Vous êtes sur la page 1sur 11

PEMARKAHAN

QPU 3063 MINDA DAN TUBUH BADAN (ULASAN JOURNAL)

TAJUK ARTIKEL

Internal Imagery Training In Active High Jumpers

SUMBER

OLSSON, C., JONSSON, B., & NYBERG, L. (2008). Internal imagery training in active

high jumpers. Scandinavian Journal Of Psychology, 49(2), 133-140.

doi:10.1111/j.1467-9450.2008.00625.x

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO.MATRIK PROGRAM

Muhamad Faiz Bin Norasi D20152072251 AS20 Psikologi Sukan

PENSYARAH : Puan Nur Haziyanti binti Mohamad Khalid


ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA


SURAT

1. Abstrak 1

2. Penyataan masalah kajian 2

3. Tinjauan literatur 4

4. Rekabentuk kajian dan prosedur 5

5. Analisis data dan persembahan 7

6. Kesimpulan dan implikasi kajian 8

7. Penilaian kendiri secara keseluruhan 9


ABSTRAK

Dalam satu kajian, Mendoza dan Wichman (1978) mengkaji tentang kesan latihan

imageri terhadap pencapaian “dart-throw”. Peserta akan menunjukkan keupayaan mereka

dalam melontar dart dan golongan yang akan melakukan latihan ini ialah kumpulan

kawalan yang tidak melakukan apa-apa, kumpulan yang melatih imageri, kumpulan yang

melatih kedua-dua imageri dan secara fizikal, atau kepada kumpulan yang hanya terlatih

secara fizikal. Latihan berlangsung selama enam minggu dengan latihan harian dua kali

selama 15 minit. Selepas sesi latihan, para peserta sekali lagi menguji keupayaan melontar

mereka. Kesimpulannya, latihan fizikal adalah yang paling berkesan dan latihan imaginasi

sama ada digabungkan dengan latihan fizikal atau dengan sendirinya adalah lebih berkesan

daripada tiada latihan.

1
PENYATAAN MASALAH KAJIAN

Masalah yang dinyatakan adalah walaupun kebanyakan kajian menunjukkan kesan

positif terhadap latihan imageri, terdapat juga beberapa kajian yang tidak menunjukkan

kesan positif tersebut. Dalam satu kajian oleh Mumford dan Hall (1985), keupayaan

skaters untuk menggunakan latihan imageri dalam memperbaiki kemahiran telah dikaji.

Tiga kumpulan menerima latihan imageri dan kumpulan kawalan tidak menerima sebarang

latihan imageri. Kesemua ketiga-tiga rawatan kumpulan menerima empat sesi latihan

selama satu jam berasingan hari dan kemudian diuji pada angka itu lagi. Namun demikian,

keputusan tidak menunjukkan perbezaan dalam prestasi antara empat kumpulan selepas

latihan imageri. (Corbin, 1967; Gordon, Weinberg & Jackson, 1994; Nordin & Cumming,

2005; Taylor & Shaw, 2002). Persoalan kajian ialah adakah teknik imageri betul dapat

memberi kesan terhadap pembelajaran sukan ini. Melalui perkara ini, penyataan masalah

yang dinyatakan adalah tepat. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji sama ada

penggunaan imegeri dalaman akan memberikan kesan terhadap prestasi lompat tinggi bagi

atlit – atlit lompat tinggi.

Penjelasan tentang perbezaan hasil dalam kajian imageri mental besar

kemungkinan disebabkan oleh jenis sukan yang diuji. Poulton (1957) telah

mengkategorikan sukan kepada dua iaitu sukan tertutup dan sukan terbuka. Dalam sukan

tertutup, persekitaran tidak pernah berubah, ia boleh diramalkan, dan setiap langkah boleh

dirancang terlebih dahulu. Contoh sukan tertutup adalah golf dan springboard diving.

Dalam sukan seperti bola keranjang, kecuali elemen tertutup tertentu seperti balingan

percuma, perubahan persekitaran sentiasa berlaku dan pengetahuan tentang langkah yang

seterusnya agak susah untuk diramalkan. Oleh itu, sukan ini dikelaskan sebagai terbuka.

2
Justeru, kebanyakan sukan individu adalah ditutup dan kebanyakan sukan yang melibatkan

pasukan adalah sukan terbuka. Penyataan masalah ini adalah penting secara praktikalnya

kerana dengan ujian yang dilakukan ini, kita akan lebih mengetahui tentang keberkesanan

teknik imageri dalam usaha untuk meningkatkan prestasi atlit.

Kata Kunci : Mental Practice, Internal Imageri, Training

3
TINJAUAN LITERATUR

Sumber rujukan yang digunakan adalah relevan dan kajian ini mengkaji tentang

keberkesanan imageri dalaman terhadap prestasi lompat tinggi selepas mengambil kira

tentang faktor-faktor yang telah disebut di atas. Peserta yang direkrut ialah pelompat tinggi

yang aktif dan dipilih kerana lompat tinggi adalah antara sukan tertutup yang paling sesuai

untuk latihan imageri. Imegeri dalaman digunakan kerana kebanyakkan atlit yang berada

di tahap yang tinggi telah pun hebat dalam imageri luaran.

Penerangan tentang tinjaun literature adalah terlalu panjang dan terlalu berjela –

jela. Tidak terdapat perenggan yang baik dalam menjelaskan tentang kajian – kajian yang

telah dan akan dilakukan oleh mereka. Justeru, sumber rujukan yang digunakan adalah

tidak terkini kerana kebanyakkan rujukan yang digunakan adalah bersumber daripada

tahun 1977 – 2000 iaitu lebih 5 tahun daripada tahun journal ini dihasilkan. Justeru, ulasan

tinjauan literatur dibuat secara adil dan tidak terdapat sebarang berat sebelah dalam ulasan

yang dilakukan oleh mereka

4
REKA BENTUK KAJIAN DAN PROSEDUR

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk program imegeri dalaman termasuklah

membayangkan lompatan serta pelepasan bar. Dua puluh empat peserta telah diambil

untuk kajian ini. Mereka berusia dalam lingkungan 16 hingga 29 tahun. Terdapat 13 lelaki

dan 11 wanita. Kriteria peserta untuk kajian ini adalah para peserta perlulah seorang atlit

yang kompetitif dan pemain kebangsaan dalam acara lompat tinggi. Para peserta direkrut

daripada sekolah menengah di Umeå, Sweden. Selain itu, atlit aktif dan atlet yang tinggal

di Umeå turut diambil. Semua peserta yang menjalankan ujian ini telahpun menjalani

latihan untuk jumlah masa yang besar. Oleh itu, tiada atlit pelompat tinggi yang baru

termasuk dalam kajian ini.

Instrumen dalam kajian ini termasuklah dua kamera digunakan untuk merakam

lompatan tinggi yang dilakukan peserta.

Satu kamera telah diletakkan iaitu sejajar

dengan kedudukan untuk pelepasan bar

dan yang lainnya diletakkan di tempat

lompatan sebelum pelepasan bar (lihat

Rajah 1). NVDS65 Panasonic kamera


Rajah 1
digital dan kamera digital Sony DCR-

TRV33E PAL digunakan untuk rakaman. Rakaman yang terhasil akan dianalisis

menggunakan Adobe Premiere Pro 1.5 dan Adobe Illustrator CS2.

5
Prosedur bagi kajian ini terdapat 3 komponen iaitu (I) Pretest, (II) Intervention, dan

(III) Post-Test. Untuk pretest, para peserta diminta untuk melompat setinggi yang boleh

iaitu seakan – akan dalam sebuah pertandingan lompat tinggi. Para peserta mempunyai

cubaan sebanyak 3 kali untuk setiap ketinggian. Kadar ketinggian yang perlu dilompat

boleh dipilih sendiri oleh para peserta mengikut keselesaan mereka.

Seterusnya, untuk Intervention, apabila semua peserta telah selesai dengan pretest,

mereka secara rawak ditugaskan kepada salah satu daripada dua kumpulan iaitu sama ada

kumpulan motor atau kumpulan + imejan. Panjang fasa intervention adalah berdasarkan

kajian terdahulu mengenai latihan fizikal di mana enam minggu amalan membawa kesan

positif ke atas prestasi motor. Justeru, pada permulaan setiap sesi mereka diminta untuk

membayangkan lompat tinggi mengikut arahan imageri dalaman.

Untuk Post-Test pula, para peserta mula melompat pada ketinggian yang sama

seperti yang mereka lakukan semasa ujian pretest. Di samping itu, apabila menaikkan bar,

mereka juga perlu memastikan bahawa ia dinaikkan ke ketinggian yang sama seperti

dalam pretest. Jika peserta melepasi ketinggian yang mereka gagal pada masa pretest,

mereka perlu terus melompat pada ketinggian yang lebih tinggi sehingga mereka membuat

tiga lompat palsu (gagal melepasi bar) untuk tujuan persampelan. Pemboleh ubah kajian

ini ialah ketinggian lompatan yang dapat dilakukan oleh peserta semasa Pretest dan Post-

Test.

6
ANALISIS DATA DAN PERSEMBAHAN

Data bagi ujian ini adalah bersifat kuantitatif. Setiap ketinggian dan sudut

pelepasan yang sepadan dan jarak ketinggian bar daripada pretest telah dikaitkan untuk

mengesahkan sudut lompatan dan kelepasan bar sebagai pembolehubah yang berkaitan

dengan prestasi lompat tinggi. Dapatan kajian menunjukkan kedua-dua kumpulan

mengalami penambahbaikan yang positif apabila result Pretest dibandingkan dengan result

Post-test. Walaupun tidak terdapat perbezaan prestasi yang nyata di antara kedua-dua

kumpulan ini, mereka telah berjaya mengenalpasti sesuatu peningkatan melalui video yang

dirakam. Melalui penilai ANOVA, terdapat peningkatan dalam teknik melepasi bar oleh

kumpulan motor + imageri.

Kekuatan penyelidik dalam membincangkan dapatan kajian ialah penyelidik

menerangkan hasil dapatan secara terperinci dan mengaitkan hasil dengan tujuan utama

penyelidikan yang dijalankan. Selain itu, penyelidik juga menggunakan kaedah kuantitatif

yang tepat dalam menerangkan keputusan hasil kajian serta mudah difahami. Namun

begitu, Kelemahan penyelidik pula ialah penyelidik menggunakan sumber jurnal yang

lama sebagai rujukan dalam membincangkan hasil dapatan kajian.

7
KESIMPULAN

Kesimpulan kajian adalah berkaitan dengan tujuan asal kajian. Implikasi bagi

kajian ini ialah terdapat beberapa batasan dalam kajian ini. Pertama, bilangan penerjun

tinggi adalah terhad untuk kajian ini. Kedua, walaupun para peserta adalah atlet

kebangsaan, untuk imageri dalaman menjadi berkesan, peserta mesti mempunyai kekuatan

motor yang kuat berdasarkan apa yang mereka bayangkan. Terdapat kemungkinan bahawa

peserta dalam kajian ini tidak cukup mahir untuk imegeri dalaman menjadi sangat

berkesan. Walau bagaimanapun, kesimpulan dari kajian ini adalah latihan mental

meningkatkan komponen motor yang kompleks dalam sukan lompat tinggi.

8
PENILAIAN KENDIRI SECARA KESELURUHAN

Penilaian saya terhadap kajian ini ialah penilaian yang dijalankan adalah tertib iaitu

mempunyai 3 fasa iaitu (I) Pretest, (II) Intervention, (III) Post-Test. Menggunakan kaedah

ini dapat menujukkan perubahan yang signifikan dalam menentukan perubahan prestasi

bagi sukan lompat tinggi ini. Namun begitu, penambahbaikan boleh dilakukan terhadap

kajian ini jika penyelidik menggunakan sumber rujukan yang terbaru iaitu 5 tahun sebelum

jurnal dihasilkan.

Vous aimerez peut-être aussi