Vous êtes sur la page 1sur 5

BERJUANG DEMI MAHASISWA

OLEH NURUL SHAHFINAZ ISHAK 234138

SINTOK 10 OKTOBER 2016- Tarikh keramat yang tidak dapat dilupakan di Universiti
Utara Malaysia di mana sedang berlangsungnya Pilihan Raya Kampus(PRK) bagi pemilihan
majlis perwakilan pelajar di Universiti. Tarikh keramat ini amat bermakna bagi calon-calon
yang bertanding pada hari tersebut.

Pilihan raya kampus ini dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan Pro-Univeriti,
Bebas dan Tranformasi Mahasiswa. Masing-masing bertanding bagi mewakili suara
mahasiswa kepada pihak Universiti. Pilihan raya kampus ini diadakan bagi memilih
pemimpin yang mampu menjalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab.
Menurut Helena Aireen yang merupakan salah seorang calon dari Pro-Universiti, pelajar
semester tiga, jurusan Ijazah Sains Kaunserling yang merupakan calon nombor enam, PRK ini
merupakan PRK pertama beliau dan beliau telah dipilih untuk bertanding bersama-sama
calon PRK yang lain.
“Saya merupakan calon yang termuda yang bertanding dalam PRK ini kerana calon yang lain
masing-masing dari semester lima manakala saya dari semester tiga”. Namun ini tidak
meluntur semangat beliau untuk terus bertanding dalam PRK ini bagi mewakilkan suara
mahasiswa.
Pilihan raya ini, telah dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Para pelajar juga
turut memberikan komitmen dalam menjalankan tugas mereka untuk turun mengundi bagi
memilih calon yang boleh mewakili suara mereka.
Setiap calon yang bertanding wajib mempunyai manisfesto tersendiri dalam menyertai PRK
ini, seperti Helena Aireen beliau berkata “Manisfesto saya tidaklah sehebat yang lain kerana
manisfesto saya dari segi emosi dan psikologi memandangkan beliau dari jurusan Sains
Kaunseling”.
Tambahan beliau lagi “jika saya dipilih bagi PRK kali ini, saya akan menyusulkan manisfesto
saya iaitu menyediakan satu bilik kaunseling berserta seorang kaunselor di setiap Dewan
Penginapan Pelajar bagi membantu para pelajar yang mempunyai masalah atau tidak tahu
cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi”.
PRK ini dapat membantu para calon dalam mengasah kemahiran kepimpinan dan sifat
tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka. Beliau juga ada menyatakan “kalah
atau menang itu tidak penting bagi saya dan juga rakan-rakan yang lain, jika ada rezeki
untuk memenangi PRK kali ini saya bersyukur. Namun apa yang paling penting adalah
berjuang demi mahasiswa, bersuara bagi pihak mereka, permintaan mereka diutamakan
kerana itulah adalah tanggungjawab seorang pemimpin mahasiswa” kata- kata semangat
dari Helena Aireen.
Beliau berharap mahasiswa dapat memilih calon Majlis Perwakilan Pelajar yang boleh
menjalankan tugas mereka dengan jujur dan gelaran itu bukan hanya pada nama tetapi
pada tugas yang dijalankan.
Pengetua Inasis Mas iaitu Dr Azril juga turut turun padang bagi memantau suasana di hari
mengundi untuk memastikan para mahasiswa Inasis Mas menjalankan tanggungjawab
mereka sebagai mahasiswa.
Suasana di meja pendaftaran di Inapan Mahasiswi(Inasis) Malaysia Airlines (MAS).

Para pelajar sedang menunggu giliran mereka untuk mengundi.


Temuramah bersama calon MPP yang bertanding PRK.

Helena Aireen calon MPP bernombor 6 yang bertanding mewakili Pro-Universiti.


Pengetua Inasis Mas iaitu Dr Azril turut hadir pada PRK bagi memantau keadaan disekitar
tempat mengundi.

Vous aimerez peut-être aussi