Vous êtes sur la page 1sur 5

PERBEZAAN AMALAN PUASA DALAM AGAMA ISLAM, BUDDHA DAN

KHONGHUCU

Kebanyakan agama di dunia ini telah ditetapkan oleh Tuhan mengikut kepercayaan masing-
masing melalui kitab yang diturunkan kepada Pesuruh-Nya untuk berpuasa. Ritual berpuasa
ini turut diamalkan oleh para pengikut agama Islam, Buddha dan Khonghucu (Confucius).
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan dari segi amalan dan ritual dalam
melaksanakan ibadat ini menurut agama-agama tersebut.

A. Agama Islam
Istilah dan Definisi
Dalam agama Islam, puasa atau bahasa Arabnya ‫( صوم‬saum/shaum) diistilahkan dari segi
Syarak sebagai menahan diri daripada makan, minum dan melakukan perkara-perkara yang
membatalkan puasa dari terbit fajar sidiq hingga terbenam matahari berserta niat. Hal ini
bermaksud, sepanjang berpuasa, umat-umat Islam dilarang makan dan minum atau melakukan
sesuatu perkara yang boleh membuatkan ibadat puasa tersebut terbatal seperti memasukkan
sesuatu ke rongga-rongga badan, bersetubuh di siang hari, merokok di siang hari dan
sebagainya. Ibadat puasa ini bermula daripada terbitnya fajar sidiq (masuk waktu Subuh)
sehingga terbenam matahari (waktu Maghrib). Sebelum berpuasa, umat Islam mestilah
memenuhi semua syarat wajib dan sah puasa serta rukun-rukun puasa dan diwajibkan untuk
membaca niat puasa. Jika salah satunya tidak dipenuhi, maka ibadat puasa itu akan menjadi
tidak sah.1

Hukum Berpuasa dan Jenis-jenis Puasa


Hukum berpuasa adalah mengikut hari puasa itu dilakukan serta jenis-jenis puasa. Terdapat
puasa yang wajib dan sunat dilakukan, makruh dilakukan serta puasa yang menjadi haram
sekiranya dijalankan.
i. Puasa Wajib
Puasa wajib ialah puasa yang mesti dilaksanakan oleh seluruh umat Islam. Jika mereka ingkar
melakukannya, mereka akan dikira berdosa besar. Antara contoh puasa wajib ialah puasa dalam
bulan Ramadhan selama 30 hari, puasa Kifarah, puasa Qada’ dan puasa Nazar.
ii. Puasa Sunat
Puasa sunat ialah puasa yang digalakkan untuk dilakukan kepada semua penganut agama
Islam. Jika mereka berpuasa, ganjaran pahala akan diberikan namun jika mereka tidak
menjalankan ibadat ini, mereka tidak akan bertanggungan terhadap dosa. Contoh-contoh puasa
sunat termasuklah puasa 6 hari pada bulan Syawal (selepas hari raya Pertama), puasa pada Hari

1
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (2010). Amalan Berpuasa Dalam Islam. Dicapai pada 7 Oktober
2017 daripada http://www.jawi.gov.my/
Arafah, puasa Hari Tasu’a (9 Muharam) dan Hari Asyura (10 Muharam), puasa pada hari Isnin
dan Khamis serta puasa pada tanggal 13, 14 dan 15 hari bulan setiap bulan Islam Hijrah.
iii. Puasa Makruh
Puasa makruh pula ialah puasa yang bertentangan dengan puasa sunat. Jika puasa ini dilakukan,
mereka yang melakukan ibadat ini tidak diberikan apa-apa ganjaran namun jika puasa ini tidak
dilakukan, ganjaran pahala akan diberikan. Antara contoh puasa makruh ialah puasa yang
dilakukan sehari atau dua hari sebelum puasa Ramadhan.
iv. Puasa Haram
Sesuatu ibadat puasa itu akan menjadi haram dan tidak sah jika ianya dilakukan pada hari-hari
yang diharamkan untuk berpuasa. Antara puasa-puasa yang haram dilakukan oleh umat Islam
ialah puasa pada hari Syak (30 Syaaban), puasa pada Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal), puasa
pada Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijah), puasa pada Hari Tashriq (11, 12, dan 13 Zulhijah),
puasa pada Hari Arafah kepada orang yang menunaikan haji (9 Zulhijah), puasa sunat seorang
perempuan tanpa izin suami sedangkan suaminya ada di rumah serta puasa bagi orang yang
takut akan berlakunya kemudaratan terhadap dirinya jika dia berpuasa. Seorang perempuan
yang sedang haid atau nifas juga diharamkan untuk berpuasa.2

2
Jabatan Kemanusiaan Pendidikan Islam Kolej Vokasional Butterworth (2014). Perbezaan Islam Dengan
Agama Lain. Dicapai pada 7 Oktober 2017 daripada http://kvbw.blogspot.my/2014/09/bahagian-akidah-
semester-4-perbezaan.html#!/tcmbck
B. Agama Buddha
Istilah dan Definisi
Bagi penganut agama Buddha pula, ibadat puasa dirujuk sebagai Uposatha atau Upavasatha
dalam bahasa Sanskrit. Ianya telah dimulakan pada zaman kehidupan Buddha Gautama dan
terus diamalkan sehingga kini. Uposatha lazimnya akan dijalankan oleh penganut agama ini
sebanyak dua kali dalam sebulan menurut kalendar Buddha iaitu semasa bulan terang
(purnama) dan bulan gelap. Terdapat empat hari Uposatha yang dianggap istimewa dalam
kalangan pemeluk agama Buddha iaitu hari Uposatha yang dilakukan dalam bulan Magha,
Waisak, Asadha dan Kathina.3

Hukum Berpuasa dan Cara-cara Puasa Dilakukan


Ritual berpuasa ini adalah tidak diwajibkan terhadap semua penganut agama Buddha namun
ianya amat digalakkan oleh sami-sami mereka. Seseorang yang menjalankan uposatha
diharamkan untuknya makan tetapi minum adalah dibolehkan. Amalan uposatha ini bermula
pada waktu tengah hari iaitu ketika matahari tepat di atas kepala (jam 12 tengah hari) sehingga
waktu Subuh sebelum terbit matahari keesokan harinya. Terdapat beberapa peraturan yang
perlu dipatuhi jika seseorang itu ingin menjalankan ibadat puasa. Sekiranya salah satu
peraturan tersebut dilanggar secara sengaja atau tidak sengaja maka puasa tersebut adalah tidak
sempurna. Antara peraturan tersebut ialah:-

1. Tidak membunuh atau melukakan makhluk hidup


2. Tidak mencuri
3. Tidak bersetubuh
4. Tidak mengambil mana-mana makanan atau minuman yang memabukkan dan menyebabkan
ketagihan
5. Tidak makan pada waktu yang tidak dibenarkan
6. Tidak menyanyi, menari, berhibur, memakai perhiasan dan alat kosmetik serta berwangi-
wangian
7. Tidak berbohong
8. Tidak duduk atau baring di tempat duduk yang besar dan tinggi

3
Zainol Abidin Ahmad (2009). Perbandingan Agama Islam-Kristian-Budha-Hindu: Mencari Titik Persamaan
Bukan Permusuhan. Dicapai pada 6 Oktober 2017 daripada
https://www.academia.edu/7687279/perbandingan_agama_islam_kristian_budha_hindu_mencari_titik_persama
an_bukan_permusuhan
Puasa Secara Vegetarian
Terdapat satu lagi amalan puasa yang diamalkan oleh penganut agama ini iaitu puasa secara
vegetarian. Puasa ini menuntut mereka yang ingin berpuasa untuk tidak mengambil sebarang
makanan yang berunsurkan daging dan bawang dan hanya makan sayur-sayuran. Puasa jenis
ini membolehkan pengamalnya untuk makan pada bila-bila masa sahaja asalkan makanan
tersebut adalah sayur-sayuran. Puasa ini tidak diwajibkan kepada pengamal ajaran Buddha dan
dilaksanakan pada 1 dan 15 hari bulan berdasarkan kalendar Lunar sewaktu bulan purnama.4

C. Agama Khonghucu (Confucius)


Istilah dan Definisi
Amalan berpuasa dalam kepercayaan Khonghucu adalah berlainan dengan agama-agama lain
yang mana puasa menurut kepercayaan ini lebih mendukung prinsip pembinaan diri atau Xiu
Shen (修身) yang bertujuan untuk mencapai dua matlamat iaitu pengendalian nafsu atau Gua
Yu (寡欲) serta penyelesaian kekeliruan atau Gai Guo (改过). Amalan berpuasa ini akan
dijalankan oleh umat Khonghucu pada 1 dan 15 hari bulan Imlek atau kepada mereka yang
ingin menunaikan ibadat sembahyang Besar kepada Tuhan atau Keng Thi Kong (敬天公),
puasa ini dilaksanakan bermula pada hari kedua sehingga hari kelapan (tujuh hari) dari jam
05:30 pagi sehingga 10:00 malam setelah Tahun Baru Imlek. Semua penganut kepercayaan ini
adalah digalakkan untuk berpuasa pada hari-hari yang ditetapkan.5

Cara-cara Puasa Dijalankan


Dalam agama Khonghucu, terdapat dua kaedah pelaksanaan puasa iaitu:-

i. Berpantang atau Zhai (斋) yang lebih menjurus kepada puasa berkenaan makanan.

ii. Berjaga atau Jie (戒) yang merujuk kepada puasa tentang perilaku dan perbuatan.

Amalan berpuasa dari segi berpantang dalam agama Khonghucu memerlukan pengamalnya
untuk tidak melakukan apa-apa perkara atau menjamah sebarang makanan yang telah menjadi
kebiasaan seseorang selama tiga hari menjelang hari sembahyang sebagai ritual penyucian diri
sebelum menyembah Tuhan mereka. Selain berpantang, mereka juga dikehendaki untuk
menjaga perilaku dan tatatertib masing-masing sewaktu amalan berpuasa dijalankan. Hal ini

4
Syaiful Rizal (2016). Puasa Dalam Ajaran Agama Dan Kepercayaan Hingga Kedokteran Modern. Dicapai
pada 6 Oktober 2017 daripada http://www.syaiflash.com/puasa-dalam-ajaran-agama-dan-kepercayaan-hingga-
kedokteran-modern/
5
Study Park Of Confucius (2014). Perkembangan Agama Khonghucu dan Pemahaman Puasa. Dicapai pada 8
Oktober 2017 daripada http://www.spocjournal.com/budaya/499-perkembangan-agama-khonghucu-dan-
pemahaman-puasa.html
dilaksanakan demi mencapai tahap kesucian diri yang tinggi agar sentiasa dirahmati oleh
Tuhan.6

6
Marina Tan (2013). Makna Puasa Dalam Agama Khonghucu. Dicapai pada 8 Oktober 2017 daripada
http://newmarinatan.blogspot.my/2013/07/makna-puasa-dalam-agama-khonghucu.html

Vous aimerez peut-être aussi