Vous êtes sur la page 1sur 4

MINIT MESYUARAT GURU KALI KE-2

TAHUN 2017

Tarikh : 5 April 2017 (Rabu)


Masa : 2.00 petang.
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Sultan Sulaiman II.
Kehadiran : Rujuk lampiran.

1. Perutusan Pengerusi

1.1 Tuan Guru Besar mengalu-alukan kehadiran semua guru bagi sesi
Mesyuarat Guru kali ke-2 2017. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah.

1.2 Tuan Guru Besar mengajak semua guru muhasabah diri tentang keikhlasan
menjalankan tugas dan tanggungjawab sepanjang tahun 2017 demi masa depan
murid-murid.

. Tindakan: Makluman

2. Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Minit Mesyuarat Bil 1/2017 dicadangkan pengesahannya oleh En. Ruslan bin
Ajis dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

Tindakan: Makluman.

3. Perkara berbangkit

3.1 Program UPSR 2017

3.1.1 Puan Noma binti Baba membacakan aktiviti-aktiviti UPSR bagi tahun
2017.
Tindakan: Makluman.
4.1.3 Tuan Guru Besar memberi maklumbalas dengan mengalu-alukan semua
bidang membuat kertas kerja dengan segera untuk memohon bajet
berkenaan program-program yang akan dilaksanakan.
Tindakan: Makluman
3.2 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

3.2.1 Puan Khairiah binti Abdullah memberi penerangan tentang tugas-tugas


guru kelas berkaitan RMT. Beliau juga mengingatkan supaya kedatangan
dikemaskini.
Tindakan: Makluman.

3.3 SKPMg2
3.3.1 PK Kurikulum En. Adnan bin Sulong mengucapkan tahniah atas
lengkapnya pengisian data SKPMg2.
Tindakan: Makluman.
3.4 Kerosakan utiliti
3.4.1 Guru utiliti mengesahkan pembaikan telah dibuat di tandas guru wanita
dengan menambah kunci selak, paip air dan membaiki pam tandas yang
rosak.
Tindakan: Makluman.
3.4.2 Pembaikan juga telah dibuat berkenaan utiliti di dalam kelas dan juga
perpustakaan.
Tindakan: Makluman.
4. Agenda/pembentangan

4.1 Laporan LINUS Saringan 1 2017

4.1.1 Cik Norezzah membentangkan data LINUS saringan 1 seperti lampiran.


Tindakan: Makluman.
4.1.2 Cik Norezzah memberi maklum balas supaya semua guru Bahasa
Inggeris tahap 1 memandang serius isu tersebut iaitu Jumlah murid Linus
bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris adalah tinggi. Beliau menyeru guru-guru
berkenaan agar melakukan sesuatu untuk menangani situasi ini.
Tindakan: Makluman.
4.1.3 Tuan Guru Besar memberi maklumbalas dengan meminta program intensif
Bahasa Inggeris dilancarkan.
Tindakan: Panitia Bahasa Inggeris
4.2 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

4.2.1 Puan Khairiah binti Abdullah membentangkan kehadiran murid untuk


RMT tiga bulan pertama persekolahan.
Tindakan: Makluman
4.2.2 Puan Khairiah membentangkan kehadiran dan dapatan mesyuarat ke-2
RMT 2017.
Tindakan: Makluman.

4.3 Program UPSR 2017

4.3.1 Puan Noma binti Baba membentangkan pelan Program UPSR 2017
yang telah dilaksanakan dan yang akan dilaksanakan.
Tindakan: Makluman
4.4 SKPMg2

4.4.1 PK Kurikulum membentangkan dapatan SKPMg2 bagi suku pertama


tahun 2017.
Tindakan: Makluman
5. Hal-hal lain

5.1.1 En. Ruslan bin Ajis selaku Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan SKSSII
meminta guru-guru yang belum membayar yuran tahunan kelab supaya
membuat bayaran dengan kadar segera.
Tindakan : Makluman

5.1.2 Beliau meminta guru-guru mengemas tempat masing-masing di bilik guru


sebelum lawatan pihak nazir dan PPD. Guru-guru dialu-alukan secara
sukarela untuk mengemas bilik guru bersama-sama .
Tindakan : Makluman

5.1.3 Tuan Guru Besar memberi maklumbalas dengan meminta guru-guru


bertindak dengan kadar segera mengemas tempat sendiri dan bilik guru
kerana lawatan dari pihak nazir dan PPD akan menyusul.
Tindakan : Makluman
5.1.4 Tuan Guru Besar juga mengingatkan berkenaan pelengkapan fail-fail bidang.
Tindakan : Makluman

6. Penutup

Tuan Guru Besar mengakhiri mesyuarat dengan mengucapkan terima kasih atas
komitmen semua guru dalam menjalankan tugas.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

........................................................... ....................................................................
(NUR AUNI BINTI BAHARUDDIN) ( YUSNURUL FATIHAH BINTI JAAFAR)
Setiausaha Program RMT, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SK Sultan Sulaiman II. SK Sultan Sulaiman II.

Disahkan oleh,

....................................................
(MOHD KAMAN BIN AWANG)
Guru Besar,
SK Sultan Sulaiman II.

Vous aimerez peut-être aussi