Vous êtes sur la page 1sur 2

Objektif kajian

Saya telah menjalankan satu kajian mengenai masyarakat setempat di tempat tinggal saya bagi

memenuhi kehendak tugasan Sejarah PT3 bagi tahun 2018. Selaras dengan itu, beberapa objektif

kajian telah dikenalpasti bagi memastikan kehendak tugasan ini dapat dicapai dengan baik. Oleh

itu, objektif kajian saya adalah untuk:

1. Menghuraikan secara terperinci latar belakang dan asal usul tempat tinggal saya iaitu Taman

Pandan Maju, Melaka berdasarkan fakta-fakta yang diperolehi daripada masyarakat setempat di

tempat tinggal saya.

2. Menerangkan pembentukan dan perkembangan yang berlaku dalam kalangan masyarakat

setempat di Taman Pandan Maju, Melaka samada dari segi fizikal, ekonomi dan sosial agar saya

lebih menghargai dan berasa bangga dengan masyarakat setempat saya.

3. Menjelaskan kegiatan sosioekonomi masyarakat setempat yang dijalankan di Taman Pandan

Maju , Melaka. Justeru saya akan lebih memahami hubungan antara aktiviti ekonomi dan

kehidupan sosial yang berlaku di Taman Pandan Maju, Melaka.

4. Menganalisis dan menilai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat di

Taman Pandan Maju, Melaka. Objektif ini membolehkan saya mendapat maklumat tentang

faktor-faktor yang membawa kepada perpaduan di taman saya dan juga mengenalpasti cabaran

dalam mengukuhkan perpaduan di sini.

5. Mengenali dan memahami masyarakat setempat di Taman pandan Maju, Melaka agar saya

dapat menyesuaikan diri dan berkelakuan mengikut kehendak masyarakat setempat di sini.
6. Membuat ulasan pernyataan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman dan memberikan

hubungkait antara pernyataan ini dengan semangat perpaduan di Taman Pandan Maju, Melaka.

Vous aimerez peut-être aussi