Académique Documents
Professionnel Documents
Culture Documents
Konsep Jerebu
-Peningkatan bahan terampai dalam atmosfera melebihi dua kali ganda jumlah yang berkeadaan
normal mengikut indek pemcemaran udara (IPU). Bahan-bahan terampai seperti habuk, debu,
jelaga, asap dan lain-lain yang di hasilkan oleh fenomena semulajadi alam seperti letupan gunung
berapi dan kebakaran hutan akibat petir. Jerebu juga di sumbangkan oleh aktiviti manusia seperti
kegiatan perindustrian. kenderaan bermotor, pembakaran terbuka dan lain-lain. Jarak
penglihatan/pandangan menjadi terhad iaitu kurang dari 1 kilometer.
KANDUNGAN JEREBU
Bahan Sumber pengeluarnya
1. Partikulat terampai - Asap kebakaran hutan, pembakaran terbuka, debu letusan gunung berapi,
perlepasan asap kenderaan khususnya yang berkuasa diesel serta loji tenaga dan kilang
2. Sulfur dioksida - Letusan gunung berapi, loji tenaga, industri berat dan enjin diesel
3 Karbon monoksida dan karbon - loji tenaga , idustri menggunakan dioksida bahan api fosil, sumber
kenderaan bergerak khususnya yang menggunakan minyak diesel dan berplumbum
4. Nitrogen dioksida - loji tenaga, industri berat dan kenderaan bermotor
5. Plumbum - industri tertentu dan cat yang berasaskan plumbum serta sumber kenderaan.
Punca-punca
1. Letupan gunung berapi
2. Kebakaran hutan.
3. Pembakaran terbuka
4. Perindustrian
5. Kenderaan bermotor
Kesan-kesan jerebu
1. Memburukan lagi masalah mereka yang menghidapi asma dan penyakit-penyakit berkaitan
pernafasan.
2. Menjejaskan penglihatan.
3. Menyebabkan kemalangan jalanraya, pelanggaran kapal laut dan menjejaskan perkhidmatan
pengangkutan udara.
4. Menjejaskan hidupan akuatik apabila suhu meningkat.
5. Menjejaskan proses fotosintesis seterusnya mengurangkan produktiviti sektor pertanian.
6. Meningkatkan kejadian hujan asid.
7. Meningkatkan suhu tempatan dan kesan rumah hijau.
8. Menghalang pembalikan bahangan matahari ke atmosfera.
2. Pengurusan strategik
- Mengurangkan penggunaan bahan api fosil dengan menggunakan sumber tenaga alternatif seperti
gas, suria dan kuasa eletrik hidro.
- mengantikan kaedah tebang bakar kepada tebang reput dalam sektor pertanian.
- mengalakkan perkongsian kereta dan penggunaan pengangkutan awam.
- mewujudkan zon perindustrian .
- menjalankan usaha pembenihan awan untuk menghasilkan hujan tiruan
- merenjis wap-wap air dari bangunan tinggi di bandar
- menggunakan penapis pada ekzos kenderaan dan pengunaan petrol tanpa plumbum
- mewujudkan bandar dalam taman agar tumbuhan menyumbang wap-wap air yang membolehkan
pembentukan awan seterusnya menurunkan hujan bagi memendapkan habuk dan partikel terampai
dalam atmosfera
3. Pendidikan
- kempen sayangi alam sekitar dan kepentingan menjaga persekitaran dari pencemaran.
- pendidikan melalui subjek di sekolah
Skala Indek Pencemaran udara (IPU)
Skala Indek IPU Status Kualiti Udara
0-50 Baik
51-100 Sederhana
101-200 Tidak sihat
201-300 Sangat tidak sihat
301-500 Berbahaya
Lebih daripada 501 Darurat boleh diisytiharkan
CNM
Sumber: Jabatan Kaji Cuaca Malaysia, Buku Geografi STPM