Vous êtes sur la page 1sur 24

1.0 Konsep profesion , etika, akauntibiliti, kesantunan, profesionalisme dan ciri guru.

Konsep profesion.
Profesion membawa maksud pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting.
Dengan kata lain, profesion ialah satu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan
kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan masyarakat,
menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan dan
sebagainya.

Profesional adalah merupakan ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu
profesion. Menurut Ornstein dan Levine (1993), terdapat 4 ciri dalam suatu profesion yang
perlu dikuasai oleh seseorang individu. Ciri tersebut ialah mampu menguasai ilmu pengetahuan
yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu. Mempunyai kod etika untuk
mengawal tingkah laku ahli-ahli. Mendapat izin daripada sesuatu masyarakat untuk beroperasi
dalam kalangan masyarakat tersebut.

Jadi, persoalan yang ingin diutarakan ialah, adakah guru sebagai satu profesion? Guru
dianggap sebagai satu profesion kerana mereka berpengetahuan terhadap mata pelajaran yang
diajar dan juga terhadap pelajar mereka sendiri, dan sentiasa melihat kepada peluang untuk
meningkatkan profesionalisme perguruan kendiri.

Berdasarkan penelitian tentang profesionalisme guru, kita dapat merumuskan bahawa


guru yang profesional haruslah berilmu, berkemahiran dan berketerampilan dalam pengetahuan
pedagogi, pengetahuan pedagogi dalam modul asas kepimpinan dan perkembangan
profesionalisme guru. Modul asas tersebut terdiri daripada dua iaitu,
pengajaran dan pembelajaran, dan mempunyai sahsiah yang baik dan boleh diteladani pelajar.

Abdullah Shukor (1998) menyarankan ciri-ciri guru yang berkesan yang selaras dengan
amalan profesional guru termasuklah bersikap profesional, mempamerkan ciri-ciri kekuatan
teori, kaya dengan ilmu, bertindak atas landasan etika dan tatasusila kerja, bermoral teguh,
berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

Manakala McEwan (2002) menyatakan, terdapat 10 trait atau ciri guru yang amat
berkesan. Menurut beliau, guru lazimya sering terdorong oleh misi dan passionate dengan
kerjayanya. Guru yang cemerlang serig didorong oleh misi seolah-olah mempunyai passion
untuk membantu pelajar untuk berkembang. Mereka sangat hormat, menyayangi, demokratik,
berpandangan positif. Mereka mampu menjadi pemimpin dan mampu mempengaruhi pelajar
untuk berubah. Mereka juga bersedia untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan untuk
mempunyai kawalan penuh terhadap pengurusan bilik darjah, penglibatan pelajar dan
sebagainya. Guru cemerlang lazimnya mempunyai gaya yang tersendiri dan unik. Mereka
pakar dalam motivasi kerana mempunyai kepercayaan bahawa mereka mampu mengubah
kehidupan pelajar. Utuk itu, mereka mempunyai pelbagai teknik dalam pengajaran da
pembelajaran. Mereka mempunyai pengetahuan yang lengkap tentang kandungan dan sentiasa
belajar sepanjang hayat.selain itu, mereka juga pintar dan celik minda kerana selain mempunyai
pengetahuan tentang pelajar, sekolah dan komuniti, mereka juga fokus terhadap kerja yang
dilakukan.

Konsep etika.
Etika ditakrifkan sebagai “satu cabang ilmu pengetahuan yang berurusan dengan apa
yang baik dan tidak baik dan dengan kewajiban dan tanggungjawab moral” (Harold Koontz &
Heinz Weihrich – Pengurusan terjemahan Mohd Salmi Mohd Sohod & Siti Nadzrah Sheikh
Omar – DBP).

Istilah etika atau ethic berpunca daripada perkatan Greek ‘ethos’ yang bermaksud
perwatakan atau keperibadian. Mengikut pengertian Kamus Dewan (1995), etika bermaksud
satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Pengertian dari sudut Islam
pula menyatakan etika adalah akhlak. Manakala dalam konteks pekerjaan merujuk kepada
tingkah laku baik sewaktu menjalankan setiap amanah yang dituntut oleh syarak.

Ia juga merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak atau tingkah laku
bagi sesuatu kumpulan atau organisasi. Sistem dasar meliputi aspek-aspek moral yang baik
atau buruk serta betul atau salah sebagai panduan kepada ahli-ahli. Dalam kehidupan manusia
memerlukan satu sistem atau panduan untuk menentukan mereka bertingkah laku. Perkara ini
mendasari perkembangan etika dalam masyarakat tersebut.

Menurut sarjana barat, J.L. Mackie beliau mentakrifkan etika sebagai disiplin yang
dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan garis-garis
perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorag. Menurut A.R. Licey dan W.L. Reese, etika
dikatakan sebagai kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan tingkah laku, adat dan cara hidup
serta aspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu
aktiviti. Dari sudut pandangan ahli falsafah, etika merujuk kepada pengajian moral yang
bertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia.

Etika juga dikatakan menggariskan semua panduan yang bertujuan meningkatkan tahap
kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap
semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai serta tingkah laku
profesion dalam masyarakat. Skop Etika Profesional mencakupi sebahagian besar kehidupan
ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi. Dalam Islam, etika ialah akhlak
yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.

Oleh itu berdasarkan pengertian di atas, jelas bahawa etika berkaitan dengan pembuatan
keputusan bagi semua jenis tindakan di mana tindakan-tindakan tersebut membawa seseorang
untuk berinteraksi dengan orang lain secara berprotokol, sempurna, berhemah dan berkesan.
Di samping itu juga, etika melihat secara khusus mengenai tingkah laku manusia yang dikira
patut atau tidak patut dilakukan selaras dengan norma-norma dan nilai-nilai yang diterima oleh
semua masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Terdapat 3 aspek fungsi utama Kod Etika Profesion. Pertama ialah memberikan
pedoman kepada setiap ahli mengenai prinsip profesionalisme yang dirangkakan. Kedua ialah
kawalan sosial untuk masyarakat atas profesion yang berkaitan. Masyarakat dapat memahami
kepentingan sesuatu profesion dan yang ketiga ialah membantu para profesional mencegah
campur tangan pihak di luar organisasi ptofesion tentang hubungan etika dalam keanggotaan
profesion.

Etika guru berkisar tentang tanggungjawab guru terhadap profesion perguruan. Guru
yang beretika lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dan bersikap adil
terhadap semua orang pelajar. Mereka mampu merahsiakan semua maklumat ikhtisas atau sulit
mengenai pelajar kecuali mereka yang berhak mengetahuinya. Dalam pada itu, mereka juga
mampu untuk membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau mata
pelajaran yang di ajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran. Selain daripada
mempengaruhi pelajar secara terus, mereka juga boleh melakukanb perkara itu secara tidak
terus seperti menjaga iomej mereka di hadapanj para pelajar. Guru yang beretika menunjukkan
suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik
kepada pelajar dan memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,
lawatan, dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan dan sebagainya.

Selain mempunyai tanggungjawab dan layanan yang berhemah terhadap para pelajar
masing-masing, mereka juga mempunyai tanggungjawab yang tidak kurang sama terhadap
ibubapa pelajar tersebut. Guru beretika mampu menghormati tanggungjawab utama ibu bapa
terhadap anak-anak mereka dengan berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama
yang erat antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.

Mereka menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan
rumah tangga atau anak mereka sebagai sulit dan bersedia untuk memberikan maklumat kepada
ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dengan menggunakan maklumat yang diterima
daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Walaupun mampu melaksanakan tugasan ini,
mereka tetap dapat mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan
sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar selain mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata
atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau
penjaga mereka.

Etika guru tidak hanya merangkumi tanggungjawab terhadap pelajar dan ibubapa
mereka sahaja. Malahan, kod etika guru juga turut merangkumi tanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara. Guru beretika sentiasa berusaha untuk mengelakkan diri daripada
menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara
ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Mereka bersedia untuk memupuk dalam diri
setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi
warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama. Memandangkan guru ialah satu imej yang dihormati
masyarakat, para guru perlu menghormati masyarakat di tempat mereka bekhidmat dan
memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup
mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Setiap perkara yang mereka
lakukan perlulah sentiasa bertujuan untuk menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara
guru dengan ibu bapa serta institusi pendidikan dengan masyarakat. Guru beretika mampu
memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendekiaan masyarakat dan berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh
masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

Selain daripada itu, mereka juga memegang tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan
profesion keguruan. Guru sentiasa mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan
atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu
bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. Mereka tidak
melibatkan diri dalam dalam kegiatan yang boleh menjejaskan diri dalam kegiatan yang boleh
menjejaskan kecekapan mereka sebagai seorang guru serta berusaha dengan sepenuhnya
menunaikan tanggungjawab mereka dengan berusaha dan bersungguh-sungguh untuk
mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Guru beretika sentiasa bersedia
membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion keguruan dan
mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan.

Akauntabiliti dan kesantunan guru .


Akauntabiliti merujuk kepada sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap
sesuatu tindakan, keputusan serta bersedia memberikan penjelasan dan jutifikasi yang
diperlukan. Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti ialah tanggungjawab guru terhadap
profesionnya.
Guru mempunyai beberapa akauntabiliti. Antaranya ialah akauntabiliti terhadap pelajar;
mendidik pelajar ke tahap yang cemerlang dalam pencapaian akademik di samping membektuk
potensi mereka secara menyeluruh. Selain itu, guru juga mempunyai akauntabiliti terhadap diri
sendiri; berpengetahuan luas dan berketerampilan dalam bidang mata pelajaran yang diajar.
Akauntabiliti terhadap ibu bapa menuntut supaya guru dapat melaksanakan tugas dengan
memastikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara
manakala akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara merujuk kepada tanggungjawab untuk
memenuhi hasrat negara sebagai rakyat Malaysia berlandaskan prinsip-prinsip yang termaktub
dalam Rukun Negara. Guru juga perlu menjalin hubungan sesama rakan sejawatnya serta
bertanggungjawab sesama sendiri dalam profesion yang disandang oleh mereka seperti yang
dituntut dari segi akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.

Integriti guru
Perkataan integriti bermaksud wholeness atau completeness iaitu kesempurnaan. Tetapi
ada juga yang meanggap integriti sebagai soundness of moral principle yang merujuk kepada
keikhlasan dan kejujuran (Nielsen,2004). Secara dasarnya, integriti ialah kesempurnaan atau
keikhlasan atau kejujuran.

Integriti guru pula bermaksud guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang
dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Integriti guru merangkumi
bertanggungjawab berat dalam mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan dan kejujuran,
melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang
serta mempunyai tanggungjawab dan berkewajipan menyediakan pengajaran dan pembelajaran
yang terbaik untuk pelajar.

2.0 Peranan Guru di Sekolah

Tugas guru sering disalah anggap sebagai hanya penyampai ilmu sahaja. Namun
demikian, istilah guru pada masakini sudah tidak boleh dirujuk pada definisi konvensional lagi.
Hal ini demikian kerana berdasarkan tuntutan seiring zaman, tugas guru juga didapati telah
bertambah dan menjadi semakin rumit.

Guru boleh bertindak sebagai pengamal ilmu dan kemahiran. Guru lazimnya boleh
mengamalkan pengetahuan tentangan kandungan di dalam pedagogi. Mereka juga mempunyai
peranan untuk meindahkan ilmu dan meninggikan adab para pelajar masing-masing. Selain
daripada itu, mereka boleh mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, membuat
penyelidikan dan mencari idea baru.

Selain daripada menjadi pengamal ilmu dan kemahiran, guru juga ialah pembimbing.
Berdasarkan tuntutan dasar pendidikan yang baharu terutamanya pada abad ke-20 ini, kerajaan
lebih menumpukan pembelajaran berpusatkan murid. Dasar pendidikan baru ini menuntut
murid supaya lebih proaktif dalam mencari ilmu. Manakala tugas guru pula hanyalah sebagai
pembimbing yang perlu ada untuk membimbing proses pencarianj ilmu yang telah dilakukan
oleh para pelajar. Hal ini menjadikan tugas guru lebih kepada menjadi pemerhati yang
membimbing para pelajar.

Selain itu, guru juga perlu menjadi penyelidik. Seorang guru yang proalktif dan beretika
sentiasa melihat peluang untuk menjadi lebih berpengetahuan. Hal ini lebih diperlukan pada
zaman yang serba moden ini. Dengan langkah tersebut, guru dapat mengambil peluang ini
untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dengan sumber
maklumat yang hanya dibezakan dengan kewujudan internet ini juga menjadikan tugas guru
menjadi lebih mencabar. Guru perlu bersedia dengan perlbagai jenis soalan bersifat inkuiri
daripada para pelajarnya. Untuk mengelakkan daripada suasana memalukan apabila guru gagal
memberikan jawapan yang memuaskan kepada para pelajarnya berkenaan sesuatu isu, mahu
tidak mahu guru tersebut perlulah bersedia dan sentiasa melakukan penyelidikan.

Selain itu, guru juga dapat menjadi agen sosial yang merapatkan hubungan sosial di dalam
sesuatu masyarakat. Hal ini demikian kerana imej guru ialah satu imej yang dipandang tinggi
oleh masyarakat terutamanya masyarakat pinggir bandar. Malaha, guru boleh menjadi titik
penghubung antara kelas sosial yang pelbagai di dalam satu-satu masyarakat. Hal ini ialah
kerana perbezaan kelas sosial tidak nampak begitu ketara apabila masyarakat berkumpul di
dalam sekolah. Individu daripada latarbelakang orang berada dan pertengahan serta bawahan
kelihatan sama sahaja apabila mereka dikumpulkan di dalam satu sekolah.

Walaubagaimanapun, guru perlu bijak menyediakan layanan yang bersesuaian agar selain
dapat merapatkan jurang perbezaan antara kelas sosial tersebut, mereka juga dapat
mengelakkan terjadinya salahfaham yang lebih memburukkan keadaan lagi. Untuk itu, guru
juga sesuai untuk dijadikan agen perubahan. Hal ini kerana guru memegang masa depan negara
secara terus. Setiap dasar kerajaan yang baru digubal perlu ditanam dalam diri tunas-tunas
muda untuk kepentingan masa hadapan. Perkara yang paling utama ialah untuk memastikan
para guru memahami terlebih dahulu apakah yang ingin dilakukan oleh kerajaan sebelum
menyebarkannya di sekolah. Sebagai contoh, untuk menyemai benih perpaduan antara kaum,
segala jenis kempen dan suntikan kewangan perlu ditumpukan pada sektor pendidikan yang
dikawal oleh guru sebagai agen yang membawa tindakan kerana pendidikan adalah salah satu
bidang yang paling berkesan untuk tujuan itu. Selain itu, usaha ini juga ialah berkadar untuk
tempoh masa yang lebih panjang.

Di sekolah, guru juga dapat menggantikan ibu bapa sebagai penjaga dan pembentuk
tingkahlaku. Seoran bertugas sebagai ibubapa dan berusaha untuk mendapatkan kefahaman
sosiobudaya anak muridnya. Seiring dengan suasana ekonomi yang tidak menentu pada
masakini, ibu bapa terpaksa mengembleng tenaga untuk bekerja mencari rezeki untuk keluarga.
Keadaan ini meminggirkan keperluan perhatian yang sangat diperlukan oleh anak-anak.
Justeru, sebagai pihak yang dapat meluangkan sebahagian besar masa mereka dengan anak-
anak, guru perlu berubah daripada sekadar menjadi guru konvensional kepada individu yang
berperanan lebih besar. Mereka dapat menjadi pembentuk tingkah laku anak-anak muda. Untuk
menjalankan tugas sebagai ibubapa, mereka perlu peka dengan emosi, keperluan dan perubahan
sikap & tingkah laku murid. Murid perlu diberi dorongan dan bimbingan tanpa batasan pilih
kasih, prejudis atau diskriminasi oleh guru mereka.

Selain daripada itu, guru juga dituntut untuk bertindak sebagai pembentuk tingkah laku
para pelajar. Justeru itu, para guru dituntut untuk menyampaikan nilai moral, nilai agama, nilai
terminal & nilai instrumental bagi membentuk tingkah laku pelajar masing-masing. Bilik
darjah yang efektif menekankan pembentuk tingkah laku (kesungguhan, kerajinan, ketekunan,
persahabatan, toleransi dan kesabaran).

Walaubagaimanapun, tugas utama guru tetap ialah sebagai pengurus pembelajaran. Mereka
perlu sentiasa melihat peluang untuk meningkatkan keyakinan dan pencapaian pelajar dalam
bidang akademik dan sosial. Selain daripada itu, mereka perlu berupaya dan mempunyai
keupayaan untuk mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial pelajar. Kebolehan uni juga
dapat memudahkan guru untuk mendapatkan sokongan dan kerjasama yang baik daripada
pelajar. Disamping itu juga, pelajar tidak merasakan adanya pilih kasih dan diskriminasi oleh
guru mereka. Guru juga perlu berusaha untuk memupuk nilai persahabatan, kerjasama,
toleransi dalam kalangan pelajar dan mengurus pelbagai rutin bilik darjah dan rutin aktiviti
murid. Mereka juga ditugaskan untuk menguruskan persediaan mengajar teratur dan sistematik
seperti RHP, BBM dan membuat rujukan pada bahan lain yang terkini dan perancangan-
perancangan seperti penilaian termasuk prosedur dan BBM.
Cadangan Program Perkembangan Profesional Guru di Malaysia

Dalam mencapai misi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu membangunkan sistem


pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu
sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia, maka empat komponen berikut telah
dijadikan teras kepada pembangunan pendidikan negara, iaitu

(a) meningkatkan akses dalam pendidikan


(b) meningkatkan ekuiti dalam pendidikan
(c) meningkatkan kualiti pendidikan
(d) meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan.

Apabila menyentuh berkenaan kualiti pendidikan maka hubungannya dengan


kualiti guru tidak dapat dipisahkan. Menurut Sulaiman Daud (1995) , pendidikan pada
abad ke- 21 bukan sahaja memerlukan kita melahirkan insan yang berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi dalam bidang industri dan teknologi, pengurusan dan perdagangan
tetapi juga harus menghasilkan insan yang mempunyai sistem nilai dan etika serta
akhlak yang baik, berperibadi mulia, bertanggungjawab, patuh kepada Tuhan serta
berkemampuan untuk membangunkan masyarakat dan negara (dalam Shahril dan
Habib 2001). Dalam dunia moden yang berkembang pesat ini, peranan sekolah telah
berubah dan guru perlu meningkatkan domain pengetahuan dan kecekapan-kecekapan
baru untuk membolehkan mereka mengikut peredaran zaman ( Mohammed Sani 2005)

Cabaran kepada guru dalam pendidikan kini merangkumi usaha melengkapkan


diri dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, menangani masalah
disiplin dan gejala sosial, pengurusan sekolah yang berkesan, harapan menggunung
masyarakat dan banyak lagi. Oleh itu, para guru hendaklah terdiri dari golongan yang
kuat semangat perjuangannya dan bersedia untuk mengadaptasi diri dengan perubahan
yang berlaku begitu pantas masa kini. Persoalannya, adakah tahap guru Malaysia cukup
kompeten dalam menangani cabaran-cabaran ini ? Adakah beberapa perubahan dalam
skim perkhidmatan dan kejayaan yang dicapai dalam dunia pendidikan mahupun
kekurangan yang sering menjadi isu dapat memberikan petunjuk kepada tahap
kompetensi guru Malaysia ?

Dalam mencapai misi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu membangunkan sistem


pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu
sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia, maka empat komponen berikut
telah dijadikan teras kepada pembangunan pendidikan negara, iaitu meningkatkan
akses dalam pendidikan,meningkatkan ekuiti dalam pendidikan.meningkatkan kualiti
pendidikan dan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan.

Apabila menyentuh berkenaan kualiti pendidikan maka hubungannya dengan


kualiti guru tidak dapat dipisahkan. Menurut Sulaiman Daud (1995) , pendidikan pada
abad ke- 21 bukan sahaja memerlukan kita melahirkan insan yang berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi dalam bidang industri dan teknologi, pengurusan dan perdagangan
tetapi juga harus menghasilkan insan yang mempunyai sistem nilai dan etika serta
akhlak yang baik, berperibadi mulia, bertanggungjawab, patuh kepada Tuhan serta
berkemampuan untuk membangunkan masyarakat dan negara (dalam Shahril dan
Habib 2001). Dalam dunia moden yang berkembang pesat ini, peranan sekolah telah
berubah dan guru perlu meningkatkan domain pengetahuan dan kecekapan-kecekapan
baru untuk membolehkan mereka mengikut peredaran zaman ( Mohammed Sani
2005).

Cabaran kepada guru dalam pendidikan kini merangkumi usaha melengkapkan


diri dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, menangani masalah
disiplin dan gejala sosial, pengurusan sekolah yang berkesan, harapan menggunung
masyarakat dan banyak lagi. Oleh itu, para guru hendaklah terdiri dari golongan yang
kuat semangat perjuangannya dan bersedia untuk mengadaptasi diri dengan perubahan
yang berlaku begitu pantas masa kini. Persoalannya, adakah tahap guru Malaysia cukup
kompeten dalam menangani cabaran-cabaran ini ? Adakah beberapa perubahan dalam
skim perkhidmatan dan kejayaan yang dicapai dalam dunia pendidikan mahupun
kekurangan yang sering menjadi isu dapat memberikan petunjuk kepada tahap
kompetensi guru Malaysia ?
Sehubungan dengan itu diwujudkannya suatu standard kompetensi guru
Malaysia. Standard kompetensi luar negara yang telah lama ada boleh dijadikan
panduan tetapi perlu disesuaikan dengan keadaan di Malaysia dengan mengambil kira
faktor budaya dan agama. Standard ini perlu sebagai jaminan kualiti guru. Kualifikasi,
peperiksaan dan pendaftaran guru hendaklah ditetapkan oleh kerajaan yang berlaku
sama bagi guru Malaysia.

Standard kompetensi pula diperlukan bagi meningkatkan kualiti guru. Terdapat


pelbagai usaha yang boleh dilakukan seperti peningkatan kepimpinan dan pengurusan,
komitmen semua ahli sekolah untuk meningkatkan kualiti diri, pengukuran efektifnya
pengajaran, dan pengembangan profesion.

Proses pembelajaran memerlukan persekitaran yang sesuai dan ini akan dapat
diwujudkan dengan kepimpinan yang efektif. Standard kompetensi guru akan
membantu kepimpinan yang efektif ini sehingga hubungan vertikal dapat
dikembangkan.Di samping itu menurut Ibrahim (2003), kriteria pemilihan bakal guru
perlu dimantapkan dengan mengambil kira antara lain ialah moral choice,rational
driven dan perubahan globalisasi

Sememangnya untuk membuat pilihan yang benar-benar tepat bukanlah sesuatu


yang mudah. Ia memerlukan satu garis panduan yang jelas dan tepat bagi menjamin
pemilihan yang dibuat adalah mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Ini penting
kerana di bahu mereka terletaknya amanah yang cukup besar iaitu melahirkan para
cendekiawan dalam pelbagai disiplin ilmu yang bakal menjadi peneraju negara di masa
hadapan. Justeru pemilihan di peringkat awal ini perlu dibuat dengan teliti. Hanya guru
yang melepasi tahap ini sahaja berpotensi menjadi guru yang kompeten kerana jiwa
mereka adalah jiwa pendidik.

Standard Bakal Guru merupakan yang menjelaskan penghasilan yang perlu


dicapai iaitu daripada Kelayakan Akademik,Kepelbagaian Kemahiran dan Sahsiah dan
Keterampilan
Kelayakan akademik di sini merujuk tapisan awal kelayakan dan latar belakang
akademik calon yang bersesuaian dengan syarat yang dimestikan mengikut kriteria
pemilihan yang ditetapkan oleh kementerian pelajaran. Kepelbagaian kecerdasan dan
kemahiran bagi tapisan kedua iaitu calon haruslah mempunyai tahap kecerdasan
pelbagai (multiple inteligent) yang ditetapkan mengikut aliran yang dipilih oleh calon.
Ini termasuklah pengetahuan, kemahiran (kreativiti), kemahiran interpersonal dan
intrapersonal serta kemahiran memimpin dan nilai (spiritual) yang tinggi hasil daripada
ujian tersebut.Bakal guru perlu mempunyai keperibadian yang baik, bersopan santun,
penyayang, berperikemanusiaan, sihat dari segi emosi, rohani, jasmani dan bertenaga,
bertanggungjawab, bersifat terbuka dan bertoleransi, berbudi pekerti, patriotik,
bersikap positif, kecindan, beriltizam, keupayaan penyesuaian (adaptability) dan
bersemangat membangun manusia dan masyarakat dan ghairah ilmu. Di samping
diperlukan agar bakal guru ini stabil dan kuat emotional quiotent (EQ) dan spritual
quiotent (SQ).

Manakala, Kementerian Pelajaran Malaysia menerima kira-kira 85000


permohonan daripada lulusan SPM bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan (PISMP) berbanding hanya 1500 tempat yang disediakan. Ini merupakan
pengambilan kumpulan kedua PISMP yang mula diperkenalkan pada tahun 2004 bagi
menggantikan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) yang dimansuhkan pada
tahun yang sama. Beliau memberi jaminan akan memastikan calon-calon yang terpilih
adalah mereka yang betul-betul layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan. Pada
tahun 2005, kementerian menerima 53 000 permohonan berbanding hanya 1 300 tempat
ditawarkan. Daripada jumlah tersebut hanya 17 000 yang menepati kelayakan dan
syarat-syarat yang ditetapkan.( Pendidikan Bestari,,Utusan Malaysia , 31 Mac 2005).
Menurut Abdullah lagi, PISMP berbeza daripada kursus perguruan lain kerana ia bukan
sahaja menekan kecemerlangan akademik tetapi keterampilan dan kokurikulum.

Tempoh pengajian yang lebih lama iaitu lima tahun enam bulan memberi
peluang kepada kementerian untuk melahirkan kumpulan pendidik yang benar-benar
mantap dari segi mental dan fizikal. Malah calon yang dipilih bukan sahaja mereka
yang berminat untuk menjadi pendidik tetapi sepanjang pengajian mereka terpaksa
menjalani pelbagai kursus pembentukan sahsiah untuk melahirkan guru yang benar-
benar mantap. Di samping itu, pemantauan terhadap kumpulan pertama pelajar PISMP
menampakkan perubahan dari segi keterampilan diri. Mereka dilatih bukan sekadar
untuk mengajar tetapi cara mereka berkomunikasi dan bergaul dengan masyarakat.
Calon-calon yang terpilih mengikuti PISMP dikehendaki mengikuti kursus persediaan
selama setahun enam bulan di maktab-maktab perguruan yang telah disediakan oleh
kementerian.

Hanya mereka yang lulus kursus persediaan itu sahaja akan meneruskan
pengajian di peringkat ijazah. Program ijazah akan diadakan selama 4 tahun yang
melalui kerjasama BPG di OUM. Selain OUM, calon yang berjaya ke peringkat ijazah
juga akan ditempatkan di mana-mana IPTA selain OUM. Mengenai kelayakan, selain
kecemerlangan akademik calon akan dipanggil untuk temu duga dan menduduki Ujian
Sahsiah Keguruan. Dari segi akademik calon yang memohon perlu memperoleh
sekurang-kurangnya 6 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
matematik atau matematik tambahan. Selain itu mereka perlu mendapat kepujian sama
bagi mata pelajaran biologi, fizik, kimia, sains, sains tambahan atau mana-mana mata
pelajaran teknikal atau vokasional dan dua mata pelajaran lain. Pelaksanaan PISMP
adalah sejajar dengan sasaran kerajaan bagi melahirkan 50 % guru berijazah di sekolah
rendah menjelang 2010. Justeru itu, dengan pemantapan pemilihan bakal guru dan
penambahbaikan dari segi isi kandungan kursus sudah pasti akan menyumbang kepada
lahirnya kumpulan guru yang cemerlang, berketerampilan dan tinggi tahap
kompetensinya.

Program Induksi Untuk Guru Permulaan.

Di Malaysia, kini ada satu program khas untuk melatih dan membimbing guru-guru
permulaan (Guru yang baru ditauliahkan) sama ada di sekolah rendah mahupun di
sekolah menengah iaitu program pembangunan guru baharu. Jadi, KPM memikirkan
program –program induksi yang direka khas untuk guru-guru permulaan. Kursus ini
dilakukan dalam masa tiga tahun pertama mereka berkhidmat iaitu sebelum mereka
disahkan di dalam perkhidmatan pendidikan.

Program ini berbentuk modul yang mengandungi pengetahuan dan kemahiran


yang perlu diperoleh oleh semua guru permulaan dengan bimbingan berterusan
daripada ‘mentor terlatih’ melalui sistem mentor yang perlu diaplikasikan di semua
sekolah.Latihan dalam perkhidmatan perlu bermula di sekolah di mana di sinilah proses
P & P sebenar bermula. Kaedah dan teknik akan terbina dan keperluan yang
dikehendaki dan ketidakefisienan akan terserlah. Sekolah perlu menerima kenyataan
bahawa latihan berterusan kepada guru-guru tersebut adalah asas kepada kejayaan
program induksi tersebut di mana semua kakitangan sekolah seharusnya
bertanggungjawab bagi memastikan program ini berjaya.

Latihan dan Kursus Berterusan.

Latihan dalam organisasi dan kursus secara berterusan adalah antara strategi untuk
memastikan guru Malaysia sentiasa mendapat pendedahan yang terkini dari aspek
pengetahuan, kemahiran dan sikap agar prestasi kerja mereka dipertingkatkan. Latihan
bermaksud proses pemindahan ilmu pengetahuan secara kemas dan berdisiplin,
bertujuan menambah pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi keperluan dan
tuntutan semasa dalam organisasi. Ini dicapai melalui sebarang bentuk pembelajaran
seperti kursus, latihan semasa bekerja dan program mentoring/coaching atau yang
seumpama dengannya yang menyumbang kepada pembangunan individu dan
kecemerlangan organisasi.

Menurut Pengarah BPG, Datuk Abdullah Abdul Kadir, sebanyak RM 260 juta
setahun telah diperuntukkan kepada Kursus Dalam Perkhidmatan. Antara kursus
tersebut ialah Bahasa Inggeris untuk pengajaran sains dan matematik. Pengajaran dan
Pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris, Bimbingan Pengurusan
Pendidikan dan Kemahiran Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK). Beliau
mensasarkan kesemua 301 000 guru akan menjalani kursus yang telah ditetapkan oleh
JPN. Ianya termasuklah kursus jangka pendek (3-5 hari) atau 6/14 minggu dan kursus
khas selama setahun. Adalah menjadi harapan beliau agar menjelang Jun 2007, 100 000
guru mampu mengintegrasikan pengajaran dan pembelajaran menggunakan TMK.
Pada tahun 2005, seramai 40 000 guru daripada pelbagai bidang telah menjalani kursus
tersebut untuk meningkatkan profesionalisme keguruan. (Pendidikan Bestari. Utusan
Malaysia 6 April 2005).

Program latihan guru sekolah rendah dan menengah turut dijalankan oleh
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
(BTPN) / Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN), dan Pusat Kegiatan Guru(PKG).
Pusat-pusat ini dibekalkan dengan kemudahan ICT di samping kemudahan teknologi
pendidikan yang lain. Pegawai di pusat ini memberi khidmat nasihat kepada guru
tentang pengintegrasian ICT dalam P & P.
Selain itu, pegawai PSPN dan PKG memberi latihan jangka pendek kepada guru
sekolah rendah dan menengah berkaitan dengan kemahiran asas komputer, bengkel
penyediaan perisian pendidikan dan penilaian keberkesanan pengendalian pusat
sumber sekolah. PSPN dan PKG juga menyediakan perkhidmatan pinjaman peralatan
teknologi kepada guru. Oleh itu, PSPN dan PKG merupakan saluran yang berpotensi
bagi membantu guru meningkatkan P & P berasaskan ICT di sekolah. Kerjasama
daripada pihak pentadbir amat penting dalam merancang, melatih, memberi bantuan
teknikal serta mengawasi perkembangan program latihan yang dirancang bagi
memastikan ianya berjalan dengan lancar.

Nyata bahawa latihan, latihan semula dan juga kursus berterusan akan dapat
meningkatkan kompetensi Guru Malaysia dan seterusnya secara langsung memberi
manfaat yang maksimum kepada pelajar.

Pembangunan Diri Dalam Pendidikan.

Pembangunan diri merujuk kepada peningkatan kemahiran, kebolehan dan kerjaya


yang dapat dicapai dengan mempraktikkan pengetahuan, pendedahan kepada idea dan
pengalaman serta melalui latihan dan sistem mentor. Ia juga merupakan satu usaha
menyediakan individu supaya dapat bertugas dengan berkesan dan efisien untuk jangka
masa yang panjang. Guru-guru digalakkan supaya melakukan kajian-kajian tindakan
dalam bidang pendidikan terutama dalam P & P di dalam bilik darjah. Keputusan-
keputusan penyelidikan seharusnya disebar luas agar innya dapat dikongsi bersama.
Dalam masa yang sama, guru-guru digalakkan untuk menulis buku-buku berbentuk
ilmiah memandangkan mereka berpengalaman dan pengalaman ini boleh dikongsi
bersama. Dengan kata lain, Guru Malaysia digalakkan melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi sama ada di dalam ataupun di luar negara dengan tujuan
peningkatan akademik mereka.

Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM dengan


Institut Pendidikan Tinggi Awam telah melaksanakan Program Khas Pensiswazahan
Guru (PKPG) bagi meningkatkan peratus tenaga pengajar siswazah terlatih di sekolah
menengah. Pada tahun 2000, IPTA telah mengeluarkan sebanyak 1726 orang tenaga
pengajar siswazah melalui program ini. Di samping itu, tenaga pengajar juga
dibenarkan untuk cuti belajar separuh gaji bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat
ijazah pertama. Pada tahun 1999, seramai 2206 orang tenaga pengajar telah mengikuti
program ini. Bagi meningkatkan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang yang
berkaitan dengan P & P, KPM telah menyediakan biasiswa kepada tenaga pengajar
untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca ijazah sama ada di dalam atau di luar
negara. Ini membolehkan para guru mendapat idea dan teknik terbaru dalam bidang
pendidikan. Sejak tahun 1995 hingga tahun 2000, seramai 976 orang telah mengikuti
pengajian pada peringkat sarjana dan 234 orang pada peringkat ijazah kedoktoran.

Di samping itu, persetujuan kerajaan untuk menaikkan taraf semua maktab


perguruan di seluruh negara kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) akan memberi
peluang kepada para guru untuk meningkatkan profesion mereka dengan memiliki
ijazah. Ia juga memberi peluang yang lebih baik kepada para pensyarah maktab yang
memiliki sarjana dan doktor falsafah. Dengan menaik taraf pendidikan guru maka ilmu
pengetahuan mereka juga akan semakin meningkat. ( Utusan Malaysia 19 Julai 2005).

Menurut Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein keputusan itu dianggap


bersejarah yang akan membolehkan negara memenuhi sasaran 100% guru siswazah di
sekolah menengah dan 50% di sekolah rendah menjelang tahun 2010. Bagi mencapai
hasrat tersebut kerajaan perlu menyediakan 7000 guru siswazah di sekolah menengah
dan 16000 guru siswazah di sekolah rendah pada setiap tahun.

Dalam masa yang sama, Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) diadakan bagi
mengatasi kekurangan tenaga pengajar beropsyen mata pelajaran kritikal di sekolah
menengah. Bagi tempoh 1997 hingga 1998, seramai 7 973 orang tenaga pengajar telah
diberi kebenaran untuk mengikuti kursus PJJ.

Program-program yang telah dilaksanakan oleh KPM ini sejajar dengan konsep
pembelajaran sepanjang hayat (long life learning) yang bertujuan untuk meningkat ilmu
pengetahuan dalam pelbagai bidang sehingga mencapai peringkat tahap kepakaran
yang tinggi dan boleh diaplikasikan dalam bidang pekerjaan mereka setelah bertugas
kelak.

.
Bersempena dengan pelancaran Laporan Awal Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025), Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri
Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa kerajaan akan terus komited
menjalankan transformasi pendidikan negara bagi tempoh 15 tahun akan datang
bermatlamat melengkapkan setiap murid dengan kemahiran baru untuk merebut
peluang di samping menangani cabaran abad ke-21. Transformasi ini juga bagi
mewujudkan persaingan dengan negara termaju dunia, melahirkan generasi
berpengetahuan tinggi dan berfikiran kritis serta kreatif di samping pemupukan nilai
dan rasa tanggungjawab terhadap negara. Kualiti pengajaran akan ditingkatkan dengan
memperkukuh amalan terbaik sedia ada dan memberikan ganjaran kepada guru
berkualiti dalam bentuk laluan kerjaya yang lebih baik untuk mereka.

Program ‘On-line’ Dalam Pendidikan

Dengan perkembangan yang pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi, maka
tidak mustahil program-program latihan pendidikan guru boleh dikendalikan melalui
‘on line’ dengan menggunakan lama-laman web dan sebagainya. Contoh yang terkini
ialah pendidikan secara maya.

Sesi perbincangan / Mesyuarat antara Guru

KPM, JPN dan PPD berganding bahu untuk mengadakan sesi-sesi perbincangan atau
mesyuarat kepada guru-guru mata pelajaran untuk bertemu dan berbincang mengenai
kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terkini. Guru-guru akan belajar
sesama sendiri melalui perbincangan ini. Ianya boleh dilakukan dalam bentuk seminar,
bengkel, kursus dalam perkhidmatan dan juga konferens.

Latihan Kepada Tenaga Pengajar.

Untuk memastikan program-program Kursus Dalam Perkhidmatan berkualiti, semua


pengetua,tenaga pengajar guru, ketua-ketua mata pelajaran, guru-guru pakar, guru-guru
cemerlang, jemaah nazir dan sebagainya seharusnya diberi latihan untuk merancang
dan mengimplikasikan program-program termasuk juga program latihan kepada tenaga
pengajar. Mereka ini akhirnya akan dilantik sebagai mentor di sekolah dan dikehendaki
memberi latihan kepada guru-guru lain.

Sistem Mentoran

Sistem mentor mempunyai asas profesional dalam dunia perniagaan dan setelah dua
dekad ianya menjadi satu ciri penting dalam profesion termasuk dalam profesion
perguruan. Sistem ini memainkan peranan penting terutamanya dalam kursus induksi.
Melalui program ini, setiap guru akan mempunyai seorang mentor di mana mentor ini
akan memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan supaya guru-guru tersebut
dapat menjalankan tugas secara profesional. Dengan kata lain, sistem ini adalah satu
proses bimbingan di mana mereka yang lebih berkemahiran atau lebih berpengalaman
menjadi contoh, pengajar, peneraju, pemangkin, kaunselor dan kawan kepada guru-
guru baru yang kurang kemahiran dan pengalaman. Sistem ini berfungsi dalam konteks
hubungan secara langsung di antara mentor dan guru yang dijaganya (protege’)

Semua sekolah menjalankan sistem ini untuk memastikan semua guru mendapat
bimbingan yang berterusan bagi membolehkan mereka menjadi seorang guru pakar
dalam jangka masa yang pendek. Semua guru terlatih, ketua panitia dan guru cemerlang
akan dilantik menjadi mentor di sekolah. Sistem ini sudah pastinya akan meningkatkan
kualiti profesional semua guru.

Program Bersepadu Pentadbiran Pendidikan Guru.

Berbagai agensi yang terlibat dalam pendidikan guru. Adalah difikirkan perlu untuk
agensi-agensi ini bergabung tenaga dalam program bersepadu pentadbiran pendidikan
guru. Ianya termasuklah Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengimplementasikan
hanya polisi pendidikan yang penting dan juga menetapkan satu standard pendidikan
guru termasuklah pensijilan dan pembelajaran guru; Institut-institut Pendidikan Guru
dan universiti-universiti yang terlibat dalam penyediaan guru-guru profesional; lain-
lain agensi termasuklah Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, nazir-
nazir sekolah, Politeknik, pusat sumber dan semua fakulti pendidikan.
Penilaian, Penambahbaikan dan Peningkatan.

Proses penilaian adalah komponen penting dalam aspek jaminan kualiti guru. Oleh itu,
ia perlu dilakukan secara berterusan oleh pihak pemutus dan penggubal dasar bagi
menjamin kualiti guru yang telah dirangka bersesuaian dengan keadaan semasa dan
mengikut hasrat pendidikan negara. Ia perlu dirancang secara teliti dan terperinci.

Penilaian adalah proses yang dilakukan untuk mendapat maklumat bagi sesuatu
aktiviti yang dijalankan. Maklumat ini membantu membuat keputusan-keputusan
penting supaya ia dapat digunakan untuk memperbaiki, mempertingkat dan
menentukan hala tuju sesuatu program yang dilaksanakan tersebut. Tujuan penilaian
adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan tindakan susulan yang telah dibuat,
adakah ia berkesan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan, namun jika sebaliknya
alternatif lain perlu dicari. Strategi yang dirancang juga perlu dinilai dan dikawal supaya
tidak berlaku pembaziran dari segi sumber kewangan dan tenaga manusia. Menurut Siti
Hawa (1993), penilaian akhir ialah untuk melihat keberkesanan perlaksanaan program
dan merumuskan apa yang telah berlaku setelah tamat tempoh program.

Dalam melaksanakan strategi-strategi ini perkara yang patut diberi perhatian


ialah mengenal pasti masalah dan cabaran yang hendak diatasi seterusnya mengatur
strategi, membuat perancangan pelan tindakan, melaksanakan pelan tindakan.
Membuat analisis bagi mengetahui kekuatan, kelemahan, ancaman, peluang-peluang
yang wujud. Analisis bertujuan untuk memudahkan penggubalan strategi-strategi
susulan yang perlu dilaksanakan. Ia akan dituruti dengan pemilihan strategi dan pelan
tindakan.

RUMUSAN

Bertepatan dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membangunkan sistem


pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia, maka tumpuan kepada usaha
meningkatkan mutu profesion perguruan adalah amat relevan sekali. Meskipun setakat
ini sudah banyak usaha-usaha gigih yang dijalankan ke arah itu seperti mengadakan
kursus-kursus dalam perkhidmatan, mengetatkan proses pengambilan bakal guru
namun seperkara yang perlu diambilkira ialah mewujudkan satu standard kompetensi
untuk para guru. Sehingga kini belum ada satu standard kompetensi yang digunapakai
bagi menilai kecekapan dan tahap pencapaian guru. Penilaian tahap kecekapan yang
diambil oleh para guru nampaknya masih belum dapat diterima secara keseluruhan
sebagai satu mekanisme yang objektif dalam menilai pencapaian guru.

Kebanyakan negara-negara maju telahpun memperkenalkan dan melaksanakan


standard kompetensi guru seperti United Kingdom, Jepun, Australia dan banyak lagi.
Banyak manfaat dapat diraih dengan adanya satu standard kompetensi guru. Ianya
bukan sahaja dapat menilai guru dengan lebih objektif malahan dapat digunakan oleh
guru sendiri sebagai penanda aras.

untuk melihat kemajuan atau pencapaian peribadi. Standard kompetensi sepertimana


yang dicadangkan adalah bersifat dinamik tanpa mengambilkira tempoh perkhidmatan.
Guru yang cepat belajar dan mampu menyesuaikan diri dengan iklim pendidikan negara
harus diberikan lebih ruang untuk terus maju dalam profesion mereka. Standard
kompetensi tersebut juga mengambilkira cabaran masa kini untuk membangunkan
generasi pelajar bagi menghadapi dan menangani cabaran-cabaran baru terutama
tuntutan-tuntutan sebagai "knowledge worker" dalam era revolusi informasi abad ke-
21.

Oleh itu, sewajarnya pembentukan dan implementasi satu standard kompetensi


guru diambil perhatian serius oleh semua pihak yang terlibat. Pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia khususnya telahpun mengenal pasti aspek sebenar standard
kompetensi yang patut ada pada setiap guru dalam apa jua peringkat dan seterusnya
menyebarluaskan maklumat tersebut kepada semua peringkat pengurusan pendidikan.
Namun demikian, sejauh manakah Standard Guru Malaysia itu sedang dilaksanakan
dengan sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia masih menjadi tanda tanya.
Manakala guru pula perlulah sedar dan tahu aspek kompetensi yang telah dan belum
dicapai bagi tujuan memperkembangkan dan meningkatkan aspek yang tidak
kompeten. Seterusnya standard kompetensi mampu menjadi pemangkin untuk kembali
memartabatkan profesion perguruan dan meletakkannya sebaris dengan profesion-
profesion lain. Adalah diharapkan agar dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025, Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan
yang mengamalkan Standard Guru Malaysia menjadi kenyataan dalam erti kata yang
sebenarnya.
RUJUKAN

Abd. Rahim Abd. Rashid (2000). Wawasan dan agenda pendidikan. Kuala Lumpur :Utusan
Publications.

Bahagian Sumber Manusia (2004). Ke arah Pemantapan Skim Perkhidmatan Pendidikan


Kementerian Pelajaran Malaysia.Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dasar Pendidikan Kebangsaan (2004). Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar


Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jemaah Nazir Sekolah (2003). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-Sekolah. Kuala Lumpur
: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jemaah Nazir Sekolah (2000). Standard Tinggi Kualiti Pendidikan. Kuala Lumpur:

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembangunan Pendidikan 2001 – 2010, Kuala


Lumpur.

Mohammed Sani Ibrahim (2005). Teacher Education Reforms and Teacher Professional
Standards: How can we help teachers to cope with the changes and challenges in
education ? Kertas Kerja Persidangan Antarabangsa ke-12 Rangkaian Penyelidikan
Literasi dan Pendidikan dalam Pembelajaran di Fakulti Pendidikan. Universiti Granada,
Sepanyol, 11-14 Julai 2005.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005, Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor
Awam.

Rahim Abd. Latif (2001). Mengenalpasti Masalah-masalah dalam Melaksanakan Standard


ISO 9000. Tesis Sarjana. Bangi : UKM.

Robiah Sidin (2001). Isu Pembangunan dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur :

Longman.
Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som (2001). Isu Pendidikan di Malaysia, Sorotan
dan Cabaran. Kuala Lumpur :Utusan Publication .

Shukri Hj Zain dan Syed Ismail Syed Mohamad (2004). Sekolah selamat: Identifikasi
professionalisme guru. Jurnal pengurusan dan kepimpinan pendidikan, Jilid 14, Bil. 02.

TIMSS (2003). Trends in International Mathematics and Science Study 2003. Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar KPM. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2004.

Utusan Malaysia. 20 Mac 2002.

Fe’ Josefa G. Nava (1999). Effective teaching behaviours. Kertas kerja dibentangkan di dalam
International Conference On Teacher Education, Hong Kong Institute Of Education on
February 23.

Joseph Watnas (1986). Will Teaching Applied Ethics Improve Schools of Education? Journal
of Teacher Education. May-June 1986.

43
42

Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia 2013-2025.

Mitias, Ragy. G. E. (1990). Essential Values In Teacher Education: Where Do We Stand. Kertas
kerja dibentang di dalam International Council On Education For Teaching World Assembly
di Singapura pada 27-31 Julai.

Mohammed Sani Ibrahim (1993). Institusi Perguruan Dalam Memenuhi Tuntutan Malaysia
Sebagai Negara Maju. Pendidikan Islam Era 2020: Tasawur Dan Strategi. Kajang: Percetakan
Bintang Jaya

Nik Mustapha Hj Nik Hassan (2003). Values-based management: The way forward for the

next millennium. Kuala Lumpur: Institute of Islamic Understanding Malaysia(IKIM).

Razali Ismai (1992). Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan: Satu Tinjauan Konseptual.

Seminar Hari Guru Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan. 12-13 Julai.

Soltis, Jones F. (1986). Teaching Profesional Ethics. Journal of Teacher Education. May-June
1986.

Starratt, Rober, J. (2004). Ethical leadership. San Francisco: Jossey-Bass.

Tie Fatt Hee (2002). Undang-undang Pendidikan Di Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar
Bakti Sdn Bhd.

Universiti Kebangsaan Malaysia (2000). Etika dan tataterib akademik. Bangi: Penerbit UKM.

Zainal Yang (2003). Nilai, Etika dan Budaya Kerja Dalam Pentadbiran Sektor Awam Di
Malaysia Dari Perspektif Islam. Jurnal Pengurusan Awam. Jilid 2. Bil.1 Januari 2003.
Putrajaya: Penerbitan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Vous aimerez peut-être aussi