Vous êtes sur la page 1sur 31

ANTI-DAJJAL

1 0 Pe r i s a i F i t n a h D a j j a l
+ Te k n i k H a f a l a n S u r a h A l - Ka h f i

“ D aj j al M u n cul K a l i P e r t am a
S e b a g a i S e o r a n g P e m e r i n ta h Y a n g
K e j a m , I a K e m u di a n M e n g a k u
N a b i , L a l u M e n g a k u T u h a n. ”

TandaKiamat.com
Hakcipta Terpelihara 2015
© TandaKiamat.com

Mulakan membaca ebook ini dengan


Bismillah dan niat yang baik. Perkongsian
10 Perisai Fitnah Dajjal ini daripada Ustaz
Dr. Izhar Ariff dalam majalah al-Ustaz
(Volume 03, No. 26) dengan penambahan
idea penulis.
Teknik Hafalan Surah Al-Kahfi menggunakan
‘Kaedah Jibril’ dalam penulisan buku Ustaz
Hj. Mohammad Asraff Ayob, al-Hafiz.

Irfan Ibrahim CH
Penulis Akhir Zaman @ TandaKiamat.com
Penulis Buku ‘5 Fasa Umat Akhir Zaman’

Facebook: TandaKiamat.com
Instagram: tandakiamat
ANTI-DAJJAL
10 Perisai Fitnah Dajjal
10 PERISAI FITNAH DAJJAL

#1
Banyak Berdoa:
“Ya Allah, sesungguhnya aku
memohon agar dijauhkan daripada
fitnah Dajjal.”

Rasulullah SAW mengajar kita


membaca doa memohon perlindungan
kepada Allah SWT daripada fitnah
Dajjal pada saat tahiyyat akhir sebelum
salam setiap kali solat.
Doa itu adalah;

ِ َّ‫ب الن‬
،‫ار‬ ِ ‫عذَا‬ َ ‫ َو‬،‫ب ْالقَب ِْر‬
ِ ‫عذَا‬ ُ َ ‫اَللَّ ُه َّم ِإنِي أ‬
َ ‫ع ْوذُ ِب َك ِم ْن‬
.ِِ ‫يِ الََّّ ََّّا‬ ِ
ِ ‫م‬
َ ْ ‫ش ِر‬
‫ال‬ َ ‫و‬َ ، ‫ت‬
ِ ‫ا‬ ‫م‬
َ ‫م‬
َ ْ ‫َوفِتْنَ ِة ْال َم ْحيَا َو‬
‫ال‬
ِ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku


memohon perlindungan kepadaMu
daripada azab azab kubur, daripada
azab api neraka, daripada fitnah
kehidupan dan kematian dan daripada
buruknya fitnah Dajjal.”
10 PERISAI FITNAH DAJJAL

#2
Menjaga Solat Fardu
Jangan sesekali meninggalkan solat
fardu lima waktu kerana solat dapat
menjauhkan segala kemaksiatan.

“Wahai orang yang beriman,


jadikanlah sabar dan solat sebagai
penolongmu.”

(Surah al-Baqarah: ayat 153)


10 PERISAI FITNAH DAJJAL

#3
Beramal Dengan Al-Quran
Banyakkan membaca, memahami dan
beramal dengan al-Quran kerana ia
benteng segala kemungkaran.

“Sesungguhnya al-Quran ini memberi


petunjuk ke jalan yang betul...”

(Surah al-Israk, ayat 9)


10 PERISAI FITNAH DAJJAL

#4
Beramal Dengan Sunnah
Berpegang teguh dengan al-Quran dan
sunnah dalam kehidupan.

Al-Hafiz Ibn Kathir berkata: “Dajjal


muncul kali pertama sebagai seorang
pemerintah yang kejam.”
Oleh kerana Dajjal muncul sebagai
seorang pemerintah yang kejam, saya
ingin berkongsi bab ‘Pemimpin Yang
Rosak’ dalam buku saya (5 Fasa Umat
Akhir Zaman).

Seorang penguasa atau pemimpin


yang berkuasa lebih cenderung
melampaui batas iaitu ‘menempatkan
sesuatu bukan pada tempatnya’ atau
berlaku zalim. Hukum al-Quran
terpisah dan sunnah diketepikan
dalam pemerintahan. Maka, akan
berlakulah kezaliman kerana tidak
berusaha melaksanakan syariat, al-
Quran dan sunnah dalam memimpin
rakyat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Ketahuilah, sesungguhnya roda Islam


terus berpusing (berdepan
penentangan musuh). Maka
hendaklah kamu berpusing bersama
Al-Kitab (al-Quran) di mana saja ia
berpusing. Ketahuilah, sesungguhnya
penguasa dan Al-Kitab akan berpisah.
Maka, janganlah kamu berpisah
daripada Al-Kitab. Ketahuilah, suatu
masa kamu akan diperintah oleh para
penguasa yang jika kamu mentaati
mereka, mereka akan sesatkan kamu.
Jika kamu melawan mereka, mereka
akan membunuh kamu.”
10 PERISAI FITNAH DAJJAL

#5
Jauhi Perbuatan yang boleh
menyebabkan hati mati, seperti:
 Membiasakan diri dengan dosa-dosa
kecil.
 Menjadikan maksiat sebagai cara
hidup.
 Bersahabat dengan golongan yang
membenci Islam.
 Menjauhi para ulama.
 Bercakap perkara yang sia-sia.
 Terlalu cintakan dunia hingga
melupakan akhirat.

Dalam buku 5 Fasa Umat Akhir Zaman,


terdapat bab ‘Cinta Dunia & Takut
Mati’ atau Rasulullah SAW sebutkan
sebagai penyakit ‘Al-Wahan’.

Menurut saya penyakit ini kerana


ideologi sekularisme yang
mengutamakan dunia semata-mata
tanpa bertujuan akhirat.
10 PERISAI FITNAH DAJJAL

#6
Melazimkan Zikrullah
Banyakkan berzikir tanpa mengira
masa dan tempat.

Dengan Berzikir Hati Menjadi Tenang


Berzikirlah kerana hati yang gelisah
akan menjadi tenang dan mudah
menerima seruan kebaikan.
10 PERISAI FITNAH DAJJAL

#7
Banyak mengingati mati.
Mengingati mati juga berkesan dengan
mendengar lirik-lirik lagu berunsur
ketuhanan seperti lagu ‘Dunia Hanya
Sementara’:

“Orang kaya mati, orang miskin mati.


Raja-raja mati, rakyat biasa mati.
Semua pergi menghadap Ilahi.”
10 PERISAI FITNAH DAJJAL

#8
Jadikan masjid dan surau sebagai
‘rumah kedua’. Sabda Rasulullah SAW:

“Barangsiapa yang solat Isya’ secara


berjemaah seumpama bangun
mendirikan solat separuh malam dan
barangsiapa mendirikan solat Subuh
secara berjemaah seumpama ia solat
keseluruhan malam.”
10 PERISAI FITNAH DAJJAL

#9
Hiasi malam dengan Qiamullail.
Allah SWT memberi kelebihan sama
dengan Qiamullail kepada hamba-Nya
yang mendirikan solat Isya’ dan Subuh
berjemaah seperti terdapat dalam
hadis riwayat Muslim pada #8.
10 PERISAI FITNAH DAJJAL

#10
Sebarkan manfaat kepada orang
lain sama ada dengan ilmu, sedekah,
pertolongan dan sebagainya.

Ilmu dalam ebook ini juga perlu


dimanfaatkan bersama sahabat-
sahabat yang lain melalui link:

http://www.tandakiamat.com/download
BONUS PERISAI FITNAH DAJJAL

#11
Membaca Surah Al-Kahfi
Membaca atau lebih baik menghafal
sepuluh ayat pertama dan sepuluh
ayat terakhir surah al-Kahfi akan
terlindung daripada fitnah Dajjal.

Surah al-Kahfi adalah bacaan


amalan sunat pada hari Jumaat di
malam atau siang harinya (Jumaat).
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa menghafal sepuluh ayat dari


permulaan surah al-Kahfi, maka ia akan
dijaga daripada (fitnahnya) Dajjal.”

“Sesiapa membaca sepuluh ayat terakhir


dari surah al-Kahfi, maka ia dilindungi
daripada (fitnahnya) Dajjal.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Terdapat juga riwayat membaca sepuluh


ayat dari mana-mana bahagian surah al-
Kahfi.
ANTI-DAJJAL
Teknik Hafalan Surah Al -Kahfi
SURAH AL-KAHFI

Bahagikan Surah al-Kahfi kepada 4


bahagian:

 Ashabul Kahfi (Ayat 1 – 31)

 Pemilik 2 Kebun (Ayat 32 – 59)

 Kembara Nabi Musa (Ayat 60 – 82)

 Kembara Zulqarnain (Ayat 83 – 110)


KAEDAH JIBRIL

#1
Tiga Baris Sehari
Menghafal tiga ayat sahaja dalam
sehari.
 Mampu dihafal dalam sehari.

 Mudah mendisiplinkan diri.

 Tidak mengambil masa yang lama.


KAEDAH JIBRIL

#2
30 Minit Sehari
Proses tiga baris dapat dihafal dalam
masa 30 minit:
 Pembiasaan (5 minit)

 Hafalan dan penggabungan

(15 minit)

 Pengukuhan (10 minit)


KAEDAH JIBRIL

#3
Tiga Kali Ulangan setiap waktu
solat:
 Sebelum menunaikan solat.

 Ketika menunaikan solat.

 Selepas menunaikan solat.


Maklumat lanjut ‘Kaedah Jibril’, layari :

 http://asraffayob.com/

 http://pts.com.my/penulis/mohamma
d-asraff-ayob-al-hafiz/
Buku ‘5 Fasa Umat Akhir Zaman’
membincangkan sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin
Hambal di dalam kitab al-Musnad
tentang lima peringkat zaman
pemerintahan umat akhir zaman.

Buku ini dibahagikan kepada tiga


bahagian utama;

 Zaman yang telah berlaku.

 Zaman yang sedang berlaku.

 Zaman yang akan berlaku.


Setiap zaman terdapat tanda-tanda
kiamat yang pernah disabdakan oleh
Rasulullah SAW.
Berminat untuk mendapatkan buku
‘5 Fasa Umat Akhir Zaman’, layari:

 http://bit.ly/umatakhir

 http://www.tandakiamat.com

 Hubungi Irfan Ibrahim di Facebook /


019 930 3450 (SMS/WhatsApp)

 Email: penulisakhirzaman@gmail.com

Terima Kasih
Bank: Maybank
Nama: Irfan Ibrahim Resources
Nombor Akaun: 556226405591

 Lakukan Bayaran
Sila gunakan maklumat bank di atas
untuk pembayaran RM33 (Harga Buku
RM27 + Postage RM6) melalui online
banking atau mesin ATM.

 Email Bukti Pembayaran


Anda perlu email attachment bukti
pembayaran kepada:
penulisakhirzaman@gmail.com

Terima Kasih
© TandaKiamat.com

Vous aimerez peut-être aussi