Vous êtes sur la page 1sur 2

LATAR BELAKANG

Saya diberi nama Wan Aini binti Wan Muhammad, dilahirkan pada tanggal 14 Februari 1982 di
Kampung Kubang Keranji, Kelantan dan merupakan anak pertama daripada 5 beradik.
Pendidikan awal di Sekolah Rendah Madinatul Ilmi Kubang Kerian dan meneruskan pengajian
peringkat menengah di Maahad Ar-Rahmah Kenali. Pengajian bersambung ke peringkat tinggi di
Universiti institut Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam Selangor.

SIFAT KEPIMPINAN DALAM DIRI

Saya bekerja sebagai seorang guru dalam bidang pendidikan. Saya bertugas di sekolah SMU (A)
Hamidiah Padang Lepai Kadok, Kelantan. Saya memegang jawatan sebagai Penolong
Setiausaha Sekolah. Bidang tugas saya banyak tertumpu di bahagian pejabat terutamanya
pengurusan pentadbiran sekolah. Urusan di peringkat pentadbiran sekolah memerlukan saya
menumpukan masa saya dengan tugas-tugas sambil dibantu oleh 2 orang kerani yang dilantik
oleh pihak sekolah bagi membantu meringankan bebanan tugas yang perlu dipikul sebagai
seorang guru dan tugas yang dipertanggungjawabkan oleh pihak pentadbir.

Oleh sebab itu, saya perlu bersifat tegas dalam melaksanakan tugas yang di amanahkan supaya
kerja-kerja yang dilakukan dapat disiapkan dengan baik dan tersusun. Sungguhpun begitu, hanya
sebahagian tugas sahaja yang memerlukan saya memimpin dan memberi tunjuk ajar serta
membantu unit-unit bawahan saya.

APA YANG MENYEBABKAN KEPIMPINAN PERLU ADA DALAM DIRI

Bagi saya, sifat kepimpinan dalam diri amat penting supaya kerja-kerja yang diamanahkan dapat
dilaksanakan dengan baik serta dapat menyelesaikan sesuatu perkara secara tersusun dan
sistematik. Arahan dan tindakan diri terhadap orang bawahan membantu kita melaksanakan kerja
dengan jayanya.

Bagi diri saya pula, sifat kepimpinan itu wujud hanya memerlukan penyelesaian tugas segera
tetapi bukan secara fizikal. Saya agak lemah dalam memberi arahan tetapi lebih suka mendengar
arahan serta tunjuk ajar yang perlu dilakukan dalam melibat sesuatu program atau sebagainya.
Sungguhpun begitu, sifat kepimpinan penting dan perlu ada dalam diri seseorang.
CARA MEMUPUK SIFAT KEPIMPINAN DALAM DIRI

Bagi saya dalam memupuk sifat kepimpinan dalam diri adalah dengan bersifat terbuka iaitu
menerima kritikan, mudah didampingi, bersikap toleransi, mudah dihubungi oleh orang
bawahan, sentiasa peka dengan situasi yang memerlukan kita berfikir ke depan daripada orang
bawahan. Sifat terbuka menerima pandangan sekeliling juga merupakan aspek penting kepada
diri seseorang pemimpin.

Untuk memupuk sifat kepimpinan dalam diri saya, saya perlu menerapkan semua ciri-ciri di atas
bagi membolehkan saya menggerakkan orang bawahan saya nanti. Sungguhpun begitu, saya
sendiri belum layak untuk meletakkan diri sebagai seorang pemimpin.

BAGAIMANA MEMBENTUK DIRI MENJADI SEORANG PEMIMPIN?

Bagi saya, untuk menjadikan seorang pemimpin adalah mempunyai tahap kesedaran diri yang
berterusan. Hal ini kerana seorang pemimpin yang berjaya dan disegani adalah tahap kesedaran
diri yang tinggi dalam diri. Kesedaran ini perlu dari semua segi dan aspek sama ada dalaman
atau luaran diri seseorang itu.

Vous aimerez peut-être aussi