Vous êtes sur la page 1sur 8

JABATAN PENDIDIKAN KHAS

KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

TUGASAN KERJA KURSUS/ PROJEK


(INDIVIDU)

SEMESTER: 3 TAHUN: 2015

PKL 3073

PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL


DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD ZULHAZIQ BIN HUSIN

No. K/P: 951127045737

Program: PISMP AMBILAN JUN 2014

Kumpulan Akademik: ANGKA GILIRAN:

G 3.2 2014231740049

PENSYARAH:

EN. ROSLI BIN AHMAD


TARIKH SERAHAN: TARIKH DITERIMA:

2 September
PENGHARGAAN

Saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan rahmatnya saya dapat
melaksanakan dan menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Ucapan terima kasih
yang tidak terhingga juga saya panjangkan kepada selaku pensyarah pemimbing
saya iaitu TUAN ROSLI BIN AHMAD dan , yang tidak jemu-jemu memberikan tunjuk
ajar dan panduan yang amat berharga kepada saya. Tanpa bantuan beliau, tugasan
ini sukar untuk saya sempurnakan.

Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas
yang telah bekerjasama dengan saya untuk menyiapkan kerja khusus ini. Kerjasama
rakan-rakan amat saya hargai.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu-
individu sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu saya semasa
melaksanakan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

SENARAI KANDUNGAN

Penghargaan

Senarai kandungan

1.0 Tugasan1 Ulasan Jurnal

2.0 Tugasan3 Esei

3.0 Rujukan

4.0 Lampiran
1.0 ULASAN JURNAL

Bagi melaksanakan tugasan membuat ulasan terhadap bahan bacaan


khsususnya artikel dan jurnal, penulis telah memilih satu jurnal berkaitan orientasi dan
mobiliti bagi malasah penglihatan. Berikut adalah maklumat mengenai artikel dan
jurnal yang dipilih :

Tajuk Artikel : Orientation and Mobility: Instructional strategies (Play)

Penulis : Nora Griffin-Shirley, Sharon Trusty, and Rachel Rickard

Sumber : Foundatin of Education: second edition. Volume 2: Instructional


Strategies for Teaching Children and Youth with Visual
Impairment. AFB Press (American Foundation for the Blind).

Artikel ini merupakan hasil penulisan Nora Griffin-Shirley, Sharon Trusty, and
Rachel Rickard untuk memberitahu dengan jelas mengenai orientasi dan mobility bagi
orang buta. Mereka menerang bagaimana orang buta bergerak sama ada
menggunakan tongkat ataupun tidak, cara dan strategi mengajar orang buta
mengenai orientasi dan mobiliti serta pelbagai lagi. Ulasan artikel ini ditulis bagi
memperlihatkan kepentingan mengenai orientasi dan mobiliti bagi orang buta.

Antara kepentingan yang dijelaskan mereka bertiga adalah kepentingan


strategi pengajaran. Antara strategi yang mereka gunakan adalah strategi bermain.
Menurut mereka, permainan boleh dibahagikan kepada pelbagai jenis seperti solitari,
parallel, dan lain-lain. Menurut kajian mereka melalui rujukan (Levine, 1990:
Schneekloth, 1989) penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti permainan amatlah
penting untuk perkembangan dan tumbesaran mereka. Mereka juga mendapati
permainan adalah satu cara yang cemerlang bagi mengembangkan kefahaman
kanak-kanak buta terhadap ruang dan teknik untuk bergerak. Selain itu kanak-kanak
juga akan mempelajari cara bergerak dengan selamat di dalam persekitaran mereka.
Selain itu, Fizikal dan psikologi persekitaran permainan yang direka serta berstruktur
juga dapat membantu kanak-kanak berdikari. Di samping itu, permainan yang
melibat berkumpulan bersama kanak-kanak buta yang lain juga akan membuatkan
mereka bersemangat untuk bergerak kerana kanak-kanak memotivasi mereka untuk
melibatkan diri dalam permainan. Permainan yang komplek, selamat dan berpatutan
juga mengajar kanak-kanak buta belajar mengawal tubuh badan mereka. Selain itu,
Guru juga boleh menilai dan mengajar mereka ketika mereka bermain. Selain itu, guru
juga akan mendapatkan maklumat mengenai orientasi dan mobility murid ketika
mereka bermain dan akan mendapatkan cara yang sesuai untuk mengajar mereka.

2.0 Tugasan 3 Esei


Model yang dibuat adalah berdasarkan kawasan asrama Sekolah Menengah
Kebangsaan Sains Rembau. Model ini terdiri dengan asrama lelaki, asrama
perempuan, dewan makan, kantin, taman bunga, rumah pengetua, padang, surau,
tempat letak kenderaan, pondok pengawal, pintu pagar depan dan jalan raya.
Tamsilnya, seorang perempuan buta dari dewan makan ingin pergi ke surau untuk
menunaikan solat wardu di surau. Maka perempuan tersebut harus tahu tiga prinsip
penting dalam orientasi dan mobility. Pada permulaannya, pelajar buta tersebut harus
tahu di manakah dia berada sekarang dan dia tahu dia berada di dewan makan.
Kemudian dia tahu arah tujunya iaitu ke surau untuk menunaikan solat fardu asar.
Dan akhir sekali perempuan tersebut tahu bagaimana dia boleh sampai ke tempat
tersebut dengan menggunakan teknik-teknik yang berkesan. Ini bermakna
perempuan tersebut tahu persekitaran arah tujunya, kebolehannya dan teknik untuk
bergerak ke suatu tempat. Untuk pergi ke tempat arah tujunya, perempuan tersebut
sudah di dedahkan dengan latihan bersama jurulatih dan hasilnya perempuan
tersebut harus mempunyai daya semangat tinggi, yakin, kuat ingatan, tahu ‘clue’,
landmark, mengambil arah dan tahu menggunakan teknik sesuai untuk bergerak..
Selepas itu, barulah perempuan tersebut boleh bergerak kea rah tujunya.

Pada mulanya, perempuan tersebut harus melakukan ‘squaring off’ di depan


dewan makan. Kemudian beliau melakukan ‘lining up’ ke kanan dinding. Seterusnya,
beliau mengunakan teknik ‘upper hand protection’ dan jalan hingga ke dinding asrama
perempuan. Kemudian, beliau menggunakan teknik ‘trailing’ iaitu menyelusuri dinding
hingga.ke depan asrama perempuan. Kemudian, sekali lagi beliau menggunakan
teknik ‘lining up’ ke kanan dinding. Kemudian beliau melakukan ‘lower hand protection’
sebanyak sepuluh langkah hadapan. Dan kemudiannya beliau akan sampai di satu
lantai simen iaitu sebagai garis tepi. Kemudian beliau pusing arah 3 jam dan
meneruskan langkah dengan menggunakan ‘lower hand protection’ hingga ke tangga
depan surau (tangga kecil) sebagai ‘Landmark’. Beliau juga boleh menggunakan clue
bunyi azan atau bacaan-bacaan doa sebagai arah tuju dari asrama perempuan ke
surau.
Rujukan

Alan J. Koenig. (2012). Foundation of education: Volume 2 instructional strategies for

teaching children and youth with visual impairment. USA: AFB Press.

Blasch, B., Wiener, W., & Welsh, R. (1997). Foundations of orientation and mobility (2nd Ed).

New York: AFB Press.

Hill, E. W. (1986). Orientation and mobility. In G. T. School (Ed). Foundations of education

for blind and visually handicapped children and youth (pp. 315-340). New York: AFB

Press.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Modul orientasi dan mobility. Kuala Lumpur:

Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia.

Levine, L. M. (1990). Child’s play: From birth to age 3. San Antonio, TX: Communication Skill

Builders

Rettig, M. (1994). The play of young children with visual impairments: Characteristics and

interventions. Journal of visual impairment & blindness, 88, 410-420


4.0 Lampiran

Vous aimerez peut-être aussi