Vous êtes sur la page 1sur 1

6. Apakah LAD dan apakah fungsinya menurut teori linguistik.

LAD (Language Acquisition Device) atau Peranti Pemerolehan Bahasa telah dimiliki oleh
setiap kanak-kanak secara semulajadi dan membolehkan kanak-kanak memperoleh bahasa
ibundanya dengan mudah dan cepat. Menurut Chomsky, LAD merupakan satu peralatan
intelek nurani yang khusus untuk menguasai bahasa.

- Fungsi LAD mengikut teori linguistik ialah membolehkan kanak-kanak menguasai


sintaksis bahasanya dengan suatu mekanisme nurani yang khusus untuk bahasa bagi
tujuan pemerolehan bahasa.
- Seterusnya, sejumlah ucapan-ucapan sesuatu bahasa yang diamati ke dalam tatabahasa
formal bahasa tersebut dari ucapan-ucapan itu berasal. Apabila sejumlah ucapan-
ucapan sudah memadai, seorang kanak-kanak didedahkan kepada LAD sebagai
masukan, maka LAD akan membentuk satu tatabahasa formal sebagai keluaran.
- LAD ialah keadaan masukan, iaitu korpus ucapan-ucapan yang didengar oleh kanak-
kanak dalam persekitarannya, walaupun korpus ucapan-ucapan seseorang kanak-kanak
terdapat kesalahan namun kanak-kanak memperoleh bahasa pertamanya. Fungsi
masukan menurut Clark hanyalah untuk menggiatkan mekanisme nurani yang khas
untuk memperoleh bahasa.