Vous êtes sur la page 1sur 24

HIQ 3063 I’JAZ AL-QURAN

TUGASAN (INDIVIDU):

TAJUK

I’JAZ ILMI DALAM AL-QURAN:


TUMPUAN TERHADAP KEJADIAN MANUSIA

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. ID NO. TELEFON KUMP.

SHARIFAH ZAINAB BINTI SYED IBRAHIM D 20102043644 019-5739325 UPSI 02

NAMA PENSYARAH:

DR. ABD RAHMAN BIN ABD GHANI


FAKULTI SAINS DAN KEMANUSIAAN
JABATAN PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TARIKH SERAH : 21 NOVEMBER 2013

1
KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN

Penghargaan 3

1.0 Pendahuluan 4

2.0 Definisi I’jaz al-Quran 5

3.0 Bahagian – Bahagian I’jaz 6

3.1. I’jaz al-Lughawi

3.2. I’jaz Ilmi


3.3. I’jaz Tasyri’i
3.4. I’jaz Tarbawi
4.0 Sejarah I’jaz al-Quran 10

5.0 Faedah mempelajari I’jaz al-Quran 12

6.0 Kesan mempelajari I’jaz al-Quran 14

7.0 I’jaz Ilmi :Tumpuan terhadap kejadian manusia 17

7.1 Pendahuluan
7.2 Kejadian manusia : Peringkat pertama
7.3 Kejadian manusia : Peringkat kedua
7.4 Kejadian manusia : Peringkat ketiga
7.5 Kejadian manusia : Peringkat keempat
7.6 Kejadian manusia : Peringkat kelima
7.7 Kejadian manusia : Peringkat keenam

8.0 Penutup 23

9.0 Bibliografi 24

2
Penghargaan

Di kesempatan ini, ingin saya mencurahkan rasa penghargaan dan terima kasih saya
terhadap beberapa pihak yang banyak memberi ihsan dan bakti dalam pelbagai cara sepanjang
kami menyiapkan tugasan yang diamanahkan ini dengan jayanya.

Dengan penuh kerendahan hati, ingin saya titipkan nama-nama mereka di lembaran ini.

Paling utama, alhamdulillah segala rasa syukur kami ucapkan kepada Allah Yang Maha
Esa atas segala keberkatan dan kemurahan nikmat yang diperturunkan selama ini kepada
kehidupan saya sekeluarga.

Keduanya, untuk Dr. Abd. Rahman Bin Abd. Ghani, pensyarah yang kami hormati yang
akan membuat penilaian terhadap tugasan HIQ 3063 – I‟jaz al-Quran yang berkaitan dengan
tajuk : I’jaz Ilmi dalam al-Quran :Tumpuan Terhadap Kejadian Manusia. Sekalung
penghargaan dan terima kasih ditujukan khas buat Dr. Abd. Rahman Bin Abd. Ghani atas
penilaian ini.

Seterusnya, buat suami dan keluarga yang dikasihi yang sabar, memahami dan memberi
kata-kata semangat pada saat suka dan duka.

Akhir sekali kepada rakan-rakan guru seperjuangan yang sama-sama mengharungi


Program Pensiswazahan Guru (PPG), Pendidikan Jarak Jauh 2013. Segala sokongan dan
kerjasama yang diberikan tidak mampu dibalas dengan ucapan terima kasih.

3
1.0 Pendahuluan

Pengajian yang melibatkan bidang I‟jaz al-Quran merupakan satu bidang ilmu yang
penting untuk membolehkan seseorang itu memahami menghurai seterusnya mentafsir tentang
sesuatu ilmu yang dibentangkan di dalam al-Quran dengan baik dan sempurna. Isi-isi al-Quran
terus menerus dikaji dan diteliti oleh para ilmuan al-Quran dengan baik dan sempurna untuk
mencari jawapan bagi sesuatu persoalan yang melibatkan bidang tarbawi , ilmi mahupun tasyri‟i.

Walaupun begitu istilah I‟jaz atau mukjizat al-Quran tidak terdapat di dalam al-Quran
secara khusus malah tidak pernah digunakan sama sekali oleh para tabi‟in. Itilah ini mula
dikenalpasti penggunaanya bermula abad ke-3 hijrah.Penggunaan perkataan yang berkaitan
dengan I‟jaz terdapat 26 tempat di dalam al-Quran dengan kepelbagaian makna seperti
mengatasi, menyaingi,melepaskan diri dan sebagainya lagi namun tidak terarah kepada
penggunaan mukjizat al-Quran itu sendiri.Kajian al-Quran sebagai mukjizat berkenaan dengan
kehebatan al-Quran dalam menentang dan mengalahkan berbagai usaha orang arab jahiliah yang
mencari kelemahan al-Quran. Kehebatan dan kemampuan menangkis segala tohmahan palsu
mereka itu turut dinamakan I‟jaz atau mukjizat al-Quran.

Selain daripada itu I‟jaz dan mukjizat al-Quran turut menyumbang kepada kajian tentang
bagaimana al-Quran mampu menjadi hujah untuk berhadapan dengan berbagai serangan
kejumudan dan ketidakpercayaan bangsa arab ketika itu terhadap Rasulullah. Al-Quran juga
dilihat mampu menjadi benteng pertahanan pusat dalam mematahkan serangan tuduhan palsu
yang tidak berasas tentang al-Quran.

Allah telah mengutuskan Nabi Muhammad sebagai rasul berserta diwahyukan juga kitab
al-Quran sebagai mukjizat. Dengan kehebatan mukjizat itu juga seseorang rasul akan mempunyai
asas dan bukti yang kukuh untuk dijadikan sandaran dalam berdakwah dan menyampaikan ajaran
islam.Dengan perantaraan mukjizat, Allah mengingatkan manusia bahawa para rasul itu
merupakan utusan yang mendapat sokongan dan bantuan dari Allah. Mukjizat yang telah
diberikan kepada para nabi mempunyai fungsi yang sama, iaitu memainkan peranannya dan
mengatasi kepandaian kaumnya disamping membuktikan bahawa kekuasaan Allah itu mengatasi
segala-galanya.

4
2.0 Definisi I’jaz al-Quran

Dari sisi etimologi, i‟jaz berasal dari kata a‟jaza yu‟jizu i‟jazan (kata kerja transitif) yang
ertinya melemahkan, memperlemah, atau menetapkan kelemahan. A‟jaztu fulanan ertinya aku
melemahkan seseorang. Kata i‟jaz sendiri awalnya berasal dari kata dasar a‟jaza ya‟jizu (kata
kerja intransitif) yang ertinya lemah atau tidak mampu. Pengertian ini merujuk kepada surah al-
Maidah ayat 31:

“… Berkata Qabil: „Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung Gagak
itu, lalu aku mampu menguburkan mayat saudaraku ini?‟…” Kata yang berbaris bawah ini
terjemahan dari kata aa‟jaztu.

Dari sisi terminologi, i‟jaz didefinisikan oleh Manna Khalil al-Qaththan dan Ali al-
Shabuny dalam tulisan Usman.Manna Khalil al-Qaththan mendefiniskan i‟jaz sebagai
“menampakkan kebenaran Nabi saw dalam pengakuan orang lain-sebagai seorang rasul utusan
Allah swt. dengan menampakkan kelemahan orang-orang Arab untuk menandinginya atau
menghadapi mukjizat yang abadi, iaitu al-Quran dan kelemahan-kelemahan generasi-generasi
sesudah mereka.” Sementara Ali al-Shabuny mengartikan i‟jaz sebagai “menetapkan kelemahan
manusia baik secara kelompok atau bersama-sama untuk menandingi hal yang serupa
dengannya…”

Jadi i‟jaz ini mampu untuk menegaskan kebenaran seorang nabi dan pada masa yang
sama ia juga menegaskan kelemahan manusia yang meragukan dan mengingkari kenabian.
Wajar dalam konsep i‟jaz ini konsep kenabian dinyatakan sebagai kebenaran yang tidak boleh
dibantah, apalagi dikalahkan.

Sementara itu, secara bahasa, mu‟jizat juga berasal dari kata a‟jaza yu‟jizu i‟jazan, yang
ertinya melemahkan atau menjadikan tidak mampu. Secara istilah, mu‟jizat didefinisikan oleh

5
Manna al-Qaththan dalam tulisan Rosihan sebagai “suatu kejadian yang keluar dari kebiasaan,
disertai dengan unsur tentangan, dan tidak akan dapat ditandingi.”

Kesimpulannya, ia adalah sesuatu yang melemahkan manusia dan di luar kemampuannya


serta tidak mampu dilakukan oleh manusia atau sesuatu yang manusia terpaksa akur dengan
ketentuan pemerintahnya. Selain dari aspek bahasa, sains, dan syariat, ia juga termasuk cara
bacaanya yang bertajwid dan tulisanya menggunakan Rasm Uthmani kerana keduanya adalah
datang dari Allah s.w.t.

3.0 Bahagian-bahagian I’jaz

3.1. I’jaz al-Lughawi

Al-Quran wujud hingga hari ini dalam bentuk mashaf. Dari segi nahu, saraf dan
balaghah, semuanya begitu indah hingga Berjaya memukau banyak hati-hati kepada Islam.
Pernahkah kedengaran ada yang mendakwa terdapat kesalahan ejaan atau tatabahasa dalam al-
Quran? Pastinya tidak. Inilah juga mukjizat utama al-Quran.

Buktinya hingga kini tiada makhluk pun mampu mencabar al-Quran. Allah berfirman

yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): „Sesungguhnya jika sekalian manusia dan
jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding al-Quran ini,
mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun
mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Isra‟ 17: 88)

Para ahli bahasa Arab telah menekuni ilmu bahasa arab ini dengan segala fariasinya sejak
bahasa itu tumbuh sampai remaja. Mereka mampu mengubah puisi dan prosa, kata-kata bijak
dan masal yang tunduk pada aturan bayan dan diekpresikan dalam uslub-uslubnya yang
memukau, dalam gaya hakiki dan majazi serta itnab dan ijaznya. Meskipun bahasa itu telah

6
meningkat dan tinggi tetapi dihadapan Quran, dengan kemukjizatan bahasanya ia menjadi
pecahan kecil yang tunduk pada uslub quran.

Kemukjizatan bahasa Quran dapat kita temukan pada keteraturan bunyinya yang indah
melalui nada huruf-hurufnya. Kita juga dapat kemukjizatan Quran pada Lafad-lafadnya yang
memenuhi hak setiap makna pada tempatnya. Tidak ada kelebihan dan kekurangan pada setiap
lafad-lafadnya. Tidak ada satupun peneliti yang mengatakan perlu menambah suatu lafad karena
ada kekurangan dan mengurangi suatu lafad karena ada kelebihan.

Kemukjizatan bahasa dapat kita temui juga pada macam-macam khitab dimana berbagai
golongan manusia yang berbeda tingkat intelektualitas dapat memahami khitab itu sesuai dengan
tingkatan akalnya, sehingga masing-masing dari mereka memandang cocok dengan tingkatan
akalnyadan sesuai dengan keperluannya, baik dari golongan orang awam maupun para ahli.Sifat
Quran yang dapat memuaskan akal dan menyenangkan perasaan juga merupakan mukjizat.
Quran dapat memenuhi perasaan , jiwa maupun pemikiran manusia secara sama dan berimbang.

3.2. I’jaz Ilmi

Kemukjizatan ilmiah Quran bukanlah terletak pada pencakupannya tentang teori-teori


ilmiah yang selalu baru dan berubah serta merupakan hasil usaha manusia dalam penelitian dan
pengamatan. Tetapi ia terletak pada dorongannya untuk berfikir dan mengunakan akal.

Orang yang mengatakan bahwa kemukjizatan ilmiah terletak pada teori-teori ilmiah merupakan
anggapan yang salah kerana teori-teori ilmu pengetahuan itu selalu baru dan muncul seiring
dengan kemajuan zaman. Ilmu pengetahuan selalu berada dalam kekurangan dan kadang-kadang
terdapat kesalahan, sebab masalah ilmu pengetahuan itu tunduk pada hukum kemajuan yang
sentiasa berubah dan bahkan runtuh dari asas-asasnya.

Jadi, kemukjizatan Quran secara ilmiah ini terletak pada dorongannya kepada umat islam
untuk berfikir disamping membukakan bagi mereka pintu-pintu pengetahuan dan mengajak
mereka memasukinya, maju didalamnya, dan menerima segala ilmu pengetahuan baru yang
mantap dan stabil.

7
3.3. I’jaz Tasyri’i

Manusia merupakan mahluk sosial yang dalam kehidupannya selalu memerlukan orang
lain. Kerjasama antara sesama manusia merupakan tuntutan sosial yang harus dilakukan oleh
umat manusia. Akan tetapi, manusia seringkali berbuat zalim terhadap sesamanya. Jika mereka
dibiarkan tanpa aturan yang membatasi kehidupannya dan menjaga hak-hak dan kehormatannya,
tentu kehidupan mereka akan kucar- kacir. Dengan demikian maka manusia harus mempunyai
sistem dan tasyri‟i (undang-undang) yang mengatur kehidupannya dan dapat mewujudkan
keadilan diantara individu-individunya.

Al-Quran merupakan asas tasyri‟i yang sempurna dalam menegakkan kehidupan manusia
di atas dasar konsep yang paling utama. Dan kemukjizatan tasyri‟inya ini bersama dengan
kemukjizatan ilmiah dan kemukjizatan bahasanya sentiasa sesuai untuk selamanya. Dan tidak
seorangpun dapat mengingkari bahwa al-Quran telah memberikan pengaruh besar yang dapat
mengubah wajah sejarah dunia.

3.4. I’jaz Tarbawi

Ijaz tarbawi hanya akan dibincangkan ketika membicangkan berkenaan ijaz tasyri‟i, Dr.
Mustafa Muslim dalam kitabnya Mabahith Fi Ijaz al-Quran membahagikan ijaz tasyri‟i kepada
tiga bahagian iaitu dari segi akidah, syariah dan akhlak. Al-Quran meletakkan akhlak pada
kedudukan yang tertinggi, ketiga-tiga perkara ini adalah saling berkait rapat. Manusia yang
mempunyai akidah yang benar iaitu mengesakan Allah s.w.t akan melaksanakan syariat yang
Allah s.w.t tetapkan dalam kehidupan seharian. Kesan daripada membenarkan dan melaksanakan
syariat Islam tersebut akan menjadikan manusia tersebut berakhlak mulia. Hakikatnya manusia
ditarbiyah secara langsung oleh Allah s.w.t melalui syariatNya di dalam al-Quran

Mannaq Khalil al-Qattan dalam karyanya Mabahith Fi ulum al-Quran turut menyebut
secara umum berkenaan Ijaz Tarbawi, tidak membincangkan secara terperinci. Beliau
membincangkan di bawah topik mukjizat al-Quran dari aspek hukum. Baginya al-Quran
mengajar atau mendidik manusia untuk memiliki sifat misali yang dapat menjadi teladan.
Antaranya sabar, jujur, adil, ihsan, sopan santun, pemaaf dan merendah diri

8
Daripada beberapa pandangan ini dapat disimpulkan bahawa Ijaz Tarbawi sangat berkait
rapat dengan Ijaz Tasyri‟i. Ini kerana tujuan tasyri‟ itu dilaksanakan adalah untuk kemaslahatan
dan juga membentuk akhlak yang baik. Ia sangat bertepatan dengan konsep tarbiyah yang telah
dijelaskan di atas.

Kehebatan mukjizat al-Quran yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w ialah dari segi
maknawi antaranya ianya rasional dan dapat diterima akal fikiran. Al-Quran berbicara dengan
manusia sehingga menjadikan segala perkhabaran di dalam al-Quran sangat rasional sehingga
kini. Antara lain ia bersifat abadi, yakni kekal kehebatannya sehingga akhir zaman. Malah
semakin banyak kajian terhadap al-Quran dilakukan, maka semakin hebat tampak isi kandungan
dan relevensinya dengan kehidupan manusia.

Kalimah Tarbawi pula dinisbahkan kepada tarbiyyah (pendidikan). Di dalam tarbiyyah


tersebut terdapat pengajian dari segi akademik (Dirasah akadimiyyah) dan kaedah-kaedah
pentarbiyahan. Ibnu Miskawih mendefinisikan pendidikan dengan “ pendidikan adalah adab
syariat dan melaksanakan tugas-tugas serta syariat-syriatnya sehingga menjadi tradisi bagi anak.
Ibnu Sina menyatakan pendidikan ialah kecenderungan anak-anak, lalu mengarahkannya pada
karya nyata seperti kecenderungannya.

4.0 Sejarah I’jaz al-Quran

Ilmu ini dibahaskan secara jelas pada kurun pertama dengan kemunculan kitab "Ta'wil
Musykilah Al-Quran" oleh Abu Qotainah, dan kitab-kitab perundangan Al-Quran menonjol
sehingga membawa kepada perbahasan kepada ilmu i'jaz Al-Quran ini.

Kemudian, muncul peranan-peranan yang dibawa melalui tulisan-tulisan yang jelas


seperti "Risalah An-Nuqat fi I'jaz Al-Quran" oleh Ali bin Isa Ar-Romani. Kemudian muncul juga
penulisan lain di dalam i'jaz seperti "Bayan I'jaz Al-Quran" oleh Amad bin Muhammad Khatabi
(meninggal 388 H). Beliau menolak pandangan pemikiran as-sarfah dari segi i'ja Al-Quran. As-
sarfah bererti menolak pandangan yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya mampu
membuat yang seumpama dengan Al-Quran, namun ditutup oleh Allah hati mereka untuk
melakukan hal itu.

9
Pada kurun keempat, muncul pula kitab "I'jaz Al-Quran Lil Baqilaini" oleh Abu Bakar
Muhammad bin At-Tiib Al-Ba'qilani (meninggal 403 H). Beliau memaparkan bahawa balaghah
dan keistimewaan bahasanya masuk di dalam i'jaz Al-Quran. Beliau juga mengakui informasi
Al-Quran berkaitan ilmu ghaib, peristiwa masa hadapan dan kisah-kisah umat yang terdahulu
adalah i'jaz. Letak kemukjiatan ini pada nabi yang buta huruf, tidak tahu baca tulis dan tidak
pernah membaca satu kitab pun sebelum Al-Quran.

Kemudian, muncul Qodi Abdul Jabbar Al-Hamdani. Menurutnya, uslub Al-Quran


merupakan segi utama i'jaz, kefasihannya membuatkan bangsa Arab lemah dan tidak mampu
untuk menandinginya. Beliau tidak mengabai pentingnya makna, namun menegaskan fasohahlah
yang memberikan keistimewaan, sementara kefasihan Al-Quran berada pada tahap yang paling
tinggi.

Kemudian, muncul pula Abdul Qohir Al-Jurjani (meninggal 471H) dengan dua buah
kitabnya. Kitab pertamanya, "Asrar Al-Balaghah" dan kitab kedua, "Dalail Al-I'jaz." Beliau
dianggap sebagai pemikir pertama yang mengkaji nazham Al-Quran secara mendalam.

5.0 Faedah mempelajari I’jaz al-Quran

1) Membuktikan bahwa Nabi Muhammad saw yang membawa mukjizat kitab Al-Qur‟an
itu adalah benar-benar seorang Nabi dan Rasul Allah. Beliau diutus untuk menyampaikan ajaran-
ajaran Allah SWT kepada umat manusia dan untuk mencanangkan tentangan supaya menandingi
al-Qur‟an kepada mereka yang ingkar.

2) Membuktikan bahwa kitab al-Qur‟an itu adalah benar-benar wahyu Allah SWT, bukan
buatan malaikat Jibril dan bukan tulisan Nabi Muhammad saw. Sebab pada kenyataannya
mereka tidak bisa membuat tandingan seperti al-Qur‟an sehingga jelaslah bahwa al-Qur‟an itu
bukan buatan manusia.

3) Menunjukkan kelemahan mutu sastera dan balaghahnya bahasa manusia, kerana


terbukti pakar-pakar pujangga sastera dan seni bahasa Arab tidak ada yang mampu
mendatangkan kitab tandingan yang sama seperti al-Qur‟an, yang telah ditantangkan kepada
mereka dalam berbagai tingkat dan bahagian al-Qur‟an.

10
4) Menunjukkan kelemahan daya upaya dan keupayaan umat manusia yang tidak
sebanding dengan keangkuhan dan kesombongannya. Mereka ingkar tidak mahu beriman dan
sombong tidak mahu menerima kitab suci itu.

5) Dapat membentuk masyarakat yang menjadikan al-Quran sebagai panduan


hidup.Kerana manusia itu sentiasa memerlukan panduan dalam meneruskan kehidupan di atas
muka bumi kerana manusia ini dicipta dengan sifat lemah dan sentiasa memerlukan Sesutu untuk
panuan hidup.

6) Membentuk manusia bersifat mahmudah antara satu sama lain. Sifat mahmudah
sebenarnya dapat mendorong manusia untuk terus saling bantu membantu dan salin ingat-
mengigati antara satu sama lain dalam usaha menuju kesempurnaan hidu di dunia dan jambatan
ke akhirat.

7) Membangunkan masyarakat dengan pelbagai ilmu pendidikan dan


pengetahuan.Setelah mengkaji dan memahami I‟jaz sesuatu ayat-ayat al-Quran dapat mengubah
berbagai persepsi negatif dalam bidang ilmu-ilmu islam. Kerana dapat mencari jawapan sebenar
bagi setiap persoalan yang timbul .Dengan cara ini ilmupengetahuan umat islam akan lebih
berkembang untuk dijadikan rujukan masa akan datang.

8)Dapat dijadikan panduan atau petunjuk kepada seluruh umat manusia apabila berdepan
dengan sesuatu masalah yang dihadapi

9) Dapat mengetahui dan mengakui kebesaran Allah dan betapa agungnya kitab al-Quran.

10) Menyakini dan mengenalpasti bahawa al-Quran benar-benar kitab ciptaan Allah dan
bukan ciptaan manusia.

11
6.0 Kesan mempelajari I’jaz al-Quran

Mempelajari bidang ilmu I‟jaz al-Quran sememangnya dapat meninggalkan kesan


yang mendalam di dalam jiwa umat islam. Dengan mempelajari I‟jaz al-Quran akan bertambah
keimanan terhadap Allah s.w.t.Hakikat keimanan adalah nur yang Allah pancarkan ke dalam
jiwa umat islam yang dapat mendalami dengan sepenuh hati dan akal akan I‟jaz sesuatu ayat-
ayat al-Quran. Tidaklah Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad melalui malaikat
Jibril itu sia-sia melainkan untuk memberi pengajaran dan menguatkan iman kepada Allah Taala.

Dengan mempelajari I‟jaz sesuatu ayat-ayat al-Quran sudah pasti dapat melembutkan
hati dan jiwa umat islam yang keras dan bercelaru kerana Allah telah menyatakan bahawa ayat-
ayat al-Quran itu mampu melembutkan hati orang-orang yang dikehendaki memiliki hidayah
daripada Allah sepertimana kisah Saidina Umar sebelum pengislamannya yang menyerbu masuk
ke dalam rumah lalu menampar adik perempuannya yang sedang membaca ayat-ayat al-Quran
daripada surah Taaha sehingga berdarah mulutnya. Apabila disuruh membaca sekali lagi hatinya
terus cair dan terus berjumpa Rasulullah unuk mengislamkanya.Itulah kuasa al-Quran berjaya
melembutkan hati yang keras.

Selain itu, dengan mempelajari I‟jaz al-Quran akan menetapkan akidah kita kepada
Allah s.w.t. Lihatlah bagaimana al-Quran mampu membulatkan hati dan jiwa Pejuang wanita
islam Sumaiyyah yang sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan akidah islam yang telah
dipupuk di dasar jiwanya dan keluarganya. Kisah keluarga Yassir yang sanggup dibunuh demi
mempertahankan akidah merupakan bukti al-Quran mampu menguatkan akidah umat islam tanpa
berbelah bagi lagi.

Redha dengan takdir Allah juga sebahagian daripada kesan yang dapat dipetik daripada
mempelajari I‟jaz al-Quran.Seseorang yang berpegang teguh dengan ayat-ayat Allah pasti akan
redha dengan ketentuan Allah ke atas dirinya kerana yakin setiap apa yang telah Allah tentukan
ke atas umat islam merujuk kepada asas rukun iman yang terakhir iaitu beriman kepada qada‟
dan qadar Allah. Banyak sekali I‟jaz di dalam al-Quran yang mendasari fakta redha dengan
ketentuan Allah ini termasuklah kisah kejadian manusia yang dicerita secara terperinci sekali
melalui I‟jaz ilmi.

12
Selagi bergelar manusia kita tidak dapat lari dari fitrah semulajadi manusia iaitu sifat
lemah, manusia yang beriman kepada kitab Allah pasti akan sentiasa mengakui kelemahan diri
dan akan sentiasa berharap kepada qudrat dan iradat serta pertolongan Allah. Tawakkal dan doa
merupakan pemangkin utama sebagai sandaran manusia yang lemah dalam mengharapkan
pertolongan Allah setelah berusaha dengan sewajarnya.Melalui penciptaan alam ini manusia
pasti mengakui kelemahan diri sehingga tidak berdaya untuk mencipta walau seekor lalat.

Sememangnya apabila kita yakin dengan kekuasaan Allah kita akan terhindar dari sifat
mazmumah yang boleh menghancurkan manusia. Yakin dengan kebesaran dan keagungan Allah
akan membuatkan diri kita insaf dan kerdil lalu mendidik jiwa terhindar daripada sifat-sifat
mazmumah seperti sombong, bongkak, riak dan sebagainya lagi.

13
7.0 I’jaz Ilmi :Tumpuan terhadap kejadian manusia

7.1 Pendahuluan

Manusia adalah makhluk Allah yang paling sempurna dan merupakan sebaik-baik
penciptaan jika dibandingkan dengan penciptaan makhluk-makhluk lain di atas muka bumi ini.
Manusia dicipta oleh Allah dengan dilengkapi akal untuk berfikir dan ini menjadikan manusia
jauh berbeza dengan makhluk lain contohnya haiwan.Di dalam al-Quran telah dijelaskan tentang
proses kejadian manusia :

Maksudnya: “Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari pati ( yang berasal ) dari
tanah. Kemudian kami jadikan „pati‟ itu ( setitis ) air benih pada tempat penetapan yang kukuh.
Kemudian kami ciptakan air benih itu sebuku darah beku, lalu kami ciptakan darah beku itu
menjadi seketul daging, kemudian kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian
kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, kami bentuk ia
menjadi makhluk yang lain sifat keadaanya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah
sebaik-baik pencipta”( al-Mukminun:12-14)

Dalam pandangan islam, manusia itu tercipta dalam bentuk yang paling mulia dan
terhormat disisi Allah. Manusia yang dibekalkan akal dapat memahami segala macam ilmu yang
diilhamkan dari Allah. Dengan sandaran ilmu berasaskan al-Quran dan al-Hadith manusia dapat
hidup bertamadun berbanding makhluk ciptaan Allah yang lain.Firman Allah lagi :

Maksudnya: “ Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dengan bentuk yang sebaik-
baiknya ( dan berkelengkapan sesuai dengan keadaanya)”. ( at-Tiin :4)

14
Di dalam al-Quran juga disebut tentang kejadian manusia yang melalui 7 bentuk kejadian
yang diterangkan mengikut susunan ayat yang tertentu di bawah ini.

1. Pertama: Di dalam surah Ar Rahman ayat 14:

"Dia menjadikan manusia seperti tembikar (tanah yang dibakar)". Yang dimaksudkan
dengan kata "Shal-shal" di ayat ini ialah: Tanah kering atau setengah kering yakni "Zat
pembakar" atau Oksigen.

2. Kedua: Di ayat itu disebutkan juga kata "Fakhkhar" yang maksudnya ialah "Zat Arang"
atau Carbon.

3. Ketiga: Di dalam surah Al Hijr, ayat 28:

"dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak
menciptakan seorang manusia dari tanah kering dan lumpur hitam yang berbentuk". Di
dalam ayat ini, tersebut juga "shal-shal" yang bermaksud tanah kering, manakala
perkataan "Hamaa-in" di dalam ayat tersebut ialah "Zat Lemas" atau Nitrogen.

4. Keempat: Di dalam surah As Sajadah ayat 7:

"Dan Allah membuat manusia berasal dari pada tanah". Yang dimaksud dengan perkataan
"thiin" (tanah) di dalam ayat ini ialah "Atom zat air" atau Hidrogen.

15
5. Kelima: Di dalam Surah Ash Shaffaat ayat 11:

"Sesungguhnya Aku (Allah) menjadikan manusia daripada Tanah Liat". Yang dimaksud
dengan kata "lazib" (tanah liat) di dalam ayat ini ialah "Zat besi" atau ferrum.

6. Keenam: Di dalam Surah Ali Imran ayat 59:

"Dia menjadikan Adam daripada tanah kemudian Allah berfirman kepadanya "jadilah
engkau, lalu berbentuk manusia". Yang dimaksud dengan perkataan "turab" (tanah) di
dalam ayat ini ialah: "Unsur-unsur zat asli yang terdapat di dalam tanah" yang dinamakan
"zat-zat anorganis".
7. Ketujuh: Di dalam surah Al Hijr ayat 28:

"Maka setelah Aku sempurnakan (bentuknya), lalu Kutiupkan ruh-Ku kepadanya"

Daripada ketujuh macam kejadian manusia yang terlakar di dalam al-Quran maka sudah pasti
proses kejadian manusia ini melalui berbagai –bagai peringkat bermula dari kejadian setitis benih
sehinggalah menjadi jasad yang bernyawa yang telah bersetuju memikul tanggungjawab sebagai
khalifah dan pentadbir bumi. Tugas manusia inihanya akan berakhir apabila tiba hari pembalasan
nanti.

16
7.2 Kejadian manusia : Peringkat pertama

NUTFAH : iaitu peringkat pertama ber pas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya
bermula setelah berlakunya percampuran air mani. Pada peringkat ini di hari pertama setelah
berlalu 30 jam selepas persenyawaan berlaku, bermulalah sel janin terbahagi kepada 2 bahagian.
Pada tahap ini jika ditakdirkan bagi manusia mendapat anak kembar yang serupa maka
pembelahan sel akan sempurna.Pada hari ke-6 sel janin mula melekap di dinding Rahim. Firman
Allah :

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur
yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia
mendengar dan melihat " (al-Insaan:2)

Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit
yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya.

Sementara perkataan amsyaaj berasal daripada perkataan masyaj yang bererti


percampuran Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah
sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani
perempuan.

Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku


yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya
saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.

Firman Allah lagi :

17
“ Maka terangkanlah kepadaku tentang nutfah yang kamu pancarkan. Kamukah yang
menciptanya? Atau kamikah yang menciptanya?” ( al-Waaqi‟ah : 58-59)

Di dalam ayat di atas Allah telahmenjelaskan bahawa nutfah adalah setitis air mani yang
dipancarkan sepertimana firman Allah lagi:

“ Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan ( ke dalam Rahim ) ( al-Qiaamah:37)

Satu pancaran mani membawa 200 juta sperma, sedangkan yang Berjaya menembusi
ovum hanya satu sperma sahaja. Hanya satu juara sperma sahaja yang Berjaya melalui peringkat
ini.

7.3 Kejadian manusia peringkat kedua.

ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari
ketujuh . Pada hari yang ketujuh telur yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding
rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.

Firman Allah:

" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah" ( al-Mukminun : 14)

Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin
dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang
diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :

-sesuatu yang bergantung atau melekat /pacat atau lintah /suatu buku atau ketulan darah.

18
Allah berfirman lagi dalam surah al-Hajj ayat- 5 yang bermaksud “ Hai manusia
jikakamu dalam keraguan tentang kebangkitan ( dari kubur ) maka ketahuilah sesungguhnya
kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal
darah (nutfah)……”Pada peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga
minggu ketiga di dalam rahim.

7.4 Kejadian manusia : peringkat ketiga

MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat.


Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan
surah al-Mukminun ayat 14

Firman Allah

yang bermaksud"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging" (al-Mukminun : 14)

Firman Allah lagi :

19
“ …….Sesungguhnya kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih,
kemudian dari sebuku darah beku kemudian dari seketul daging ( mudghah) yang disempurnakan
kejadiannya…….”

Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-
anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di
dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup.
Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi
membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya.

Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.Pada peringkat
ini para ilmuan sains mendapati bahawa organ pertama yang dapat dikesan pada janin ialah alat
pendengaran , setelah itu barulah alat penglihatan dan kemudianya barulah jantingnya terbentuk.

7.5 Kejadian manusia : Peringkat keempat

IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah
peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang
telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.

Firman Allah :

"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan
Izam dengan daging" (al-Mukminun : 14 )

Dalam tempoh ini berlaku perubahan bentuk segumpal daging menjadi tulang. Ini adalah
masa terpenting dalam pembentukan janin kerana ianya melibatkan kejadian tulang belakang
yang menjadi asas pembentukan bentuk janin.

Kemukjizatan ilmiah yang terdapat dalam penjelasan ini “ lalu tulang- belulang itu kami
bungkus dengan daging”.Dari penjelasan ayat di atas jelas menunjukkan kronologi pembentukan

20
peringkat ini bermula dari tulang kemudian pembentukan otot dan urat dan otot dan urat itulah
yang membungkus tulang.

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap
ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu
sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula
kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing
dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu
juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna
dan lengkap.

7.6 Kejadian manusia: Peringkat kelima

NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan ,
beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah
masuk ke peringkat janin.

Firman Allah :

“……..Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan
yang demikian kekuasaanya ialah Allah tuhan kamu, bagiNyalah kekuasaan yang mutlak, tiada
tuhan melainkan Dia oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan ( dari mematuhi perintahnya)
(az-Zumar:6)

Dalam ayat ini terdapat kemukjizatan ilmiah al-Quran. Al-Quran memberitahu bahawa
janin mempunyai tiga lapisan ( membrance ) yang disebut dalam al-Quran dengan
kegelapan. Kerana ianya merupakan selaput padat yang tidak dapat ditembusi air, cahaya,
atau haba. Selaput ini dikenali sebagai ruang amnion, chorionic membrance dan yolk sac.

21
Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-
kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap
menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua
anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada
ukuran bayi sahaja.

7.7 Kejadian manusia : Peringkat keenam

NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah
roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan
peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh
termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi.
Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata
tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana
yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172:

“Dan ingatlah wahai Muhammad ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak adam (turun-
temurun) dari tulang belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri (
sambil Ia bertanya dengan firmanNya) “Bukankah Aku Tuhan kamu?‟ Mereka semua menjawab
"Benar ( Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi” Yang demikian supaya kamu tidak
berkata pada hari kiamat kelak “Sesungguhnya kami adalah lalai ( tidak diberi peringatan)
tentang hakikat (tauhid) ini”.

Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan
kejadian insan disisi Allah s.w.t.

“….Dan Kami tetapkan di dalam rahim ibumu apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang
sudah Kami tentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi…..”(al-Hajj:5)

22
8.0 Penutup

Daripada huraian tersebut di atas dapatlah disimpulkan bahawa manusia adalah makhluk
ciptaan Allah yang terdiri dari rohani dan jasmani, berjasad dan roh (ciptaan) Allah. Sebagai
makhluk ilahi hidup dalam kehidupannya yang melalui 5 peringkat alam iaitu alam ghaib (alam
roh atau arwah) , alam Rahim , alam dunia ,alam barzakh dan alam akhirat yang merupakan
alam terakhir kehidupan manusia.

Sebagai manusia yang dibekalkan dengan akal dan wahyu, maka kehidupan di alam
dunia perlulah dijalani dengan sebaik mungkin sebagai mukmin yang sejati. Kehidupan di alam
dunia itu adalah jambatan dan cerminan yang bakal ditempuh di alam barzakh atau alam akhirat.
Melakukan amal makruf dan nahi mungkar adalah bekal yang sebaiknya untuk menjamin
kesejahteraan di alam yang terakhir.

Manusia perlu sedar bahawa manusia juga diciptakan oleh Allah untuk menjadi khalifah-
Nya di bumi ini. Hal itu dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya. Di dalam surah al-Baqarah:30

“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi….”

Perkataan “menjadi khalifah” dalam ayat tersebut membawa makna bahawa Allah
menjadikan manusia wakil atau pemegang kekuasaan-Nya mengurus dunia dengan jalan
melaksanakan segala yang diredhai-Nya di muka bumi ini.

Manusia yang mempunyai kedudukan sebagai khalifah (pemegang kekuasaan Allah) di


bumi itu bertugas memakmurkan bumi dan segala isinya. Memakmurkan bumi ertinya
mensejahterakan kehidupan di dunia ini. Untuk itu manusia wajib bekerja, beramal soleh
(berbuat baik yang bermanfaat bagi diri, masyarakat dan lingkungan hidupnya) serta menjaga
keseimbangan dan bumi yang di diaminya, sesuai dengan tuntunan yang diberikan Allah melalui
agama.

23
9.0 Bibliografi

Abu Hasan bin H. Ali, 2005, Ensiklopedi Pendidikan Sains Dalam al-Quran, Kuala Lumpur:
Emedia Publication.

Abdul Majid al-Zindani, 1999, Mukjizat al-Quran dan al-Sunnah mengenai IPTEK, Jakarta:
Gema Insani Press

Ali Abdul Hamid Abu Al-Khair , (2004). Al-Qur‟an dan Sains Moden. Johor Baharu :
Perniagaan Jahabersa..

Jamal al-Banna,( 2003) Tafsir al-Quran al-Karim baina al-Qudama wa al-Muhadithin, Cairo :Dar
al-Fikr al-Islamy

Muhammad Husain Al-Dhahabi, (1995), Tafsir wa al-Mufassirun, Kairo: Maktabah Wahbah

Muhammad Kamil Abdul Samad, (2004). Mukjizat Ilmiah dalam al-Qur‟an. Jakarta : Media
Grafika.

Muhammad Kamil Abdul Shshamad (2003).Mukjizat Ilmiah Dalam Al-Quran. Jakarta: Akbar
Media Eka Sarana

Muhammad Mutawalli Sya‟rawi (2004) Syed Ahmad Semait (Ter). Mukjizat Al-Quran.
Singapura :Pustaka National Pte Ltd

M. Quraish Shihab, (1997). Mukjizat Al-Quran Ditinjau Dari Aspek Kebahasaan, Isyarat, Ilmiah
Dan Pemberitaan Ghaib.Bandung : Mizan.

Zaghlul al-Najjar, (2003). Min Ayat Al-I\'jaz Al-Ilmi Fi Al-Qur\'an Al-Karim. Cairo : Maktabah
al-Shurouk al-Dauliah.

24

Vous aimerez peut-être aussi