Vous êtes sur la page 1sur 5

KERTAS KERJA

PROGRAM LEARN A WORD A DAY (LAWAD) DAN


LEARN A CLICHÉ A DAY (LACAD)
ANJURAN PANITIA BAHASA INGGERIS, SMK LAHAT

1.0 Pendahuluan

Panitia Bahasa Inggeris SMK Lahat dengan rasa kesedaran yang tinggi terhadap
kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran teras terhadap murid-
murid SMK Lahat telah merencanakan satu program iaitu Program Learn A Word A Day
(LAWAD) bagi murid-murid Menengah Rendah dan Learn A Cliché A Day (LACAD)
khusus untuk murid-murid Menengah Bawah SMK Lahat. Program ini akan dilaksanakan
secara dua versi iaitu versi jangka pendek dan versi jangka panjang. Versi jangka pendek
iaitu latihan ejaan akan dilaksanakan semasa sesi PDP berlangsung manakala versi jangka
panjang iaitu memberi makna dan membina ayat dengan menggunakan perbendaharaan
kata dan cliché, proverbs, idioms, phrasal verbs, dan sebagainya akan dilangsungkan
semasa 5 minit pertama PDP Bahasa Inggeris. Diharapkan dengan pelaksanaan program
ini dapat membantu murid-murid menambah penguasaan perbendaharaan kata serta
menguasai bahasa Inggeris dengan baik sekaligus dapat meningkatkan peratus murid lulus
dan cemerlang dalam peperiksaan.

2.0 Rasional

Program ini dijalankan bertujuan untuk menggalakkan murid-murid menguasai bahasa


Inggeris dan sekaligus dapat meminimakan murid GALUS mata pelajaran bahasa Inggeris
dalam peperiksaan.

3.0 Objektif

3.1 Memantapkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid.


3.2 Menambahkan penguasaan perbendaharaan kata dan ungkapan.
3.3 Menguji murid-murid dengan ejaan perkataan dalam bahasa Inggeris
3.4 Melatih murid-murid membina ayat yang berstruktur betul.

4.0 Sasaran

Murid-murid Kelas Peralihan sehinga Tingkatan 5.

5.0 Tarikh

- Februari hingga November 2018

6.0 Masa)
- 2 mimit waktu PDP (Program Jangka Pendek)
- 3 minit waktu PDP (Program Jangka Panjang)

1
-

7.0 Tempat
- Program Jangka Panjang – Kelas PDP
- Program Jangka Pendek – Kelas PDP.

8.0 Ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Program Jangka Panjang

- Sila lihat lampiran 1

9.0 Kewangan

- Sila lihat lampiran 2

11.0 Penutup

Amatlah diharapkan agar program ini akan dapat mencapai objektif yang ditetapkan
sekaligus dapat menaikkan peratus murid lulus mata pelajaran bahasa Inggeris dan
semestinya dapat meminimakan murid GALUS dalam peperiksaan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………………….. ……………………………
(UMAGOWRIE A/P SUPRAMANIAM)
Setiausaha,
Program LAWAD dan LACAD,
SMK Lahat.

Disahkan oleh:

……………………………..

2
Lampiran 1

AJK Induk:

Pengerusi : En. Salleh bin Hj Yusuf (Pengetua SMK Lahat)


Timb. Pengerusi : Pn. Noraspalela binti Abdullah (Pen. Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi I : En. Ahmad Jefri bin Kamil (Pen. Kanan Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi II : En. Fadzil bin Sahak (Pen. Kanan Ko-Kurikulum)
Penyelaras : Pn. Nor Haslina binti Musa (GK Bidang Bahasa)
Setiausaha : Pn. Umagowrie A/P Supramaniam (KP Bahasa Inggeris)
Bendahari : Pn. Siti Nor Suraya binti Sulaiman

AJK Pelaksana:

Program Jangka Panjang (Pelaksanaan di Dataran Ilmu)


- Soalan Peribahasa dan Soalan KBAT (2 kali seminggu)

Giliran guru bertugas mengendalikan sesi:

Bil. Nama Guru Minggu


1. Pn. Kholijah binti Mohamad Noor 1
2. Pn. Nor Haslina binti Musa 2
3. Pn. Balvinder Kaur a/p Charan Singh 3
4. En. Shahrilnizam bin Ismoil Habibi 4
5. Pn. Hjh. Afaf binti Ismail 5
6. Pn. Hasnah binti Hamid 6
7. Pn. Siti Zalefa binti abdul Rafar 7
8. Pn. Kholijah binti Mohamad Noor 8
9. Pn. Nor Haslina binti Musa 9
10. Pn. Balvinder Kaur a/p Charan Singh 10
11. En. Shahrilnizam bin Ismoil Habibi 11
12. Pn. Hjh. Afaf binti Ismail 12
13. Pn. Hasnah binti Hamid 13
14. Pn. Siti Zalefa binti abdul Rafar 14

3
Lampiran 2
Kewangan

Sumber Pendapatan

1. Panitia Bahasa Melayu RM 135.00

Jumlah RM 135.00

Anggaran Perbelanjaan

1. Bunting RM 35.00

2.Saguhati dan hadiah:


i. Soalan Peribahasa dan KBAT (RM2x50 orang) RM 100.00

Jumlah RM 135.00

4
5

Vous aimerez peut-être aussi