Vous êtes sur la page 1sur 4

KERTAS KERJA

PROGRAM EARLY BIRDS


ANJURAN PANITIA BAHASA INGGERIS, SMK LAHAT

1.0 Pendahuluan

Panitia Bahasa Inggeris SMK Lahat dengan rasa kesedaran yang tinggi terhadap
kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran teras terhadap murid-
murid SMK Lahat telah merencanakan satu program iaitu Early Birds bagi calon-calon
PT3 dan SPM pada awal pagi hari bersekolah. Program ini akan dilaksanakan secara
dua versi iaitu versi jangka pendek dan versi jangka panjang. Versi jangka pendek iaitu
‘drilling’ teknik menjawab soalan peperiksaan akan dilaksanakan semasa sesi kelas
tambahan Early Birds berlangsung manakala versi jangka panjang iaitu membuat
latihan berformat peperiksaan sebenar sebagai tugasan rumah. Program ini akan
dijalankan selama 3 hari setiap minggu. Diharapkan dengan pelaksanaan program ini
dapat membantu murid-murid membuat latih-tubi berfokus serta menguasai bahasa
Inggeris dengan baik sekaligus dapat meningkatkan peratus murid lulus dan cemerlang
dalam peperiksaan.

2.0 Rasional

Program ini dijalankan bertujuan untuk menggalakkan murid-murid datang awal ke


sekolah untuk menguasai bahasa Inggeris dan sekaligus dapat meminimakan murid
GALUS mata pelajaran bahasa Inggeris dalam peperiksaan.

3.0 Objektif

3.1 Memantapkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid.


3.2 Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknik-teknik menjawab soalan
peperiksaan disamping meningkatkan kecemerlangan dan peratusan lulus.
3.3 Mengalakkan murid-murid datang awal ke sekolah.

4.0 Sasaran

Murid-murid Tingkatan 5 ST, 5 MPV dan 3 Alfa

5.0 Tarikh

- Februari hingga Oktober 2018

6.0 Masa
- 20 minit awal pagi hari Selasa, Rabu dan Khamis (Program Jangka Pendek)
- Sebagai latihan tugasan rumah (Program Jangka Panjang)

7.0 Tempat
- Program Jangka Pendek – Bilik Melur
- Program Jangka Panjang – Tugasan rumah

1
8.0 Ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Program Jangka Pendek dan Jangka Panjang

- Sila lihat lampiran 1

9.0 Kewangan

- Sila lihat lampiran 2

11.0 Penutup

Amatlah diharapkan agar program ini akan dapat mencapai objektif yang ditetapkan
sekaligus dapat menaikkan peratus murid lulus mata pelajaran bahasa Inggeris dan
semestinya dapat meminimakan murid GALUS dalam peperiksaan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………………….. ……………………………
(UMAGOWRIE A/P SUPRAMANIAM)
Setiausaha,
Program LAWAD dan LACAD,
SMK Lahat.

Disahkan oleh:

……………………………..

2
Lampiran 1

AJK Induk:

Pengerusi : En. Salleh bin Hj Yusuf (Pengetua SMK Lahat)


Timb. Pengerusi : Pn. Noraspalela binti Abdullah (Pen. Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi I : En. Ahmad Jefri bin Kamil (Pen. Kanan Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi II : En. Fadzil bin Sahak (Pen. Kanan Ko-Kurikulum)
Penyelaras : Pn. Nor Haslina binti Musa (GK Bidang Bahasa)
Setiausaha : Pn. Umagowrie A/P Supramaniam (KP Bahasa Inggeris)

AJK Pelaksana:

Kelas dan guru-guru yang terlibat:

Bil. Tingkatan Hari Masa Nama Guru

1. 3 Alfa Selasa 7.00 – 7.20 pg Pn Umagowrie A/P Supramaniam

2. 5 ST Rabu 7.00 – 7.20 pg Pn Umagowrie A/P Supramaniam

3. 5 MPV Khamis 7.00 – 7.20 pg Pn Umagowrie A/P Supramaniam

3
Lampiran 2

Kewangan

Sumber Pendapatan

1. Sumbangan Peribadi RM 100.00

Jumlah RM 100.00

Anggaran Perbelanjaan

1. Kertas A4 : RM 80.00
i. (RM 10.00 x 8 kotak)

2. Dakwat printer RM 20.00

Jumlah RM 100.00

Vous aimerez peut-être aussi