Vous êtes sur la page 1sur 1

Tujuan kajian ini dijalankan adalah tiga: (i) untuk mengenal pasti sejauh

mana conjunctive adjunct diperguanakan oleh para penulis di dalam surat yang
ditulis kepada editor laman web NST, (ii) mendedahkan fungsi conjunctive
adjuncts dalam membantu para penulis menyatakan pandangan mereka dan (iii)
mengenal pasti conjunctive adjunct dominan yang telah dipergunakan oleh para
penulis. Kajian ini berdasarkan System of Conjunctions yang direka bentuk oleh
Halliday & Matthiessen (2014).
Data sampel untuk kajian ini adalah sejumlah 153 surat yang telah
diterbitkan di dalam ruang pendapat lawan web NST. Data dikumpukan antara
bulan Januari 2017 dan Februari 2017. Dari segi tema atau topik, tiada jenis bentuk
diskriminasi. Setiap surat telah disalin dan dikodkan untuk tujuan mengkategorikan
mengikut Halliday & Matthissen’s (2014) System of Conjunctions. Penemuan dari
kajian mendedahkan sebanyak 472 conjunctive adjuncts yang telah
dieksploitasikan oleh para penulis. Conjunctive adjuncts yang paling banyak
dipergunakan adalah jenis enhancement (201), diikuti oleh extension (219) dan
elaboration (52). Dari segi subtype, paling dominan jenis subtype adalah additive
(124), diikuti oleh spatio-temporal (107), adversative and causal-conditional (81),
clarifying (30), appositive (22), varying (14), matter (9) and manner (4). Untuk
conjunctive adjuncts secara individu, for example (15) meruapakn yang paling
dominan untuk jenis elaboration, also (89) paling dominan untuk jenis extension
dan therefore (24) paling dominan untuk jenis enhancement.
Hasil kaijian semasa adalah penting dari segi pedagogi. Kajian semasa ini
kebarangkalian berperanan sebagai pembuka mata kepada para guru Bahasa
Inggeris tentang nilai linguistik yang dipegang surat khabar dengan penggunaan
conjunctive adjuncts. Memandangkan pelbagai jenis genre yang diliputi dalam
surat khabar, bermacam jenis tema boleh dianalisis untuk penggunaan conjunctive
adjuncts.