Vous êtes sur la page 1sur 10

Asas Perbarisan

Setiap pengakap boleh melakukan pergerakan asas perbarisan dengan betul dan serentak. Mereka
seharusnya dapat memberi hukuman atau sebagai ketua perbarisan dalam patrolnya sendiri. Mereka
perlu sentiasa berlatoh melakukan pergerakan asas perbarisan. Di bawah ini, terdapat beberapa
pergerakan dalam asas perbarisan.
Masuk Baris
Biasanya, arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau lebih dikenali sebagai jurukawat. Kedudukan
ahli pengakap bergantung pada arahan yang diberikan oleh jurukawat. Pada kebiasaannya, semasa
latihan perbarisan, pengakap berada dalam tiga barisan. Apabila masuk baris, ahli pengakap dikehendaki
berada dalam ’sedia’.
Sedia
Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih kurang 12 cm hingga 15 cm.
Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan, genggaman tangan diletakkan ke penjahit seluar, buka dada,
dagu didongakkan ke atas supaya dapat memandang ke hadapan.
Senang Diri
Keadaan dada dan kepala pengakap semasa kedudukan ’senang diri’ adalah sama seperti kedudukan
’sedia’. Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri, ibu jari bersilang dan pastikan jari-jari rapat dan lurus.
Tangan diletakkan ke paras punggung dan pastikan lengan rapat ke tubuh.
Rehatkan Diri
Kedudukannya sama seperti ’senang diri’. Perbezaannya adalah tangan diletakkan di paras pinggang dan
pastikan siku tidak bersentuh dengan tubuh.
Ke Kanan Lurus dan Pandang Hadapan
Penanda barisan, iaitu pengakap yang berada di barisan hadapan kanan sekali tidak perlu melakukan
pergerakan. Apabila arahan diberikan, semua pengakap yang berada di barisan hadapan, kecuali
’penanda’ keluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah. Diikuti kaki
kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri. Pastikan kedua-dua kaki rapat.
Pandang muka ke kanan, dan dalam masa yang sama angkat genggaman tangan kanan supaya
menyentuh bahu orang di sebelah kanan. Betulkan barisan dengan cara menggerakkan kaki sehingga
barisan menjadi lurus. Pada masa yang sama, pengakap yang berada di barisan tengah dan barisan
belakang perlu mengikut menggerakkan kaki supaya kedudukannya yang selari dengan pengakap yang
berada di sebelah kanan dan hadapan masing-masing sambil muka ditolehkan ke kanan. Apabila barisan
sudah menjadi lurus, hentikan pergerakan kaki dan berada dalam keadaan diam. Apabila mendengar
arahan ’pandang depan’, jatuhkan tangan kanan dan dengan serentak palingkan muka ke hadapan.
Kedudukan ini mesti dalam keadaan ’sedia’.
Ke Kanan Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apabila mendengar hukuman ke kanan pusing, pengakap
dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 90° ke kanan. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah
kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan
dan hujung kaki kiri.
Ke Kiri Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke kiri pusing, pengakap
dikehendaki pusingkan kaki kiri sebanyak 90° ke kiri. Angkat kaki kanan dan hentak kaki kanan di sebelah
kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kiri dan
hujung kaki kanan.
Ke Belakang Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke belakang pusing, pengakap
dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 180° ke belakang mengikut arah pusingan jam. Angkat kaki
kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan
dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.
Buka Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam barisan hadapan dan barisan belakang
sahaja. Pengakap dalam barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam
keadaan sedia. Apabila mendengar hukuman, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke
hadapan dan pengakap di barisan belakang bergerak dua langkah ke belakang. Seterusnya hentak kaki
kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula.
Tutup Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap dalam barisan hadapan dan belakang. Pengakap yang berada di
barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’.
Apibila mendengar hukuman tutup barisan, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke
belakang manakala di barisan belakang bergerak dua langkah ke hadapan. Seterusnya, hentak kaki kiri
disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula.
Langkah Ke Sebelah
Hukuman langkah ke sebelah boleh diberikan dalam dua pergerakkan, iaitu langkah ke sebelah kanan
dan langkah ke sebelah kiri. Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman
langkah ke sebelah kanan, Pengakap dikehendaki mengangkat dan meletakkan kaki kanan di sebelah
kanan kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan supaya dalam
kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kiri, Pengakap dikehandaki
mengangkat dan meletakkan kaki kiri disebelah kiri kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kanan dan
hentak di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia.
Paras
Tujuan arahan paras diberikan supaya barisan dibentuk adalah menarik dan senang membuat
pergerakkan. Bentuk paras bergantung kepada jurukawat dan jenis pertandingan yang ingin
dilaksanakan. Empat jenis paras yang boleh diberikan iaitu:-
Paras ahli tinggi di tengah;
Paras ahli rendah ditengah;
Paras ahli tinggi di kiri; dan
Paras ahli rendah di kiri.
Keluar Baris
Arahan ini diberikan bertujuan untuk memberi masa rehat untuk melakukan aktiviti seterusnya. Apabila
hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, bergerak 3 langkah ke hadapan dengan
kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.
Bersurai
Arahan ini diberikan apabila semua aktiviti hari tersebut selesai atau tamat. Apabila hukuman diberikan,
Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, memberi hormat pengakap, bergerak 3 langkah ke hadapan
denga kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.
HUKUMAN KAWAD
1. Baris, baris sedia…
2. Baris, senang diri….
3. Rehatkan diri…..
4. Scout….
1. Luruskan barisan,
2. Scout,
3. Buka barisan, Gerak…,
1. Ke kanan lurus,
2.Pandang depan….,
1. Bergerak ke kanan, kanan sing..,
2. Menghadap kehadapan, kiri Sing…,
1. Bergerak ke kiri, kiri Sing…,
2. Menghadap kehadapan, kanan Sing…,
1. Menghadap kebelakang, belakang sing…,
2. Menghadap ke hadapan, belakang sing…,
1. Dua langkah ke kiri, Gerak…,
1. Tutup barisan, Gerak…,
2. Keluar……….Baris.

Arahan Kawad

Arahan Kawad Kaki

Kawad Statik

1. Baris dalam tiga barisan mengikut paras.

2. Komander : Buka barisan gerak...

Tindakan : Baris hadapan 1 langkah kiri kehadapan dan kanan hentak.

Baris belakang 1 langkah kiri kebelakang dan kanan hentak

3. Komander : Baris..Ke kanan lurus ... Pandang depan...

Tindakan : Angkat tangan kanan paras bahu

Kepala ke kanan

Kaki bergerak untuk meluruskan barisan

Tangan turun dan kepala pandang depan semula

4. Komander : Baris senang diri..

Tindakan : Kaki kanan hentak jarak dari kaki kiri

dan tangan ke belakang punggung

5. Komander : Baris...baris sedia..

Tindakan : Kaki kanan hentak dan rapat ke kaki kiri

Dan tangan berada ke sisi badan

6. Komander : Bergerak ke kiri...kiri pusing

Tindakan : Badan pusing ke kiri....kaki kiri hentak

7. Komander : Bergerak ke kanan...kanan pusing


Tindakan : Badan pusing ke kanan...kaki kanan hentak

8. Komander : Baris akan menghadap ke hadapan ... kiri / kanan pusing

Tindakan : Pusing menghadap ke kedudukan komander

9. Komander : Dari kiri...hentak kaki.. / Baris...henti..

Tindakan : Hentakan dimulai kaki kiri

Perkataan henti pada kaki kiri..check satu dua.. kaki kanan berhenti

Kawad Semasa Berjalan dan Perlahan jalan

1. Komander : Dari kiri ... cepat jalan..

Tindakan : Jalan dimulai kaki kiri..

Tangan dihayunkan pada paras bahu..

2. Komander : Baris...henti..

Tindakan : Perkataan henti pada kaki kiri

Check satu dua ... Kanan akan berhenti

3. Komander : Bergerak ke kiri / kanan bertiga-tiga ... ke belakang pusing

Tindakan : Perkataan pusing pada kaki kanan

Check - kaki kiri

In - kaki kanan diseret ke hadapan

Kiri- hentak

Kanan – hentak

Kiri – hentak

Kanan – maju ( teruskan berjalan )

4. Komander : Tukar langkah semasa jalan ...tukar langkah......3x

Tindakan : Perkataan tukar langkah pada kiri..


Kaki kiri dan kanan hentak dan jalan maju ( dengar arahan )

5. Komander : Hormat...hormat ke kanan hormat..

Tindakan : Perkataan hormat pada kaki kanan..

Check- kaki kiri

Up – kaki kanan dan tangan ke atas hormat

Sambil jalan... tangan kiri di sisi ...tangan kanan tabik ..kepala ke kanan

( selepas 3 langkah...tangan kembali asal dan dihayun )

6. Komander : Selaku terima gaji...hormat...kehadapan hormat...

Tindakan : Perkataan hormat pada kaki kiri

Henti - check satu dua – kaki kanan henti

Sebut dua- hormat dua – turun dua –hormat dua- turun

Kaki kanan satu langkah kehadapan..kiri kanan hentak

Sebut dua- tangan hulur terima dua- tangan turun dua- hulur dua- turun

Kaki kanan satu langkah kebelakang.. kiri kanan hentak

Sebut dua- tabik hormat dua – tabik turun

Sebut dua – pusing kebelakang dan jalan

7. Komander : Tukar langkah perlahan jalan...perlahan jalan..

Tindakan : Perkataan jalan perlahan pada kaki kanan

Kiri ..kanan hentak..kiri jalan maju secara perlahan

8. Komander : Bergerak ke kiri / kanan bertiga-tiga ... ke belakang pusing

Tindakan : Perkataan pusing pada kaki kanan

Check - kaki kiri

In - kaki kanan diseret ke hadapan

Kiri- hentak

Kanan – hentak
Kiri – hentak

Kanan – maju ( teruskan jalan perlahan )

9. Komander : Hentak ...kaki

Tindakan : Pergerakan jalan perlahan ketika barisan akan berada ditengah

Komander.

Perkataan kaki pada kaki kanan

Angkat dan hentak kaki secara perlahan... kiri...kanan

Baris...henti

Perkataan henti pada kiri....kanan hentak berhenti

10. Komander ; Baris akan menghadap ke hadapan... ke kiri / kanan pusing

Tindakan : Barisan akan berpusing menghadap komander.

11. Komander : Tutup barisan .... gerak

Tindakan : Baris hadapan 1 langkah kiri kebelakang dan kanan hentak.

Baris belakang 1 langkah kiri kehadapan dan kanan hentak

12. Komander : Bergerak ke kiri / kanan pusing

Dari kiri cepat jalan.....

Barisan beredar dari padang kawad

Masuk Baris
- Arahan diberi oleh jurukawat / ketua perbarisan.
- Semua ahli pengakap masuk baris.
2) Sedia
- Berdiri tegak.
- Hujung kaki dibuka lebih kurang 12cm hingga 15cm.
3) Senang Diri
- Bukakan kaki kiri ke kiri.
- Kedua-dua tangan disimpan di paras punggung.
- Tangan kanan seperti hormat pengakap dan tangan kiri menggengamnya.
4) Rehatkan Diri
- Seperti senang diri.
- Tangan dinaikkan dan diletakkan di paras pinggang.

Klik pada pautan baca lagi...


5) Ke Kanan Lurus Dan Pandang Hadapan.
- Pengakap yang berada di barisan hadapan kanan tidak perlu bergerak.
- Pengakap yang berada di barisan hadapan (kecuali kanan) mengeluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat
sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah. Diikuti oleh kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke
tanah di sebelah kaki kiri.
- Kemudian, menggengam tangan dan hulurkannya ke sebelah bahu pengakap di kanan dan memandang
ke muka pengakap di kanan.
- Seterusnya, betulkan kedudukan dan pada masa yang sama, pengakap yang berada di
belakangmengikut menggerakkan sehingga kedudukannya selari dengan pengakap lain.
- Jatuhkan tangan dan sedia apabila mendenggar arahan pandang depan.
6) Ke kanan/ kiri Pusing
- Memusing kaki/kiri kanan sebanyak 90° ke kanan.
- Angkat kaki kiri dan hentak kaki lain di sebelah kaki kanan/kiri dalam kedudukan sedia.
7) Kebelakang pusing
- Seperti dengan ke kanan pusing.
- Perbezaannya ialah memusing kaki kanan sebanyak 180°.
8) Buka Barisan
- Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke hadapan.
- Barisan belakang melangkah 2 langkah ke belakang.
9) Tutp barisan
- Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke belakang.
- Barisan belakang melangkah 2 langkah ke hadapan.
10) Langkah Ke Sebelah
- Hukuman ini dapat diberi dalam 2 pergerakan, iaitu ke kanan dank e kiri.
- Pengakap uang diberi hukuman mestilah melangkah kira-kira 20 inci ke kanan/ kiri.
11) Paras
- a) Paras ahli tinggi di tengah
- b) Paras ahli rendah di tengah
- c) Paras ahli tinggi di kiri
- d) paras ahli tinggi di kanan
- Cara membuat ( dengan memberi hukuman ) :
# yang tinggi ke kanan, yang rendah ke kiri dalam satu barisan… paras
# nombor ( pengakap pertama menyebut 1, kedua 2, ketiga 3… )
# yang ganjil angkat tangan (no. 1, 3 ,5 …)
# yang genap angakat tangan (no. 2, 4, 6…)
# jatuh (diberi apabila hukuman angkat tangan)
# Yang kanan sekali, diam, nombor ganjil ke kanan, nombor genap ke
kiri, barisan genap dan ganjil… paras.
# Jadikan 3 barisan… cepat jalan.
12) keluar Baris
- diberi untuk memberi rehat dan malakukan aktiviti seterusnya.
- Pengakap berpusing ke kanan, bergerak tiga langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu
akhirnya pecah.
13) Bersurai
- Sama seperti keluar baris.
- Perbezaannya ialah hukuman ini diberi apabila tidak ada aktiviti seterusnya pada hari itu.

BAHASA KAWAD KAKI STATIK


1. Skuad.....senang diri ....rehatkan diri (tgn di pinggang)
2. Baris (tangan di bawah).....baris sedia (kaki rapat tgn disisi)
3. Ke...kanan lurus
4. Pandang...depan
5. Dari...kanan nombor
6. Diam

...Komander melaporkan kepada Ketua Juri.....


Komander Pusing hadap juri, langkah ke hadapan satu langkah tabik hormat dan
baca yang di bawah ini.
"Assalaualaikum Tuan, .......... (jwb salam)Kami skuad Pengakap/TKRS Kumpulan
( ) seramai ( ) orang, memohon kebenaran untuk memulakan ujian kawad kaki
Tuan.......(cth Silakan) teria kasih Tuan"
Komander tabik hormat, berpusing dan langkah selangkah ke hadapan.

7. Buka barisan.....gerak (barisan depan ke depan...barisan belakang ke belakang


satu langkah)
8. ke...kanan lurus (orang sebelah kanan diam dan tidak bergerak)
9. Pandang...depan
(ingat pusing ikut arah jam)
10. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke kanan....... pusing
11. Bergerak ke kiri, bertiga-tiga, ke belakang......... pusing
12. Skuad akan menghadap ke hadapan, ke kanan..... pusing
13. Skuad akan menghadap ke belakang, ke belakang.....pusing
14. Skuad akan menghadap ke hadapan, ke belakang ....pusing
15. Hentak kaki 10, 1, 2, ...cepat hentak
16. Tutup barisan....gerak
17. ke kanan....lurus (kepala pandang sebelah sambil hentak kaki kecil)
18. pandang...depan
19. Diam
...Komander melaporkan kepada ketua juri...
Komander Pusing hadap juri, langkah ke hadapan satu langkah tabik hormat dan
baca yang di bawah ini.

"Tuan, .......... (jwb Saya) Kami skuad Pengakap/TKRS Kumpulan ( ) seramai ( )


orang, telah selesai ujian kawad kaki. Tuan kami memohon untuk keluar baris.......
(cthSilakan) teria kasih Tuan"
Komander tabik hormat, berpusing dan langkah selangkah ke hadapan.

20. Keluar ...baris....(murid bilang 1,2,3)

Vous aimerez peut-être aussi