Vous êtes sur la page 1sur 16

PENDAHULUAN

Pertanian adalah merupakan tunggak asas kepada kehidupan manusia baik dari segi
sumber makanan, kewangan dan ekonomi. Slogan ‘pertanian adalah perniagaan’
sememangnya ada kebenaran. Situasi yang membolehkan aktiviti pertanian itu menjadi
satu perniagaan boleh terjadi apabila pengeluaran hasil pertanian pekebun atau
peniaga ini tadi bukan sahaja telah melebihi keperluan sara hidup diri, malahan telah
dapat memberi keuntungan kepada pengusahanya tadi.‘Pertanian adalah perniagaan’
juga merupakan visi yang sangat popular. Ia bertujuan untuk mentransformasikan
Malaysia daripada sebuah negara perindustrian kepada sebuah negara pertanian.
Dengan melakukan aktiviti-aktiviti berasaskan pertanian, seseorang itu mampu menjana
pendapatan yang lebih besar dan bukan sekadar untuk keperluan diri sahaja. Persepsi
rakyat terhadap sektor pertanian juga perlu diubah. Rakyat perlu lebih berani
mengambil risiko dan mula berbakti kepada tanah. Pertanian perlu diceburi oleh
segenap lapisan umur dan bukan hanya petani-petani yang sudah lanjut
usianya.Tumpuan kerajaan kepada sektor pertanian bukanlah bersifat satu langkah ke
belakang. Usaha ini dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf
hidup rakyat Malaysia dan seterusnya membantu menambah hasil pendapatan negara.
Dalam memajukan sektor pertanian, kerajaan telah melakukan banyak perubahan
daripada aspek proses dan keperluan jentera. Dengan bantuan agensi kerajaan seperti
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau MARDI, kita telah berjaya
menghasilkan pelbagai variasi, klon dan baka tanaman baru dengan bantuan teknologi
ICT yang terkini.

Kepentingan Pertanian Kepada Negara

TERAS DASAR RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN

Selaras dengan hala tuju Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) dan juga wawasan
tampuk pimpinan Negara, pendekatan pertanian baru ini adalah diharapkan dapat
mencetuskan arus perindustrian pertanian di Negara kita pada akhir Rancangan
Malaysia Kesembilan. Revolusi ini akan berupaya mempergiatkan semula sektor
pertanian dan seterusnya menjadikannya salah satu jentera pertumbuhan ekonomi

1
Negara. Bagi mencapai matlamat ini, pembangunan sektor pertanian dalam Rancangan
Malaysia Kesembilan akan dilaksanakan berdasarkan teras dasar seperti Meningkatkan
pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber pertumbuhan baru dengan
penyertaan sektor swasta yang lebih besar. Mengembangkan aktiviti pemprosesan
berasaskan pertanian dan kepelbagaian produk. Memperkukuhkan pemasaran dan
rangkaian global. Meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani dan nelayan dan
Menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan.

SASARAN RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN

Berdasarkan teras dasar pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan yang


ditetapkan, perancangan dan pelaksanaan projek dan program akan dibuat bagi
mencapai 5 sasaran khusus seperti Menjanakan pertumbuhan nilai ditambah sebanyak
7.6% berbanding dengan sumbangan sektor perladangan sebanyak 3.2%. Mencapai
imbangan perdagangan dalam makanan sebanyak RM 1.2 billion. Mencapai
pertumbuhan nilai ditambah bagi industri asas tani sebanyak 5.2%; dan menarik
pelaburan swasta sebanyak RM 20.1 bilion bagi mengkomersialkan pengeluaran sektor
makanan dan industri asas tani.

STRATEGI PELAKSANAAN RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN

Penterjemahan hala tuju dan teras dasar Rancangan Malaysia Kesembilan akan
menumpukan kepada usaha ke arah menjayakan matlamat akhir dan sasaran yang
telah ditetapkan. Program-program dan projek pembangunan dalam Rancangan
Malaysia Kesembilan bakal dilaksanakan adalah selaras dengan strategi seperti berikut
menambahkan kawasan pengeluaran agro-makanan. Memajukan sumber pertumbuhan
baru seperti tangkapan ikan laut dalam dan tuna, rumpai laut, ikan hiasan dan bunga-
bungaan. Meningkatkan industri asas tani. Mempelbagaikan sumber pendapatan
golongan sasar. Memanfaatkan Agro-bioteknologi dan Marin Bioteknologi. Peningkatan
Keupayaan Pemasaran. Pematuhan Piawaian dan Kualiti Antarabangsa. Penyediaan
Pinjaman dan Insentif. Penumpuan kepada Total Factor Productivity Secara
keseluruhannya, sasaran utama pembangunan pengeluaran agro-makanan dan
pemprosesan hiliran di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan ialah untuk

2
memperbanyakkan golongan petani, penternak dan nelayan moden dan komersial serta
agro-entrepreneurs untuk menerajui pembangunan agro-makanan yang private-sektor
driven tanpa mengabaikan petani tradisional yang akan ditingkatkan kapasiti dan
keupayaan pengeluaran mereka agar dapat diserapkan dalam proses transformasi ini
supaya dapat meningkat produktiviti dan pendapatan mereka. Pelaksanaan Rancangan
Malaysia Kesembilan ini adalah selari dengan harapan tampuk pimpinan Negara untuk
merevolusikan dan mengindustrikan sektor pertanian ini supaya menjadi lebih moden,
dinamik dan berdaya saing. Pada peringkat awalnya, pertanian di negara kita hanya
berfungsi untuk memenuhi keperluan asas rakyat tempatan. Kini, fungsi pertanian
ternyata telah berubah. Pertanian dilihat sebagai perniagaan yang memberi prospek
besar kepada seluruh masyarakat Malaysia, membantu merapatkan jurang sosial
ekonomi dalam masyarakat dan turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi
negara. Pada tahun 2010, nilai pengeluaran kasar daripada Banci Ekonomi 2011 untuk
sektor pertanian adalah sebanyak RM53,452.1 juta. Penyumbang utama pengeluaran
dalam sektor pertanian adalah subsektor tanaman dengan RM37,275.6 juta, diikuti
perhutanan & pembalakan (RM8,111.0 juta), ternakan (RM6,591.5 juta) dan akhir sekali
perikanan (RM1,474.1 juta). Bidang pertanian dilihat dapat mengurang kebergantungan
terhadap pengimportan bahan makanan dari negara lain. Kebanyakan bahan makanan
asas seperti beras, kopi, koko dan bijirin yang lain sesuai ditanam di negara ini. Jika
keperluan dalaman rakyat Malaysia adalah mencukupi, maka kita tidak perlu
mengimport bahan makanan ini daripada negara luar. Pertanian juga dilihat sebagai
salah satu cara untuk menggalakkan pengaliran wang masuk melalui pengeksportan
hasil pertanian ini ke negara-negara luar. Selain itu juga, bidang pertanian juga akan
membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Mengikut bancian yang
dibuat, jumlah tenaga pekerja di sektor pertanian pada 2010 adalah dianggarkan
seramai 390,708 orang. Kategori pekerja bergaji adalah seramai 384,769 (98.5%) dan
hanya 5,939 orang (1.5%) adalah pemilik yang bekerja, rakan niaga yang aktif dan
pekerja keluarga tidak bergaji. Daripada jumlah tenaga pekerja itu, 318,583 (81.5%)
adalah pekerja lelaki dan selebihnya (18.5%) adalah pekerja wanita. Pertanian juga
turut memberi keuntungan yang besar kepada pelabur dan pengusaha yang
melakukannya. Sekiranya pengusaha menitik beratkan aspek kuantiti dan kualiti, maka

3
harga pasaran hasil yang akan dijual sudah tentu akan meningkat. Bagi menambahkan
lagi daya saing produk yang dihasilkan, proses tambah nilai dalam aspek pemprosesan,
penggredan, pembungkusan dan pemasaran perlu juga diberikan keutamaan. Dengan
menceburi bidang pertanian, secara tidak langsung kita akan dapat membantu negara
memenuhi keperluan bahan makanan sekaligus mengelakkan krisis makanan daripada
berlaku. Dengan bilangan penduduk Malaysia dijangka meningkat sehingga 30.5 juta
penduduk menjelang tahun 2020, tentunya keperluan makanan akan semakin
meningkat. Masalah pertambahan jumlah penduduk dunia yang tidak seimbang dengan
pengeluaran makanan adalah antara alasan yang sering dijadikan sebab mengapa
terjadinya krisis kekurangan makanan di dunia. Keperluan bahan makanan yang
mendadak yang tidak mampu ditampung oleh tahap pengeluaran makanan dunia
kerana kekurangan sumber-sumber adalah amat membimbangkan. Selain daripada isu
pertambahan penduduk, faktor lain yang membawa kepada masalah kekurangan
makanan adalah berpunca daripada kejadian bencana alam yang berterusan. Apabila
terjadinya bencana alam, ladang-ladang pertanian akan musnah dan ada yang terpaksa
menukar tanah-tanah pertanian menjadi kawasan penempatan penduduk. Akibatnya
keluasan tanah-tanah pertanian menjadi semakin kecil. Perubahan cuaca yang ekstrem
di sesetengah negara juga boleh menjadi sebab keperluan bahan makanan semakin
berkurangan.. Krisis makanan juga pernah berlaku di Malaysia pada bulan Mac dan
April tahun 2008. Krisis ini terjadi apabila kekurangan beras dan kenaikan harga minyak
mentah global. Ternyata, ia telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakyat
apabila inflasi berlaku dan harga keperluan makanan naik dengan mendadak. Pertanian
juga dapat dijadikan perniagaan apabila konsep agro-pelancongan diterapkan. Agro-
pelancongan dibangunkan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani
sementara Kementerian Pelancongan membantu dari aspek promosi. Ia adalah satu
konsep pelancongan yang berkembang pesat kerana Malaysia kaya dengan keindahan
alam semulajadinya. Pelbagai aktiviti berkaitan dengan sektor pertanian dan
perladangan disediakan kepada para pelancong. Antara aktiviti yang mendapat
sambutan dalam agropelancongan ini adalah lawatan ke dusun buah-buah dan ladang
ternakan, penyelidikan, homestay dan sebagainya. Felda Residence Tekam yang
terletak di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR), Jerantut, Pahang adalah

4
antara contoh pusat peranginan agro-pelancongan yang berbaloi untuk dikunjungi.
Selain menjadi pusat pelancongan berasas pertanian, resort juga turut menyediakan
lawatan ke ladang buah-buahan seperti nangka, durian, rambutan, manggis, langsat,
duku dan jambu mawar. Tetamu juga diajar tentang teknik pertanian moden yang
digunakan di kawasan itu.

Strategi Kerajaan Mempromosikan Bidang Pertanian

Bagi memulihkan persepsi rakyat terutamanya generasi muda terhadap pertanian,


kerajaan telah menyenaraikan banyak intensif dan kemudahan bagi mendorong mereka
menyertai sektor pertanian ini. Pelbagai program pertanian yang bernafas baru dan
berinovasi khusus untuk menambahkan produktiviti serta pendapatan petani di
Malaysia telah diperkenalkan. Sejumlah wang telah diperuntukkan kepada sektor
pertanian menerusi Bajet 2013 yang dibentangkan. Sejajar dengan ikrar kerajaan,
sebanyak RM5.8 bilion telah diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani. Kerajaan Malaysia juga telah menyediakan sebanyak RM30 juta bagi
pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi
dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan pembekalan benih berkualiti,
penstabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta
penambahbaikan institusi latihan pertanian. Kerajaan juga telah mempersiapkan
sebanyak RM75 juta bagi meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan.
Bagi membantu para petani mengurangkan kos pengeluaran pula, kerajaan akan
meneruskan pemberian subsidi dan insentif pertanian sedia ada berjumlah RM2.4
bilion. Bantuan ini termasuk subsidi dan insentif untuk sektor padi yang merangkumi
Pemberian Subsidi Harga Padi sebanyak RM480 juta, Pemberian Subsidi Baja Padi
sebanyak RM465 juta, Insentif Peningkatan Hasil Padi sebanyak RM80 juta, Insentif
Pengeluaran Padi sebanyak RM563 juta, Subsidi Harga Beras bernilai RM528 juta dan
Subsidi Benih Padi Sah sebanyak RM85 juta. Dengan adanya subsidi ini, kerajaan
berharap agar ia dapat meringankan beban pengusaha ladang. Di samping itu,
kerajaan menggalakkan usahawan, petani dan pekebun kecil agar dapat
mengoptimumkan amalan agronomi yang baru, pengurusan ladang secara moden,
penggunaan jentera baru dan teknologi terkini serta menggiatkan Amalan Pertanian

5
Baik (APB) atau juga dikenali sebagai Good Agricultural Practices (GAP). APB
merupakan satu pendekatan dalam sistem pengembangan pertanian Jabatan Pertanian
Malaysia bertujuan untuk memastikan pengeluaran hasil pertanian berkualiti dan
selamat dimakan. APB merangkumi pengurusan ladang yang lebih mesra kepada alam
sekitar. APB juga bertindak memastikan amalan-amalan yang dilaksanakan oleh
pengusaha ladang semasa proses pengeluaran dan pengendalian hasil bagi ladang
adalah berkualiti, produk yang dikeluarkan selamat dimakan dan tidak menimbulkan
risiko kepada alam sekitar dan juga pekerja ladang. Kabinet Malaysia juga telah
meluluskan Dasar Agro Makanan Negara (DAN) pada 28 September 2011, yang akan
dijalankan selama 10 tahun (2011-2020). DAN dibentuk untuk menggantikan Dasar
Pertanian Negara. Antara bidang keutamaan DAN adalah untuk mengembangkan
industri ternakan, memodenkan industri perikanan, mengukuhkan industri padi dan
beras, mempromosi agro pelancongan, meningkatkan industri asas tani, memacu
pertumbuhan industri bernilai tinggi dan memperkukuhkan industri sayuran, buah-
buahan dan kelapa. Beberapa pameran pertanian seperti Pameran Pertanian dan Agro
Pelancongan (MAHA) anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diadakan
dua tahun sekali bertujuan untuk mempromosi produk-produk pertanian yang
diusahakan di Malaysia kepada masyarakat. MAHA juga memaparkan kejayaan sektor
pertanian dan industri asas tani serta ternakan dari dalam dan luar negara daripada
aspek teknologi dan inovasi. MAHA juga dijadikan platform untuk mendedahkan belia
kepada bidang pertanian di samping memperkenalkan Malaysia sebagai hab pertanian
dan industri asas tani untuk pelabur asing dan persendirian. Selain itu, beberapa buah
Pusat Transformasi Luar Bandar atau RTC seperti yang terdapat di Gopeng, Perak dan
Wakaf Che Yeh, Kelantan juga telah dibuka. Ini merupakan kaedah pemasaran moden
di mana RTC ini bertindak sebagai sebuah pusat integrasi perkhidmatan meliputi
pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pengeluaran pertanian tempatan.
RTC jug memainkan peranan sebagai pusat yang menghubungkan pengeluar dengan
pengguna.

6
Cabaran dan halangan bidang perniagaan berasaskan pertanian.

Pelbagai cabaran atau halangan yang perlu dilalui oleh usahawan tani bagi memastikan
bidang perniagaan berasaskan pertanian ini mendapat tempat di pasaran negara
mahupun antarabangsa. Terdapat tiga perkara besar yang menjadi cabaran serta
halangan dalam memastikan bidang pertanian berasaskan pertanian kekal relevan dan
dikenali sebagai satu perniagaan yang sangat menguntungkan kerana terhasil dari
sumber alam. Cabaran dan halangan tersebut adalah tanah dan pembangunan, modal
serta bencana alam.

Tanah dan Pembangunan

Malaysia mempunyai keluasan tanah sebanyak 329,960.22 kilometer persegi. Dalam


keluasan tersebut, hampir 24 peratus adalah terdiri daripada tanah yang berdedikasi
untuk pertanian sahaja. 24 peratus tersebut diperincikan lagi kepada 7,605,00 hektar
tanah pertanian yang subur dan kekal. Sungguhpun begitu, dalam era globalisasi ini,
kemodenan melangkaui segalanya dimana harga setiap tanah semakin melonjak tinggi.
Usahawan tani dilanda masalah yang melibatkan tanah bagi tujuan pertanian dan
disebabkan itu juga kemajuan dalam sektor pertanian Negara menjadi lambat jika tanah
bagi bidang ini digunakan untuk pembangunan. Pada awalnya, kemajuan dalam sektor
ini dianggarkan berlaku dalam tempoh 5 tahun dan disebabkan oleh faktor tersebut, ia
dianggarkan menjangkau hingga ke 20 tahun. Oleh yang demikian, pelabur juga
dikatakan menjadi tawar hati dan tidak berminat berikutan terpaksa menunggu dalam
masa yang lama. Masalah kekurangan tanah yang sesuai untuk tujuan pertanian
komersil berskala besar.

Modal

Banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum menjadi seorang usahawan. Dalam
konteks usahawan pertanian, banyak persoalan yang akan bermain diminda dan salah
satunya adalah berkaitan dengan modal. Modal sangat diperlukan untuk menanggung
kos-kos pengeluaran dimana pengusaha pertanian menghadapi halangan modal dari
segi pusingan modal dan aktiviti pertanian itu sendiri. Selain itu, pengusaha juga
mengalami masalah dalam kekangan kewangan untuk membeli peralatan dan perkakas

7
yang berkaitan. Menjadi seorang usahawan tani memerlukan persediaan yang besar
dari segi mental, fizikal dan kewangan. Cabaran ini merupakan satu cabaran yang perlu
difikirkan oleh seorang usahawan akan dimana mereka dapat menjana sumber
kewangan. Untuk menjadi seorang usahawan tani yang berjaya, perlu ditanamkan satu
sifat integriti atau jujur untuk membuat bayaran terhadap semua proses yang dijalankan
seperti pinjaman dan sebagainya. Masalah modal dan kekangan bantuan kewangan
seperti ini sering merenjatkan hasrat serta keterujaan golongan belia untuk menjadi
seorang usahawan lebih-lebih lagi di dalam bidang pertanian.mAntara inisiatif lain
kerajaan Malaysia adalah dengan menyediakan pinjaman kepada usahawan tani dari
Bank Pertanian atau kini dikenali sebagai Agro Bank dan Tekun Nasioanal. Pinjaman
untuk penggunaan modal awal adalah tertakluk kepada apa yang telah digariskan
didalam spesifikasi yang dipersetujui oleh pihak pengurusan atasan di bank tersebut.

Bencana Alam

Antara cabaran lain yang dilalui oleh pengusaha dalam bidang pertanian adalah faktor
bencana alam yang berterusan dan membawa kepada kemusnahan tanaman sekaligus
menyebabkan kekurangan sumber makanan. Apabila terjadinya bencana alam, ladang-
ladang pertanian akan musnah dan ianya merencatkan pengeluaran hasil tanaman. Ini
akan menyebabkan bekalan makanan terjejas dan pengusaha mengalami kerugian
yang besar. Oleh kerana bencana alam yang berterusan, tanah-tanah pertanian
terpaksa ditukar menjadi kawasan penempatan penduduk. Disebabkan itu, keluasan
tanah pertanian menjadi kecil dan tanaman menjadi terhad. Melalui kajian yang
dikongsi di Usahawan.com juga, Malaysia pernah melalui era krisis makanan pada
bulan Mac dan April tahun 2008. Kekurangan beras dan kenaikan harga minyak mentah
global menjadi punca kepada krisis makanan ini. Akibatnya, kadar inflasi berlaku dan
harga keperluan makanan naik dengan mendadak sehingga menyebabkan penduduk
merasa kesannya. Perubahan iklim dunia secara mendadak berupaya menjejaskan
jaminan bekalan makanan dunia dan merupakan cabaran utama dalam bidang
pertanian. Kenyataan ini boleh dibuktikan melalui laporan Perkembangan Ekonomi
Malaysia pada suku pertama tahun 2016 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia
iaitu “pertumbuhan dalam sektor pertanian menguncup 3.8% (S4 2015 : 1.5%),

8
terutama mencerminkan pengeluaran minyak sawit yang lebih rendah, berikutan
fenomena cuaca El Nino yang menjejaskan hasil tanaman.” Faktor bencana alam
seperti banjir, kemarau dan tanah runtuh mempengaruhi jumlah pengeluaran semasa
dan lebih teruk lagi pengusaha terpaksa menanggung kerugian yang besar akibat
kemusnahan tanaman. Bencana banjir besar, akhir tahun lalu, menyebabkan sektor
pertanian di daerah Tanah Merah Kelantan mengalami kerugian berjumlah RM1.35 juta
meningkat hampir enam kali ganda berbanding kerosakan pertanian akibat dua
gelombang banjir dua tahun lalu. Anggaran kerugian petani di daerah itu akibat banjir
pada akhir 2014 dan Januari 2015 berjumlah RM198,500, manakala keluasan tanah
pertanian yang terlibat seluas 147.73 hektar berbanding 250.94 hektar yang musnah
akibat banjir besar, akhir tahun lalu. Pegawai Pertanian Jajahan Tanah Merah, Mohd
Nazmin Ismail berkata, kerugian akibat banjir besar akhir Disember tahun lalu
ditanggung seramai 396 petani membabitkan tanaman padi; buah-buahan; sayuran,
industri asas tani dan penternakan lebah kelulut. Katanya, daripada jumlah tersebut,
tanaman padi paling teruk terjejas melibatkan 252 petani, diikuti penanam buah-buahan
seramai 86 orang, manakala petani sayur; industri asas tani dan lebah kelulut masing-
masing berjumlah 38, 13 dan tujuh orang.

Sokongan dan bantuan kerajaan kepada perniagaan berasaskan pertanian.

Peruntukan Bajet 2016 Dalam usaha meningkatkan sumber bekalan makanan negara,
kerajaan memperuntukkan RM5.3 bilion kepada Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani bagi menggerakkan aktiviti ekonomi dalam sektor pertanian.Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata usaha berkenaan akan dikelola menerusi empat
program utama meliputi penanaman, menaik taraf infrastruktur, pembukaan pasar tani
baharu dan program agroprenur muda."RM450 juta diperuntukkan untuk program
berimpak tinggi seperti penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran, menyedia geran
pemadanan, penyelidikan produk herba dan penternakan ikan dalam sangkar," kata
Najib yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet 2016 di Dewan
Rakyat hari ini.Sejumlah RM180 juta pula diperuntukkan untuk menaik taraf infrastuktur
saliran di kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu di seluruh negara.Lembaga
Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), yang bertanggungjawab dalam pemasaran

9
produk pertanian, menerima peruntukan RM190 juta bagi menjayakan Program
Penurunan Harga dengan menambah 50 lagi pasar tani dan mewujudkan 150
Agrobazaar Rakyat 1 Malaysia (ABR1M) yang baharu. "40 peratus daripada jualan di
ABR1M adalah barang-barang basah seperti ikan, sayur dan sebagainya akan dijual
dengan harga yang dianggarkan lima hingga 30 peratus lebih rendah daripada harga
pasaran," kata Najib. Beliau berkata untuk menggalak penglibatan golongan muda
dalam industri itu,RM90 juta diperuntukkan untuk meneruskan pelaksanaan Program
Pembangunan Agroprenur Muda. Dua bentuk bantuan yang akan diberi adalah
pemberian geran 'in-kind' dan penyediaan Dana Pembiayaan Usahawan.Selari di
bawah usaha ini, beberapa institut dan jabatan kerajaan berkaitan pertanian akan turut
melalui proses penjenamaan semula. Antara yang bakal terlibat adalah Institut
Penyeldikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Veterinar, Jabatan
Pertanian dan Jabatan Perikanan.Turut menerima manfaat adalah Projek Ladang
Pengganda untuk penternakan lembu dan ladang ayam kampung. Sektor pertanian dan
industri asas tani perlu mengalami transformasi untuk menjadikan sektor ini lebih
moden, dinamik dan berdaya saing. Justeru, kerajaan di bawah kementerian yang
berkaitan melihat usaha-usaha sebagai jalan penyelesaiannya.

Transformasi Ladang

Saiz tanah yang tidak ekonomik menyebabkan produktiviti dan kos pengeluaran yang
tinggi. Program untuk memperolehi faedah berskala seperti projek kelompok,
pemuliharaan tanah terbiar secara estet/kelompok, Taman Kekal Pengeluaran
Makanan dan Projek 10 Tan Padi telah pun dilaksanakan. Dalam skim-skim ini, Amalan
Pertanian Baik (Good Agriculture Practices) digalakkan supaya keluaran pertanian yang
dihasilkan adalah berkualiti dan selamat dimakan. Program Plantation Integration Areas
(TAC) juga dilaksanakan bagi mengoptimumkan penggunaan kawasan perladangan
bagi menjanakan hasil sampingan dengan ternakan lembu.

Transformasi Tenaga Buruh Kepada Penggunaan Mekanisasi, Otomasi dan Teknologi.

Negara perlu meningkatkan tahap dan proses pengeluaran daripada yang bergantung
berat kepada tenaga buruh kepada berintensifkan modal, teknologi dan berasaskan

10
ilmu pengetahuan. Program pemindahan teknologi dan cara tanaman yang baru bagi
meningkat produktiviti telah dilaksanakan. Ini termasuk program inkubator dan belia tani
bagi melahirkan usahawan tani, program fertigasi tanaman pertanian, dan sistem
ternakan ayam secara tertutup (closed house system). Di dalam pembangunan
perikanan pula, usaha bagi meningkatkan tahap teknologi dilaksanakan melalui
program pen culture, akuakultur secara nukleus, open sea cage culture dan
mengurangkan kehilangan hasil akibat ´post harvest´.

Pengurusan Ladang Yang Moden

Program latihan dan kemudahan akan dipertingkatkan bagi memastikan peladang


dibekalkan dengan kemahiran teknikal dan teknologi bagi meningkatkan produktiviti
manakala pakar-pakar dan pekerja yang terlibat dalam aktiviti bimbingan dan latihan
dilengkapkan dengan pengetahuan dan kepakaran bagi membantu masyarakat tani.
Untuk mencapai tujuan ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang
berusaha meningkatkan khidmat pengembangan dan khidmat nasihat teknikal.
Inkubator-inkubator bagi memberi latihan tambahan juga telah dibina untuk memberi
latihan kepada golongan sasar di ladang sebenar.

Daya saing Lebih Tinggi

Kualiti produk yang rendah dan tidak seragam menyebabkan hasil pertanian negara
tidak dapat bersaing di pasaran global. Dengan harga yang tinggi di pasaran domestik
dan jangkaan lambakan hasil pertanian dari luar negara yang lebih murah berikutan
pembukaan pasaran di bawah pelaksanaan WTO dan AFTA, hasil pertanian negara
akan menghadapi persaingan yang tinggi. Sehubungan itu, hasil pertanian negara perlu
berkualiti dan mematuhi piawaian keselamatan makanan antarabangsa bagi
membolehkan hasil pertanian dieksport mahupun dipasarkan di dalam negara. Konsep
jaminan kualiti daripada ladang ke meja hidang akan diamalkan secara meluas melalui
skim akreditasi serta kawalselia dan pemeriksaan veterinar yang ketat di ladang
ternakan, kilang makanan haiwan, rumah penyembelihan, kilang pemprosesan, stesen
kuarantin dan setiap pintu masuk ke dalam negara.

11
Mempelbagaikan Pulangan Pelaburan

Masalah pulangan terhadap pelaburan yang rendah dan lambat dapat diatasi dengan
memberi tumpuan kepada aktiviti integrasi tanaman-ternakan, intercropping, mixed
farming dan juga marinovasi. Aktiviti pemprosean hiliran juga merupakan satu usaha
untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi masyarakat tani dan menambahkan
pendapatan mereka dalam mengeluarkan produk yang diproses yang mempunyai nilai
tambah yang tinggi.

Pengezonan

Selaras dengan pendekatan pembangunan pertanian berasaskan produk,


pembangunan secara sektoral melalui pengezonan kawasan pengeluaran pertanian
akan dilaksanakan. Ini bertujuan bagi membolehkan pembangunan pertanian secara
kelompok dapat dihasilkan supaya faedah perbandingan (comparative advantage)
diperolehi. Zon-zon pengeluaran ini termasuklah zon perindustrian akuakultur (ZIA),
zon-zon tanaman, zon-zon pengeluaran ternakan dan kawasan integrasi ladang (TAC).
Perlaksanaan zon-zon ini akan membolehkan para pengusaha meningkatkan hasil
mereka kerana keadaan agro-klimatik yang sesuai untuk aktiviti tertentu. Selain
daripada itu, ia juga membolehkan kerajaan menumpukan khidmat sokongan mengikut
jenis aktiviti pertanian yang dilaksanakan di kawasan tertentu.

Insentif Untuk Projek Pengeluaran Makanan

Kerajaan juga menyediakan insentif istimewa bagi projek pengeluaran makanan seperti
yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Di bawah insentif ini,
syarikat-syarikat yang mengusaha atau melabur dalam projek pengeluaran makanan
layak mendapatkan insentif khas selain daripada insentif-insentif lain seperti taraf
perintis, insentif untuk menggalakkan eksport dan sebagainya.

Latihan

Latihan pertanian moden juga ada di tawarkan oleh kerajaan didalam Program Latihan
Kemahiran Pertanian Kebangsaan. Ia bertujuan menggalakkan generasi muda
melibatkan diri dalam bidang pertanian sebagai pekerja mahir dan pengusaha pertanian

12
bertaraf komersil dan berskala besar melalui penggunaan teknologi terkini bagi
meningkatkan kualiti dan produktivi sektor pertanian negara. Diantara objektif program
ialah menyediakan tenaga kerja mahir terlatih dalam sektor pertanian yang meliputi
semua peringkat pekerjaan iaitu pekerja mahir, penyeliaan dan pengurusan. Melahirkan
usahawan tani muda yang berdaya saing, moden dan kreatif bagi mencapai negara
yang berpendapatan tinggi. Menjadi platform kepada pelatih untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Pelaksanaan program yang dijalankan adalah
berteraskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SPKP) atau National
Occupational Skills Standard (NOSS) yang menyampaikan latihan berasaskan
kompetensi kemahiran dan memfokuskan kepada latihan amali, projek serta simulasi.
Persijilan PLKPK adalah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK),
Kementerian Sumber Manusia.

Kemudahan Infrastruktur

Sebagai usaha untuk meningkatkan khidmat sokongan kepada sektor pertanian,


kerajaan juga sedang berusaha meningkatkan kemudahan infrastruktur serta khidmat
sokongan di sektor pertanian. Dalam hal ini, kemudahan-kemudahan seperti saliran dan
pengairan serta jalan ladang akan diperbaiki dan dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Selain daripada itu, kemudahan pemasaran seperti pusat pengumpulan dan
pengedaran produk pertanian juga disediakan. Tujuannya ialah untuk meningkatkan
keberkesanan rangkaian pemasaran produk pertanian dari ladang ke pasaran.
Walaupun peruntukan yang besar diperlukan oleh sektor pertanian, kedudukan dan
sumbangannya terhadap ekonomi negara tidak dapat disangkal. Justeru, mengekal dan
memeliharanya merupakan langkah yang sangat bijak oleh kerajaan disamping dapat
memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi bagi umat warganegara khasnya
dan warga dunia amnya yang semakin bertambah.

13
Kesimpulan

Konklusinya, kita mendapat banyak kebaikan daripada sektor pertanian. Tetapi ramai
golongan muda yang lebih gemar mencari pekerjaan di bandar besar kerana
peningkatan kegiatan perindustrian yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Namun, kerajaan telah bersungguh-sungguh untuk menjadikan tanah lapang yang
subur sebagai tapak pertanian dan sedang menanti mereka untuk mengusahakannya.
Justeru, kita hendaklah mengubah pandangan kita terhadap sektor pertanian kerana
sektor ini sebenarnya mendatangkan banyak faedah dan menguntungkan.

14
Rujukan.

1) http://www.moa.gov.my/program-latihan-kemahiran-pertanian-kebangsaan
2) http://www.moa.gov.my/majlis-latihan-pertanian-kebangsaan-natc-
;jsessionid=8E96C7A4B8CF787306D32C980547F7F7
3) http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/kelantan/rugi-rm1-35-juta-akibat-
banjir-besar-1.397034
4) https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertanian
5) https://www.mardi.gov.my/index.php/pages/view/68

15
Lampiran

16

Vous aimerez peut-être aussi