Vous êtes sur la page 1sur 2

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

VISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi
Memenuhi Aspirasi Negara
PIAGAM PELANGGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan:

 Keputusan tawaran kemasukan murid ke institusi pendidikan selepas keputusan


peperiksaan awam diumumkan seperti keterangan berikut:
 Lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ke sekolah berasrama
penuh dimaklumkan dalam tempoh 27 hari bekerja, Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA) 30 hari bekerja dan Sekolah Seni Malaysia 45
hari bekerja;
 Lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) ke sekolah vokasional / teknik /
asrama penuh / SMKA dimaklumkan dalam tempoh 30 hari bekerja; dan
 Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Kolej Matrikulasi dimaklumkan
dalam tempoh 30 hari bekerja.
 Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Tingkatan Enam (6) dimaklumkan
dalam tempoh 30 hari bekerja.
 Keputusan permohonan belajar semula/ pertukaran murid dimaklumkan dalam
tempoh 15 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.
 Murid mendapat buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) pada hari
pertama sesi persekolahan bermula.
 Keputusan penempatan dan pertukaran guru dimaklumkan selewat-lewatnya 15 hari
bekerja sebelum tarikh melapor diri.
 Perakuan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PPP) untuk laluan kenaikan pangkat secara hakiki dan cemerlang
diproses untuk dikemukakan ke Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran
dalam tempoh 60 hari bekerja dari tarikh perakuan lengkap diterima.
 Surat tawaran biasiswa atau pinjaman kepada pegawai dalam perkhidmatan dan
mahasiswa dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas kelulusan pihak
berkuasa melulus.
 Status permohonan penubuhan sekolah swasta dan sekolah antarabangsa yang
memenuhi terma dan syarat dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas
ditandatangani oleh Ketua Pendaftar.
VISI BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
Peneraju Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang Unggul
MISI BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
Memperkasakan PTV Melalui Pelaksanaan Program yang Berkualiti
OBJEKTIF BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
Menghasilkan pendidikan teknikal dan vokasional yang berkualiti melalui:

 Penyelarasan dasar pengoperasian, pembangunan prasarana fizikal dan penyediaan


fasiliti;
 Program pengurusan akademik yang terancang dan efektif untuk kemenjadian murid;
 Pengurusan sumber manusia, kewangan, pentadbiran dan hal ehwal murid yang
berkesan; dan
 Pembangunan profesionalisme berterusan yang terancang untuk guru dan pegawai.
FUNGSI BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA

 Merancang, melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan pembangunan


pendidikan teknikal dan vokasional.
 Merancang, memantau dan menilai pelaksanaan pengurusan akademik dan strategi
pengajaran dan pembelajaran pendidikan teknikal dan vokasional
 Merancang, mengurus, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan program dan
aktiviti persekolahan dan keperluan pengoperasian sekolah
 Merancang, melaksana, memantau dan menilai program pembangunan kepakaran
kejurulatihan (TOT) pendidikan teknikal dan vokasional
 Merancang, menyelaras, memantau dan menilai standard kualiti dalam semua aspek
pengurusan pentadbiran Bahagian dan SMT/SMV
PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 Kami, warga Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, dengan penuh tekad dan
iltizam akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami ke arah merealisasikan
sistem pendidikan teknikal dan vokasional yang cekap dan berkesan. Kami berjanji
akan :
 Mengeluarkan surat tawaran kemasukan murid 30 hari bekerja sebelum tarikh
pendaftaran;
 Mengeluarkan surat penempatan / pertukaran guru 14 hari bekerja sebelum tarikh
melapor diri;
 Menyediakan laporan hasil pemantauan kepada sekolah dalam tempoh 21 hari
bekerja selepas pemantauan;
 Menghantar Surat Akuan Terima dalam tempoh 7 hari bekerja selepas penerimaan
surat/dokumen;
 Mengeluarkan surat kelulusan pelupusan dalam tempoh 21 hari bekerja selepas
permohonan yang lengkap serta disemak oleh Pusat Penyenggaraan Alat (PPA)
diterima.

Vous aimerez peut-être aussi