Vous êtes sur la page 1sur 11

SENARAI ISI KANDUNGAN

Bil. Kandungan Muka surat

1. Objektif

2. Pengenalan

3. Ciri-ciri gangguan mental

4. Perspektif gangguan mental

5. Mekanisma bela diri dan ego

6. Kesimpulan
OBJEKTIF PEMBELAJARAN :

1. ciri-ciri gangguan mental


2. menyenaraikan penyakit2 dan gangguan psikologi
dan menjelaskan perspektif ‘gangguan mental’
3. menjelaskan kaitan mekanisme bela diri dengan
ego.
PENGENALAN

Penyakit mental, disebut juga gangguan mental, penyakit jiwa, atau gangguan

jiwa, adalah gangguan yang mengenai satu atau lebih fungsi mental. Penyakit mental

adalah gangguan otak yang ditandai oleh terganggunya emosi, proses berfikir, perilaku,

dan persepsi (penangkapan panca indera). Penyakit mental ini menimbulkan stress dan

penderitaan bagi pesakit (dan keluarganya). Penyakit mental boleh mengenai setiap

orang, tanpa mengenal umur, bangsa, agama, mahupun status sosial-ekonomi. Penyakit

mental bukan disebabkan oleh kelemahan peribadi. Di masyarakat banyak beredar

kepercayaan atau mitos yang salah mengenai penyakit mental, ada yang percaya

bahawa penyakit mental disebabkan oleh gangguan roh jahat, ada yang menuduh

bahawa itu akibat guna-guna, kerana kutukan atau hukuman atas dosanya. Kepercayaan

yang salah ini hanya akan merugikan pesakit dan keluarganya kerana penghidap

penyakit jiwa tidak mendapat rawatan secara cepat dan tepat. Gangguan mental ini

terjadi kerana terdapat gangguan pada penerimaan rangsangan, misalnya stress.

Menurut Dr. Hans Selye1, stress adalah respon umum terhadap rangsangan tubuh.

Rangsangan tersebut adalah untuk menyesuaikan diri dan keseimbangan tubuh supaya

tidak terganggu. Keperluan dan keinginan manusia terus bertambah sehingga

mendorong untuk mewujudkannya. Hal tersebut tentu memberikan dorongan besar

kepada terciptanya gangguan ini. Stress merupakan gejala dari gangguan mental yang

mendera invidu dari segi psikologi. Tekanan hidup yang kuat akan memberi impak

besar dalam berlakunya gejala ini. Stress akan memberi impak pada keadaan fisiologi,
psikologi, dan sosial seseorang itu. Dan jika sudah berkembang lebih besar akan

mewujudkan gangguan mental.

CIRI-CIRI GANGGUAN MENTAL

Seseorang bisa dikatakan mengalami gangguan mental apabila:

a. tingkah lakunya tidak sesuai dengan pola kehidupan masyarakat pada umumnya,

semua itu kerana obsesi terhadap suatu keadaan yang ingin dicapainya. Sebagai contoh

kita dapat melihat bagaimana seseorang beradab rela mentatu seluruh tubuhya demi

memuaskan hasrat keinginannya.

b. mempunyai tingkat kreativiti luar biasa tinggi yang membuat masyarakat di

sekitarnya tidak dapat memahami dan mengerti jalan fikirannya, seolah-olah hidup

dalam dunianya sendiri.

c. Selalu melakukan kegiatan maupun membicarakan hal yang tidak bisa dicapainya

serta menganggap dirinya telah berhasil menjadi apa yang diimpikan. Hal ini dibarengi

dengan sikap pemberontakan jika ada yang mengingatkan dan membicarakan tentang

kegagalannya.

Dari ketiga ciri utama diatas dapat disimpulkan bahawa gangguan mental tidak hanya

untuk mendefinisikan suatu penyakit penyempitan nadi otak saja, namun ia lebih dari

gangguan mental yang disematkan kepada suatu kebiasaan dan perilaku yang dianggap

menyimpang dari kehidupan bermasyarakat. Namun demikian, dari ketiga ciri tersebut

pada huruf C menjadi fokus utama penyelidikan oleh dunia perubatan dan masyarakat

kita ketika ini. Seorang psikolog bernama Linda De Clerq dalam bukunya Tingkah

Laku Abnormal dari Sudut Pandang Perkembangan (1994), menunjukkan empat

kriteria yang bisa dipakai untuk memilah suatu kegangguan mentalan:

Pertama, penyimpangan dari statistic normal, di mana yang dijadikan ukuran adalah

perilaku seseorang itu menyimpang dari kebanyakan orang pada umumnya. Contohnya
adalah apabila rata-rata IQ kebanyakan orang adalah 100, maka mereka yang

mempunyai IQ di bawah 100 termasuk dalam kategori tidak normal. Di sini

menunjukkan taburan frekuensi statistik. Kedua, penyimpangan dari sosial. Yang

dijadikan dasar dalam kriteria ini adalah kebiasaan sosial yang berlaku dalam

masyarakat. Dalam masyarakat yang memiliki sosial bahawa seseorang harus

menggunakan tangan kanan untuk memberikan sesuatu kepada orang lain, orang yang

menggunakan tangan kirinya akan dianggap tidak normal. Corak ini tentunya sangat

bergantung pada masyarakat tertentu. Hal ini pernah dialami oleh Rasulullah SAW

dalam usaha beliau menyebarkan agama Islam kepada kalangan kafir Quraisy, sehingga

Allah SWT menurunkan ayat yang berbunyi “tidak ada penyakit gila sedikit pun pada

Muhammad (kawanmu itu). Dia tidak lain hanyalah pemberi peringatan bagi kamu

sebelum (kaum kafir menghadapi) adzab yang keras”(Q.S 34:46)

Ketiga, ketidakmampuan mengadaptasi tingkah laku. Perilaku ini dianggap

‘maladaptive’ dan menyusahkan apabila menganggu individu yang lain atau

masyarakat. Ini tentunya berkait rapat dengan kehidupan sosial yang berlaku dalam

masyarakat yang lazim disebut autis.

Keempat adalah penderitaan peribadi. Dalam kriteria ini perasaan subjektif atau

tanggapan subjektif dijadikan ukuran untuk menilai kenormalan atau keabnormalan

seseorang. Dibandingkan dengan kriteria-kriteria lain, kriteria ini sangatlah liberal

kerana membolehkan seseorang untuk menilai adakah dia normal atau tidak.

Dari berbagai sudut pandang yang ada, suatu gangguan mental tidak hanya terbatas

pada kemampuan berfikir mahupun gangguan pada fungsi otak, lebih dari itu seseorang

dikatakan mengalami gangguan mental jika dianggap telah melebihi batas normal

kewajaran atau bisa dikatakan bahawa pandangan masyarakatlah yang menentukan

tingkat kewarasan seseorang individu tersebut.


PERSPEKTIF GANGGUAN MENTAL

Perspektif gangguan mental juga dikenali sebagai ‘mental disorders’ atau ‘mental

illness’ merupakan gangguan fisiologikal dan psikologikal. Perspektif ini merupakan

penyebab kepada perubahan mental, emosi, tingkah-laku dan persepsi. Perspektif

gangguan mental boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian , antaranya :-

 Perspektif biologikal gangguan mental.

Perspektif ini juga dinamakan sebagai model medic atau penyakit, menekankan

pada konsep bahawa genetik merupakan penyebab kepada gangguan prilaku.

Para penyelidik menggunakan pandangan ini dalam mencari ketidaknormalan

genetik yang mungkin membentuk seseorang untuk mengalami gangguan

mental tertentu. Kebanyakkan penyelidik mencari keabnormalan di bahagian

otak, keabnormalan pada neutransmisi dan gannguan pada fungsi sistem saraf

autonomi. Implikasinya, sesuatu ubat yang mampu mengubah malfungsi

psikoligi mungkin memberi kesan dalam mengubati atau mencegah gangguan

mental (Atkinson ddk, 1992).

 Perspektif psikoanalitik gangguan mental

Perspektif ini menekankan kepentingan konflik bawah sedar yang biasanya

daripada peringkat awal kanak-kanak dan penggunaan mekanisme pertahanan

untuk mengatasi kecemasan yang ditimbulkan oleh impuls dan emosi dalam

diri. Ini mungkin membawa konflik dan emosi bawah sedar ke arah sedar yang

berkemungkinan menghilangkan keperluan mekanisme pertahanan dan

menghilangkan gangguan (Atkinson dkk, 1992).


 Perspektif behaviorisma gangguan mental

Perspektif ini melihat gangguan mental dari padangan teori belajar dan

berpendapat bahawa perilaku abnormal adalah cara yang dipelajari untuk

melawan stress. Pendekatan ini dapat mempelajari bagaimana ketakutan akan

membentukkan sesuatu situasi menjadi terkawal dan peranan yang dimiliki oleh

kekuatan dalam kemunculan dan memelihara perilaku tersebut dengan lebih

terkawal (Atkinson ddk, 1992).

 Perspektif kognitif gangguan mental

Perspektif ini menekankan pada proses internal. Lebih tepat lagi perspektif ini

menekankan ada proses mental sedar iaitu dalam keadaan sedar. Cara kita

memandang diri sendiri (skema diri kita), cara kita menilai situasi stress dan

strategi diri dalam mengatasi masalah yang berkaitan emosi. Dari sudut

pandangan kognitif, sebahagian gangguan mental mermula dari gangguan

proses kognitif dan dapat dihilangkan dengan mengubah sesuatu keadaan yang

salah tersebut (Atkinson ddk, 1992).

Dapat disimpulkan bahawa kesemua perspektif ini dapat membentuk masalah

gangguan mental dalam kalangan masyarakat.


RAJAH 1. Merupakan statistik masalah mental yang menyebabkan gangguan mental.

RAJAH 2. Merupakan penyakit dari segi fizikal yang menyumbang kepada gangguan

mental.
MEKANISMA BELA DIRI DAN EGO

Mekanisma bela diri ialah strategi psikologikal yg digunakan oleh individu

untuk menghadapi realiti dan mengekalkan imej diri walaupun apabila ‘anxiety’

berlebihan, ego akan mengambil alih untuk mengekalkan ‘equilibrium’ diri supaya

tidak melebihi tahap kenormalan seseorang itu.

Mekanisma membela diri dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu “LEVEL

1, LEVEL 2, LEVEL 3, dan LEVEL 4”.

Pada peringkat 1 (LEVEL 1), ini merupakan peringkat penafian. Pada

peringkat ini, berlaku penafian terhadap sesuatu yang tidak baik pada diri. Ini adalah

padangan kasar oleh seseorang individu tersebut dalam membentuk semuala reality

luaran untuk memenuhi keperluan dalaman. Ini dikenali dengan nama ‘psychotic

defences’.

Pada peringkat 2 (LEVEL 2) ,ini merupakan tahap fantasi iaitu berfantasi

untuk menyelesaikan konflik ‘projection’dalam menyalurkan rasa tidak puas hati

kepada seseorang individu atau benda yg lain. Selain itu, hipokondriasis pula menukar

perasaan negatif kepada kesakitan. ‘Passive aggression’ iaitu agresif yg digambarkan

secara tidak langsung atau pasif dengan ‘acting out’ atau berkelakuan untuk

mencederakan diri bagi melepaskan masalah dalam mental. Ini kebanyakkannya

berlaku dalam kalangan dewasa atau remaja yang dipanggil sebagai ‘immature

defences’ iaitu bertindak secara tidak matang.

Bagi peringkat 3 (LEVEL 3), kebiasaannya merangkumi pada beberapa aspek iaitu

o ‘displacement’

o ‘dissociation’

o ‘intellectualization’
o ‘reaction formation’

o ‘repression’

o ‘sublimation’

Perkara sebegini sering berlaku dalam kalangan dewasa. Ini bertujuan untuk

mempunyai kebaikan dan keburukan sendiri contohnya dalam perhubungan seharian,

misalnya suami dan isteri.

Pada peringkat terakhir iaitu (LEVEL 4), ini merujuk kepada 3 aspek iaitu

o ‘altruism’ – dengan berbuat baik yg membawa kepuasan diri

o ‘anticipation’ – menjangkaan masa hadapan

o ‘humor’ – menceriakan sesuatu keadaan

o ‘identification’ – mengenalpasti sesuatu masalah

Kebanyakkanya , pada peringkat ini banyak berlaku dalam kalangan individu yang

stabil emosi dan bersikap matang dalam semua perkara.


KESIMPULAN

Perilaku menyimpang merupakan perilaku yang bertentangan dengan kebiasaan-

kebiasaan, aturan-aturan atau pandangan masyarakat. Perilaku menyimpang dalam

realiti biasanya diidentifikan tidak saja diperanankan oleh remaja, akan tetapi juga

diperanankan oleh orang dewasa dan orang tua. Kes-kes kecurangan, suapan, mencaci

maki orang, memfitnah orang, mengejek orang, saling menjatuhkan, mencuri, kriminal,

terorisma, pre-seks atau prostitusi adalah contoh-contoh perilaku menyimpang.

Keadaan perilaku menyimpang dapat terjadi pada sesiapa saja, atau dimana saja tanpa

mengira waktu. Dalam perspektif kesihatan mental (mental hygiene), pelaku perilaku

menyimpang dikategorikan dalam orang-orang yang mempunyai masalah gangguan

mental, kerana keadaan keseimbangan jiwa pelaku resah, susah atau penuh tekanan

sehinggakan tidak mampu berfikir dengan baik, tidak pernah merasa puas dalam

hidupnya, tidak mampu melakukan penyesuaian diri dengan masyarakat, tidak mampu

menerima kekalahan, dan sebagainya. Dalam rangka usaha pembinaan kesihatan

mental dan perilaku menyimpang, hal yang paling krusial adalah dengan adanya niat,

usaha dan tindakan pelaku untuk berubah dan mengubah kebiasaan buruk menjadi

kebiasaan baik. Keadaan ini dapat dilakukan melalui pendekatan; preventif,

rehabilitatif dan preservatif.

Vous aimerez peut-être aussi