Vous êtes sur la page 1sur 1

Membentuk Minda & Sikap yang Positif

Majoriti pelajar-pelajar SMKAP memiliki tubuh badan yang sihat & cergas. Cikgu
mengucapkan tahniah sebab Badan yang sihat adalah penting bagi melaksanakan
tanggungjawab anda sebagai pelajar.
Namun, yang lebih penitng, pelajar perlu memiliki minda yang sihat dan sikap yang positif.
Anak-anak yang mempunyai sikap positif akan lebih Berjaya dan mampu bersaing sama ada
dalam pelajaran, pekerjaan dan juga kehidupan.
Untuk membentuk minda & Sikap yang positif, cara pertama, pelajar perlu menambahkan
ilmu dan pilih bahan bacaan dan bahan tontonan yang sihat, contohnya buku motivasi; bu-
kan sibuk mencari berita tetapi sibuk mencari ilmu.
2. Menjaga penampilan diri. Dengan penampilan yang kemas dan bersih, anda pasti rasa
penuh yakin dan positif, orang lain juga akan berasa yakin dengan anda. Berpakaian yang
kotor dan selekeh akan memberi imej bahawa anda seorang yang negative dan sambil lewa.
Begitulah besarnya pengaruh penampilan diri dalam membentuk sikap positif dan emosi
anda.
3. Berkawan dengan mereka yang berfikiran positif. Belajar dari pengalaman dan
pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti. Orang yang
bersikap positif selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang mengkagumkan.
Personaliti ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Kalau
mereka boleh, anda juga boleh melakukannya
4. Peka terhadap masa: Masa berjalan dengan begitu pantas tanda disedari. Pelajar harus
membuat perancangan masa untuk mengatur aktiviti harian agar ia dapat dipenuhi dengan
lebih bermakna. Jadual waktu belajar di rumah, jadual aktiviti kokurikulum, jadual untuk
aktiviti rekreasi harus dibina, dipatuhi dan dilaksanakan dengan sepenuhnya tanpa
bertangguh-tangguh. Sifat bertangguh-tangguh adalah diantara punca kepada pembaziran
masa. Akhirnya semua kerja tidak beres dan istilah kesuntukan masa dijadikan alasan
kegagalan dalam melaksanakan sesuatu tugasan.
5. Berani mencuba untuk kebaikan: Ramai pelajar berasa malu untuk bertanya atau berasa
tersinggug apabila berlakunya sesuatu kesilapan ketika belajar. Sifat ini harus dikikis. Malu
bertanya sesat jalan!. Itulah pepatah melayu yang membawa maksud seseorang yang malu
untuk mendapatkan maklumat akhirnya akan menemui kegagalan.
Pembentukan minda dan sikap positif ini haruslah diberi penekanan di awal tahun lagi agar
segala masalah dapat dibendung dan dapat dijadikan sebagai ikhtibar dalam menghadapi
cabaran yang menguji kita dalam usaha mencapai kejayaan.

Vous aimerez peut-être aussi