Vous êtes sur la page 1sur 3

Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia, Tuan Hj Awang Jamil Bin AG Puteh,

Yang diPertua Persatuan Ibubapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Kepayan, diiringi,
Yang Berusaha Puan Sabariah Hj Haris, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Kepayan,
barisan Guru Penolong Kanan dan semua guru SK.Kepayan. Berikan tepukan yang
gemuruh untuk para pendidik kita.

(Setelah pegawai perasmi dan barisan pentadbir berada di kerusi VIP)

Hadirin sekalian, sekarang marilah kita sama-sama menyanyikan lagu Negaraku,


Sabah Tanah Airku dan Lagu Sekolah.

(Nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu Sekolah)


Terima kasih diucapkan atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Bismillahirrahmanirrahim.
Yang Berbahagia Tuan Hj Awang Jamil Bin AG Puteh, Yang diPertua Persatuan
Ibubapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Kepayan, Yang Berbahagia Encik Rozman
Latif, Pengerusi Komuniti Ibubapa dan Guru Prasekolah SK.Kepayan, Yang Berusaha
dan yang diraikan Puan Sabariah Hj Haris, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Kepayan,

Yang dihormati Puan Grace Subramaniam, Penolong Kanan Kurikulum,


Puan Rokiah Hj Abdul Ghani, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Encik Mursidi bin Endera, Penolong Kanan Kokurikulum,
Puan Jumisa Hj Nusu, Penolong Kanan Petang
Encik Cornelius Anak Henry, Pengerusi Kelab Kebajikan Staf SK.Kepayan,
Guru-guru, AJK PIBG, para ibubapa, seterusnya yang dikasihi murid-murid sekalian.

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana


dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan untuk
kita sama-sama berkumpul di Dewan Jame Alip ini bagi meraikan Majlis Perpisahan dan
Apresiasi Bonda 2018.

Selasih mekar di tengah desa


Untuk si dara cincin suasa
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh guru biasa.

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,


Sambutan Hari Guru merupakan satu pengiktirafan buat kita yang bergelar
’cikgu’..Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyemarakkan lagi iltizam dan tekad
serta ikhtiar dalam usaha kita menjana dan mengangkat martabat profesion keguruan
sebagai profesion yang dipandang tinggi semurni tugas seorang guru. Namun sambutan
kali ini lebih istimewa. Kerana kita sedang meraikan perpisahan dan apresiasi guru besar
kita, Puan Sabariah Hj Haris.

BACAAN BACAAN DOA


Hadirin dan hadirat sekalian,

Senyum cikgu, senyum tersirat


menabur jasa, mencurah bakti
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin
oleh Al Fadhil Ustaz Jafri bin Mohd Noor. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Jafri bin
Mohd Noor atas bacaan doa itu tadi.

Ya Allah, kau berilah rahmat


kepada guru yang kami sayangi
semoga hidupnya sentiasa selamat
harum jasanya mekar mewangi

(Ucapan Wakil Guru)


Sidang Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, majlis pada pagi ini kita mulakan
dengan menjemput Encik Ibrahim bin Hj S.Latif, Timbalan Pengerusi KKS, untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih atas ucapan Encik Ibrahim mewakili guru-guru dan staf SK.Kepayan
sebentar tadi.

Kain batik cantik berseri


Dibawa dari pulau jawa
Guru mendidik ilmu diberi
Keikhlasan guru menyentuh jiwa

(Ucapan Pengerusi KIBG)


Seterusnya, majlis menjemput Encik Rozman Latif, Pengerusi KIBG Sekolah
Kebangsaan Kepayan untuk menyampaikan ucapan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Rozman atas ucapan sebentar tadi.
(Ucapan YDP PIBG)
Hadirin sekalian, seterusnya majlis dengan penuh takzim dan sukacitanya
mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Hj Awang Jamil bin AG Puteh, Yang diPertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Hj Awang Jamil
bin Ag Puteh atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Titipan Slaid Khas Bonda

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada insan yang
diraikan iaitu Puan Sabariah Hj Haris, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kepayan. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Gimik (Pemotongan Kek)

Persembahan Murid Tahap 1

Persembahan murid tahun 4

Persembahan guru A

Persembahan murid tahun 5

Persembahan murid tahun 6

Persembahan guru B

Persembahan Karate daripada anak-anak PDRM

Penyampaian hadiah buat bonda


-pentadbir -kelab kebajikan staf
-Guru sesi pagi -Guru sesi petang
-Prasekolah -Semua murid skk
-Hadiah pilihan -Hadiah personal guru
-Hadiah guru pelatih -Murid personal
-Hadiah lain-lain

Sesi bersalaman dengan bonda

Jamuan makan

Vous aimerez peut-être aussi