Vous êtes sur la page 1sur 4

Amalan Hidup Berjiran

DEFINISI
Jiran adalah semua orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita tidak kira tua
atau muda,miskin atau kaya ataupun berlainan bangsa seperti Melayu,Cina mahupun
India. Setiap insan pasti mempunyai jiran,begitu juga dengan saya. Kita semua sedia
maklum bahawa jiran merupakan orang yang terdekat dengan kita. Merekalah yang
kita dapat bantuan dengan segera sekiranya ditimpa kesusahan atau dirundung
malang. Oleh itu, kita mestilah senantiasa mengekalkan sikap berbaik-baik dengan
jiran tetangga kita.

ISI

Hadirin sekalian,

Pada zaman ekonomi yang agak gawat ini, pelbagai jenayah sering berlaku di
persekitaran kita. Oleh itu, bekerjasamalah dengan jiran untuk menjaga keselamatan
bersama. Elakkan perkara-perkara yang tidak diingini terjadi kepada seseorang
anggota masyarakat berdekatan dengan kita khususnya. Dengan adanya kerjasama
ini bukan sahaja jenayah dapat dibanteras tetapi juga ikatan silaturahim sesama jiran
dapat dieratkan.

Hindari sikap dengki-mendengki kerana kita juga yang akan rugi. Segala
anggapan dan pandangan buruk terhadap jiran perlu dielakkan. Amalkanlah sikap
hormat-menghormati. Tentunya tiada sesiapa yang akan rugi, kerana itulah amalan
yang murni.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Setiap agama yang diamalkan menggalakkan cara hidup berjiran tanpa mengira
bangsa, warna kulit, dan darjat keturunan. Oleh itu, amalkanlah semangat kejiranan.
Berkunjunglah ke rumah jiran pada hari perayaan. Dengan cara sedemikian, secara
tidak langsung kita telah mengeratkan hubungan sesama jiran
KESIMPULAN

Akhir kata, semangat kejiranan haruslah dijadikan keutamaan oleh anggota


masyarakat baik di kampong atau di bandar. Kesejahteraan hidup sesuatu masyarakat
bergantung pada kesepakatan ahli-ahlinya kerana jiran sepakat membawa berkat.

KEPENTINGAN RUKUN TETANGGA

DEFINISI

Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu
dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia.. Rukun tetangga
diperkenalkan pada tahun 1975 berikutan dengan kuat kuasanya Peraturan-Peraturan
Perlu (Rukut Tetangga 1975). Pada dasarnya, rukun tetangga membolehkan
penduduk mengawal sendiri keselamatan di kawasan kediaman masing- masing.
Rukun tetangga ini diwajibkan kepada mereka yang berumur antara 18 hingga 55
tahun.

ISI

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan


rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di
sekitar kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-
ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut. Ianya juga berfungsi untuk mengawal
keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari.

Objektif punubuhan kelab ini adalah untuk memelihara, meningkat dan


mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar
pembangunan Negara berlandaskan Perlembagaan Perseketuan dan Rukun Negara.

Selain itu, program rukun tetangga berfungsi sebagai perisai untuk mengawal

keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Anggotanya


membabitkan semua pihak tanpa mengira kaum kerana masing-masing
bertanggungjawab menjaga keselamatan kendiri dan keluarga. Aktiviti ini memerlukan
pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat
kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama.

KESIMPULAN

Para hadirin,

Secara kesimpulannya dapat dilihat bahawa rukun tetangga ini banyak memberi
kebaikan dan merupakan salah satu aspek yang penting dalam mewujudkan
masyarakat yang selamat, harmoni dan aman damai. Dengan adanya aktiviti rukun
tetangga, hubungan antara jiran dapat diperkukuh. Mempunyai jiran yang berbeza
latar belakang seperti pekerjaan, pendidikan, agama, bangsa, keturunan, budaya, adat
resam dan sebagainya akan menambahkan lagi pengetahuan dan kenalan kita.

KESELAMATAN JALAN RAYA

DEFINISI

Negara kita Malaysia mempunyai sistem perhubungan jalan raya yang sangat
baik.Namun, kadar kemalangan jalan raya di negara kita tidak setanding dengan
kemudahan infastruktur yang ada di negara kita. Mengapa ini terjadi?? Persoalannya
bagaimana kita sebagai pengguna jalan raya bertanggungjawab untuk memastikan
jalan raya selamat digunakan?

ISI

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Sebagai seorang pengguna, kita seharusnya sentiasa mematuhi peraturan


yang telah ditetapkan. Antaranya memandu mengikut had laju yang ditetapkan,
memakai tali pinggang keledar, mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong yang
betul dan banyak lagi. Jika semua pengguna mematuhi pertauran yang ditetapkan,
maka keselamatan di jalan raya sudah pasti dapat ditingkatkn.

Hadirin sekalian,

Selain itu, para pengguna jalan raya patut mengamalkan sikap bertolak-ansur,
saling menghormati antara satu sama lain dan berhemah ketika memandu. Sikap ini
akan sentiasa diaplikasikan pengguna ketika di jalan raya, pasti tahap keselamatan
dapat dipelihara malahan nyawa dapat diselamatkan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, keselamatan di jalan raya adalah menjadi tanggungjawab bersama


baik pejalan kaki, penunggang basikal mahupun pemandu kenderaan. Keselamatan
semua pengguna bergantung kepada keperihatian dan komitmen tinggi para
pengguna. Oleh itu, ‘berhati-hati di jalan raya, nyawa pengguna di tangan kita’.Sekian,
terima kasih.

Vous aimerez peut-être aussi