Vous êtes sur la page 1sur 18

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

PEREMPUAN KAPAR
SAINS KSSM
TINGKATAN 2

TINGKATAN : 2 ANUGERAH

KUMPULAN : PERTAMA

NAMA GURU : PN. NAZLIAH BT ZAINAL


NAMA AHLI KUMPULAN :

FARISA NABILAH BT FAIMLLIZZAN (040603100435)


HANA NURAISYA BT JUMALI (040421100126)
WONG LIH YEUAN (041005101232)
AISWARYA A/L NATHAN (040808101100)

7.0 1
2
]

3
Obesiti dalam kalangan murid
sekolah semakin meningkat di
Malaysia.

4
1.0 Pengenalan
Dunia makin bergerak untuk mencapai kemajuan , manusia juga perlu
bergerak seiring dengan kemajuan yang diimpikan. Namun kemajuan ini telah
memberi beberapa transformasi dalam amalan hidup manusia. Ini dapat dilihat
melalui perubahan tahap kesihatan dan kesejahteraan manusia. Di Malaysia
contohnya, disebabkan gaya hidup moden , banyak penyakit sedentari yang
makin membelenggu penduduk di Malaysia. Antara, penyakit sedentari yang
begitu sinonim dengan penduduk Malaysia ialah seperti kencing manis, darah
tinggi, jantung dan sebagainya lagi.

Gaya hidup moden yang diselubungi dengan makanan segera, teknologi dan
pencemaran telah mengubah cara hidup masyarakat secara drastik.
Impaknya ialah masyarakat diancam dengan pelbagai penyakit yang kronik.
Apa yang paling membimbangkan ialah menurut kajian yang tersiar di dalam
“Global Obesiti” yang ditulis oleh Thomas J (2000) menyatakan gejala obesity telah
meningkat secara mendadak dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Contohnya
yang paling jelas ialah di negara Thailand , masalah obesity dalam kalangan
kanak-kanak yang berumur 5 hingga 12 tahun telah meningkat dari 12 % kepada
15% dalam masa dua tahun. Selain itu menurut WHO gejala obesity ini makin
merebak dan menamakannya sebgai epidemic global. Jika perkara itu tidak
dikekang tahap kesihatan golongan ini akan terganggu sehinggalah mereka
dewasa dengan pelbagai jenis penyakit impak dari obesity ini.

1.1 Definisi Obesiti

Obeisiti adalah gejala lebihan berat badan yang dialami oleh seseorang
individu yang memiliki indeks jisim badan (BMI) 30 atau lebih. Selain itu, Menurut
Kamus Dewan (2002) menyatakan obesiti sebagai kegemukan yang
disebabkan berkumpulnya lemak yang berlebihan di dalam badan . Pengumpulan
lemak ini akan semakin meningkat sekiranya langkah untuk mengurangkan lemak
tidak dilakukan.

Di Malaysia contohnya, gejala obesiti ini telah mendatangkan kebimbangan


kerana telah memberi risiko bagi melahirkan aset negara yang sihat dan mampu

5
bersaing dengan peringkat global. Berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan
dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia( UPM ), Universiti Sains Malaysia dan
Universiti Kebangsaan Malaysia menunjukkan pata tahun 2002 hingga 2003 bagi
orang dewasa 18 hingga 59 tahun, jumlah peningkatan ini adalah hamper 20 %
jika dibandingkan dengan tahun yang sebelumnya. Apabila ramai di kalangan
kanak-kanak terutamanya pelajar- pelajar sekolah yang mengalami obesity , maka
tahap kesihatan mereka tentu sekali akan merosot dan tidak dapat menunjukkan
daya saing dengan orang lain dalam usaha pembangunan negara khasnya.

6
2.0 Faktor-faktor yang menyebebkan masalah obesiti
Dewasa kini, penyakit obesiti semakin berleluasa di negara kitakhususnya dalam
kalangan pelajar sekolah. Kebanyakan populasi dunia termasuk di Malaysia
mengamalkan cara hidup yang tidak sihat berpunca daripada pembangunan yang
pesat. Terdapat pelbagai faktor boleh menyumbang kepada kejadian obesiti.
Antaranya ialah:-
1) Pemakanan yang tidak seimbang dalam kalangan pelajar sekolah.
2) Kurang melakukan aktiviti fizikal
3) Pengaruh Televisyen
4) Peranan ibu bapa
5) Faktor Genetik

2.1 Pemakanan yang tidak seimbang

Berdasarkan data yang didapati banyak faktor yang menyebabkan masalah obesiti
dalam kalangan pelajar. Ini jelas apabila menurut data yang dikumpul menyatakan
bahawa amalan pemakanan yang tidak seimbang dan sikap dalam pemakanan
merupakan faktor utama yang menyebabkan obesiti dalam kalangan pelajar
sekolah. Kebanyakan pelajar di era globalisasi ini lebih banyak memakan
makanan dalam kumpulan kabohidrat dan lemak. Mereka juga lebih
menitikberatkan kepada kuantiti makanan yang diambil seperti mengambil lebih
nasi daripada sayur -sayuran. Makanan yang menjadi kegemaran mereka pula
adalah seperti makanan segera seperti ayam goreng, burger, ‘nugget’, dan lain-
lain lagi. .

Selain daripada itu, data membuktikan bahawa sikap pemakanan yang tidak
sihat jelas menunjukkan peningkan kepada obesiti dalam kalangan pelajar sekolah.
Kebanyakan mereka amat gemar makan makanan ringan yang hanya
menggemukan tetapi tidak mendatangkan khasiat kepada tumbesaran mereka.
Perubahan kepada amalan pemakanan yang tidak seimbang ini menyebabkan
perkara ini terus meningkat.

7
Hujahan ini turut disokong oleh artikel kedua yang menyatakan bahawa
penggunaan makanan segera adalah satu lagi suspek utama dalam wabak obesiti
kanak-kanak .Paka- pakar pemakanan telah memberi amaran terhadap lemak tepu
dan transfats, indeks yang tinggi glysaemic.

Ini kerana setiap hidangan dan makanan segera boleh mengandungi kira-kira
2 200 kalori , yang pada kadar membakar daripada 85-100 kalori setiap batu
memerlukan sesuatu yang berhampiran maraton penuh untuk membakarnya
(Anderson et al. , 2003). Selain itu, minuman ringan yang manis mengandungi
kalori kosong dan menyumbang kepada jumlah pengambilan kalori , yang
merupakan faktor penting yang menyumbang kepada peningkatan obesiti
remaja ( Giammattei et al. , 2003).

2.2 Kurang melakukan aktiviti fizikal

Selain itu, gejala obesiti ini juga disebabkan oleh kurangkan melakukan
aktiviti fizikal oleh golongan pelajar. Kebanyakan golongan ini tidak banyak
melakukan aktiviti fizikal baik di dalam rumah ataupun di luar. Ini ditambah lagi
dengan kemajuan teknologi tinggi yang dicipta untuk meringankan kerja manusia,
sebalikya memberi impak negative dalam menjamin tahap kesihatan terutama
kanak-kanak. Menurut artikel kelima menyatakan bahawa tahap aktiviti fizikal
akan mampu mempengaruhi kadar kegemukan seseorang kanaka-kanak. Ianya
akan menentukan peratus lemak dalam badan kerana semasa aktiviti fizikal ini
dijalankan tisu- tisu akanbertambah sementara lemak tubuh akan berkurangan.
Namun apa yang berlaku sekarang ini, kebanyakan pelajar terutama di kawasan
bandar tidak begitu konsisten dalam melakukan aktiviti fizikal sebaliknya beralih
kepada gaya hidup sedentari. Bermain video games, menonton televsiyen,
melayari internet merupakan amalan sedentari yang perlu dikurangkan.

Faktor ini turut dinyatakan oleh artikel kedua yang menyatakan bahawa
ketiadaan melakukan aktiviti fizikal ini menyebabkan obesity dalam kalangan
pelajar. Kajian mendapati setelah pulang dari sekolah, pelajar ini hanya
menghabiskan masa di dalam rumah dengan aktiviti santai yang tidak
mengeluarkan peluh. Ditambah lagi dengan tabiat menonton televisyen dan
permainan video games menjadikan mereka tidak berminat untuk bersenam,
menunggang basikal, berekreasi dan sebagainya. Kebanyakan ibu bapa juga
melarang kanak-kanak ini bermain di luar rumah untuk menjaga keselamatan

8
daripada penculikan, mengelakkkan kemalangan dan juga pengaruh rakan sebaya
dengan gejala-gejala negatif.

2.3 Pengaruh Televisyen

Memang tidak dinafikan bahawa pengaruh televisyen dalam menyumbang


kepada peningkatan gejala obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Ini jelas
dibuktikan di dalam artikel kelima yang menyatakan bahawa hasil kajian
menunjukkan pengaruh televisyen mencatat nilai min yang paling tinggi iaitu 2.150
di samping faktor-faktor lain. Ini adalah kerana kebanyakan pelajar mengambil
masa yang lama untuk menonton televisyen.Penggunaan masa yang lama ini
menyebabkan mereka memilih untuk melakukan aktiviti makan dan menyiapkan
kerja sekolah di hadapan televisyen. Perkaitan antara masa yang diluangkan
menonton televisyen atau bermain permainan video dengan obesiti ini memang
jelas dilihat. Hampir separuh kanak-kanak dalam lingkungan 8-15 tahun
menghabiskan masa 3-5 jam sehari hanya untuk menonton televisyen tanpa
melakukan aktiviti fizikal yang banyak.

Pendapat ini turut disokong oleh artikel kedua yang menyatakan bahawa
kanak- kanak yang menghabiskan lebih banyak masa menonton televisyen
mempunyai BMI yang lebih tinggi dan peratus yang lebih tinggi lemak badan dan
kurang aktif secara fizikal.

Menonton televisyen boleh mengurangkan jumlah masa yang digunakan


untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti fizikal dan juga telah dikaitkan dengan
peningkatan penggunaan makanan sama ada semasa melihat atau akibat daripada
iklan makanan. Ia telah dilaporkan bahawa kanak- kanak menghabiskan lebih
banyak masa di hadapan televisyen, menonton televisyen dan bermain permainan
video, daripada melakukan apa-apa aktiviti lain selain tidur. Peningkatan dalam
pengambilan tenaga pemakanan digabungkan dengan menurun penggunaan
tenaga menyumbang kepada pertambahan berat.

Selain itu, di dalam televisyen juga banyak disiarkan iklan tentang makanan
segera dan makanan ringan dengan promosi yang menarik. Ini telah menyebabkan
golongan pelajar ini tertarik dan ingin mencubanya. Sedangakan kandungan yang

9
terdapat dalam makanan tersebut tidak berkhasiat dan mengandungi kandungan
gula yang banyak dan seterusnya menyebabkan kegemukan. Di sinila ibu bapa
perlu bertindak tegas agar mengikut kehendak anak-anak dengan memilih
makanan yang seimbang untuk tumbesaran anak-anak.

2.4 Peranan ibu bapa

Faktor ibu bapa dan keluarga juga memainkan peranan dalam menyumbang
ke arah peningkatan gejala obesiti dalam kalangan pelajar. Ini kerana, kanak-
kanak akan makan apa yang dihidangkan oleh ibu bapa. Sekiranya ibu bapa
mempunyai pengetahuan tentang amalan pemakanan yang sihat, kebarangkalian
untuk seseorang anak itu obes agak sukar. Menurut artikel 5 kesibukan ibu bapa
dengan kerja menyebabkan mereka tidak menitiberatkan pengambila makana n
yang seimbang. Rutinnya ibu bapa yang bekerja akan pulang ke rumah pada pukul
5 petang. Kepenatan bekerja menyebabkan ibu bapa mengambil jalan mudah
dengan menyediakan makan malam dengan makanan yang segera disiapkan.
Tanggapan mereka agar anak kenyang dan tidak kelaparan perlu disangkal kerana
makanan segera inilah yang menyumbang kepada obesiti anak-anak.

Pendapat ini juga disokong oleh artikel pertama yang menyatakan, masalah
keobesan kanak-kanak dikaitkan dengan amalan dan sikap terhadap pemakanan
yang diamalkan oleh sesebuah keluarga. Contohnya, sekiranya kanak-kanak
makan di luar, ibu bapa akan memberi kebebasan kepada anak-anak untuk
memilih makanan mereka sendiri. Sebagai contoh, kanak-kanak akan memilih
makanan segera seperti ayam goreng, burger, kentang goreng dan lain-lain
makanan yang mengandungi kalori tinggi yang mengandungi lemak, karbohidrat
dan protin. Ibu bapa seharusnya memberi diet yang seimbang iaitu hidangan

Di sini jelas menunjukkan faktor ibu bapa memang menjadi punca utama
dalam penularan gejala obesity ini dalam kalangan para pelajar. Justeru ibu bapa
perlu mengawal dan mendidik anak-anak tentang pemakanan sihat dan seimbang .
Dalam artikel kelima menyatakan bahawa peranan ibu bapa tidak berhenti dengan
sekadar menyediakan makanan untuk anak- anak sebalinya mereka perlu
membimbing dan menyedarkan anak-anak agar mereka tahu apa yang mereka
makan dan kesannya yang mereka akan hadapi dalam mengekalkan tahap
kesihatan dan kesejahteraan.

10
2.5 Faktor Genetik

Dalam populasi umum, faktor genetik memainkan peranan dalam risiko


pembangunan obesity. Ramai penyelidik percaya bahawa genetik memainkan
peranan penting dalam menentukan sama ada seseorang individu mempunyai
masalah berat badan. Kajian telah mendapati korelasi antara ibu bapa dan obesiti
kanak-kanak, walaupun seperti korelasi yang mungkin disebabkan oleh sama ada
kepada genetik atau faktor persekitaran biasa, kerana saham keluarga kedua-
duanya. Lebih mungkin, genetik menentukan sama ada seseorang itu terdedah
kepada penyakit obesity.

Menurut artikel kedua walaupun faktor genetik atau keturunan tidak dapat
dinafikan menyumbang kepada masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak
namun punca luaran atau persekitaran tidak boleh dipandang sepi. Kanak-
kanak cenderung menjadi obes apabila ibu bapa mereka juga obes. Walaupun
berlaku ketidakseimbangan genetik menyebabkan individu makan secara
berlebihan namun faktor ini tidak dapat diuruskan dalam kita menangani obesiti
kanak-kanak.

11
3.0 KESAN-KESAN OBESITI

3.1 Sakit Jantung

Lemak yang terlalu tebal boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dalam organ
tubuh kitadan menyebabkan tubuh badan kita tidak mendapat oksigen yang
mencukupi.Mereka yangmengalami obes iaitu pada ukuran BMI dalam lingkungan
25 ke atas terdedah dan menyebabkan penyakit seperti serangan jantung, mati
mengejut, sakit dada dan denyutan jantung yang tidaknormal Darah TinggiMereka
yang mempunyai berat badan berlebihan berekemungkinan mendapat tekanan
darahtinggi. Puncanya kandungan lemak darah (triglycerides) tinggi dan HDL
kolestrol baik yangrendah di dalam darah pengidap obesiti.Trigliseride yang tinggi
boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dengan cepat. Apabila ruang salur
darah telah menyempit tekanan di dalamnya meningkat.

12
3.2 Kanser

Golongan obesiti mempunyai risiko lebih tinggi terhadap pelbagai jenis kanser
seperti kanser endometrical iaitu kanser lining uterus, kolon, gall bladder, prostat,
buah pinggang dan postmenopausal, breast kanser

3.3 Penyakit Kencing manis

13
Obesiti mempunyai kaitan rapat dengan diabetes. Pengambilan gula yang
berlebihan danmempunyai tabiat malas bersenam akan menyebabkan seseorang
individu tersebut mudahterdedah kepada pelbagai risiko kesihatan. Misalnya, gula
boleh menjejaskan platelet darah yangmungkin menjadi punca kepada masalah
jantung. Malah, gula turut menjadi antara penyebab penyakit kencing manis jenis
dua, tulang rapuh, masalah ginjal, hati, kemurungan serta dikaitkandengan tumor
darah.

3.4 Emosi Tidak Stabil

Seseorang yang mengalami obesiti juga akan menyebabkan emosi tidak


stabil dan seringmenganggap dirinya tidak menarik, kurang keyakinan diri dan
mengalami depresi kerana tidakdapat menghadapi hidup yang normal dan aktif
seperti orang lainKesan Obesiti Terhadap Kesihatan MentalMarkus M, 2002)
menyatakan kesan sampingan obesiti termasuklah gangguan kesihatan mental.

14
4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI OBESITI.

Bagi mengatasi masalah ini, ibubapa, guru-guru dan semua pihak perlu
sama-sama berganding bahu untuk cari jalan penyelesaian kerana obesiti
merupakan satu perkara serius yang harus ditangani dengan segera. Guru-guru
menyampaikan ilmu pengetahuan di sekolah melalui pendidikan kesihatan, ibubapa
pula berperanan sebagai model untuk kanak-kanak. Ibu bapa perlu mengubah
sikap terlebih dahulu dengan mengubah cara pemakanan iaitu mengamalkan tabiat
pemakanan yang seimbang dan menghindari makanan yang berisiko
menyebabkan penyakit. Makanan berkhasiat diperlukan untuk untuk meningkatkan
keupayaan fizikal dan mental kanak-kanak untuk belajar. Amalan pemakanan sihat
dan seimbang dengan pengambilan hidangan bercirikan bijirin penuh serat, jenis
protein yang betul,sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi serta dan
antioksidan yang tinggi serta lemak yang sihat mampu membantu menurunkan
paras kolesterol dalam darah.

Jika di sekolah guru-guru pendidikan jasmani akan membawa kanak-kanak


untuk bersenam dan bermain di padang, di rumah pula ibubapa perlu luangkan
masa untuk membawa anak-anak mereka keluar untuk beriadah secara tidak
langsung dapat mengeratkan hubungan antara ibubapa dengan anak-anak.
Masyarakat setempat juga perlu peka dengan masalah obesity dan mengambil
inisiatif untuk sama-sama mengatasinya seperti menganjurkan ceramah-ceramah,
kempen hidup sihat, mengadakan karnival sukan atau larian. Ini bertujuan untuk
melihat sejauh manakah ahli-ahli masyarakat sedar akan kepentingan menjaga
kesihatan diri dan mampu mengubah sikap kepada yang lebih positif dengan
menjadikan gaya hidup sihat sebagai satu amalan atau budaya di kalangan
mereka. Selain itu, saringan BMI Berasaskan Penilaian Sekolah merupakan salah
satu strategi yang digunakan dalam menyediakan maklumat berkenaan

15
pemeriksaan dan pengawasan untuk mengurangkan obesity dan berat badan
berlebihan di kalangan kanak-kanak dan remaja.

Selain itu, pihak sekolah juga perlu membuat pemantauan terhadap


penjualan makanan ringan sama ada di koperasi sekolah,di kantin atau di kawasan
luar sekolah. Di sekolah melalui mata pelajaran PJPK, murid-murid akan diajar
mengenai kesihatan diri dan keluarga,gaya hidup sihat yang berkaitan dengan
amalan pemakanan yang sihat dan tidak sihat.Pengetahuan yang diperolehi melalui
mata pelajaran PJPK di sekolah sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran
kepada murid-murid dan seterusnya cuba mengubah tingkah laku atau tabiat
pemakanan serta gaya hidup seharian mereka.

Penggunaan media bercetak pendidikan yang digunakan dalam satu


kajian oleh Ruzita Abd Talib et al(2013) telah mendapat penerimaan positif dari
subjek sasaran (kanak-kanak) di mana mereka menyukai buku panduan kecil
berwarna warni dan secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap pengetahuan
mereka berkenaan pemakanan yang betul.

16
5.0 Penutup
Makanan dan pemakanan adalah penting bagi kesihatan setiap individu .
dalam masyarakat kita hari ini . Masalah pemakanan di negara kita , bukan
berpunca daripada kekurangan bahan-bahan makanan , tetapi berpunca daripada
kurang berhati-hati dalam membuat pemilihan bahan –bahan makanan. ini berlaku
kerana kurang pengetahuan, amalan dan perubahaan gaya hidup. Amalan
pemakanan mempunyai pengaruh yang besar terhadap taraf pemakanan dan
seterusnya meningkat kesihatan seseorang.

Dalam menangani masalah ini, ibu bapa, guru-guru, masyarakat dan diri
sendiri perlu menyedari kesan jangka panjang terhadap tahap kesihatan dan
kesejahteraan. Jika perkara ini terus dibiarkan, akan menyebabkan peningkatan
terhadap penyakit yang kronik seperti masalah jantung, kanser, darah tinggi dan
lain-lain lagi. Perlu diingat sekiranya di peringkat kanak-kanak telah mengalami
obesiti, kemungkinan masalah kesihatan ini akan berterusan sehinggalah dewasa.
Impak yang paling besar ialah terhadap kos rawatan dan juga tidak
menyumbangkan produktiviti terhadap pembangunan negara.

Justeru , amalan gaya hidup sihat haruslah diterapkan dalam gaya hidup di
era

globalisasi ini . Gaya hidup sihat merujuk kepada amalan tabiat yang meningkatkan
tahap kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan. Terdapat banyak
cara yang boleh dilakukan dalam mencapai bagi mengurangkan obesititi dalam
kalangan pelajar antaranya ialah melalui makanan seimbang, menjaga kebersihan,
rehat yang cukup, melakukan aktiviti senaman dan fizikal yang mencukupi dan
berkala.

17
18

Vous aimerez peut-être aussi