Vous êtes sur la page 1sur 3

Dasar Pandang Ke Timur telah diumumkan oleh Tun Mahathir pada 8 Februari 1982

semasa persidangan ‘ 5th Joint Annual Conference of MAJECA/ JAMECA ’ di Hilton,


Kuala Lumpur. Perkara-perkara yang harus ditumpukan melalui dasar ini ialah ' kerajinan
dan disiplin bekerja, kesetiaan kepada negara dan perusahaan atau perniagaan di mana
pekerja bekerja, keutamaan kepada kumpulan dan tidak diri sendiri, tekanan daya
pengeluaran (productivity) dan mutu yang tinggi (quality), peningkatan kecekapan,
pengurangan perbezaan dan perpisahan antara eksekutif dan pekerja am sistem
pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka panjang dan tidak semata-mata
peningkatan dividen atau pendapatan kakitangan dalam jangka pendek, dan lain-lain lagi
yang dipercayai boleh menyumbangkan kepada kemajuan bagi negara kita.

Selaras dengan dasar ini, Kerajaan telah menyusun strategi dan program bagi
meningkatkan kecekapan, kekesanan dan penghasilan kerja yang lebih baik di kalangan
pegawai dan kakitangan. Pegawai-pegawai dan pelajar Malaysia telah dihantar ke Jepun
dan Korea untuk mempelajari selok belok teknikal dan aspek pengurusan di kedua-dua
negara tersebut. Antara program yang dilaksanakan meliputi beberapa aspek iaitu
perubahan struktur, peubahan sikap dan penawaran bagi mengikuti latihan serta kursus-
kursus.

Perubahan struktur merangkumi perubahan daripada aspek seperti penggunaan


tanda nama ( name tag ) dan kad perakam waktu kerja ( punch card ) serta penubuhan
Pasukan Meningkat Mutu Kerja ( QCC ). Manakala perkhidmatan cemerlang, konsep ‘
bersih, cekap dan amanah’ dan Kepimpinan Melalui Teladan turut diterap kepada
kakitangan. Latihan Perindustrian dan Teknikal, Program Pengajian Akademik serta
Skim Latihan Pembangunan Usahawan merupakan contoh- contoh latihan dan kursus
yang ditawarkan oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan prestasi pengurusan dan
pembangunan di negara ini serta mewujudkan golongan masyarakan ynag mempunyai
nilai-nilai dan etika kerja yang positif untuk kemajuan negara.

  Dasar Pandang Ke Timur merupakan satu usaha baik dan positif dari pihak
Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan lagi prestasi pengurusan dan pembangunan di
negara ini. Melalui kajian yang telah dibuat oleh pihak INTAN, dasar ini dapat
membantu usaha kerajaan untuk meninggikan prestasi dan daya pengeluaran negara ini
melalui golongan pekerja yang berkaliber. Di samping itu, dasar ini boleh menjadi asas
pengwujudan sebuah masyarakat yang dinamik dan progresif.

Dasar Kependudukan telah dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia


ke-4, Tun Mahathir pada 29 Mac 1984. Matlamat Dasar Kependudukan adalah untuk
mencapai sasaran 70 juta penduduk menjelang tahun 2100. Pertumbuhan penduduk
dalam jangka masa yang panjang akan memberikan kesan positif terhadap bekalan tenaga
kerja, peningkatan produktiviti dan perluasan pasaran. Di samping, jumlah penduduk
yang besar akan menyumbang ke arah kekuatan politik dan keselamatan negara.

Dasar Kependudukan menitikberatkan keselarasan antara kadar pertumbuhan


penduduk dengan kadar pembangunan sosioekonomi negara khususnya yang berkaitan
dengan kemudahan pendidikan, perumahan, kesihatan dan peluang pekerjaan. Oleh sebab
itu, segala program pembangunan negara didasarkan pada anjuran jumlah penduduk
untuk memastikan pertambahan penduduk tidak mendatangkan masalah kepada negara.

Dengan itu adalah perlu supaya semua pihak iaitu kerajaan, sektor swasta dan
rakyat sendiri memainkan peranan masing-masing dengan penuh dedikasi dan
tanggungjawab. Dasar ini sebenarnya memperlihatkan satu perubahanpemikiran yang
penting dan radikal mengenai kependudukan iaitu daripada dasar pertumbuhan 
yangberbentuk 'restrictive' kepada yang  berbentuk 'promotive'. Dasar seperti ini
diharapkan dapat memelihara kepentingan jangka panjang negara memandangkan hakikat
bahawa rakyat bukanlah merupakan 'tanggungan' negara tetapi sebaliknya
dianggap sebagai harta-harta produktif yang penuh berpotensi. Seperti yang telah
dihuraikan  oleh  Y.A.B. Perdana Menteri sendiri, sebarang pertambahan dari segi
kependudukan sepatutnyalah diiringi dengan pertambahan daya pengeluaran
yangseimbang di segenap bidang. Perkara yang utama dalam hal ini ialah untuk
mempastikan kadar pertumbuhan ekonomi mendahului kadar pertumbuhan
kependudukan.

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan Rangka Rancangan Jangka


Panjang Kedua (RRJP-2) dari tahun 1991 hingga 2000 yang telah digubal berasaskan
Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di
dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
DPN telah dilancarkan oleh  Dr. Mahathir pada 17 Jun 1991. Objektifnya ialah
menjadikan perpaduan negara akan kekal sebagai matlamat terakhir DPN kerana
masyarakat yang bersatu padu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan
sosial dan politik di sampaing mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan.
DPN menetapkan langkah permulaan ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf
sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan
moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran Kerajaan dan
kecemerlangan ekonomi. Seperti Dasar Ekonomi Baru, DPN akan meneruskan usaha-
usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi di antara golongan kaya dengan
miskin dan juga di kalangan kaum etnik. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat
dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama
untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.

Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadi sesebuah negara yang
maju menjelang tahun 2020. Idea wawasan ini dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri
ke-4 pada 28 februari 1991. Matlamat wawasan ini adalah untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara industry yang maju dengan menggunakan acuan sendiri setanding dengan
negara maju di dunia. Kemajuan yang diharapkan bukan seperti negara-negara maju di
Barat yang menitikberatkan kemajuan fizikal semata-mata tetapi kemajuan bersepadu.
Kemajuan bersepadu yang dimaksudkan berteraskan perpaduan rakyat, kestabilan politik,
ketinggian taraf hidup,kekukuhan nilai moral dan etika, kekukuhan sistem kerajaan,
ketinggian maruah bangsa serta semangat yakin diri terhadap bangsanya.

Dalam usaha untuk mencapai Wawasan 2020, pelbagai pihak mesti memastikan
pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan
daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan ekonomi di
negara ini. Selain itu, pengukuhan integrasi nasional juga penting bagi megurangkan
jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi di kalangan negeri-
negeri dan di antara kawasan bandar dengan luar bandar. Tambahan juga, usaha seperti
membangunkan masyarakat progresif di mana semua rakyat dapat menikmati
kesejahteraan hidup, di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif
serta menghayati perasaan bangga dan cinta akan tanah air.

Wawasan 2020 memainkan peranan yang penting sebagai pendorong kepada


rakyat Malaysia bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang memiliki
kualiti hidup yang tinggi dengan mempelajari kemajuan dan kekuatan negara-negara
maju untuk memperbaiki kelemahan bagi memantapkan negara daripada pelbagai aspek.

‘Malaysia Boleh ’merupakan cetusan semangat yang diilhamkan oleh Tun


Mahathir. Slogan ini digunakan untuk menyemarakkan semangat perjuangan para atlet
negara di Sukan Sea Kuala Lumpur pada tahun 1989 bagi membuktikan bahawa
Malaysia boleh melakukan apa-apa jua seperti orang lain. Hasil daripada semangat
Malaysia Boleh, para atlet telah menghasilkan satu pencapaian yang memang
membanggakan dan berjaya menduduki rangking yang kedua dalam pengumpulan pingat
emas dalam temasya sukan tersebut. Semangat ini juga diterapkan dalam segala bidang
dan menjadi pendorong bagi seluruh rakyat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.
Prestasi cemerlang yang dicapai oleh para atlet negara dalam pelbagai bidang sukan
seperti kerjayaan menawan ke puncak Everest, mengelilingi dunia dengan perahu layar
dan lain-lain.

Vous aimerez peut-être aussi