Vous êtes sur la page 1sur 22

KERJA KAYU, LOGAM & PAIP

VET3032

LAPORAN AMALI

PENYANGKUT KUNCI

SEM/ KOD
BIL NAMA PELAJAR ID PELAJAR
TAHUN KURSUS
1 NOORUL DIANAH BINTI AYOB 5 AT09 D20152071932
2 NOR AINI BINTI JAMALUDIN 5 AT09 D20152071920
3 NUR IZZATI BINTI ZAHARIMAN 5 AT09 D20152071928
4 NORLIANA BINTI MOHAMAD 5 AT09 D20152071945
5 NOOR AMIN BIN JAMALUDDIN 5 AT09 D20152071952

NAMA PENSYARAH:
Dr. Mohd Firdaus Mustaffa Kamal
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA
SURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 PERALATAN YANG DIGUNAKAN DAN FUNGSI 3-12

3.0 LANGKAH KERJA 13-15

4.0 LANGKAH KESELAMATAN 16

4.1 Keselamatan Am Bengkel 16

4.2 Keselamatan diri 16-17

4.3 Keselamatan Alatan 17

5.0 PERBINCANGAN 18

6.0 KESIMPULAN 19

7.0 RUJUKAN 20
1.0 PENGENALAN

Kayu merupakan bahan binaan semulajadi yang mendapat permintaan tinggi di pasaran. Ia
adalah hasil semulajadi yang diperolehi melalui aktiviti pembalakan hutan (logging) atau
ditanam secara komersil. Kayu mempunyai banyak kegunaannya dalam kehidupan seharian
kita kerana digunakan dalam kerja-kerja pembinaan, penghasilan perabot, kraf tangan, kertas
dan lain-lain. Kayu-kayu yang telah siap diproses mempunyai aplikasi yang pelbagai untuk
kegunaan domestik dan industri. Selain itu, bahan kayu buangan juga mempunyai nilai
apabila kayu buangan diubahsuai menjadi produk yang berkualiti dan berinovasi selain
memenuhi permintaan manusia secara amnya. Melalui penghasilan produk yang
menggunakan bahan terbuang ini membantu mengelakkan pembaziran sumber bahan semula
jadi.

Oleh yang demikian, dengan menggunakan kemahiran teknikal yang telah dipelajari
dan juga asas pengetahuan yang ada pada pelajar Kerja Kayu, Logam Dan Paip (VET 3032),
diharap ilmu yang dipelajari dapat menjadikan pelajar lebih kreatif dan inovatif serta dapat
membantu pelajar mempersiapkan diri untuk melakukan pelbagai jenis perkara yang
berkaitan dengan kehidupan seharian. Berdasarkan asas pengetahuan dan kemahiran yang
diperolehi diharap dapat membantu para pelajar melakukan pelbagai jenis aktiviti seperti baik
pulih kerosakan perabot, melakukan pengubahsuaian, serta membantu pelajar memperolehi
sumber pendapatan sampingan.

Oleh itu, bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan ilmu yang
dipelajari, tugasan untuk menghasilkan tempat menggantung kunci telah diberikan. Tempat
gantung kunci yang dihasilkan perlulah dibuat mengikut kreativiti kumpulan masing-masing
bagi menghasilkan projek yang kemas dan baik. Didalam menyiapkaan tugasan ini para
pelajar akan menggunakan alatan tangan untuk kerja-kerja pembinaan projek gantung kunci
dan pelajar perlu mengetahui fungsi dan cara menggunakan alatan tangan dengan betul.

1
OBJEKTIF

Antara objektif yang ingin dicapai ialah:

1. Untuk mengenalpasti dan mengetahui jenis-jenis alatan tangan.

2. Untuk menguasai kemahiran menggunakan alatan tangan mengikut bidang kerja.

3. Untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dalam kerja


kayu.

2
2.0 PERALATAN YANG DIGUNAKAN DAN FUNGSI

A. Peralatan dan Fungsi


Alatan Mengukur Dan Menanda

Peralatan Fungsi

a) Pembaris Keluli Alatan ini digunakan untuk:


 Mengukur dan menanda jarak
 Membuat garisan lurus pada
permukaan
 Menguji kerataan permukaan serta
memindahkan ukuran.

b) Pita Pengukur Diperbuat daripada plastik atau keluli dan


digunakan untuk:

 Untuk mengukur jarak yang pendek


dan jarak yang lebih panjang
daripada pembaris keluli
 Memindahkan ukuran ke bahan kerja
c) Sesiku L Fungsi:

 Mengukur kepersegian tepat yang


bersudut 90o.
 Menanda garisan lurus yang bersudut
tepat pada bahan kerja.

d) Pisau Penanda Fungsi:

 Digunakan untuk menandakan


garisan yang akan dipotong dengan
gergaji atau pahat semasa membuat
tanggam

3
e) Pensil tukang Digunakan untuk:

 Membuat garisan semasa kerja


merancang tanda
 Menanda bentuk atau bahagian benda
kerja.

Alatan Mengapit Dan Menyangga

Peralatan Fungsi

a) Apit G Digunakan bersama-sama kayu kecil atau


reja kayu untuk melindungi permukaan
benda kerja yang diapit supaya tidak rosak.
Berfungsi untuk:

 Mengapit bahagian kerja yang


hendak dipahat, digerudikan dan
digergaji.
 Mengapit bahan kerja sementara dan
sebagainya semasa proses
mengglukan dua kepingan kayu.

b) Apit F Fungsi:

 Mengapit kayu ketika proses


mengglukan dua kepingan kayu.
Merapatkan tanggam dan kerja-kerja
lain yang tidak melebihi panjang apit.
 Mengapit bahagian kerja yang
hendak dipahat, digerudikan dan
digergaji.

4
c) Ragum Meja Terdapat pada meja kerja kayu dan logam.
Digunakan bersama kayu pada kedua-dua
bahagian rahang untuk mengelakkan
permukaan bahan kerja rosak. Berfungsi
untuk:

 Memegang benda kerja semasa ianya


dikerjakan.
d) Ragum Kakak Tua Terdiri daripada bahagian lengan, rivet,
rahang dan kuku. Fungsi:

 Digunakan untuk mencengkam bagi


tujuan mencabut paku, memotong
dawai dan sebagainya.

Alatan Memotong

Peralatan Fungsi

a) Gergaji Kerat Fungsi:

 Dikhaskan untuk memotong bahan


kerja (kayu atau papan) melintangi
arah ira.
b) Gergaji Belah Fungsi:

 Digunakan untuk memotong


(membelah) bahan kerja selari
dengan arah ira.

c) Gergaji Lengkung Halus Fungi:

 Digunakan untuk menggergaji


bentuk kengkuk pada permukaan
benda kerja

5
d) Miter/Mitre Saw Fungsi:

 Menggergaji kayu, panel berlapis dan


plastik secara bersudut 45 o

e) Table Saw Fungsi:

 Memotong kayu secara lurus ataupun


dengan pemotongan sudut yang
ketepatan tinggi

f) Jigsaw Fungsi:

 Digunakan untuk memotong kayu


dengan bentuk yang berlekuk-lekuk
dan tidak terlalu tebal

Alatan Mengetam

Peralatan Fungsi

a) Planner & Thicknesser Fungsi:

 Melicinkan permukaan kayu dengan


lebih seragam dan lebih cepat
 Menentukan ketebalan kayu
ketebalan tepat kayu yang hendak
diketam

6
b) Orbital Sander Fungsi:

 Melicinkan permukaan yang rata


dengan kertas pasir yang boleh
dipilih yang dipasangkan pada
peralatan.

Alatan Menggerudi Dan Memutar

Peralatan Fungsi

a) Gerudi Tangan Mudah Alih Fungsi:

 Digunakan untuk menebuk lubang


dan kerja-kerja memutarkan skru
(kepala rata atau philip) dengan lebih
pantas dan mudah

b) Pemutar Skru Mata Rata Fungsi:

 Mengetat dan melonggarkan skru


mata rata

c) Pemutar Skru Mata Philip Fungsi:

 Mengetat dan melonggarkan skru


mata philips

d) Gerumit Fungsi:

 Membuat lubang pada permukaan


kayu bagi memandu mata skru dan
mata gerudi.

7
Alatan Menukul Dan Mengetuk

Peralatan Fungsi

a) Tukul Bongkol Bulat Fungsi:

 Permukaan rata - menatal dan


membuat kerja-kerja am seperti
menukul kepala pahat dan alat-alat
menanda
 Permukaan bulat - merivet
b) Tukul Kuku Kambing Fungsi:

 Menukul dan mencabut paku

c) Tukul Warrington Fungsi:

 Menukul paku yang bersaiz kecil


atau sederhana
 Digunakan untuk menukul paku di
ruangan yang sempit
 Menekan kayu hiasan dan venir di
tempatnya semasa diglu
d) Gandin Kayu Fungsi:

 Digunakan untuk mengetuk pahat


dan memperkemaskan kerja-kerja
pemasangan tanggam.

e) Power Tools (Nail Gun & Stapler Gun) Fungsi:

 Digunakan untuk memasukkan paku


atau stapler ke dalam kayu atau
sejenis bahan lain dengan dorongan
udara termampat (tekanan udara)

8
Alatan Menajam

Peralatan Fungsi

a) Kikir Separuh Bulat Fungsi:

 Digunakan untuk mengikir secara


kasar pada permukaan kayu dan juga
untuk mengikir lengkuk pada kayu.

b) Kikir Segi Empat Fungsi:

 Digunakan untuk mengikir alur atau


lurah berbentuk segi empat (parit
tanggam). Digunakan juga untuk
membesarkan lubang berbentuk segi
empat.
c) Kikir rata Fungsi:

 Digunakan untuk kerja-kerja


kemasan pada permukaan kayu atau
untuk menajamkan mata alatan.

d) Kikir Belah Rotan Fungsi:

 Digunakan untuk menyudahkan


bahagian tepi yang telah siap
e) Kikir pipih kasar Fungsi:

 Digunakan untuk mengikir dan


melakukan penyudahan rata

9
B. Bahan Penyantuman

Bahan penyantuman yang digunakan dalam projek ini memainkan peranan penting bagi
menyempurnakan pemasangan dan memberi rupa yang menarik dan kemas.

Pemilihan bahan penyantuman adalah berdasarkan faktor kekuatan, ketahanan, harga,


kaedah pemasangan, kemudahan, dan rupa akhir kemasan. Diantara bahan penyantuman yang
digunakan ialah:
Bahan Penyantuman Keterangan

a) Paku Tembak Bahan yang digunakan untuk mengikat


bersama kayu. Diperbuat daripada keluli.
menggunakan mesin Power Tool berserta
sistem pneumatic yang menggunakan sistem
udara termampat.

b) Ubat Staples Menyambung bahan kerja dengan


menggunakan mesin Power Tool berserta
sistem pneumatic yang menggunakan sistem
udara termampat.

c) Skru Merupakan sejenis pengikat yang


mempunyai kepala dan badannya diulirkan
sepenuhnya. Diperbuat daripada keluli
lembut, kuprum atau Loyang. Menyambung
dua bahan kerja melalui lubang pada
komponen kedua.

10
C. Kemasan Dalam Kerja Kayu
Kemasan merupakan aktivit terakhir yang dilakukan dalam penghasilan sesuatu projek.
Kaedah kemasan yang betul menentukan kecantikan rupa kahir projek. Untuk menghasilkan
kemasan menarik dan bermutu tinggi, benda kerja perlu dirawat untuk mengelakkannya
daripada menunjukkan kecacatan kayu.
Antara langkah kemasan yang dilakukan ialah dengan mengecat atau menggunakan
kemasan yang bersesuaian, merawat kecacatan dengan menyapu tepung penyumbat,
menggosok dan melelas permukaan kayu dengan kertas las, dan sebagainya.

Tujuan Kerja Kemasan


 Memberikan rupa kayu yang lebih kemas dan cantik
 Menghilangkan kesan calar atau cacat pada kayu.
 Menyediakan lapisan pelincung daripada air atau serangga.
 Memanjangkan tempoh penyimpanan projek supaya tahan lebih lama.

Peralatan Keterangan

a) Berus Cat Berus cat digunakan untuk menyapu lapisan


cat dan juga tona kayu. Perlu dibersihkan
selepas digunakan.

b) Berus syelek Digunakan untuk menyapu syelek. Berus


syelek juga juga mesti dibersihkan dengan
cara yang betul selepas digunakan supaya
tidak rosak atau keras.

11
c) Kertas Las Kertas las juga digunakan untuk
menghilangkan kecacatan dan tanda pada
kayu serta menggosok kayu hingga licin.
Terdapat beberapa jenis kertas las iaitu:

Kasar

 Memberikan permukaan kasar seperti


mengeluarkan permukaan bercat
Sederhana

 Digunakan sebelum gred halus


Halus

 Untuk mendapatkan permukaan yang


halus

d) Tepung Penyumbat Tepung penyumbat berfungsi untuk


menyubat lubang-lubang dan liang-liang
yang terdapat pada kayu sebelum kerja
mengecat dan mensyelek dilakukan.

e) Syelek Digunakan pada perabot atau kerja kayu


untuk melindungi produk dan mencantikkan
produk.

12
3.0 LANGKAH KERJA

- Gambaran projek dilukis di atas


kayu dengan menggunakan pensel
tukang untuk dapatkan ukuran yang
dikehendaki.
- Kerja kayu tersebut diapit dengan
apit G untuk kerja pemotongan.

- Kerja kayu dipotong menggunakan


mesin jigsaw.

- Kerja kayu yang telah siap dipotong.

13
- Sebahagian kerja kayu yang telah
dicantum menggunakan nail gun
(power tool).

- Setiap permukaan kayu kerja yang


berlubang dikemaskan dengan
menggunakan tepung penyumbat.

- Setiap permukaan kerja kayu


dilicinkan menggunakan kertas
las/pasir.
- Kerja kayu dikemaskan lagi dengan
sapuan varnish sebanyak tiga lapisan
untuk mendapatkan hasil yang
menarik.

14
- Kerja kayu dibuat lubang
menggunakan mesin gerudi mudah
alih untuk meletakkan penyangkut.

- Penyangkut yang telah dipasang


pada kerja kayu.

- Projek kerja kayu yang telah siap


dibuat.

15
4.0 LANGKAH KESELAMATAN

Langkah keselamatan adalah salah satu faktor terpenting semasa melakukan kerja kayu.
Sebelum memulakan perkerjaan di dalam bengkel kayu, pensyarah terlebih dulu akan
menerangkan langkah keselamatan yang perlu di ambil oleh setiap pelajar.

4.1 Keselamatan Am Bengkel

a) Bengkel hendaklah sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan teratur.
b) Setelah masuk ke bengkel buka lampu, kipas, dan tingkap untuk memastikan bengkel
sentiasa cerah dan mempunyai pengudaraaan yang baik
c) Sentiasa peka dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
d) Tidak bermain di bengkel.
e) Tidak menumpahkan minyak di atas lantai.
f) Sentiasa bersikap bertimbang rasa dan sentiasa membantu rakan sekerja atau sekelas.
g) Menyediakan peralatan yang berkaitan sahaja dengan kerja amali yang dilakukan.
h) Kesemua jenis alat yang tajam hendaklah dibawa dengan matanya sentiasa menghala
kearah bawah.
i) Membawa barang yang merbahaya atau yang panjang melalui laluan yang luar supaya
tidak merbahaya kepada diri sendiri, orang lain dan objek itu sendiri.
j) Pastikan semua suis ditutup ketika meninggalkan bengkel.
k) Hendaklah melaporkan dengan segera kepada guru jika terdapat alatan dan mesin yang
digunanakan rosak dan merbahaya kepada orang lain jika digunakan.
l) Laporkan kepada guru sekiranya terdapat satu keadaan bahaya.

4.2 Keselamatan diri

a) Pelajar perlu mematuhi segala peraturan bengkel yang telah ditetapkap. Hal ini bertujuan
untuk mengelakkan sebarang perkara kemalangan yang tidak di ingini daripada terjadi.
b) Sebaiknya pelajar melengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan asas pertolongan cemas
sebelum masuk ke dalam bengkel. Hal ini sebagai satu persediaan awal sekiranya untuk
menghadapi sebarang kecemasan

16
c) Pemakaian yang bersesuaian dan kemas. Aksesori pakaiaan barang-barang kemas perlu
dielakkan semasa melakukan kerja-kerja bengkel.Jika pelajar berbaju lengan panjang perlu
digulung hingga ke siku. Pelajar yang berambut panjang perlu mengikat rambutnya
d) Gunakan kasut (safety boots) ketika berada di bengkel.
e) Gunakan cermin mata keselamatan (gogle) dan alat pelindung muka untuk melindungi
mata sekiranya berkerja dengan mesin-mesin yang boleh mendedahkan diri dengan serpihan
dan habuk kayu.
f) Laporkan kepada guru serta-merta sekiranya berlaku kemalangan.

4.3 Keselamatan Alatan

a) Pastikan alatan berfungsi dan berada dalam keadaan selamat sebelum digunakan.
b) Mendapatkan kebenaran daripada guru sebelum menggunakan mesin.
c) Beri perhatian kepada kerja dan alatan yang digunakan. Jangan cuai. Baca manual
penggunaan peralatan sebelum menggunakan alatan.
d) Gunakan alatan yang sesuai dengan kerja yang dilakukan sebagai contoh untuk
memotong kayu gunakan jigsaw. Jika ingin memotong kayu yang bersudut seperti sudut
45 darjah gunakan mitre saw.
e) Gunakan alat penapis habuk ketika berada dalam bengkel kayu untuk melindungi diri.
f) Bersihkan alatan yang telah digunakan
g) Menyimpan semua kayu yang tidak digunakan untuk projek dalam setor selepas habis
kerja.
h) Menyimpan barang-barang yang mudah terbakar di tempat yang selamat.
i) Laporkan kepada guru sekiranya alatan yang digunakan itu rosak, hilang dan merbahaya
untuk digunakan.

17
5.0 PERBINCANGAN

Sepanjang melakukan projek ini, kami tidak mempunyai sebarang halangan dalam
menyiapkan projek ini. Projek berjaya disiapkan dalam jangka masa yang diperuntukkan
walaupun ketika proses menyiapkan projek ini, kami melalui banyak hari cuti am yang
memaksa kami untuk tidak boleh meneruskan projek ini. Semasa menjalankan kerja amali,
setiap pelajar mematuhi peraturan keselamatan diri dengan memakai kasut bertutup dan
bertapak getah. Kami juga sentiasa mematuhi peraturan dan keselamatan bengkel serta alatan
dan menggunakan peralatan yang sesuai. Kebersihan bengkel semasa dan selepas kerja amali
juga dijaga dengan baik. Pada sesi pertama bengkel, separuh dari pembinaan projek siap
dibina dengan menanda, mengukur, memotong dan melicinkan permukaan bahan projek.
Pada sesi berikutnya pula, semua hasil bahan projek dicantumkan menjadi satu model yang
lengkap. Apabila projek telah siap, proses kekemasan seperti meletak tepung penyumbat,
melicinkan permukaan projek dan menyapu syelek dilakukan untuk memastikan hasil yang
lebih kemas dan cantik.

MASALAH YANG DIHADAPI

Masalah utama yang perlu kami hadapi ialah peralatan yang disediakan kurang dan
tidak dapat digunakan oleh setiap pelajar dan menyebabkan pelajar terpaksa berkongsi dan
menunggu dan ini menyebabkan proses amali terganggu sedikit. Selain itu, keluasan bengkel
yang terhad tidak sesuai untuk menjalankan amali bagi jumlah pelajar yang ramai sehingga
memaksa pelajar melakukan kerja di koridor bangunan.

PENAMBAHBAIKAN

Bagi penambahbaikan, pihak bengkel bolehlah menyediakan peralatan dalam kuantiti


yang mencukupi untuk setiap kumpulan pelajar melakukan projek. Selain itu, boleh juga
kecilkan kuantiti pelajar dalam satu sesi pengajaran dalam bengkel kerja kayu ataupun
menambah keluasan bengkel.

18
6.0 KESIMPULAN

Kesimpulan yang kami dapati daripada projek kerja kayu yang kami lakukan ialah kami
dapat belajar pelbagai teknik serta cara-cara baru untuk melakukan kerja pertukangan kayu
ini. Sebelum masuk ke dalam bengkel kami telah dijelaskan dengan keselamatan dan
peraturan bengkel yang perlu kami patuhi. Sebelum ini kebanyakan antara kami tidak cakna
dengan keselamatan dan peraturan bengkel yang sebenarnya sangat penting untuk didikuti
bagi tujuan mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingin daripada terjadi.

Seterusnya kami mempelajari bahawa kerja ketukangan kayu ini merupakan kerja yang
memerlukan ketelitian dari segi aspek pemilihan bahan, pengukuran serta kaedah-kaedah lain
dan teknik yang digunakan untuk menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, kerja ketukangan
kayu ini juga memerlukan penelitian yang tinggi bagi menghasilkan kerja yang sempurna dan
berkualiti. Semasa kami melakukan projek, bermula dengan pemilihan kayu juga sudah
memerlukan ketelitian termasuklah ketika proses mengukur, menanda dan memindahkan
ukuran. Setiap ukuran yang dilakukan perlulah tepat untuk mendapat hasil kerja yang cantik
dan memuaskan.

Antara perkara yang baru kami pelajari ialah cara menggunakan alatan ketukangan kayu
yang tidak pernah kami guna seperti gerudi tangan, mitre saw, dan jiqsaw. Kami banyak
didedahkan mengenai fungsi dan cara menggunakan alatan-alatan ini dengan betul dan
selamat di samping turut belajar untuk menyelanggara alata dan mesin yang kami gunakan.
Hal ini dapat memberi pendedahan asas kepada kami agar mahir dalam kerja-kerja
ketukangan menggunakan alatan tangan.

Selama kami melaksanakan tugasan ini ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental
kerana semua proses kerja ketukangan ini menggunakan tenaga sepenuhnya. Secara
keseluruhannya, tugasan ini merupakan kerja yang mudah jika dilakukan dengan mengikut
segala panduan yang telah diberikan oleh pensyarah dan intruktor. Ilmu dan pengalaman
yang kami peroleh akan kami gunakan dengan baik di masa hadapan.

19
7.0 RUJUKAN

i. Amirah, E. (2015, 12 12). Retrieved from slideshare:


https://www.slideshare.net/sppj1415/report-kerja-kayu
ii. Mazauddin, H. (2013, Februari 25). Laporan Kerja Kayu Laters. Retrieved from
SCRIBD: https://www.scribd.com/document/127259942/Laporan-Kerja-Kayu-Laters
iii. Ziana J. (2012). Proses Reka Bentuk. Diakses pada 18 Mei 2018 at
https://www.slideshare.net/RozianaJusoh/proses-reka-bentuk

20

Vous aimerez peut-être aussi