Vous êtes sur la page 1sur 7

1.

0 Pengenalan Algebra

Dunia pendidikan adalah dinamik dan selalu berubah-ubah mengikut


peredaran semasa. Kehidupan pelajar juga menjadi semakin mencabar.
Kurikulum matematik juga berubah daripada bentuk tradisi kepada bentuk
KBSM dilakukan secara terancang berdasarkan perkembangan semasa yang
memerlukan kefahaman matematik yang lebih canggih (Noor Azlan,2004).
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah bermula dan tidak
mengambil masa yang lama bagi Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM) untuk diimplementasikan. Kedua-dua kurikulum KSSR dan KSSM
berbentuk modular memberi peluang kepada semua pelajar melalui proses
pembelajaran mengikut kemampuan sendiri, memupuk sikap
bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi
yang boleh menyerlahkan potensi mereka serta menekankan kepada
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Jelaslah di sini bahawa kemahiran
berfikir dalam subjek matematik telah diberi penekanansejak dari peringkat
sekolah lagi.

Padaawal tahun 60-an, pendekatan behaviorisme telah mempengaruhi


kurikulum matematik di sekolah. Para pelajar diberi latih tubi dan mendorong
pelajar untuk mengingat dan menghafal. Kemudian, pendekatan kognitif
mempengaruhi kurikulum matematik pada awal tahun 70-an. Pada waktu ini,
pelajar dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran untuk menggalakkan
kemahiran berfikir. Sehinggalah padatahun 1980-an, Matematik KBSM
dibentuk. Matematik KBSM yang berpandukan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan mengharapkan dapat menghasilkan pelajar yang berkualiti dari
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Matematik KBSM bermatlamat
untuk mengembangkan aspek pemikiran secara logik, analitis, kritis,
bersistem, mahir menyelesaikan masalah, berkebolehan menggunakan
pengetahuan matematik dalam kehidupan seharian serta menghargai
keindahan matematik. KSSM memantapkan KBSMdenganmenekankan
kepadapemikiran kreatif merentasi semua mata pelajaran.
Algebra merupakan bidang yang penting dalam matematik kerana
menyediakan jalan berfikir (Othman, 2010). Sehubungan dengan itu, peranan
pendidik juga mencabar dalam menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif
dan kritis. Guru harus kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
dan tidak sesuai bergantung kepada kaedah chalk & board lagi.
Perkembangan dalam bidang teknologi seperti kemunculan teknologi web
telah mengubah cara manusia belajar dan merupakan satu alternatif yang
mempengaruhi Matematik KSSM untuk menghasilkan pembelajaran dan
pengajaran algebra yang berkesan
2.0 Pengenalan Polinomial

Dalam matematik, polinomial adalah satu ungkapan yang terdiri daripada


pembolehubah dan pekali yang hanya menggunakan operasi penambahan,
penolakan, pendaraban, dan integer bukan negatif. Contoh polinomial
2
pembolehubah tunggal x adalah x −4 x +7 . Satu contoh dalam tiga
3 2
pembolehubah adalah x +2 xy z − yz+ 1 .

Polinomial muncul dalam pelbagai bidang matematik dan sains. Sebagai


contoh, ia digunakan untuk membentuk persamaan polinomial, yang
mengekod pelbagai masalah, dari masalah perkataan asas kepada masalah
rumit dalam bidang sains; ia digunakan untuk menentukan fungsi polinomial,
yang muncul dalam tetapan antara kimia dan fizik untuk ekonomi dan sains
sosia; ia digunakan dalam kalkulus dan analisis berangka anggaran fungsi
lain. Dalam matematik , polinomial digunakan untuk membina gelanggang
polinomial dan jenis algebra, konsep utama dalam algebra dan geometri
algebra.
2.1 Aplikasi Pertama

Bahagian kaca tingkap yang ditunjukkan di bawah mempunyai nisbah


tingkap adalah 3:2 kepada nisbah sebatang kayu, jadi ketinggian bahagian
kaca boleh diwakili sebagai 3x dan lebar bahagian kaca boleh diwakili 2x.
Bingkai kayu menambah 7 inci jumlah lebar dan 8 inci jumlah ketinggian. Ali
ingin mengetahui keluasan tingkap tersebut jika ketinggian kayu tersebut 4
inci.

4inci

i. tulis ungkapan polinomial yang mewakili jumlah keluasan


tingkap, termasuk kaca dan kayu.
keluasan=(3 x+ 8)(2 x +7)
¿ 6 x 2+21 x+ 16 x+56
2
¿ 6 x +37 x +56

ii. cari keluasan x=4


keluasan=6 ( 4 2 )+ 37 ( 4 )+ 56
¿ 300 inci2
2.2 Aplikasi Kedua

Seorang budak telah lompat dari sebuah kerusi. Ketinggiannya, h ,


bergantung kepada masa, t , ketingian dia berada di udara adalah seperti
berikut :

2
h=−16 t −8 t+ 8

Berapa lama ia akan mengambil masa budak tersebut untuk sampai ke


tanah?

i. Cari nilai t
t=? whenh=0
2
h=−16 t −8 t + 8
2
0=−16 t −8 t+ 8
0=−8 ( 2 t 2−t −1 )
0=−8 (2t +1)(t−1)

2t +1=0∨t−1=0
2t =−1∨t=1
−1
t=
2
ignore

Jadi masa yang diambil untuk sampai ke tanah ialah 1 saat


3.0 Kesimpulan

Matematik mempunyai banyak peranan dan kepentingan dalam


kehidupan seharian kita. Matematik merupakan suatu cara yang
membolehkan manusia mendapat kuantiti atau nilai berapa banyak, berapa
besar, berapa cepat, berapa panjang, berapa luas, berapa ruang dan
sebagainya. Tambahan pula, matematik adalah suatu badan ilmu yang amat
berguna kepada saintis fizik, ahli falsafah, dan ahli logik. Dengan ini, ia
menjadi alat dalam kehidupan untuk menyelesaikan masalah seharian kita.

Matematik juga membolehkan manusia mengkaji pola, mengkaji


masalah sosial, dan membuat reka bentuk yang menarik dan seimbang.
Selain itu, ia menjadi alat yang berguna untuk membantu ahli sains mencari
kebenaran yang berkaitan dengan fenomena fizikal di alam sekeliling. Di
samping itu, ia juga berguna untuk aktiviti urusniaga, perjalanan, makanan,
pembelajaran, rancangan, membuat kerja, dan kebanyakan aktiviti sosial
manusia.

Matematik ialah satu cara berfikir yang sistematik yang melatih


manusia berfikir secara logik dan rasional. Dengan ini, manusia berupaya
menjalankan tugas kompleks dengan cekap dan berkesan, khasnya dalam
bidang kerja pengurusan dan pentadbiran dan mengambil tindakan yang
sistematik dan rasional.

Oleh yang demikian, kemajuan negara bergantung kepada kemajuan


sains dan teknologi serta perkembangan perdagangan dan ekonomi yang
berkait rapat dengan penggunaan matematik. Oleh itu, kita haruslah
mempelajari matematik kerana kegunaannya amat luas dalam pelbagai
bidang. Maka, kita perlu mahir dalam bidang matematik supaya kita dapat
menikmati kehidupan dalam dunia ini.
4.0 Rujukan

Denise Robichaud. (01, March 2011). Polynomial equation word


problem. Retrieved 20 September, 2016, from
https://www.youtube.com/watch?v= IzOj6A7LIS0

Khan Academy,. (21 June 2010). Modeling with polynomials | Algebra I


| Khan Academy. Retrieved 20 September, 2016, from
https://www.youtube.com/ watch?time_continue=6

Wong, P. M. (2010). Additional mathematics (Vol. 1). Bangi, Selangor:


Penerbitan Pelangi.

Algebra. Retrieved 22 September, 2016,from


https://ms.wikipedia.org/wiki /Algebra

Jujukan. Retrieved 22 September, 2016, from


https://ms.wikipedia.org/wiki /Jujukan

Vous aimerez peut-être aussi