Vous êtes sur la page 1sur 2

LAPORAN LENGKAP TENTANG PELAKSANAAN PENGAJARAN MORAL

Pada 14 september 2015, saya telah pergi ke sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi (2) Batu 3
Jalan Sungai Besi 57100 Jalan Sungai Besi Kuala Lumpur. Saya memilih sekolah ini adalah
kerana sekolah ini terdapat pengajaran matapelajaran pendidikan moral. Di sekolah ini
disediakan bilik khas untuk pendidikan islam dan moral yang diberikan nama JQAF.

Saya telah menemu bual seorang guru moral darjah enam iaitu puan Hamidah. Puan
hamidah berpengalaman mengajar selama 15 tahun. Di sekolah ini terdapat 6 guru pendidikan
moral. Pelajar pendidikan moral pula ialah seramai 15 orang yang terdiri daripada pelajar india
dan menurut guru di situ ada juga pelajar dari sabah sarawak yang beragama Kristian dan agama
pagan.

Dalam satu minggu terdapat 6 masa belajar pendidikan moral. Satu masa adalah selama
1 jam. Pelajar akan dibahagikan mengikut kelas masing-masing. Kebiasaannya sesi moral akan
dilaksanakan di pusat sumber sekolah.

Pelaksanaan pendidikan moral untuk darjah 1 sehingga darjah 5 adalah berdasarkan


Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Hanya pendidikan moral darjah 6 yang
menggunakan sistem yang lama iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Menurut puan Hamidah, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah ditetapkan
untuk pendidikan moral adalah melalui kaedah lisan, bertulis dan berkumpulan. Kaedah lisan
lebih berkesan kerana melibatkan interaksi antara guru dan pelajar. Menurut puan Hamidah,
kaedah ini menyebabkan pelajar lebih memahami apa yang mereka pelajari.

Seterusnya, kaedah bertulis juga memberikan banyak kesan kepada pengajaran. Sebagai
contohnya, puan hamidah memberi tahu bahawa pelajarnya sangat menyukai penggunaan peta
konsep seperti peta buih. Dalam pengajaran ini pelajar akan lebih kreatif dan mudah untuk
mengingati pelajaran pendidikan moral.

Kesimpulannya, perlaksanaan pengajaran moral di sekolah ini berjalan dengan


sistemaitik berdasarkan kehendak system pendidikan Malaysia. Kerjasama dalam pelaksanaan
oleh guru dan pelajar menjadikan pendidkan moral lebih menyeronokkan dan menfaat.

Vous aimerez peut-être aussi