Vous êtes sur la page 1sur 13

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEC 2203

EARLY CHILDHOOD EDUCATION CURRICULUM

NAMA : LAM SHU VUN

NOMBOR MATRIK : 890329125456002

NO KAD PENGENALAN : 890329-12-5456

NOMBOR TELEFON : 012 – 819 2687

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU

JANUARI 2018

1
ISI KANDUNGAN

No. Isi Kandungan Muka Surat

1.0 PENGENALAN 2

2.0 MODEL MONTESSORI 4

2.1 TEORI 5

2.2 PRINSIP 5

2.3 PENDEKATAN 6

3.0 TEMUBUAL GURU 1 7

3.1 SKRIP TEMUBUAL 7

4.0 TEMUBUAL GURU 1 8

4.1 SKRIP TEMUBUAL 8

5.0 PERSEPSI GURU TENTANG KURIKULUM 9

(PRINSIP, PENDEKATAN DAN TEORI)

6.0 AMALAN BILIK DARJAH SEBENAR GURU 10

7.0 KESIMPULAN 11

RUJUKAN 12

2
1.0 PENGENALAN

Dalam tamadun Barat, pendidikan awal bermaksud pendidikan peringkat prasekolah. Pada
mulanya peringkat ini hanya meliputi kanak-kanak dari umur tiga hingga enam tahun, yang lebih
dikenali dengan peringkat ‘kindergarten’. Selepas beberapa kajian, konsep pendidikan awal ini
dipinda supaya meliputi kanak-kanak di peringkat selepas lahir hingga ke peringkat enam tahun.
Peringkat selepas lahir hingga ke peringkat tiga tahun dikenali juga sebagai peringkat ‘nursery’.

Secara umum, pendidikan awal boleh dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat sebelum
lahir dan peringkat sesudah lahir. Peringkat sesudah lahir dibahagikan juga kepada dua tahap.
Iaitu dari mula dilahirkan hingga tiga tahun dan tahap seterusnya dari umur tiga hingga
meningkat ke enam tahun.

Rousseau, seorang ahli falsafah Perancis berpendapat, masa kanak-kanak di kalangan manusia
adalah lebih panjang jika dibandingkan dengan makhluk lain seperti haiwan. Rousseau
selanjutnya menjelaskan bagaimana kanak-kanak memerlukan perlindungan. Ini boleh dilakukan
dengan menyediakan persekitaran yang sihat dan dapat mengembangkan potensi yang ada pada
kanak-kanak tersebut. Pendedahan kepada persekitaran yang sesuai akan mengajar mereka
menjalani kehidupan dengan sempurna. Kanak-kanak tidak harus ditinggalkan sendirian dan
dipengaruhi oleh 5 gejala-gejala negatif yang membawa kepada kejahatan dan kejahilan (Hasan
Langgulung, 1979:16).

Selanjutnya Rousseau menjelaskan pentingnya masa kanak-kanak di mana peribadi kanak-kanak


terbentuk dan pengaruhnya besar sekali pada kehidupan selanjutnya, iaitu masa dewasa dan masa
tua, hal-hal pertamalah yang patut dipelihara, sebab kanak-kanak pada asalnya diciptakan siap
untuk menerima baik atau buruk. Hanya orang tuanyalah yang mencenderungkan kepada salah
satu diantaranya (Rousseau, 1762. Dalam Hasan Langgulung, 1979).

Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan
kepada seseorang kanak-kanak. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan,
bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri
dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan
pendidikan sepanjang hayat. Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak-kanak
tanpa mengira latar belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan mental dan

3
fizikal kanak-kanak serta perkembangan intelek mereka. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas
mereka diberi peluang untuk belajar dalam kelas biasa atau kelas khas sesuai dengan keadaan
dan keperluan mereka.

Program pendidikan prasekolah hendaklah sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak


supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap positif dan akhlak yang baik, meningkatkan
kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang optimum. Oleh itu, kurikulum
pendidikan prasekolah memberi fokus kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh,
seimbang dan bersepadu.

Pendekatan pembelajaran yang fleksibel dan suasana pembelajaran yang selesa,selamat dan ceria
dapat menggalakkan naluri ingin tahu, perasaan suka meneroka dan menjelajah serta memberi
pengalaman baru kepada kanak-kanak. Dengan ini adalah diharapkan program pendidikan
prasekolah dapat menjadi asas untuk melahirkan murid yang mempunyai keyakinan diri, bercita-
cita tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri. Semua asas
yang dibina dalam diri murid akan menyumbangkan kepada kemajuan keluarga, masyarakat,
bangsa dan negara.

Dalam tugasan ini, Model Montessori ialah model kurikulum pendidikan awal kanak-kanak yang
dipilih. Perbincangan akan dilakukan dari segi prinsip, pendekatan dan teori model tersebut.
Seterusnya, 2 orang guru daripada tadika atau pra-sekolah yang menggunakan model ini sebagai
model kurikulum akan di temubual bagi mendapatkan informasi dan persepsi mereka tentang
model ini.

2.0 MODEL MONTESSORI

Model pendidikan Montessori ini di asaskan oleh Maria Montessori (1870-1952) yang
merupakan seorang tokoh pendidikan di Rome , beliau mempunyai pengalaman mengenai
pendidikan kanak-kanak yang terancat akal. Pada tahun 1899 , beliau terlibat dengan penubuhan
sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Di sekolah ini beliau menghabiskan masa selama 2 tahun
bersama rakan-rakanya bagi melatih guru-guru dalam kaedah pemerhatian dan pendidikan
kanak-kanak terencat akal. Di samping itu, beliau menghabiskan masa dengan kanak-kanak
dengan membuat pemerhatian dan ujikaji dengan menggunakan pelbagai bahan dan kaedah serta
menggunakan semua idea yang diperolehinya melalui kajian tersebut.

4
2.1 Teori

Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Montessori kita dapat melihat semua kanak-kanak yang
berusia 3 hingga 6 tahun mempunyai cirri-ciri yang universal dalam kehidupan mereka. Ciri-Ciri
berikut adalah yang pertama Semua kanak-kanak mempunyai “mudah untuk menerima sesuatu
pembelajaran”. kedua ialah, semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitive. ketiga
ialah, semua kanak-kanak ingin belajar. keempat ialah, semua kanak-kanak belajar melalui
bermain dan bekerja. kelima ialah, semua kanak-kanak melalui berbagai peringkat
perkembangan dan akhir sekali, semua kanak-kanak ingin berdikari.

2.2 Prinsip

Maria mentessori berpendapat dalam mendidik kanak-kanak ia mestilah menghormati kanak-


kanak dan haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan
arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Menurut maria montessori
pendidikan adalah untuk menolong kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan
intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani.

Montessori mengemukakan beberapa prinsip asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak


pada peringkat awal. Antaranya prinsipnya :-

a. Minda yang mudah menyerap

Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima
melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Seorang kanak-
kanak mula menyerap kejadian yang berlaku di sekelilingnya dan menyusun pengalaman ini
daripada saat kelahiran lagi.

b. Persekitaran yang tersedia

Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang lengkap


dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-
kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Peranan guru adalah menggunakan bahan
pembelajaran yang sesuai.

5
c. Didikan diri

Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti
yang sesuai, dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan
menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran.
Guru tidak perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Tetapi guru perlu mengajar kanak-kanak
belajar secara formal dan guru perlu membimbing kanak-kanak untuk membuat pemilihan bahan
dan aktiviti.

d. Bahan pembelajaran

Guru perlu mengajar cara yang betul untuk mengunakan bahan yang di pilih dalam aktiviti
pembelajaran secara bebas dan sukarela.

Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri
kanak-kanak daripada segi, penumpuan perhatian, kemahiran memerhati, meneliti, kesedaran
berkenaan susunan dan peraturan, keseimbangan pergerakan,kesedaran persepsi, kemahiran
praktikal, konsep Matematik, kemahiran bahasa, kemahiran menulis dan membaca, kebiasaan
dengan seni kreatif, pemahaman berkenaan alam semulajadi, pengalaman, pemahaman
berkenaan sains social, kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan
sesuatu masalah.

e. Tempoh sensitif

Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu
kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan
minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik
bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran.

2.3 Pendekatan

Bahan yang berbeza disesuaikan dalam setiap bidang kurikulum yang berbeza. Apabila kanak-
kanak mula-mula memasuki Model Montessori mereka diperkenalkan kepada komponen
kehidupan harian, di mana aktiviti-aktiviti amali ditekankan. Aktivitinya adalah berfokuskan

6
kepada pengurusan diri, dan kemahiran-kemahiran mengurus persekitaran seperti membutangkan
baju, menyikat rambut, menyiram pokok, mengelap tingkap dan menyapu.

Berikut adalah contoh aktiviti dalam Model Montessori ;

i. Bahan yang berbeza tetapi disesuaikan kepada tiga bidang yang berbeza. Kanak–kanak
diperkenalkan komponan kehidupan harian di mana aktiviti amali yang kepada
penjagaan diri contohnya kemahiran menjaga diri seperti memakai kasut, dan memakai
baju
ii. Set peralatan aktiviti adalah berkaitan dengan deria, membentuk kanak-kanak membina,
menyusun, meluaskan dan menghalusi persepsi deria lihat, dengar, sentuh, bau dan rasa.
iii. Menjelajah dan meneroka tentang persekitaran kehidupan harian
iv. Mengenali binatang, tumbuh-tumbuhan dan haiwan peliharaan
v. Penyediaan peralatan dan bahan pengajaran yang disusun di dalam rak
vi. Untuk membina diskriminasi visual kanak-kanak boleh menyusun tone warna dari gelap
ke terang dan mencampur warna
vii. Melibatkan konseptual atau bahan akademik contohnya membantu membina asas
menulis,membaca dan matematik
viii. Aktiviti konseptual adalah konkrit dan melibatkan kanak-kanak secara aktif dan
menggunakan pelbagai sensori.

3.0 TEMUBUAL GURU 1

Guru 1 ini merupakan seorang wanita berumur 30 tahun. Mempunyai ijazah dalam Pendidikan
Awal Kanak-kanak dari Universiti Malaysia. Beliau telah berkhidmat selama 3 tahun di pra-
sekolah yang dipilih dan 3 tahun di sebuah pra-sekolah yang lain. Berikut merupakan temubual
antara saya dan guru tersebut.

3.1 Skrip Temubual

Saya : Berapa lamakah puan telah berkhidmat sebagai guru di pra-sekolah ini?

Guru 1 : Lebih kurang 3 tahun di pra-sekolah ini. Sebelum itu, saya juga bertugas di sebuah pra-
sekolah lain selama 3 tahun.

7
Saya : Apakah modul kurikulum yang dilaksanakan di pra-sekolah ini?

Guru 1 : Di sekolah ini, modul kurikulum di laksanakan berdasarkan teori Montessori.

Saya : Boleh puan terangkan bagaimana cara puan mengaplikasikan modul ini ke dalam
pembelajaran harian?

Guru 1 : Teori Montessori ini adalah di asaskan oleh Maria Montessori. Montessori berpendapat
bahawa kanak-kanak adalah individu yang unik dan akan berkembang mengikut kemampuan
mereka sendiri. Oleh yang demikian, aktiviti yang dirancang sepanjang hari kepada murid-murid
adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak memperkembang, menyusun, meluas dan
menghalusi persepsi deria dari segi penglihatan, pendengaran bau dan rasa. Dengan kata lain,
kami mendidik anak-anak di sekolah ini dengan kaedah bermain yang mana setiap permainan
mempunyai matlamat yang harus di capai oleh murid. Selain itu, murid juga di ajar untuk
melaksanakan latihan kehidupan harian seperti membantu rakan yang lain.

Saya : Berdasarkan penerangan puan tadi, apakah persepsi puan tentang prinsip, teori dan
pendekatan modul ini?

Guru 1 : Pada pendapat saya, modul Montessori sangat baik untuk dilaksanakan dalam
pembelajaran kanak-kanak. Ini kerana ianya dapat membentuk peribadi kanak-kanak menjadi
seorang insan yang baik perilakunya, rajin, boleh berfikiran kreatif dan kritis dan banyak lagi.

4.0 TEMUBUAL GURU 2

Guru 2 pula seorang wanita berumur 26 tahun. Baru sahaja tamat pengajian dalam bidang
Pendidikan Awal Kanak-kanak di Universiti Perguruan Sultan Idris. Sebelum memulakan
tugasan di pra-sekolah ini, beliau telah beberapa kali melakukan latihan praktikum di beberapa
buah pra-sekolah.

4.1 Skrip Temubual

Saya : Berapa lamakah puan telah berkhidmat sebagai guru di pra-sekolah ini?

Guru 2 : Saya mula bekerja di sini pada Januari 2017.

Saya : Apakah modul kurikulum yang dilaksanakan di pra-sekolah ini?

8
Guru 2 : Guru-guru di sini mengaplikasikan pembelajaran berdasarkan modul Montessori.

Saya : Boleh puan terangkan bagaimana cara puan mengaplikasikan modul ini ke dalam
pembelajaran harian?

Guru 2 : Secara umumnya, Montessori ini adalah sebuah teori yang mempercayai bahawa setiap
kanak-kanak harus berkembang mengikut masa. Dengan kata lain, sebagai pendidik, kita tidak
boleh memaksa kanak-kanak untuk menerima pendidikan yang belum sepatutnya di sampaikan
kepada mereka. Azalinya, kanak-kanak adalah sangat sinonim dengan permainan. Oleh yang
demikian, kami banyak menerapkan elemen pembelajaran berdasarkan permainan namun kami
juga harus memastikan, matlamat permainan tersebut dapat di capai dengan baik.

Saya : Berdasarkan penerangan puan tadi, apakah persepsi puan tentang prinsip, teori dan
pendekatan modul ini?

Guru 2 : Teori Montessori antara teori pembelajaran dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak yang
paling “powerful”. Matlamat pendidikan Montessori yang terpenting ialah perkembangan
individu secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, sosial, emosi dan intelek.Ini kerana
ianya di cipta berdasarkan sifat azali seorang kanak-kanak. Ia tidak mengubah dan tidak
memaksa seorang kanak-kanak untuk berkembang di luar dari peringkat umurnya.

5.0 PERSEPSI GURU TENTANG KURIKULUM (PRINSIP, PENDEKATAN DAN


TEORI)

Guru 1 dan 2 mempunyai persepsi positif terhadap pengaplikasian modul Montessori di pra-
sekolah ini. Bagi beliau, teori, prinsip dan pendekatan yang diperkenalkan dalam modul
Montessori mampu membentuk sahsiah dan intelektual murid ke arah kecemerlangan.

Modul Montessori menjadikan kurikulum pembelajaran kanak-kanak di pra-sekolah lebih


meluas, dengan kata lain, ianya tidak hanya memfokuskan tentang pembelajaran abjad, nombor
dan sebagainya. Ia lebih kepada memperkasakan kemahiran berfikir, fizikal dan sosial kanak-
kanak.

9
Pendidikan Montessori juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih teratur dan
lebih menyeronokkan serta dapat melatih kanak-kanak agar lebih berdikari, bertanggugjawab
dan fokus dalam melakukan setiap tugasan mereka.

Suasana persekitaran dan kemudahan pembelajaran yang di sediakan dalam pendidikan


Montessori yang berkesan dan efektif dapat melahirkan kanak-kanak yang lebih positif dan
berkeyakinan tinggi. Secara keseluruhannya pendidikan Montessori sangat berkesan dalam
membentuk pendidikan awal kanak-kanak yang lebih berkualiti.

6.0 AMALAN BILIK DARJAH SEBENAR GURU

Seperti yang dinyatakan oleh Guru 1, mereka menggunakan kaedah bermain dalam pembelajaran
seharian. Permainan yang dirancang pula mempunyai matlamat yang perlu dicapai oleh kanak-
kanak. Antara aktiviti yang berbentuk praktikal dalam kehidupan harian ialah mengenakan
butang baju, memasang tali kasut, menggilap kasut, menyikat rambut, menyiram pokok dan
mencuci tingkap dan menyapu sampah dan mengelap meja. Manakala untuk
memperkembangkan kemahiran kanak-kanak, Montessori telah mencipta berbagai alat bantuan
mengajar seperti pink tower, brown stairs, red rods dan sebagainya.

Guru-guru memainkan peranan penting dalam memastikan murid-murid berada dalam keadaan
lebih bersedia dan sentiasa memerhati tingkahlaku kanak-kanak ketika menjalankan aktiviti bagi
menilai kebolehan mereka.

Berikut merupakan contoh jadual waktu harian dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Masa Aktiviti

9.00 pagi -10.00 1. Kanak-kanak tiba dan guru menyambut kedatangan mereka.
pagi
2. Periksa kebersihan kanak-kanak.

3. Latihan kehidupan harian; Membantu rakan lain.

4. Memakai dan menanggal apron.

5. Memeriksa keadaan bilik agar teratur.

10
6. Bahasa: Perbualan: Kanak-kanak menceritakan peristiwa yang
mereka alami pada hari semalam.

7. Latihan agama.

10.00 pagi – 11.00 1. Latihan intelektual


pagi
2. Rehat

3. Latihan penggunaan deria

11.00 pagi – 11.30  Gimnastik:Pergerakkan anggota


pagi
badan.

11.30 pagi – 12.00  Makan tengahari: Doa pendek


tengahari

12.00 tengahari –  Permainan bebas


1.00 petang

1.00 petang – 2.00  Permainan terarah


petang

2.00 petang – 3.00  Kerja tangan


petang

Gimnastik : Berkumpulan

3.00 petang – 4.00 Latihan: Perkembangan sifat sayang Lawatan,sayangi pokok dan binatang
peng

7.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulan, pendidikan awal kanak-kanak merupakan perkara yang perlu diberi
perhatian. Pendidikan awal iaitu pada peringkat awal kanak-kanak merupakan persediaan kanak-
kanak sebelum mereka melangkah ke pendidikan formal iaitu peringkat sekolah. Kanakkanak

11
perlu didedahkan dengan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna agar mereka dapat
membina kekuatan, keyakinan dan hidup bersosialasi.

Melalui Model Kurikulum Montessori, kami dapati banyak faedah yang diperolehi oleh kanak-
kanak iaitu dalam membantu perkembangan kognitif, fizikal, sosial dan emosi mereka. Aktiviti-
aktiviti yang direka khas untuk kanak-kanak di dalam kelas dapat membantu mereka
memperkembang, menyusun, meluas dan menghalusi persepsi deria dari segi penglihatan,
pendengaran bau dan rasa.

Model Montessori juga mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih teratur dan lebih
menyeronokkan serta dapat melatih kanak-kanak agar lebih berdikari, bertanggugjawab dan
fokus dalam melakukan setiap tugasan mereka.

Dalam memastikan perkembangan kanak-kanak mencapai tahap optimum melalui Model


Kurikulum Montessori, guru-guru berperanan penting dalam memastikan kanak-kanak berada
dalam keadaan lebih bersedia dan sentiasa memerhati tingkah laku mereka ketika menjalankan
sesuatu aktiviti bagi menilai kebolehan mereka. Suasana persekitaran dan kemudahan
pembelajaran yang disediakan yang berkesan dan efektif dapat melahir kanakkanak yang lebih
positif dan berkeyakinan tinggi. Secara keseluruhannya, pendidikan Montessori sangat efektif
dalam membentuk pendidikan awal kanak-kanak yang lebih berkualiti.

(2514 patah perkataan)

RUJUKAN

Aisha. (2007). Kaedah montessori ransang kanak-kanak. Diperolehi semula daripada


http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia

Bahagian Pembangunan Kurikulum. ( ). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)


dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Diperoleh semula daripada
http://documents.tips/documents/kurikulum-standard-prasekolah-
kebangsaan55893107099f7.html

12
Bahagian Pembangunan Kurikulum. ( ). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Diperoleh
semula daripada http://documents.tips/education/kurikulum-standard-prasekolah-
kebangsaan5586387abf0e2.html

First Step. (2008). Curriculum of First Step. Diperolehi semula daripada


http://www.firststepsmalaysia.com/?page_id=50http://www.firststepsmalaysia.com/?p
age_id=410

Lee Gutek, G. (2004). The Montessori Method. USA: Rowman & Littlefield Publishers, Inc.

Malone, M. L., & Camp, C. J. (2007). Montessori-based dementia programming: Providing tools
for engagement. Dementia, 2007, 6: 150.

Sufean Husssin, Shahril @ Charil Marzuki, Ahmad Zabidi Abdul Razak & Habib Md. Som,
Alina Ranee. (2005). Pentadbiran dalam pembangunan pendidikan. Bentong Pahang: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Standing, E. M. (1962). Maria Montessori. New York: New American Library.

Zaidatul Ameera Zakaria. ( ). Pendidikan Montessori dan pengaplikasiannya kepada pendidikan


awal kanak-kanak. Mention Online. Diperoleh semula daripada
http://www.ukm.my/monline/pendidikan-montessori-dan-pengaplikasiannya-
kepadapendidikan-awal-kanak-kanak.html

13

Vous aimerez peut-être aussi