Vous êtes sur la page 1sur 6

.: MIDA | Malaysian Investment Development Authority :. http://www.mida.gov.my/home/petrochemical-and-polymer-industry/posts...

Kepada Keadaan Asal Pavilion Malaysia bagi Penyertaan Malaysia di Astana Expo 201
TERKINI

 Laman Utama /  Industri /  Perkilangan /  Petrokimia

 PERKILANGAN
PETROKIMIA
Industri Mineral Bukan Logam

Aeroangkasa

Tekstil dan Produk Tekstil

Produk Logam Asas

Elektrikal dan Elektronik

Sokongan Kejuruteraan

Industri Makanan & Sumber Lestari

Jentera dan Peralatan

Peralatan Perubatan

Petrokimia

Farmaseutikal

1 of 6 9/4/2016 10:30 AM
.: MIDA | Malaysian Investment Development Authority :. http://www.mida.gov.my/home/petrochemical-and-polymer-industry/posts...

Industri petroleum dan petrokimia meliputi gas asli, produk-produk petroleum dan
petrokimia. Industri ini adalah sektor penting di Malaysia dengan pelaburan
berjumlah RM182.9 billion setakat tahun 2015.

Perkembangan rancak industri ini disebabkan terutamanya


oleh ketersediaan minyak dan gas sebagai bahan mentah,      
infrastruktur maju, pangkalan perkhidmatan-perkhidmatan  
sokongan yang teguh, daya persaingan kos negara, serta
lokasi strategik Malaysia di dalam ASEAN dan berhampiran
dengan pasaran-pasaran utama di rantau Asia Pasi k.  PAUTAN PANTAS
Malaysia memiliki rezab gas asli ke-16 terbesar dan rezab
Memulakan Perniagaan
minyak mentah ke-28 terbesar dunia. Malaysia juga memiliki
salah satu daripada kemudahan pengeluaran gas cecair asli Sumber
terbesar dunia yang ditempatkan dalam satu lokasi.
e-Services
Kebolehpercayaan dan keselamatan jangka panjang bekalan
gas memastikan pembangunan lestari industri petrokimia
Industri
negara. Kehadirian sebuah sistem talian paip penghantaran
gas seluruh Semenanjung Malaysia dan enam loji-loji Fakta dan Angka
pemprosesan gas, menghasilkan bekalan gas tersedia kepada
industri. Bagi melengkapkan rezab-rezab gas sedia ada dan Hubungi Kami
untuk memastikan keselamatan lanjut bekalan gas, Malaysia
telah mengikat perjanjian perkongsian dengan anggota
ASEAN yang lain bagi bekalan gas seperti Vietnam, Indonesia

2 of 6 9/4/2016 10:30 AM
.: MIDA | Malaysian Investment Development Authority :. http://www.mida.gov.my/home/petrochemical-and-polymer-industry/posts...

dan Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand


(JDA). Selain itu, bekalan gas akan dipertingkatkan lagi dengan
pelaksanaan grid gas, sebuah projek teroka untuk
menyediakan gas kepada semua 10 negara anggota ASEAN.
Dengan pelaksanaan AFTA, pengilang-pengilang petrokimia di
Malaysia akan turut mendapat manfaat daripada sebuah
pasaran tunggal. Pengilang-pengilang berpangkalan di
Malaysia juga mendapat manfaat daripada laluan ke pasaran
Asia Pasi k yang lebih besar.
Dengan negara China sebagai pengimport bersih petrokimia,
‘tuaian awal’ Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia dengan
China akan membuka peluang-peluang perniagaan baru bagi
pengilang-pengilang petrokimia di Malaysia.
Kehadiran syarikat-syarikat petrokimia tersohor dunia,
seperti Shell, BASF, Eastman Chemicals, Toray, Mitsubishi,
Idemitsu, Polyplastics, Kaneka, Dairen dan Lotte menjadi
bukti jelas potensi Malaysia sebagai sebuah lokasi pelaburan
bagi industri-industri petrokimia. Kebanyakan syarikat ini
bekerja sama dengan syarikat petroleum negara Malaysia,
PETRONAS.
Tiga zon petrokimia utama telah ditubuhkan di Kertih,
Terengganu; Gebeng, Pahang; dan Pasir Gudang/Tanjung
Langsat, Johor. Setiap zon ini adalah kompleks bersepadu
dengan kemudahan-kemudahan pemecah,
syngas

dan aromatik untuk mengeluarkan bahan suapan bagi produk-


produk hiliran.
Terdapat juga loji-loji petrokimia lain di Malaysia seperti loji-loji
ammonia dan urea di Bintulu, Sarawak dan Gurun, Kedah; loji
stirena butadiena akrilonitril di Pulau Pinang; loji metanol di
Labuan dan loji getah butadiene nitril di Kluang, Johor.

3 of 6 9/4/2016 10:30 AM
.: MIDA | Malaysian Investment Development Authority :. http://www.mida.gov.my/home/petrochemical-and-polymer-industry/posts...

Sebuah projek pengeluaran ammonia dan urea di Taman


Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP), Sabah kini
dalam pembinaan. Loji ini dijangka siap pada separuh kedua
2016.
Kini, zon petrokimia baru sedang dibangunkan di Pengerang,
Johor. Projek-projek ini dijangkakan akan beroperasi pada
2019.
Bermula sebagai pengimport petrokimia, Malaysia kini adalah
pengeksport produk-produk petrokimia utama.
Berbagai-bagai jenis petrokimia dikeluarkan di Malaysia
seperti ole n, poliole n, aromatik, oksida etilena, glikol,
okso-alkohol, ekstoksilat, asid akrilik, anhidrida ftalik, asid
asetik, monomer stirena, polistirena impak tinggi, benzena etil,
monomer klorida vinil, dan klorida polivinil dan tereftalat
polibutilena. Loji-loji berskala dunia ini telah menyumbang
kepada pembangunan aktiviti-aktiviti pemprosesan plastik
hiliran tempatan dengan menyediakan bekalan bahan mentah
yang mantap kepada industri plastik.
Faktor-faktor ini telah menjadikan industri produk-produk
plastik sebagai salah sebuah industri yang paling dinamik
dalam sektor perkilangan Malaysia. Industri plastik ini boleh
dibahagikan kepada empat subsektor, iaitu subsektor
pembungkusan, subsektor komponen-komponen elektrik &
elektronik dan automotif, subsektor pengguna dan industri
dan lain-lain. Bagi subsektor pembungkusan, kedua-dua
produk eksibel dan tegar (termasuk beg, lem, botol dan
bekas), kekal sebagai pasaran terbesar bagi industri plastik.
Proses-proses pengeluaran utama yang terlibat dalam
industri pengilang-pengilang plastik adalah pengacuan
suntikan, semperitan paip dan pro l dan pengacuan busa.
Sehingga tahun 2015, terdapat lebih 1,837 syarikat plastik
beroperasi, yang mengeluarkan berbagai-bagai jenis produk
daripada barang-barang isi rumah biasa, bahan

4 of 6 9/4/2016 10:30 AM
.: MIDA | Malaysian Investment Development Authority :. http://www.mida.gov.my/home/petrochemical-and-polymer-industry/posts...

pembungkusan dan barang-barang konveyer hingga bahagian


dan komponen bagi industri-industri elektrik dan elektronik,
automotif, automasi pejabat, komputer dan telekomunikasi.
Industri plastik Malaysia telah diberi penarafan sebagai antara
yang paling kompetitif di Asia. Proses globalisasi bukan hanya
merupakan cabaran-cabaran tetapi juga peluang-peluang
kepada pengilang-pengilang plastik Malaysia. Justru, adalah
penting bagi pengilang-pengilang Malaysia melestarikan daya
persaingan mereka, melalui teknologi tambah baik, kemahiran
yang meningkat dan penembusan dalam pasaran-pasaran
baru di negara-negara maju dan membangun.

SEBELUMNYA SETERUSNYA

PERALATAN PERUBATAN FARMASEUTIKAL


Jentera dan Peralatan

Menu Pantas

Hak cipta © Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) 2015.


PENAFIAN: MIDA tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana
maklumat yang diperolehi dari Laman Web ini.
Paparan terbaik 1024 x 768 menggunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox.

Tarikh Dikemaskini : Jumaat 2 September 2016

5 of 6 9/4/2016 10:30 AM
.: MIDA | Malaysian Investment Development Authority :. http://www.mida.gov.my/home/petrochemical-and-polymer-industry/posts...

6 of 6 9/4/2016 10:30 AM

Vous aimerez peut-être aussi