Vous êtes sur la page 1sur 1

Uji data z skewness dan z kurtosis

Sebelum analisis data, ujian kenormalan telah dijalankan. Ujian ini dijalankan bagi mendapatkan
normaliti data sama ada serakan data normal atau tidak normal. Jika serakan data adalah normal,
maka data kajian boleh dianalisis menggunkan analisis parametrik. Manakala jika serakan data tidak
normal, maka digunakan analisis non parametric (Pallant 2005). Normaliti ditentukan melalui dua
kaedah iaitu kaedah statistik dan kaedah bentuk graf. Kaedah statistik yang dipilih adalah
ujian Kolmogorov Smirnov, skewness dan kurtosis yang menggunakan skor Z-skewness dan Z-
kurtosis. Skor Z-skewness danZ-kurtosis diperolehi dengan cara membahagikan nilai skewness dan
nilai kurtosis dengan ralat piawainya. Data dikatakan bertabur normal atau normaliti memenuhi
syarat apabila nilai signifikan ujian Kolmogorov Smirnov lebih dari .05 dan skor skewness serta
kurtosis mempunyai nilai antara -1.0 dan +1.0 serta skor Z-skewness dan Z-kurtosis berada pada julat
-1.96 dan +1.96 (Hair et al., 1998). Manakala kaedah bentuk graf yang digunakan adalah histogram.
Data kajian bertabur normal apabila bentuk graf serupa loceng atau bentuk taburam yang tinggi di
bahagian tengah dan kedua-dua belah kiri dan kanan rendah (Chua, 2006).

Vous aimerez peut-être aussi