Vous êtes sur la page 1sur 7

KERTAS KERJA

KARNIVAL JEMPUTAN 3 PENJURU


BOLA SEPAK, BOLA JARING
2018

TARIKH :
14 OGOS 2018

TEMPAT :

PADANG INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, NEGERI SEMBILAN
1.0 PENGENALAN
IPG Kampus Pendidikan Teknik merupakan salah satu IPG yang terkemuka dalam
kalangan IPG di negara kita. IPG Kampus Pendidikan Teknik juga mempunyai
beberapa pasukan permainan iaitu pasukan bola sepak dan bola jaring yang mewakili
IPG ke peringkat kebangsaan. Oleh yang demikian, Jawatankuasa Sukan telah
bercadang untuk mengadakan satu Karnival Jemputan 3 Penjuru Bola Sepak Dan
Bola Jaring 2018 buat julung kalinya.

Penganjuran karnival ini adalah bertujuan untuk mengetengahkan bakat dan


memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai pengurusan suatu
kejohanan yang dianjurkan seterusnya memberi pengalaman kepada pelajar tentang
pengurusan dan pentadbiran sukan.

2.0 MATLAMAT
Karnival ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada
pelajar di peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) mengenai suatu
pentadbiran sukan berkesinambungan dengan kecemerlangan dari aspek Jasmani,
Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS).

3.0 OBJEKTIF
Pada akhir pelaksanaan karnival ini, diharapkan agar semua pelajar dapat mencapai
objektif seperti berikut :

3.1 Memperoleh pengalaman dalam mengurus dan mengendalikan sesuatu


kejohanan.
3.2 Melahirkan guru yang seimbang serta harmonis dari aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek, dan sosial.
3.3 Mewujudkan dan melahirkan sebuah hubungan yang sihat dalam kalangan
Institut Pendidikan Guru diseluruh Malaysia.
3.4 Meningkatkan kadar kesedaran dalam diri pelajar tentang kebaikan bersukan
untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.
3.5 Menerapkan budaya sukan dalam kalangan pelajar di Institut Pendidikan Guru
Malaysia.
4.0 PENYERTAAN
Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus :
 Pendidikan Teknik, Nilai
 Raja Melewar, Seremban
 Pendidikan Islam, Bangi

5.0 ANJURAN
Unit Ko-Kurikulum IPG Kampus Raja Melewar dengan kerjasama Pelajar PISMP
Pendidikan jasmani Semester 6

6.0 TARIKH
14 Mac 2018 (Rabu)

7.0 MASA
4.00 Petang – 7 Petang

8.0 TEMPAT
Padang Astaka IPG Kampus Raja Melewar

9.0 MAKLUMAT KEWANGAN


9.1 Perbelanjaan
Peruntukan dari IPGKRM

Bil Perkara Kos Jumlah


1. Makan dan Minum
- Urus Setia 23 orang x RM5.00 RM115.00
- Jamuan Akhir 50 orang x RM5.00 RM250.00
2. Peralatan
- Publisiti (Banner) 1 unit x RM60.00 RM60.00
- Perubatan dan Kecemasan RM150.00 RM150.00
3. Pengadil
- Pengadil Bola Sepak RM250.00 RM250.00
- Pengadil Bola Jaring RM150.00 RM150.00
4. Lain lain
- Sijil Urus Setia dan Peserta 100 keping
- Cenderamata Pasukan Pelawat Dari Stor Pusat (3)
JUMLAH RM975.00
10.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK
Penaung : Dr. Hj. Nizam Bin Abd Latib
Pengarah IPG Kampus Raja Melewar

Penasihat : Puan Azlina Binti Ahmad


Timbalan Pengarah IPG Kampus Raja Melewar

Pengurus Kejohanan : En. Jamhari Bin Saari


Ketua Unit Ko-Kurikulum
IPG Kampus Raja Melewar
: Sdra. Muhammad Abdul Rahman Bin Ilias

Setiausaha : En. Tamilchelvan A/L Periasamy


Penyelaras Ekstra Kurikulum
IPG Kampus Raja Melewar
: Sdri. Nur Sabrina Binti Nor Hamizan

Bendahari : Puan Erana Binti Abd Seman


Pensyarah Penasihat Bola Jaring
IPG Kampus Raja Melewar
: Sdri. Munirah Binti Saridan
: Sdri. Wong Mei Hua

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Teknikal dan Pertandingan : En Zulkifli Bin Zakaria


: Sdra. Mohammad Aminuddin Bin Abd Aziz
: Sdra. Mohamad Nurfaizan Bin Mokhtar
: Sdri. Luk Teck Bing

Perhubungan dan : Sdra. Ainul Zaquan Bin Md. Zul


Pendaftaran : Sdri. Khor Phaik Wei

Pengadil : Sdra. Muhammad Ikhwan Bin Zulkipeli


: Sdri. Shirley Lau Kho Ee

Publisiti dan Penajaan : Sdra. Muhammad Syahid Naim Bin Lokman


: Sdra. Tan Kian Hua
Buku Program : Sdri. Nur Syiffa Farhana Binti Mohd Hashim
: Sdri. Ling Fung Ngiik

Protokol / Sijil dan : Tuan Hj. Md Affandi Bin Mohd Ayob


Cenderamata : Sdra. Muhammad Yasin Bin Hasan
: Sdri. Aline Tang Sin Yee

Keselamatan : En. Abd Rahim Bin Aris


: Sdra. Muhammad Nasran Bin Nazlan
: Sdri. Goe Rui Ting

Makanan dan Minuman : Puan Azibah Binti Baharom


: Sdri. Suhailee Binti Abd Rahman
: Sdri. Chia Hwee Ling

Dokumentasi : Sdra. Zainulariffin Bin Hamanan


: Sdri. Wan Solehah Akmar Binti Ahmad Nasution

Persiapan Padang : Semua Ahli Jawatankuasa Kerja

11.0 FORMAT PERMAINAN


Format perlawanan yang digunakan dalam kedua-dua permainan yang dilaksanakan
adalah sama iaitu bola sepak dan bola jaring. Format yang digunakan adalah liga satu
pusingan.

11.1 Bola Sepak


Pasukan A vs Pasukan B
Pasukan B vs Pasukan C
Pasukan C vs Pasukan A

11.2 Bola jaring


Pasukan A vs Pasukan B
Pasukan B vs Pasukan C
Pasukan C vs Pasukan A
12.0 SYARAT-SYARAT PERMAINAN
12.1 Bola Sepak
1. Perlawanan dijalankan dengan format liga satu pusingan.
2. Setiap pasukan perlu menyenaraikan seramai 18 orang pemain dalam satu
pasukan.
3. Tempoh masa permainan adalah 30 minit sehala bagi setiap permainan.
4. Pasukan dikehendaki bersedia 5 minit sebelum masa perlawanan.
5. Segala urusan bantahan hendaklah berjumpa dengan ketua hakim di meja
urusetia selewatnya-lewatnya 1 jam selepas perlawanan.
6. Jawatankuasa pengelola berhak meminda dan menambah mana-mana
peraturan dengan persetujuan pihak penaung.
7. Keputusan pertandingan adalah ditentukan oleh jawatankuasa pengelola dan
pengadil perlawanan manakala keputusan adalah muktamad. Sebarang
bantahan perlulah dibuat dalam masa 1 jam selepas perlawanan beserta
wang RM 50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Sahaja) tanpa dipulangkan.

12.2 Bola Jaring


1. Perlawanan dijalankan dengan format liga satu pusingan.
2. Setiap pasukan perlu menyenaraikan seramai 12 orang pemain dalam satu
pasukan.
3. Tempoh masa permainan adalah 7 – 1 – 7 minit bagi setiap permainan.
4. Pasukan dikehendaki bersedia 5 minit sebelum masa perlawanan.
5. Segala urusan bantahan hendaklah berjumpa dengan ketua hakim di meja
urusetia selewatnya-lewatnya 1 jam selepas perlawanan.
6. Jawatankuasa pengelola berhak meminda dan menambah mana-mana
peraturan dengan persetujuan pihak penaung.
7. Keputusan pertandingan adalah ditentukan oleh jawatankuasa pengelola dan
pengadil perlawanan manakala keputusan adalah muktamad. Sebarang
bantahan perlulah dibuat dalam masa 1 jam selepas perlawanan beserta
wang RM 50.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Sahaja) tanpa dipulangkan.
13.0 PENUTUP
Diharapkan Karnival Sukan 3 Penjuru Bola Sepak dan Bola Jaring ini akan mendapat
kelulusan serta sumbangan daripada pihak pengurusan IPG Kampus Raja Melewar
terutamanya Pengarah dan Timbalan Pengarah. Seterusnya semoga karnival ini dapat
dijayakan dengan sebaiknya disamping menaikkan nama IPG Kampus Raja Melewar
selari dengan pengisytiharaan IPG Kampus Raja Melewar sebagai Institut Kebitaraan
Sukan di Malaysia.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

…………………………………………….. ………………………………………………
(NUR SABRINA BINTI NOR HAMIZAN) (EN. TAMILCHELVAN A/L PERIASAMY)
Setiausaha, Penyelaras Ekstra Kurikulum
Karnival Jemputan 3 Penjuru, Unit Kokurikulum
IPG Kampus Raja Melewar. IPG Kampus Raja Melewar.

Disokong Oleh :

………………………………
(EN JAMHARI BIN SAARI)
Ketua Unit Ko-kurikulum,
Unit Ko-Kurikulum,
IPG Kampus Raja Melewar.

Vous aimerez peut-être aussi