Vous êtes sur la page 1sur 8

Asas elektrik motosikal

Belajar mekanik motor bab 9-pengenalan


komponen asas wiring

Kuasa elektrik pada motosikal terbahagi kepada 2 bahagian iaitu untuk nyalaan enjin dan nyalaan
lampu.Nyalaan enjin hanya 1 iaitu untuk menyalakan api spark plug dan nyalaan lampu adalah untuk
nyalakan lampu depan,belakang signal,lampu kecil meter panel,signal,horn dan beberapa lagi.

Nyalaan enjin hanya satu kegunaan iaitu untuk menghidupkan spark


plug.Andaikata berlaku masalah spark plug tak ada api ini merujuk
kepada kerosakan atau kegagalan pada mana-mana membabitkan
komponen nyalaan .3 komponen berkenaan penyebab spark plug tak
ada api

Starter Coil
Stater coil ditempatkan di dalam megneto/flywheel pada tapaknya.Elektrik untuk nyalaan enjin
bermula di sini bagi sistem Cdi.

Stater coil ialah sebiji komponen elektrik yang direka dengan beribu kali lilitan wayar tembaga halus
padanya.Dengan hasilkan 12v untuk permulaan pada starter arus elektrik sekitar 20000v terhasil
pada spark plug.
Cdi

Unit pengawal api (elektrik) bagi memastikan spark plug keluar api pada masa di tetapkan mengikut
kitaran enjin samada 2 lejang atau 4 lejang.Kebanyakan motosikal baru telah beralih kepada sistem
Tci.

Plug Coil

Inilah tempat dimana 12v elektrik di besarkan menjadi beribu volt pada spark plug.Plug coil adalah
unit komponen elektrik terakhir untuk nyalaan enjin sebelum spark plug.

Rumusnya cara kerjanya seperti ini

Starter coil-->cdi--->plug coil-->spark plug

Bermakna setelah mengetahui cara kerja elektrik enjin kita dapat mencari punca spark plug tak ada
api dengan membuat pemeriksaan mengikut turutan rumus di atas.

Terlerai sudah bahagian nyalaan enjin,kini kita belajar pula tentang nyalaan lampu.Walaupun pada
body(-) yang sama,elektrik yang dihasilkan oleh sistem nyalaan lampu motosikal adalah tiada kaitan
dengan nyalaan enjin kerana ia berlainan punca.Andainya motor tak ada lampu depan adalah
disebabkan mentol terbakar,jika menukar mentol tidak berhasil kita perlu memeriksa pada suis handle
dan tetap belum selesai maka perlulah membuat pemeriksaan pada komponen ini;

Lamp Coil
Ini permulaan elektrik untuk nyalaan lampu.lamp coil terletak bersebelahan dengan starter
coil.Seakan starter coil tapi dengan gegelung wayar yang lebih kasar.Arus elektrik dihasilkan ialah 6v
atau 12v bergantung kepada jenis motosikal itu.Tenaga elektrik dihasilkan dari lamp coil ialah untuk
nyalakan lampu besar dan juga sebagai pengecas bateri.

Bateri
Fungsi Bateri untuk motosikal ialah untuk hidupkan lampu kecil,lampu signal,brek,horn kecuali lampu
besar depan dan lampu belakang.Walaupun bateri menghasilkan arus elektriknya sendiri tapi ia
perlukan elektrik dari lamp coil sebagai pengecas balik supaya ia kekal bertenaga.

Rectifier

Rectifier sebagai alat kawalan arus elektrik atau cut off supaya volt dihasilkan lebih stabil
untuk nyalaan lampu.Kesan apabila rectifier rosak ialah menyebabkan mentol cepat terbakar atau
lampu malap.

Rumus bagi nyalaan lampu ialah

Lamp coil-->rectifier-->bateri-->suis-->lampu
Tambahan di atas ialah suis kiri-kanan pada bar handle adalah alat pengagih elektrik kepada
bahagian tertentu.

Di atas adalah komponen asas dalam sistem elektrik motosikal,lain-lain tambahan pada sistem
nyalaan adalah alat sampingan sahaja seperti kondensor untuk kelipkan signal.

Tidak sukar membuat wiring motosikal jika mengetahui cara kerja serta susun aturnya,jangan lupa On
switch yaa..ok,kita bersambung lagi pada BAB SETERUSNYA lampu depan tak nyala .."

Punca lampu depan motor tak menyala

Belajar Mekanik motor bab 10- punca lampu depan tak


menyala

Sebelum ini saya ada ulas sikit tentang cara tukar mentol lampu besar motor ex5 hari ini
anda akan pelajari lebih lanjut pada bab wiring motor ini iaitu cara atasi masalah mentol
lampu depan tak menyala walaupun sudah tukar mentol tapi tetap tak mahu hidup.

Sebelum kita teruskan pelajaran mekanik motor kita kali ini,diharap anda sudah pun tahu
bab asas wiring yang telah saya terbitkan,lanjutan hal membabitkan cara kerja wiring untuk
lampu (bukan nyalaan enjin) adalah seperti yang saya gambarkan di bawah;
Penjelasan: lampu coil dalam magnet adalah permulaan segalanya untuk nyalaan
lampu,selepas enjin dihidupkan api (elektrik) akan dialihkan kepada Rectifier untuk
diseimbangkan volt-nya agar tidak terlalu besar yang boleh mengakibatkan mentol
'bakar'.Kemudian hasilnya cukup untuk membuat mentol 12v menyala dengan terang tanpa
terbakar.

Soket lampu rosak

Pertama sekali lepas mentol tak menyala kita pergi ke soket lampu.Biasanya penyebab
mentol tak menyala ialah pada bahagian soket ini berkemungkinan ada wayar putus,karat
pada tapak mentol atau mungkin pada bahagian sambungan wayar soket ke wayar utama
tercabut.

Normalnya pada motor ex5 atau motor cub lain ada 3 wayar pada soket.2 wayar hidup untuk
lampu tinggi dan bawah dan satu lagi ialah wayar bumi (-).

Cara buat uji cuba current

Jadi untuk soket lampu yang tak ada masalah pasti ada 'current' jika kita membuat uji cuba
pada soket itu.Cara buat uji cuba samada soket tu boleh guna atau tak adalah mudah
saja,kita boleh gunakan 2 kaedah;

 Kaedah 'kuno'
 Guna Multimeter

Saya bagi contoh kaedah kuno yang selalu saya buat atau bagi kebanyakan mekanik motor
yang lain ialah;

 Hidupkan enjin
 1 urat wayar untuk 'taster'

Bab belajar mekanik


Artikel berkaitan
'Shot' kan wayar hidup pada wayar bumi/body motor dengan menggunakan seurat wayar
tadi.Jika 'spark' terhasil bermakna soket masih berada dalam keadaan baik,jika tidak
perlulah menukar kepada socket baru.

Malangnya jika uji cuba yang kita buat tidak menunjukkan hasil positif,lampu tidak menyala
jadi langkah selanjutnya diperlukan.Kita akan pergi ke bahagian lebih bawah pula switch
handle selepas ini.sekian.

Belajar mekanik-wiring switch handle motor

Bab 11 belajar mekanik motor-menyelesaikan masalah wayar switch


handle tak ada api untuk nyalakan lampu dan beberapa komponen
wiring lain
Salam,ok sambungan dari bab lepas yang mana soket tak sampai api (current) perlulah
anda check wayar dari switch handle kepada soket lampu depan.2 wayar ke hidup ke soket
(atas/bawah) tidak ada api juga,nah! Kali ini anda perlu lanjutkan pemeriksaan/check switch
untuk pastikan ia masih elok atau bermasalah.Caranya seperti ini;

Dapatkan wayar hidup penghantar (wayar bawah) ke switch handle,check seperti yang saya
ajar sebelum ini.Jika hasilnya positif iaitu wayar bawah ada api bermakna switch
bermasalah/rosak.Biasanya di bengkel
yang sesak mekanik akan terus tukar switch kepada baru saja,tapi anda yang belajar
mekanik ini perlu tahu cara kerja wiring-nya (cara jalan current).Pemahaman mudah saya
tunjukan kepada anda;

Cara kerja lektrik switch handle


Switch pada handle motor sebelah kiri ini berkerja sebagai pengagih kuasa
lektrik/api/current kepada lampu depan belakang,lampu signal dan juga horn (ping..ping..).

Saya lukis sikit gambaran supaya anda lebih faham,maaf diagram wiring switch handle
motor agak buruk :D
Keterangan;
A=soket mentol
B1=lampu tinggi (depan)
B2=lampu rendah (depan)
B3=lampu belakang
C=lampu brek (belakang)
D1=lampu signal (kanan)
D2=lampu signal (kiri)
E=horn
*litar itu menunjukkan semua wayar hidup.

Kuasa lektrik/listrik yang diambil oleh switch ialah


1.kuasa coil
2.kuasa bateri

Apapun semuanya mula bekerja setelah kunci mula ON sahaja.Ini saya sudah terangkan
dalam bab asas wiring lagi..sila baca ya..:)
Ok,lanjutan selepas ini iaitu wayar bawah tak ada api..

Wayar bawah tak supply current

Wayar bawah sebelum switch handle itu datang daripada 2 punca iaitu dari bateri dan coil
lampu.Tapi sebelum terus kepada switch terdapat beberapa komponen wiring lagi yang
perlu direntasi oleh punca kuasa lektrik itu.

Contoh;wayar kuning dari bawah sebelum switch tak ada api.Dalam gambarajah di atas
anda dapat lihat wayar kuning itu tidak melalui kunci untuk ke switch.Hanya terdapat rectifier
setelah coil lampu,jadi berkemungkinan rectifier rosak atau lamp coil dalam magnet itu yang
rosak.

Sememangnya kita mahu hasil yang cepat dalam membuat kerja jadi tekniknya kita buat
'short cut' saja.TERUS TEST WAYAR DARI LAMP COIL..jika hasil positif maka bererti ada
masalah pada rectifier dan jika hasilnya negatif maka kerosakan pada coil dalam magnet
itu.Mudah bukan..?

Contoh 2: lampu signal,lampu brek belakang mati(tak nyala).Di atas anda dapat lihat current
dari bateri akan mengalir merentasi rectifier-->kunci-->switch handle.Nampak? Current
tak terus supply ke switch,jadi di antara 2 komponen adalah penyebab current tak sampai ke
switch.

Vous aimerez peut-être aussi