Vous êtes sur la page 1sur 18

TUGASAN 1 : (30 %) PENULISAN ESEI 1 (Individu)

BINCANGKAN TEKNIK DAN AKTIVITI MESTAMU DAN DEKLAMASI DALAM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN GENRE
KESUSASTERAAN.

Persis kata peribahasa “hilang bahasa lenyaplah bangsa”, jelas terbukti bahawa
bahasa merupakan asset penting yang melambangakan identiti dan menjadi kayu ukur falah
ketamadunan dan maju mundurnya serta dangkal cerdiknya sesuatu bangsa di persada
sarwajagat. Chomsky (1957) mendefinisikan bahasa sebagai satu set ayat yang mempunyai
had panjang dan tersusun dengan menggunakan satu set unsur yang terhad. Manakala
berikutan landasan perbincangan bahasa ini, bidang kajian pengajaran bahasa Melayu pula
mencakupi rangkuman komponen besar iaitu, tatabahasa, linguistik, kesusasteraan dan
sebagainya yang mempunyai wasilah yang kukuh dan siri perancangan yang rapi antara satu
sama lain dalam mempersembahkan satu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang
bercirikan keintelektualan serta relevan dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk mencapai matlamat dalam bidang pendidikan iaitu, menjulang sistem pendidikan negara
ke puncak jagat raya. Kesusasteraan! Satu mekanisme yang menjadi simbiosis dengan bahasa.
Malah,tunjang bahasa Melayu pula dipaterikan dengan nadi kesusasteraan. Sekiranya bunyi
menjadi sanubari kepada pewujudan bahasa Melayu maka kesusasteraanlah menjadi atmanya.
Berpaut pada kajian tugasan pada kali ini, sudah terang lagi bersuluh dengan menjadikan genre
kesusateraan sebagai wadah utama, kami dikehendaki mengambil inisiatif untuk mengkaji
teknik mestamu dan deklamasi dalam pengajaran dan pemudahcaraan bagi meningkatkan
penggarapan Bahasa Melayu sebagai satu saluran ilmu yang utama di negara Malaysia.

Sebelum padau perbincangan saya gali lebih dalam tentang topik tugasan yang
diberi, molek kiranya saya memulakan penjelasan dengan pendefinisian genre kesusasteraan
terlebih dahulu. M.K Danziger dan W.S Jahnson (1983:2) mendefinisikan kesusasteraan
sebagai satu seni yang menggunakan kata-kata sama ada lisan ataupun bertulis kajian.
Manakala, Ismail Husein (1998:23) pula menyatakan bahawa kesusasteraan adalah
rangkuman aspek yang menggunakan bahasa yang bersifat kreatif,. Kedua-dua pendapat ini
terukir daripada pentakrifan perkataan sastera sebagai castra (bahasa Sanskrit) yang dirujuk
sebagai kitab suci. Satu ikhtisar yang jelas telah dipetik dari Kamus Dewan Edisi Keempat
tentang kesusasteraan yang disusun sebagai kumpulan hasil karya seni yang diturunkan
daripada satu generasi kepada satu generasi. Merumuskan pentafsiran yang diberi dapat dibuat
satu ikhtisar yang mantap bahawa Kesusateraan ialah seni karya indah dalam medium
pengantaran bahasa yang dinikmati dan disampaikan melalui lisan serta tulisan serta turut
memperincikan kreativiti masyarakat di sesuatu kawasan geografi mengikut peredaran zaman
lalu memanifestasikan nilai dan pengajaran kepada penerimanya. Mari kita bersama-sama
menganalisis teknik dan aktiviti mestamu dan deklamasi dalam pengajaran dan
pemudahcaraan bahasa melayu menggunakan genre kesusasteraan ini.

Menelusuri maksud teknik pula, penerangannya bersimbiosis dengan pendekatan,


strategi dan kaedah. Kendati pun begitu, setelah membuat rujukan yang mendalam, saya
mendapati teknik merupakan satu set himpunan kelakuan ataupun cara dalam kaedah. Dalam
kamus dewan(2002:1397) pula, makna teknik dipaparkan sebagai ‘kaedah kecil mengajar’
dalam kalangan pendidik. Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam buku Pengajian Melayu(iii)
Komunikasi Bahasa, pula menyatakan bahawa, teknik adalah pengendalian suatu organisasi
yang benar-benar berlaku dalam bilik darjah yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
Ghalibnya, sebarang bentuk perlakuan yang mengandungi kemahiran dan melitupi aspek
keterampilan disebut sebagai teknik. Keberkesanan teknik pengajaran dan pembelajaran ini
sebahagian besarnya bergantung kepada pengalaman, kewibawaan, ketokohan,
kebijaksanaan, dan keterampilan serta keperibadian guru dalam memberi jiwa kepada murid-
murid berminda kelas pertama. Murid-murid mutakhir ini kurang berminat untuk mempelajari
kesusateraan yang dianggap dimamah peredaran keghairahan kemajuan dunia. Jadi, bagi
mencungkil minat mereka teknik-teknik yang berfaedah hendaklah dikodifikasikan.Tamsilnya,
jika kaedah yang hendak digunakan oleh guru bagi menyampaikan penerangan tersebut ialah
melalui teknik mestamu, guru haruslah menyediakan teks sastera yang bersesuaian untuk
dipersembahkan. Secara konseptualnya, mestamu ialah akronim yang menggalurkan erti
‘Melagukan Sajak Tanpa Muzik’ yang dapat menarik minat anak murid untuk menggarap teks
sastera yang harus diarenakan dengan melagukannya tanpa muzik. Teknik ini juga dapat
diaspirasikan dengan mengadaptasikan irama daripada lagu-lagu puisi yang sedia ada ataupun
lagu kegemaran yang dipilih. Pengaplikasian teknik signifikan ini bersesuaian dengan kategori
atau jenis karya sastera(genre) pengajaran puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam, seloka
dan sebagainya. Langkah-langkah pengajaran yang dapat disisipkan adalah, pada mulanya,
murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik. Amsalnya, bagi murid-murid tahun 3,

Burung kenek-kenek,
Hinggap bawah tenang,
Apa pesan nenek,
Cepat-cepat pulang.
Murid-murid mempersembahkan puisi ini tanpa menyelitkan muzik. Seterusnya, murid
menggunakan melodi lagu yang diminati ataupun popular. Contohnya, seperti lagu ‘Gong Xi
Gong Xi’. Murid bolehlah menggantikan seni kata ataupun lirik lagu ini kepada puisi yang
dipelajari. Tujuan penyampaian teknik ini dapat dikemaskan, murid mudah mengingati puisi
yang dipraktikkan dalam kelas. Perkara ini menggambarkan kebebasan berkarya murid sejak
alma mater rendah lagi. Kebebasan yang dimaksudkan ini mencerminkan penyimpangan
penyampaian sastera daripada aspek konvensional dari turun-temurun. Bertitik tolak dari sinilah
lahirnya pembelajaran karya sastera bebas daripada ikatan pembelajaran tradisional seperti
kaedah penghafalan dan latih tubi seterusnya, menjadikan genre kesusasteraan tersebut lebih
popular dalam penyampaian pemikiran, peluahan perasaan serta penggambaran sesuatu
kejadian. Teknik ini dapat disisipkan dalam rancangan pengajaran harian pada langkah
pengajaran sebagai satu aktiviti untuk mempertingkat kecerdasan pelbagai terpendam murid.
Hal ini bukan sahaja menangkis kebosanan murid malah mengharmonikan lagi merancakkan
situasi pembelajaran. Mestamu juga meriwayatkan pendekataan berpusatkan murid yang
memberi jiwa kepada murid-murid yang aktif bersosialisasi dalam kelas yang membolehkan
mereka sendiri merancang perjalanan aktiviti dengan guru hanya menjadi fasilitator. Bukan itu
sahaja, teknik ini juga dapat merencanakan nilai kepimpinan murid lebih terserlah di samping
memaparkan kreativiti dan pengalaman sedia ada murid dalam horizon kelas.

Teknik seterusnya ialah, deklamasi sajak dalam pengajaran dan pemudahcaraan.


Pada asalnya, deklamasi berputik daripada bahasa Latin, iaitu, ‘declamare’ atau ‘declaim’ yang
mendukung pendefinisan membaca sesuatu hasil sastera yang berbentuk puisi dengan lagu
dengan berinstrumenkan gerakan tubuh badan yang puitis seirama dengan isi bacaan.
Manakala, merujuk semula pengertian dalam bahasa Inggeris, iaitu, ‘declamation’ yang
bertunjangkan penyuaraan ataupun pengeluaran suara yang dapat ditelusuri sebagai
penyampaian puisi ataupun prosa secara lisan disertai mimik, intonasi dan gerakan jasmaniah
yang bersesuaian dengan konteks, makna ataupun lirik yang diperbicarakan. Penggemblengan
bibit-bibit ini dapat menciptakan suasana deklamasi yang dapat mengasyikkan para pendengar.
Wujudnya satu arus songsang yang mengkomplikasikan terma deklamasi dan baca. Perbezaan
ini dapat dilihat dari segi kadar penghayatan dan penikmatan teks yang berlainan dengan nilai
estetik dan humanistik. Deklamasi juga dikatakan sebagai seni untuk dinikmati oleh
penyampainya dan juga pendengarnya. Kebiasaannya, genre yang digunakan untuk
dideklamasikan ialah puisi seperti pantun dan sajak. Tujuan mendeklamasi dapatlah
diringkaskan sebagai proses mengutarakan pemikiran dan kebijaksanaan yang terdapat dalam
sesuatu puisi sehinggakan nilai-nilai keindahannya disampaikan dengan tulus dan asli. Impak
positif yang dapat dicampak melalui teknik ialah, kelebihan yang turut diagihkan kepada murid-
murid lain. Hal ini dikatakan demikian kerana, pembacaan sesuatu sajak menjadi satu agenda
reflektif dan melibatkan pemikiran seseorang murid sahaja. Deklamasi sajak melibatkan
sekelompok murid kerana adanya penyampai dan audiensnya tersendiri, melahirkan kebebasan
berimproviasisasi deklamator dalam penyampaian ilmunya yang turut mengisarkan kebolehan
bakatnya kepada dunia luar. Bukan setakat itu sahaja, teknik ini juga membuka jalan kepada
murid-murid yang lemah dan lembab untuk memahami konteks genre sastera dengan lebih
mendalam dengan menyaksikan sahaja penyampaian taulan mereka. Umpanya, sajak yang
dinukilkan oleh sasterawan mashyur Usman Awang,

Satu jeritan yang banyak berulang meresap


meresap... seperti senyum gadis di pertemuan
menerawang... serupa gema di tengah malam
merempuh... seperti kereta kebal di medan perjuangan.

Pekiklah!
Jeritlah!
Dan...
Maralah! - Tongkat Warrant (4 Julai 1954)

Sajak ini mengisarkan patriotisme yang membuak dalam diri sanubari murid yang
mendeklamasikannya serta merencanakan sifat kebangsaan yang ingin mempertahankan
kemerdekaan hasil keringat emas pejuang bangsa kita. Penguasaan teknik ini tidak
meninggalkan murid pembelajaran di kelas sahaja malah, membolehkan murid menggondol
pingat kerana deklamasi menjadi salah satu pertandingan popular di pentas antarabangsa
melibatkan deklamator pelbagai bangsa seantero dunia.

Membanding beza kedua-dua idelogi yang dijelaskan dalam proses pengajaran dan
pemudahcaraan saya mendapati, kedua-dua teknik ini melibatkan interaksi penyampai dan
audiens. Menitkberatkan kata-kata Aminuddin (2004) kedua-dua teknik ini menghendaki
penyampaian di hadapan khalayak penonton secara langsung yang A

Berdeklamasi di hadapan khalayak penonton secara langsung menurut Aminuddin (2004) pada
hakikatnya sedang berkomunikasi dengan penikmat itu sendiri. Olehnya itu, deklamator
selayaknya memperhatikan sikap yang dapat menumbuhkan suasana simpatik dan keakraban
antara dirinya dengan khalayak penonton, misalnya penciptaan kontak lewat pandangan mata,
pengaturan posisi tubuh, pengaturan gerak-gerik tubuh secara wajar. Kepribadian deklamator
yang gampang demam panggung, pemalu, dan tidak percaya diri, tentu sulit menampilkan
kesan yang simpati yang dapat memukau bagi khalayak penonton. Kompersasi
mengindikasikan bahwa deklamator mampu tampil diatas pentas dengan sikap dan penampilan
yang komunikatif dan menarik bagi penonton.

2. Syarat Mendeklamasikan Puisi

Menurut Ali (1982) syarat yang harus dipenuhi seorang pembaca/deklamasi pusi adalah
sebagai berikut.

a. Mempunyai kemampuan teknis

Kemampuan teknis yang harus dipenuhi untuk menjadi seorang pembaca atau deklamator puisi
yang baik adalah suara yang jelas, vokal yang sempurna, mahir membentuk irama, mampu
mengubah warna suara secara tepat dan menarik.

b. Penguasaan mimik

Seorang deklamator harus memiliki kemampuan mengubah-ubah raut muka yang alamiah dan
wajar sesuai makna larik atau bait puisi yang dideklamasikan, mimik marah, mimik takut, mimik
terharu, mimik sedih, mimic heran, dan sebagainya.

c. Penguasaan gesture

Seorang pembaca atau deklamator puisi harus memiliki penguasan gerak anggota tubuh
(gestur) secara reflek dan pantas sesuai isi larik puisi yang dideklamasikan. Fungsinya sebagai
komplementer bagi pelafalan dan intonasi larik/baik yang dilantunkan.

d. Penguasaan memahami puisi dengan tepat


Salah memahami isi suatu sajak yang dideklamasikan akan berpengaruh terhadap lafal-
intonasi, mimik, dan gerak tubuh yang ditampilkan. Karena itu, seorag pembaca/deklamator
puisi harus memiliki kemampuan memahami isi, suasana, sikap pengarang yang tersembunyi
dalam puisi yang dideklamasikan.

c. Pada baca puisi factor suara/intonasi banyak berperan, sedang deklamasi di samping
intonasi juga faktor mimik dan gestur atau gerak jasmaniah.

mereka selalunya kurang berminat dengan komsas kerana teknik penyampaian guru itu sendiri
yang membosankan. Guru tidak menggunakan bahan bantu belajar untuk menarik minat murid
dan guru biasanya mengggunakan teknik yang konvensional dan tidak berpusatkan murid. Oleh
yang demikian guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran komsas yang
kurang menarik yang diamalkan sebelum ini. Teknik yang dicadangkan ini juga berpusatkan
murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada
murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.

Guru-guru bolehlah mencuba teknik-teknik yang telah dikemukakan tadi semasa


mengajarkan komsas di dalam kelas. Semoga teknik tersebut tidak membosankan
murid malahan boleh menarik minat dan perhatian mereka untuk mempelajari komsas
dan sastera secara amnya. Di samping itu, pakar-pakar kemahiran belajar mengatakan
bahawa pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah pengajaran dan
pembelajaran yang menarik. Pembelajaran yang menarik pula sudah tentu akan
meninggalkan kesan yang mendalam terhadap pengetahuan murid. Diharapkan juga
agar minat murid-murid tersebut disuburkan oleh guru yang mengajarkan komsas
dengan memberikan bimbingan bukan sahaja untuk mengkaji aspek sastera malahan
berupaya untuk menghasilkan karya sastera seperti sajak, pantun, gurindam, cerpen
dan novel.

BINCANGKAN TEKNIK DAN AKTIVITI MESTAMU DAN DEKLAMASI DALAM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN GENRE
KESUSASTERAAN.
ANALISIS CERPEN KONTANG-KANTING KARYA NURIMAS SN BERDASARKAN KAEDAH
BERFOKUS.

Cerpen kontang-kanting hasil nukilan Nurimas SN, yang menjadi polemik


pelengkapan tugasan projek kali ini merupakan ciptaan kesusasteraan yang mengadunkan satu
kombinasi usaha yang cukup padu bibit-bibit sesuatu masyarakat dengan begitu indah sekali.
Kesusasteraan yang melangkah dengan seribu kekuatan sehingga afdal ini dari segi konseptual
etimologinya dapat dijelaskan sebagai simbiosis dua kata, iaitu, ’su’ dan ’sastra’ dalam lingua
sanskrit yang bermaksud karya lisan mahupun tulisan baik, indah, cantik, seni dan berguna
disampaikan melalui bahasa ditujukan kepada khalayak. Satu prognosis tepat yang dapat
dibuat di sini ialah, kesusasteraan menjadi sebahagian budaya manusia yang mencerminkan
ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan
berdasarkan dua kategori perdana iaitu, naratif dan bukan naratif. Kesusasteraan naratif yang
didefinisikan sebagai teks perkembangan plot yang menceritakan satu peristiwa yang
menggabungjalinkan unsur watak, masa, tempat yang diterbitkan dalam bentuk prosa dan puisi.
Cerpen yang disisirkan ini diklasifikasikan dalam bentuk prosa, iaitu, hasil kesusasteraan yang
ditulis menggunakan konstruksi yang biasa dan binaan tatabahasa yang mudah dalam kelarai
karangan. Relevan dengan penjelasan tadi, mauduk perbincangan soalan kali ini menghendaki
kami untuk menganalisis cerita pendek Kontang-kanting berdasarkan kaedah berfokus.

Menurut Kamus Dewan(2002:557) kaedah juga boleh didefinisikan sebagai uslub,


minhaj, cara, manhaj atau peraturan untuk membuat sesuatu yang bersistem ataupun
sebaliknya dan berkait rapat dengan cara mengajar dengan prinsip-prinsip tertentu. Kaedah
juga acap kali dirujuk sebagai satu set tindakan yang bersiri, perlakuan aktiviti yang berturutan
dan berkaitan antara satu sama lain yang dilaksanakan oleh para guru untuk meningkatkan
kefahaman murid, supaya murid terpikat dengan pengajaran dan pembelajaran yang
dirancangkan dengan teliti. Menurut ahli bahasa, Mok Soon Seng(1992) kaedah adalah satu
ciri tndakan yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif dalam jangka masa yang pendek.
Manakala, definisi kaedah berfokus pula dapat dicerakinkan sebagai, perincian karya sastera
dengan memilih aspek atau unsur tertentu untuk dijadikan fokus utama mahupun sampingan
pengajaran dan pembelajaran, yang diperkenalkan pada 1984 – Unit Bahasa Melayu, Pusat
Perkembangan Kurikulum Asmah. Meleraikan makna kaedah berfokus dengan lebih
mendalam, saya dapat menyimpulkan di sini bahawa kaedah berfokus mementingkan
penghayatan karya kesusasteraan secara holistik menggariskan pemfokusan isi terkandung
teks dan aspek bahasa iaitu, bentuk dan unsur serta nilai kemanusian, kemasyarakatan dan
kebudayaan terutama unsur-unsur pengajaran. Tuntasnya, konsep kaedah lebih konkrit dalam
memahami sesuatu karya Tuan Jah Tuan Yusof pHd(2011:60) tanpa ulasan berpanjangan
yang membuang masa. Fokus utama ataupu perkara yang paling menonjol dalam hasil karya
Nurimas SN ialah persoalan yang dibangkitkan. Saya ingin merungkaikan salah satu persoalan
yang cukup terserlah yang dapat disajikan di sini. Amsalnya, pegangan nilai kemasyarakatan
dalam mengotakan perancangan yang jauh berbeza bagaikan langit dengan bumi. Penulis
mevariasikan masyarakat kampung tersebut berdasarkan komitmen yang dipaparkan terhadap
pembangunan tempat asal mereka oleh ketua dan anak buah. Kelompok yang bersifat
egosentrik telah menyebabkan berlakunya kebobrokan terhadap kemajuan yang diharapkan
untuk jangka masa yang begitu lama. Tamsilnya seperti, ketua kampung lama, Wak Sanaji
walaupun memaparkan keinginan untuk melaksanakan pelbagai usaha membangunkan
kampung namun respon yang tidak memuaskan menggagalkan segala inisiatifnya. Hal ini
adalah kerana pemikiran masyarakat kampung tersebut yang boleh dikatakan jahiliah sehingga
meninggalkan kampung tersebut sekana-akan dilanda zaman Resainance untuk jangka masa
yang begitu lama. Dalam cerpen ini juga turut dikisarkan ada ketua yang dilantik yang memang
tidak ada kelayakan untuk menandingi tugas ketua dan sangat mengecewakan dan tidak
pernah berjaya membawa transformasi kepada kampung ini. Bak kata ‘gunting dalam lipatan’
segelintir penduduk yang tidak bertanggungjawab sentiasa cuba untuk mengeruhkan pemikiran
masyarakat harmoni kampung tersebut sehinggakan kedatangan Arman juga cuba diharu
birukan. Manakala, kelompok satu lagi yang menampakkan sifat ningrat pula telah
menyebabkan pembangunan yang selama ini tunggak dapat dimapankan. Contohnya, Arman,
ketua kampung baru dengan sifat-sifat mahmudah sekaligus mengubah pemikiran masyarakat
kampung sedia ada dalam melaksanakan usaha pembangunan kampungnya. Dikatakan,
ketualah dijadikan model dalam setiap aspek yang dilakukan seseorang sebab itulah, kepala
utama ini selalunya dipilih daripada kalangan yang bitara. Persis itu juga, Arman yang dipilih
menjadi Tuk kampung juga mula disanjungi kerana kegigihan dan ketekalan yang
ditunjukkannya dan orang mula berubah tingkah laku negatif mereka terhadap banyak perkara
yang dijadikan lumrah selama ini. Karaktek Arman begitu terserlah dengan pegangan yang
didukungnya dan mula memberi sokongan terhadap setiap aktiviti yang dirancangnya. Malah,
golongan tua di kampung tersebut juga begitu bangga dengan sikap hebat Arman dan
mengatakan bahawa pemilihan ketua sangat secocok tepat pada tempatnya. Hal ini adalah
kerana, sesuatu masyarakat itu dapat diubah dengan pegangan dan nilai yang dibawa dengan
cara yang diterima.

Setelah menghayati cerita pendek kontang-kanting, fokus sampingan yang menonjol


untuk dibincangkan di sini ialah, pengajaran yang diterapkan melalui penyampaian yang begitu
bermakna. Saya mendapati, salah satu pengajaran yang harus ditiikberatkan bukan sahaja
dalam kalangan penduduk kampung ini malah, oleh semua orang bagi mengharmonikan
keadaan. Tamsilnya, kita haruslah bersikap rendah diri walau setinggi mana pun kejayaan
mendampingi kita. Contohnya, watak Arman dalam cerita ini dinampakkan seorang yang sangat
merendah diri walaupun latar belakangnya dikatakan berprofil tinggi. Arman ialah seorang
pemuda yang baru balik daripada luar Negara setelah sekian lama bertandang duduk di Negara
orang dan digambarkan status akademiknya juga agak terselah dengan bidang dilomatik dan
peedagangan. Secara ringkasnya boleh ddikatakan, Arman ialah pemuda yang sangat
berkebolehan dengan minda kelas pertama sekiranya dibandingkan dengan masyarakat
kampung halamannya yang cukup jembel pegangan ilmu. Seterusnya, dengan pemilikan
kebolehan yang begitu mempesonakan itu, jika orang lain terus berkecimpung di luar Negara
dan tidak balik mengenang kasih sayang kampung asal. Namun, Arman tidak begiti malah,
telah datang dengan satu aspirasi ingin mendatangkan perubahan kepada kampung asalnya
itu. Cara pergaulan juga menampakkan begitu tinggi nilai murni yang dipegang oleh Arman
yang tidak langsung menampakkan kehebatan dirinya. Sungguh sopan santun dan
bertatasusila pendekatannya dengan penduduk kampung tersebut.

Jadi, seluruh kekuatan penguasaan kaedah berfokus dalam pelayaran pengajaran


dan pemudahcaraan dimudiki oleh komponen-komponen perdana dalam bidang kajiannya iaitu,
fokus utama dan sampingan dalam menemui obligasi teks kesusasteraan yang digalas. Persis
kata tokoh-tokoh bahasa, tiada kaedah tiadalah ilmu ditimba, jadi penguasaan terhadap
kaedah pembelajaran itu perlulah ditingkatkanbagi menjayakan perolehan ilmu dalam kelas.
Kedua-dua struktur kesusasteraan yang telah disebut di atas mencerminkan agenda utama
dalam persoalan tugasan kali ini dalam mempertingkat penguasaan kesusasteraan sedia ada
ke tahap yang lebih tinggi. Lantaran itu, penguasaan bidang kajian bidang kesisasteraan
dengan kaedah yang bervariasi dan cara mengintegrasikannya perlu digarap oleh seseorang
guru, yang menjadi pembentuk generasi dasawarsa kini dan seterusnya supaya Bahasa Melayu
terus menampilkan wajah segarnya yang disulami tinta-tinta harapan.
Struktur teks kesusasteraan[sunting | sunting sumber]
Kesusasteraan boleh dilahirkan dalam pelbagai cara, dan salah satu cara yang biasa ditemui adalah
dalam bentuk teks, yakni dalam bentuk tulisan yang tersusun. Teks kesusasteraan merupakan satu
bentuk binaan yang terdiri daripada unsur-unsur seperti apa yang sebut di bawah:

 Tema
 Gaya Bahasa
(Yang berikutnya untuk sastera naratif sahaja)

 Plot
 Watak dan Perwatakan
 Sudut Pandangan
 Latar
Kehadiran unsur-unsur ini dalam teks kesusasteraan membezakan teks kesusasteraan dengan
bentuk tulisan yang lain seperti tulisan sains.
kongkongan yang selama ini dianggap
membelenggu.......
Jadi, seluruh kekuatan penguasaan bahasa Melayu dalam pelayaran pengajaran
dan pembelajaran dimudiki oleh komponen-komponen perdana dalam bidang kajiannya iaitu,
fonologi, morfologi, sintaksis serta semantik dalam menemui obligasi pendidikan yang digalas.
Persis kata tokoh-tokoh bahasa, tiada bahasa tiadalah identiti, jadi penguasaan terhadap
bahasa itu perlulah ditingkatkan sebelum terlambat. Keempat-empat bidang kajian yang telah
disebut di atas mencerminkan agenda utama dalam persoalan tugasan kali ini dalam
mempertingkat penguasaan bahasa Melayu yang sedia ada ke tahap yang lebih tinggi.
Lantaran itu, penguasaan bidang kajian Bahasa Melayu yang bervariasi dan cara
mengintegrasikannya perlu digarap oleh seseorang guru, yang menjadi pembentuk generasi
dasawarsa kini dan seterusnya supaya Bahasa Melayu terus menampilkan wajah segarnya
yang disulami tinta-tinta harapan.

Lingua franca panggilan itu sendiri dapat menampakkan kemashyuran bahasa Melayu
sebagai bahasa vehicular iaitu, bahasa ideal yang menjangkaui batas komuniti asalnya dan
digunakan secara meluas dalam perhubungan antara komuniti di swarnabumi suatu ketika dulu.
Memorabilia ini tidak harus tinggal dalam lipatan sejarah sahaja dan harus dihidupkan kembali
dan bahasa Melayu harus dimartabatkan untuk menghebatkan lagi keutuhan posisinya sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa ilmu, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa pengantar dan
bahasa komunikasi seperti yang didokumentasikan dalam Perlembagaan Malaysia dalam
perkara 152. Dalam rencaman kedatangan anasir luar bagi tujuan menggugat kedudukan
bahasa Melayu yang kukuh ini, dengan bangganya dapat berkata bahawa bahasa Melayu
masih dinobatkan sebagai bahasa utama negara sehingga detik ini. Apabila kita merenung
kembali perjalanan jauh bahasa Melayu ini sumbangan bidang morfologi bagai titik kecil di
lautan. Namun begitu, bidang morfologilah asas kepada binaan empayar bahasa Melayu dan
sumbangan morfologi ini masih diteruskan untuk memartabatkan bahasa ilmu kita ini sehingga
sekarang. Butiran watak morfologi yang dimainkan telah diperincikan di atas, namun peranan
yang perlu kita mainkan sebagai pengguna bahasa perlulah direnung sendiri bagi
memartabatkan bahasa jiwa kita ini.
TUGASAN II : (10%) PENULISAN ESEI II (Individu)

BERDASARKAN CERPEN KONTANG-KANTING KARYA N URIMAS SN ANALISIS


CERPEN TERSEBUT BERDASARKAN KAEDAH BERFOKUS.

Menurut Kamus Dewan(2002:557) kaedah juga boleh didefinisikan sebagai uslub,


minhaj, cara, manhaj atau peraturan untuk membuat sesuatu yang bersistem ataupun
sebaliknya dan berkait rapat dengan cara mengajar dengan prinsip-prinsip tertentu. Kaedah
juga acap kali dirujuk sebagai satu set tindakan yang bersiri, perlakuan aktiviti yang berturutan
dan berkaitan antara satu sama lain yang dilaksanakan oleh para guru untuk meningkatkan
kefahaman murid, supaya murid terpikat dengan pengajaran dan pembelajaran yang
dirancangkan dengan teliti. Menurut ahli bahasa, Mok Soon Seng(1992) kaedah adalah satu
ciri tndakan yang sistematik denagn tujuan mencapai objektif dalam jangka masa yang pendek.
Meleraikan makna kaedah dengan lebih mendalam, saya dapat menyimpulkan di sini bahawa
kaedah adalah cara atau urutan dalam membuat sesuatu hukum atau prinsip dan cara
mengajar berdasarkan prinsip-prinsip tertentu. Tuntasnya, konsep kaedah lebih konkrit dan
tidak boleh bercanggah dengan pendekatan dan merupakan satu prosedur yang merangkumi
bahan yang tersusun, dan diikuti untuk disampaikan kepada anak murid berdasarkan kehendak
pendekatan yang dipilih Tuan Jah Tuan Yusof pHd(2011:60).

Vous aimerez peut-être aussi