48 bulan

Skim 9 : 54 bulan

Skim 10 : 60 bulan

Skim-skim ini juga mengenakan caj pengurusan sebanyak 4% setahun dan simpanan peminjam
sebanyak 5% daripada jumlah pinjaman dalam setahun.

Kesungguhan TEKUN Nasional menarik lebih ramai golongan Bumiputera untuk menjadi usahawan
wajar dipuji. Sepanjang TEKUN Nasional menjalankan operasinya, ramai usahawan telah dibantu dan
berjaya dengan perniagaan masing-masing. Bagi mana-mana pihak atau individu yang mempunyai
sebarang aduan, masalah atau pertanyaan, TEKUN Nasional ada menyediakan boring aduan atas
talian dan pihak TEKUN akan memberi maklumbalas dengan kadar yang segera. Kepada semua para
peminjam yang berurusniaga dengan TEKUN Nasional, lakukanlah pembayaran semula dalam
tempoh yang telah ditetapkan agar segala usaha untuk membantu usahawan-usahawan Bumiputera
yang lain, dapat berjalan dengan lebih lancar.

________________________________________________________________________

8)Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) juga turut mempromosikan beberapa skim pinjaman kepada
masyarakat umum yang berkelayakkan. Antara skim yang ditawarkan adalah Skim Pembiayaan
Peribadi-i yang ditawarkan dalam bentuk Pakej dan Bukan Pakej. Dua kategori ini diperkenalkan
kepada umum bagi membolehkan masyarakat memilih skim pinjaman mengikut citarasa dan
kesesuaian masing-masing. Amaun minimum yang dihadkan dalam pinjaman peribadi ini adalah
sebanyak RM10000 dan RM200,000 bagi amaun maksimum pinjaman yang dibenarkan oleh pihak
Bank Islam Malaysia Berhad. Namun, seperti skim-skim pinjaman peribadi yang diperkenalkan oleh
bank-bank yang lain, BIMB meletakkan syarat bagi pihak peminjam bahawa mereka mestilah
mempunyai pendapatan tetap sekurang-kurangnya RM1500 sebulan. Pemohon pinjaman juga
mestilah terdiri daripada pekerja-pekerja yang berkhidmat dalam sektor kerajaan, syarikat senarai
awam yang terpilih, anak-anak syarikat kerajaan, syarikat sendirian berhad yang terpilih yang
diketegorikan di bawah pakej syarikat yang disenaraikan oleh pihak Bank Islam. Lebih menarik lagi
apabila skim pinjaman peribadi ini turut mengandungi pelan perlindungan Takaful. Pembayaran
semula boleh dilakukan melalui potongan gaji ataupun pindahan gaji ke bank Islam dengan melalui
arahan Autodebit. Tempoh pembayaran semula yang dikenakan adalah maksimum 15 tahun atau
180 bulan ataupun sehingga umur persaraan dengan melihat yang mana lebih awal. Pinjaman
seperti ini mungkin begitu sesuai untuk kakitangan kerajaan. Sungguhpun begitu, Pembiayaan
Peribadi-I dengan pakej ini mengenakan faedah yang paling tinggi adalah sebanyak 5.50% setahun
bagi tempoh pembayaran 11 tahun sehingga ke 15 tahun.

Terdapat banyak lagi skim-skim pinjaman dan pembiayaan yang ditawarkan oleh bank-bank di
negara kita. Melihat kepada skim-skim pinjaman ini, dapat disimpulkan bahawa masyarakat di
Malaysia dewasa ini mempunyai banyak pilihan serta panduan untuk memilih bantuan pinjaman
yang disediakan. Kadar atau faedah yang dicaj oleh pihak-pihak bank kebiasaannya menjadi satu
kayu ukur bagi pihak yang ingin membuat permohonan pinjaman. Sudah pasti, skim pinjaman yang
menawarkan kadar atau bayaran faedah terendah yang menjadi pilihan. Selain itu, terdapat juga
skim-skim pinjaman yang tidak berbentuk peribadi seperti Skim Pembiayaan Mekanisasi atau
Automasi Pertanian yang lebih bertujuan untuk membantu usahan-usahawan pertanian
mengembangkan lagi perusahaan mereka. Pendek kata, objektif-objektif utama skim-skim pinjaman
ini adalah bagi membantu golongan-golongan yang memerlukan.

Kes Pinjaman Wang Melalui Syarikat-Syarikat yang Tidak Berlesen

Kita seringkali juga terbaca berita-berita di akhbar mahupun di media elektronik yang menceritakan
tentang kes-kes pinjaman duit daripada syarikat yang tidak mempunyai lessen dalam menjalankan
perniagaan mereka. Syarikat-syarikat seperti ini juga lebih dikenali dengan nama Along. Sungguhpun
menyedari bahawa meminjam wang daripada ‘along’ ini boleh mengundang seribu satu bahaya,
namun masih ada dalam kalangan masyarakat yang tetap berani untuk menggunakan Along sebagai
medium untuk mendapatkan khidmat pinjaman wang kerana dikatakan bahawa pinjaman wang
melalui Along ini adalah lebih mudah dan kurang kerenah birokrasi. Hal ini menjadi antara satu
sebab untuk mereka tidak menggunakan perkhidmatan atau skim pinjaman yang ditawarkan oleh
bank-bank tempatan. Permasalahan dalam mencari penjamin selain ada bank-bank yang
menetapkan syarat untuk peminjam perlu mempunyai pendapatan tetap dalam kadar yang tertentu
menjadi satu halangan bagi golongan seperti ini untuk berurus niaga dengan pihak bank. Maka, jalan
mudah yang diambil adalah dengan menggunakan perkhidmatan Along’. Tindakan seperti ini adalah
bukan tindakan yang bijak kerana kebiasaannya Along mengenakan faedah atau kadar bunga yang
begitu tinggi apatah lagi sekiranya berlaku kelewatan dalam pembayaran semula. Pendek kata,
meminjam wang daripada Along boleh menjerat diri sendiri.

Perlu diingat, bahawa skim pinjaman oleh bank-bank tempatan lebih selamat dan terjamin
berbanding skim-skim pinjaman yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat persendirian. Penipuan juga
lebih senang berlaku apabila kita menjalankan urusniaga dengan syarikat-syarikat pinjaman wang
yang tidak dapat dikenalpasti tentang kebenaran dan kesahihan urus niaganya. Oleh itu, pinjaman
dengan pihak bank sepatutnya menjadi pilihan yang lebih utama berbanding skim-skim pinjaman
yang lain. Satu kes yang berlaku di Taman Perindustrian, Sri Kembangan apabila peminjam yang
gagal membayar pinjaman terhadap Along telah dikurung dan dirantai di tempat tersebut.
Perbuatan Along terhadap mangsa dilihat satu kekejaman yang tidak seharusnya berlaku. Akan
tetapi, usaha pihak polis untuk menyelamatkan keadaan terbantut apabila pihak mangsa enggan
memberi kerjasama kepada pihak polis. Persoalan yang timbul, mahukah kita juga menjadi mangsa
Along? Jawapannya sudah tentu tidak! Bahaya meminjam duit daripada pihak yang tidakberlesan
kerana berkemungkinan besar boleh membawa kepada jenayah lain yang lebih berat. Maka, untuk
lebih mudah dan selesa, berurus niagalah dengan mana-mana pihak bank. Apa yang dapat kita
fahami, terdapat banyak skim-skim pinjaman, pembiayaan mahupun pelaburan yang diperkenalkan
oleh pihak institusi kewangan seperti bank-bank tempatan dan hanya terpulang kepada kita untuk
memilih yang sesuai dengan keadaan semasa kita.

Kesimpulannya, boleh dikatakan semua bank yang berada di Malaysia ini ada menawarkan pilihan-
pilihan dan pakej-pakej pinjaman sama ada secara peribadi, perkongsian atau untuk mana-mana
pertubuhan. Ada juga skim-skim yang mempunyai pelan perlindungan insurans atau Takaful. Hal ini
dilakukan oleh pihak bank untuk menarik lebih ramai lagi pihak-pihak yang memerlukan untuk
berurus niaga dengan mereka. Pinjaman melalui bank ini juga boleh mendatangkan keuntungan
kepada kedua-dua belah pihak kerana konsep pinjaman itu sendiri adalah untuk membantu mereka
yang memerlukan wang khususnya. Pinjaman perumahan yang selalu kita dengar merupakan salah
satu bentuk pinjaman yang menguntungkan kerana pihak peminjam boleh memiliki kediaman
sendiri melalui pinjaman tersebut dengan syarat-syarat yang tertentu. Ringkasnya, pinjaman melalui
bank-bank tempatan adalah jauh lebih selamat berbanding pinjaman-pinjaman yang dilakukan
dengan pihak-pihak yang tidak diiktiraf oleh mana-mana badan kerajaan. Sebaiknya, berurus
niagalah dengan pihak bank kerana lebih dipercayai dan tidak merugikan.

________________________________________________________________________

9)TABUNG EKONOMI BELIA

Tabung Ekonomi Belia diletakkan di bawah Kumpulan Wang Amanah Ekonomi Belia dan diuruskan
oleh Kementerian Belia dan Sukan. Tabung ini bermatlamat untuk memberi bantuan berbentuk
pinjaman perniagaan kepada golongan belia. Kementerian Belia dan Sukan dipertanggungjawabkan
untuk menyediakan dana pinjaman serta melantik institusi kewangan sebagai pengurus dana yang
bertanggungjawab untuk memproses, mengeluarkan pinjaman dan membuat kutipan semula.

Kelayakan dan Syarat Pinjaman

Golongan belia yang layak untuk mendapat kemudahan pinjaman daripada Tabung Ekonomi Belia
adalah seperti berikut:

Warganegara yang menetap di Malaysia dan berumur antara 18 – 40 tahun. Minima umur pemohon
adalah 18 tahun dan maksima sebelum mencapai umur 41 tahun semasa mendaftar secara atas
talian ataupun manual

Telah mendaftar sebagai pemohon sama ada pendaftaran secara atas talian melalui laman sesawang
portal Majlis Penggalakan Ekonomi Belia atau mengisi borang secara manual.

Telah lulus saringan Kementerian Belia dan Sukan bagi :


Ujian Minat Kerjaya dan Kecenderungan Keusahawanan

Kursus Asas Perniagaan khusus bagi pemohon yang baru memulakan perniagaan

Kursus Bimbingan Rancangan Perniagaan

Tujuan permohonan adalah untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan.

Permohonan pinjaman adalah secara individu dan perniagaan dijalankan secara sepenuh masa.

Hanya seorang sahaja di antara suami atau isteri yang layak pada bila-bila masa untuk memohon
pinjaman.

Setiap peminjam mestilah bebas dan bersih dari tindakan undang-undang atau perhutangan

Mengemukakan dua 2 orang penjamin. Syarat-syarat penjamin adalah seperti berikut :

Penjamin digalakkan daripada kalangan ahli keluarga.

Setiap penjamin mempunyai pendapatan tetap termasuk elaun-elaun tetap dengan syarat tidak
kurang daripada RM 1000.00 sebulan.

Tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.

Semua pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Belia dan Sukan
adalah tidak layak menjadi penjamin

Seseorang yang layak untuk menjadi penjamin tidak boleh menjamin lebih dari dua 2 orang
peminjam dalam satu-satu masa.

Borang permohonan yang lengkap dan kertas kerja mestilah dihantar kepada Kementerian Belia dan
Sukan melalui institusi kewangan yang dilantik.

Hanya satu pinjaman Skim Belia Negara atau SBT sahaja dibenarkan pada satu-satu masa.

Bagi pemohon yang telah lulus ujian saringan, dan mempuyai ciri-ciri berikut adalah dikecualikan
daripada mengikuti kursus bimbingan rancangan perniagaan.

Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan dan mempunyai sijil yang berkaitan.
Maka, tidak perlu untuk mengikuti kursus dan layak memohon pinjaman.

Telah mengikuti Kursus Rancangan Perniagaan atau berkaitan yang dianjurkan oleh Akademi
Pembangunan Belia Malaysia (Keusahawanan), di Batu Gajah Perak di bawah Kementerian Belia dan
Sukan atau mana-mana agensi kerajaan dan swasta yang diiktiraf.

Lulusan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) atau Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
dan telah menjalankan perniagaan yang berkaitan.
Mempunyai kelulusan peringkat diploma atau ijazah dan telah menjalankan perniagaan dalam
bidang berkaitan atau mempunyai kelulusan peringkat diploma atau ijazah dalam bidang perniagaan
dan telah menjalankan perniagaan.

Telah mengikuti program inkubator anjuran oleh mana-mana agensi kerajaan.

Syarat-syarat yang ditetapkan ini bertujuan untuk memastikan mereka yang mahu mendapatkan
pinjaman benar-benar serius untuk menjalankan sebarang aktiviti perniagaan apabila pihak
Kementerian Belia dan Sukan memberi kelulusan. Kesemua syarat-syarat ini digariskan juga untuk
memastikan golongan belia yang layak benar-benar boleh memberi pulangan yang berbaloi dengan
bantuan melalui Tabung Ekonomi Belia yang telah diberikan.

Jenis dan Ciri-Ciri Skim

1.0 Skim Belia Niaga (SBN)

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia telah dilantik sebagai institusi kewangan bagi menyelia Skim Belia
Negara ini. Skop projek yang dibenarkan dibawah skim ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:

Perkhidmatan

Kedai gunting rambut

Salun kecantikan dan spa

Klinik

Farmasi

Perlancongan

Kedai runcit

Mencuci kenderaan

Solekan dan andaman

Bengkel kenderaan motor dan motosikal

Fotografi dan video

Kimpalan

Membaiki radio, televisyen, telefon bimbit dan alat elektronik

Pusat tuisyen

Kedai makan dan restoran

Pengiklanan dan percetakan

Perkhidmatan profesional
Kedai elektrik

Kedai perabot

Kedai tayar

Kedai alat ganti

Pembuatan

Kraf tangan

Pakaian

Anyaman dan produk warisan seperti labu sayung, tembaga dan batik

Perniagaan ICT

Kedai internet dan pusat latihan

Kedai fotokopi, alat tulis dan pembayaran bil

Kiosk atau Gerai atau Pasar Malam atau Penjaja

Burger

Yong Tau Fu

Jagung

Ais krim serta van atau lori atau motor bergerak

Stokis dan francais dengan tidak termasuk kos pembiayaan untuk membeli premis perniagaan serta
modal kerja untuk kontraktor

Perniagaan berkonsepkan jualan langsung

2.0 Skim Belia Tani (SBT)

Bagi Skim Belia Tani pula, Kementerian Belia dan Sukan telah melantik Bank Pertanian Malaysia
sebagai pengurus dana yang bertanggungjawab untuk memberi pembiayaan melalui skim ini. SBT
dikhususkan untuk apa-apa aktiviti atau perniagaan yang berorientasikan pertanian. Ini bertujuan
untuk membuka minat golongan belia supaya menceburi bidang pertanian selaras dengan hasrat
mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi satu ketika dahulu yang memperkenalkan
konsep pertanian suatu perniagaan. Maka, pihak kerajaan mengambil inisiatif ini untuk memastikan
golongan belia diberi peluang memajukan sektor pertanian negara.

Antara skop projek di bawah Skim Belia Tani adalah :

Pengeluaran tanaman jangka pendek seperti sayur-sayuran, bauh-buahan, bunga-bungaan dan juga
herba.

Ternakan haiwan seperti lembu pedaging, lembu tenusu, kambing pedaging, kambing tenusu, biri-
biri dan ternakan puyuh .

Perikanan iaitu ternakan air tawar dan ternakan udang dalam kolam atau sangkar.

Ternakan lebah madu dan industri asas tani iaitu seperti kek, pastri, roti, biskut, makanan sejuk
beku, makanan berproses seperti jeruk, sos, kicap, makanan tradisional seperti baulu dan kerepek
dan makanan ringan atau snek.

Perkhidmatan tani yang meliputi bengkel jentera pertanian, kedai racun kawalan musuh dan perosak
termasuk baja dan alat pertanian, perkhidmatan profesional, sewaan jentera pertanian, nurseri
bunga-bungaan, buah-buahan dan lanskap.

Perkhidmatan tani ini adalah tidak termasuk pembiayaan untuk tanaman kekal seperti getah, kelapa
sawit, kelapa, buah-buahan seperti durian, rambutan, cempedak dan buah-buahan tempatan yang
lain juga kos untuk membeli tanah dan premis perniagaan, modal kerja untuk kontrak tani dan apa-
apa perniagaan berkonsepkan jualan langsung.

Ciri-Ciri Skim

1.0 Institusi Kewangan yang Dilantik

Institusi kewangan yang dilantik adalah bertanggungjawab sebagai pengurus dana bagi Skim Belia
Negara dan Skim Belia Tani dan bank-bank yang terlibat ialah :

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia untuk Skim Belia Niaga (SBN)

Bank Pertanian Malaysia untuk Skim Belia Tani (SBT)

2.0 Had Pinjaman

Had pinjaman yang telah dipersetujui antara Kementerian Belia dan Sukan dengan pihak bank bagi
kedua-dua skim adalah dari nilai minima RM5,000.00 sehingga maksima RM50,000.00.

3.0 Kadar Bayaran

Kadar bayaran perkhidmatan yang dikenakan bagi kedua-dua skim SBN dan SBT adalah empat 4%
setahun dengan berdasarkan kepada baki pinjaman.

4.0 Yuran Proses

Yuran proses akan dikena dan ditetapkan oleh kedua-dua institusi kewangan iaitu Bank Kerjasama
Rakyat Malaysia dan Bank Pertanian Malaysia yang telah dilantik oleh KBS.
5.0 Kos Guaman Dan Insurans

Segala kos guaman bagi penyediaan surat cara pinjaman dan insurans akan ditanggung sepenuhnya
oleh pihak peminjam dan bukan di bawah kuasa pihak bank atau Kementerian Belia dan Sukan.

6.0 Pengeluaran Pinjaman

Pengeluaran pinjaman menerusi institusi kewangan yang dilantik akan dibuat berdasarkan keperluan
peminjam dan dibuat secara sekaligus atau berperingkat-peringkat.

7.0 Kutipan Bayaran Balik Pinjaman

Kutipan bayaran balik pinjaman akan dilakukan menerusi institusi kewangan yang dilantik dan
tempoh bayaran balik pertama pinjaman dibuat mengikut ketetapan oleh institusi kewangan yang
dilantik.

8.0 Tempoh Pinjaman

Had maksimun yang telah ditetapkan untuk tempoh bayaran semula pinjaman bagi kedua-dua Skim
Belia Negara dan Skim Belia Tani adalah sehingga 7 tahun.

Bagi mereka-mereka yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Tabung Ekonomi Belia ini,
pendaftaran perlulah dilakukan terlebih dahulu melalui laman sesawan portal MPEB atau secara
manual dengan mengisi borang yang boleh didapati di Pejabat Belia dan Sukan Negeri dan Daerah
dan menghantar semula borang yang telah lengkap diisi ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau
Daerah. Setiap permohonan yang dihantar akan mengambil masa lebih kurang 2 bulan setengah
untuk diproses secara teliti dan keputusan permohonan akan dikeluarkan selepas itu.

Harapan Kerajaan

Apa yang pasti, pihak kerajaan pada hari ini begitu giat menjalankan usaha untuk membantu
golongan belia melalui program-program keusahawanan. Ini kerana, bidang keusahawanan dilihat
sebagai satu bidang yang dapat memberi pulangan lumayan kepada para usahawan sekiranya
diusahakan dengan cara yang betul dan bijak. Pihak kerajaan juga telah memperuntukkan jutaan
ringgit bagi memastikan ada peluang yang dibuka untuk golongan belia pada hari ini mencuba nasib
dalam aktiviti perniagaan.

Langkah yang diambil oleh kerajaan ini juga adalah salah satu cara untuk menyelamatkan golongan
belia daripada krisis pengangguran yang begitu hebat melanda negara. Selain itu, Tabung Ekonomi
Belia juga memberi ruang kepada para belia melakukan aktiviti yang lebih berfaedah dan dapat
memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak iaitu golongan belia dan pihak kerajaan. Berapa
ramai pada hari ini remaja dan belia yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti merempit,
penyalahgunaan dadah, masalah pembuangan bayi, pergaulan bebas, dan kebejatan akhlak.

Melihat akan hal inilah, kerajaan memutuskan untuk memberi sesuatu yang berharga dan boleh
mendatangkan manfaat bukan hanya kepada golongan belia. Golongan belia seharusnya sedar dan
mengambil peluang keemasan ini untuk memajukan diri dan juga keluarga yang secara tidak
langsung dapat memberi sumbangan kepada bangsa dan juga negara. Apa yang ditawarkan oleh
pihak kerajaan ini tidak mendatangkan kerugian sekiranya digunakan dengan baik dan diusahakan
dengan bersungguh-sungguh. Bukan sekadar memberi pembiayaan, pihak kerajaan terutama
Kementerian Belia dan Sukan melalui Skim Tabung Ekonomi Belia sedia memberikan bimbingan dan
tunjuk ajar kepada para belia yang berminat untuk menceburi lapangan perniagaan. Oleh itu,
diharapkan agar usaha pihak kerajaan untuk menyelamat dan mengangkat golongan belia ke satu
tahap yang lebih cemerlang disambut baik oleh semua pihak terutama golongan belia. Semoga
bidang keusahawanan terus menjadi pilihan para belia negara.

________________________________________________________________________

10) MARA

Sebut sahaja nama Majlis Amanah Rakyat (MARA) pastinya kita akan terfikir tentang pinjaman
pelajaran untuk pelajar sekolah dan universiti sahaja. Tetapi tahukah anda bahawa MARA juga
mempunyai skim pinjaman pertanian untuk usahawan moden mengusahakan aktiviti pertanian?

Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar
Bandar Dan Wilayah dan ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah
badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun
sebelumnya.

Adalah menjadi kewajipan majlis bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan
pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-
kawasan luar bandar. Untuk mengurangkan bebanan penduduk luar bandar, MARA telah
memberikan pelbagai kemudahan antaranya kemudahan pinjaman pertanian kepada mereka yang
berkelayakan.

Bagi anda yang mempunyai kemahiran tetapi tinggal di luar bandar dan berkeinginan menjalankan
perniagaan dan tidak mempunyai modal, usah risau dan bimbang kerana MARA beroperasi dan
memberikan perkhidmatan menyeluruh kepada anda yang berkelayakan. Skim yang ditawarkan oleh
MARA juga tidak bercanggah dengan Islam dan boleh diterima pakai oleh semua lapisan masyarakat.
Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh MARA untuk membantu pelanggan di luar sana
yang ingin mendapatkan khidmat yang berguna sama ada untuk memajukan diri sendiri, perniagaan
atau pun buat mereka yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Kumpulan sasaran yang diutamakan oleh MARA dalam memberikan pinjaman pertanian ini adalah
golongan petani moden di kawasan luar bandar yang mempunyai tapak sendiri atau sewa.
Keutamaan diberikan untuk pembangunan tanah yang terbiar. Selain itu keutamaan juga diberikan
kepada usahawan tani yang berpengalaman dalam mengusahakan ladang, kolam, pertanian dan
penternakan secara kecil-kecilan dan bercadang untuk membesarkan usaha-usaha taninya secara
komersial dan juga kepada graduan dari institusi pengajian tinggi contohnya graduan diploma atau
ijazah dalam bidang pertanian yang bercadang untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

Sebelum anda bercadang untuk memohon pinjaman pertanian MARA ini, anda perlu menyediakan
dokumen bertulis tentang rancangan perniagaan yang menerangkan secara menyeluruh tentang
perniagaan projek yang hendak anda jalankan

Rancangan perniagaan ini lebih dikenali sebagai kertas kerja dimana anda perlu nyatakan jenis
perniagaan yang ingin anda usahakan, serta anda harus menyenaraikan visi, objektif dan mengapa
anda ingin menjalankan perusahaan itu. Selain itu anda harus menyenaraikan mengapa perniagaan
itu perlu dilaksanakan dan apakah kebaikan yang boleh diperolehi serta manfaatnya kepada orang
ramai.

Dengan adanya kertas kerja ini, anda sendiri boleh memantau dan dapat mengetahui tahap
keupayaan anda berada di level mana dan apakah skim yang sesuai untuk anda piliih. MARA
menawarkan empat jenis skim yang bersesuaian dengan petani atau usahawan moden di Malaysia.

Skim pembiayaan

Bagi anda yang baru memulakan perniagaan, boleh melihat kepada skim yang telah ditawarkan oleh
MARA. Skim ini mungkin dapat membantu anda untuk membuat pilihan yang bijak. Terdapat empat
jenis skim pembiayaan yang ditawarkan oleh MARA iaitu:

Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan

Skim Pembiayaan Komersial

Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres

Skim Jaminan Usahawan MARA

Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan

Skim ini merangkumi pembiayaan untuk projek perdagangan, perkhidmatan, pembuatan dan
pengangkutan. Perniagaan secara kecil-kecilan biasanya memerlukan modal yang tidak terlalu
banyak dan skim ini sesuai untuk anda yang baru memulakan perniagaan.

Skim Pembiayaan Komersial

Skim pembiayaan ini bagi tujuan : –


i) Pembelian Premis Perniagaan yang bertaraf kekal dan siap dibina.

ii) Pembinaan Premis Perniagaan di atas tanah milik sendiri.

Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres

Pembiayaan untuk kerja-kerja kontrak pembinaan, bekalan, perkhidmatan dan kerja-kerja elektrik.
Pembiayaan meliputi pemborong kelas F, E dan D bagi kerja-kerja agensi awam.

4. Skim Jaminan Usahawan MARA

SJUM merupakan satu kemudahan pembiayaan kepada usahawan Bumiputera yang terpilih. Melalui
skim ini MARA, bekerjasama dengan bank komersial (BMMB) yang menawarkan kemudahan
pembiayaan dan MARA bertindak sebagai penjamin.

Perkara yang perlu anda tahu adalah berkaitan had pembiayaan yang dibenarkan adalah 90%
daripada kos projek atau maksimum RM250,000. Manakala tempoh bayaran balik pinjaman adalah
dari 1-15 tahun mengikut syarat yang telah dipersetujui dan yang tekah ditetapkan.

Bagi pembiayaan berjumlah RM50,000 dan ke bawah penjamin atau cagaran diperlukan. Manakala
penjamin dan cagaran tanah dikecualikan bagi pembiayaan berjumlah RM50,001- RM250,000.

Perlu diingatkan bahawa terdapat pelbagai syarat yang ditetapkan oleh MARA sebelum sesuatu
pinjaman pertanian itu diluluskan. Antaranya:

Penjamin yang ditetapkan perlu memenuhi syarat kelayakan

Pendapatan seorang penjamin perlu tidak kurang daripada RM 500

Jumlah pendapatan penjamin bersamaan 3 % daripada jumlah permohonan.

Cagaran tanah dengan nilai paksa tidak kurang 10 % daripada jumlah pembiayaan.

Tanah yang dicagarkan terdiri daripada milik sendiri atau milik ahli keluarga atau kawan. Kadar
keuntungan yang diperoleh adalah 4 %.

Sekiranya modal yang diperlukan adalah sebanyak RM100,000 yang memerlukan seorang penjamin
atau cagaran, apa kata jika anda mulakan dengan pinjaman RM50,000 (tanpa penjamin & cagaran)?
Dengan cara ini, anda sudah boleh mulakan projek anda, walaupun kecil, tapi tanggungan anda tidak
banyak. Dengan pinjaman sebanyak RM50,000 sahaja, anda sudah boleh mulakan perniagaan. Hebat
bukan?

Antara syarat kelayakan untuk memohon skim pinjaman ini adalah:

Berusia 18 tahun ke atas

Warganegara Malaysia dan berketurunan Melayu atau Bumiputera

Mempunyai pengalaman dan pengetahuan di dalam bidang perniagaan yang diceburi dan
menjalankan perniagaan sepenuh masa.

Perlu mempunyai lesen, permit dan surat kebenanaran daripada pihak berkuasa.
Anda juga perlu mendapatkan cagaran dan jaminan yang mencukupi sebelum mengisi borang
permohonan.

Syarat yang terakhir adalah anda perlu mengikuti Kursus Keusahawanan jika pengalaman dalam
bidang perniagaan kurang daripada 6 bulan.

Konsep serta Kaedah

Terdapat lima jenis konsep berserta kaedah yang diguna pakai oleh MARA, antaranya:

Al-Bai-Bithaman Ajil

Konsep ini membawa maksud menjalankan jualan dengan harga yang tertangguh. Pembiayaan ini
sesuai digunakan untuk semua tujuan yang berkaitan dengan perniagaan seperti membeli harta
tetap, keperluan modal kerja, belanja mengurus perniagaan dan jaminan pihak bank.

Al-Murabahah

Bermaksud jualan dengan tambang untung. Konsep ini digunakan untuk membiayai pembelian
bahan mentah, barang-barang separuh siap, barang-barang siap dan kelengkapan alat ganti

Al-Ijarah

Konsep pajakan dan sewaan menjadi konsep yang popular dan sering diguna pakai. Konsep ini
membawa maksud pelanggan boleh menyewa peralatan seperti mesin , kenderaan atau aset mudah
alih daripada MARA. Setelah langsai bayaran sewa, peralatan berkenaan boleh dipindah mili.

Bai al- Inah

Konsep ini memberi pengkhususan kepada bayaran gaji, menyewa premis, membayar bil elektrik
dan sebagainya.

Musyarakah Mutanaqisah

Konsep yang membawa maksud perkongsian ini selalunya menjadi pilihan pelanggan. Konsep
Musyarakah Islam di antara MARA dengan pelanggan mengikut perjanjian ini menitikberatkan
kesefahaman di antara dua pihak. Konsep ini juga diguna pakai di dalam Skim Pembiayaan Premis
Komersial.

Antara projek yang boleh dibiayai oleh MARA dikhususkan kepada pembangunan tanah terbiar
meliputi usahawan tani yang menceburi bidang pertanian secara komersial seperti berikut :_

1. Pembuatan

Contoh sektor perbuatan adalah perusahaan kilang dan industri berasaskan logam, elektrik dan
komponen elektronik, makanan dan minuman, plastik, tekstil pakaian dan kulit, percetakan dan
penerbitan telekomunikasi, memproses hasil pertanian dan lain-lain. Bagi anda yang mempunyai
kemahiran dan berkelayakan boleh memohon skim pembiayaan yang disebut ini.

2. Perdagangan
Khususnya penempatan di kawasan luar bandar atau pun di kawasan pendalaman serta kampung.
Perniagaan secara kecil-kecilan adalah sangat digalakkan seperti urusan jual beli barangan seperti
pasar mini, peruncitan, pemasaran keluaran barangan makanan dan minuman, penjualan perabot,
pemasaran hasil pertanian dan pengendalian stesyen minyak termasuk di dalam sektor
perdagangan. MARA memberi peluang dan galakkan kepada masyarakat setempat yang
berkelayakan dan mahu menceburikan diri dalam bidang perniagaan yang diidamkan.

3. Perkhidmatan

Perniagaan seperti ini perlu dilaksanakan di kawasan luar bandar dan berpenduduk padat kerana
kemudahan asas klinik, kedai makan merupakan sumber pendapatan penduduk setempat. MARA
sentiasa memberi peluang baru kepada usahawan muda untuk mencuba bidang ini dan membantu
mereka dari segi kewangan dan nasihat perundangan.

Contoh sektor perkhidmatan adalah melibatkan urusan jual beli dalam perkhidmatan yang diberikan
seperti guaman, klinik, perkhidmatan menyediakan makanan seperti restoran dan kedai makan dan
tidak ketinggalan kedai jahitan.

4. Pemborongan

Manakala pemborongan pula meliputi kerja-kerja kontrak pembinaan, bekalan dan perkhidmatan
seperti membina bangunan, membuat jalan, mengubahsuai bangunan dan pendawaian elektrik.
Kontraktor yang berdaya saing boleh memohon skim pinjaman ini dan digalakkan kerana sektor ini
amat memberangsangkan.

Untuk maklumat anda, pembiayaan yang disediakan oleh MARA meliputi modal untuk pembersihan
dan penyelenggaraan ladang, penyediaan kolam dan sangkar ikan, penyediaan untuk membina dan
menyelenggara kawasan serta tempat penternakan, benih dan baka dan sebaginya serta peralatan
jentera dan modal pusingan.

Pihak MARA juga telah menetapkan jaminan dan juga cagaran kepadan anda yang ingin membuat
pinjaman. Antara jaminan yang diterima dan telah disyaratkan oleh MARA adalah seperti:

Jaminan Orang Perseorangan atau Bermajikan

Jaminan dan cagaran ini adalah diberikan kepasa kakitangan sektor awam dan juga kakitangan
sektor swasta yang berkelayakan dan tidak bersih daripada senarai hitam mana-mana bank.

Selain itu tanah yang dimiliki perlulah bebas dari sekatan, milik sendiri atau milik ibu bapa atau
saudara.

Gabungan penjamin dan tanah juga diterima. Manakala untuk jaminan tambahan pula, adalah
berkaitan dengan Jaminan Ahli Lembaga Pengarah untuk Syarikat Sdn. Bhd. Surat Ikatan Serahak
bagi Pembiayaan Kontrak dan Perjanjiaan Debenture bagi Pembiayaan RM250,001 dan ke atas.
Bagi anda yang berminat untuk menyertai skim pinjaman yang ditawarkan oleh MARA ini bolehlah
mendapatkan borang permohonan pembiayaan perniagaan di pejabat mara daerah atau negeri yang
berhampiran dengan anda atau datang sendiri ke ibu pejabat mara beralamat seperti di bawah :

Pengarah MARA

Negeri Wilayah Persekutuan

Aras 1-4, Wisma Koperasi No 1

Lorong Medan Tuanku 1

50300 Kuala Lumpur

Tel: 03- 26927820

Faks: 03- 26970731

________________________________________________________________________

SKIM BELIA NIAGA

Skim Belia Niaga yang diuruskan Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Bank Kerjasama
Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) telah menyalurkan dana sebanyak RM32.91 juta kepada 926
belia sebelum skim tersebut dibekukan pada 2010.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Sieu berkata, skim di bawah Skim Tabung Ekonomi Belia
(STEB) itu dilancarkan oleh Majlis Penggalakan Ekonomi Belia (MPEB) pada 2006.

Jelas beliau, kajian impak pelaksanaan STEB yang dilaksanakan Institut Penyelidikan Pembangunan
Belia Malaysia (IPPBM) menyatakan sekurang-kurangnya 60 hingga 70 peratus peminjam skim
berkenaan masih lagi menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang.

''Kajian sama juga mendapati lebih 50 peratus peminjam adalah usahawan belia dari luar bandar
manakala STEB berjaya menghasilkan lebih daripada 54 peratus usahawan belia yang mempunyai
tahap kemahiran separuh mahir dan mahir.

''Skim ini menggalakkan belia luar bandar yang berkemahiran untuk menjalankan perniagaan dan
menjana pendapatan sendiri selain memberi peluang pekerjaan kepada belia-belia lain di sekitar
kawasan mereka," katanya ketika menjawab soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) di Dewan
Rakyat hari ini.

Menjawab soalan tambahan Idris berhubung sebab skim yang telah membantu usahawan belia itu
dibekukan, Ping Seu memberitahu, pada masa ini, kementeriannya ingin memberi lebih tumpuan
terhadap bidang-bidang terasnya iaitu kepemimpinan, kesukarelaan dan kemahiran.

Menurut beliau, pihak kementerian terpaksa bergantung kepada kepakaran institusi-institusi


kewangan lain seperti Bank Rakyat dan Agro Bank untuk proses penilaian pemohon dan kelulusan
pembiayaan.

''Walaupun STEB telah dibekukan, golongan belia yang berminat untuk menceburi bidang
keusahawanan boleh memohon pembiayaan menerusi pelbagai skim yang ditawarkan agensi-agensi
lain di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20121023/pa_06/Skim-Belia-Niaga-


salur-RM3291j-sebelum-dibeku#ixzz2GTRVT9FR
© Utusan Melayu (M) Bhd

Vous aimerez peut-être aussi